Tuesday 22 December 2015

Ulang Siar 3

Artikel seterusnya adalah seperti berikut ;

http://ashwed1973.blogspot.my/2015/06/islam-moden-vs-islam-al-quran.html

Ianya sedikit panjang. Saya pernah dinasihati oleh seorang rakan supaya memecahkan artikel-artikel saya menjadi beberapa siri untuk memudahkan orang ramai membaca.

Saya berpendapat, jika seseorang itu enggan membaca artikel panjang bermakna mereka tidak berminat untuk mencari pengetahuan.

Namun begitu, saya merasakan nasihat itu ada benarnya. Mungkin apabila saya menemui ruang masa yang panjang saya akan berbuat begitu.

Ashwed

6 comments:

  1. Surah Al Hajj (22) 2-muka pertama dan akhir..
    22:1 Wahai manusia prihatinlah Pemeliharamu sesungguhnya goncangan ketika detik-saatnya adalah sesuatu yang agung.
    22:2 Pada hari itu kamu melihat ibu-ibu melupai menyusukan anak-anaknya dan keguguran para ibu yang kehamilan dan sekelian manusia seperti dalam kemabukan bukan disengajakan malahan itulah hari keazaban yang teramat dahsyat dari Allah.
    22:3 Dan diantara manusia yang menentang Allah tanpa ilmu malahan mereka itulah pengikut syaitan dan dia penentang Allah yang tegar.
    22:4 Telah dikitabkan bagi sesiapa yang mengikuti mereka pasti disesatkan kamu malahan mereka memberi petunjuk kepada azab yang menyala.
    22:5 Wahai manusia jika kamu dalam keraguan akan kebangkitanmu dan kejadianmu maka ingatlah Kami yang telah mencipta kamu dari debu tanah kemudian dari setitis mani kemudian dari segumpal darah dan kemudian menjadi janin yang sempurna dan diantaranya ada yang tidak sempurna dan ditempatkan didalam rahim seperti yang Kami kehendaki kepada suatu tempoh yang ditetapkan kemudian dikeluarkan sebagai bayi sehinggalah dewasa dan diantaranya dimatikan dan sebahagianya dilanjutkan usianya sehingga tidak mengetahui sesuatu dan lihatlah bumi yang tandus apabila Kami menurunkan hujan dianya hidup subur dan menumbuhkan pelbagai tumbuhan yang indah dan menceriakan.
    22:6 Demikianlah Allah, Dia yang Agung dan yang menghidupkan dan yang mematikan dan hanya Dia yang berkuasa keatas segala sesuatu.
    22:7 Dan detik-saatnya pasti datang tiada keraguan padanya dan pasti Allah bangkitkan sesiapa yang didalam kuburnya.
    22:8 Dan dikalangan manusia sesiapa yang menentang Allah tanpa ilmu dan petunjuk dan kitab yang jelas.
    22:9 Jika berpaling darinya maka sesatlah dia dari jalan Allah dan baginya didunia kehinaan dan pasti Kami menimpakan keatasnya pada hari kebangkitanya azab yang membakar.
    22:10 Demikian itulah apa yang telah diusahakan kedua tangan mereka malahan bukanlah bagi Allah menzalimi hambanya.
    bsmbg..

    ReplyDelete
  2. 22:11 Dan diantara manusia yang berkhidmat kepada Allah, ada yang hampir kepada penyelewengan jika ditimpakan kebaikan dia tenteram dan jika ditimpakan ujian atasnya dia berpaling darinya maka didunia dan akhirat baginya suatu kerugian yang nyata.
    22:12 Dan mereka yang menyeru selain Allah, yang tidak memudaratkan dan memanfaatkan maka yang demikian adalah suatu kesesatan yang jauh.
    22:13 Dan mereka yang menyeru kepada kemudaratan dan jauhi kemanfaatan maka sangat keji golongan kepimpinan bagi mereka.
    22:14 Sesungguhnya Allah memasukan orang yang amanah dan yang beramal soleh kedalam syurga mengalir dibawahnya sungai-sungai malahan Allah yang melaksanakan apa yang dikehendakinya.
    22:15 Sesiapa yang berprasangka yang Allah tidak menolongnya didunia dan diakhirat maka sambungkan hubungan kelangit kemudian putuskan maka perhatikan pasti dihilangkan muslihat yang menjadi kemarahan.
    22:16 Demikianlah Kami telah menurunkan ayat-ayat yang jelas malahan Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki.
    22:17 Sesunguhnya orang yang amanah dan haaduu dan ashshaabi-iina dan nashaaraa dan almajuusa dan orang yang sekutu maka Allah asingkan mereka pada hari kebangkitan dan Allah atas segalanya menyaksikan.
    22:18 Apakah tidak kamu lihat telah patuh kepada Allah sekelian yang dilangit dan dibumi dan matahari dan bulan dan bintang dan gunung dan pepohon dan sekelian mahluk melata malahan sangat patut bagi mereka azab bagi sesiapa yang dihina Allah maka tiada kemuliaan baginya malahan Allah melaksanakan apa yang dikehendaki.
    22:19 Inilah pertikaian yang dipertikaikan tentang Pemelihara mereka maka orang yang tidak percaya diberi api sebagai ‘pakaian’ mereka malahan dicurahkan air mendidih atas kepala mereka.
    22:20 Maka melecur kulit mereka dan apa yang dalam perut mereka.
    22:21 Dan ditempatkan mereka didalam sangkar besi.
    bsmbg..

    ReplyDelete
  3. smbg..
    22:68 Dan jika mereka pertikaikanya maka katakan Allah mengetahui segala apa yang telah kamu lakukan.
    22:69 Allah yang mengadili diantara kamu pada hari kebangkitanya atas apa yang kamu pertikaikan didalamnya.
    22:70 Tidakkah kamu ketahui yang Allah mengetahui segala yang dilangit dan dibumi malahan dianya tercatat didalam kitab dan itu bagi Allah mudah.
    22:71 Dan mereka berkhidmat selain Allah apa yang tidak diturunkan kuasa baginya malahan mereka tidak memiliki ilmu dengannya maka tiada pertolongan bagi orang yang zalim.
    22:72 Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami dengan jelas kamu dapati diwajah orang yang tidak percaya keingkaran dan mereka hampir menyerang orang yang membacakan ayat-ayat Kami maka katakan apakah tidak dikhabarkan azab api yang Allah janjikan kepada orang yang tidak percaya maka sangat buruk tempat kembali mereka.
    22:73 Wahai manusia dicetuskan misalan bagimu maka dengarlah, orang yang kamu seru selain Allah tidak dapat mencipta walau seekor lalat sekali pun mereka berkumpulan malahan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka malahan mereka tidak dapat pertahankanya maka sangat lemah orang yang mencari dan yang tercari-cari kemudianya.
    22:74 Mereka tidak menghargai Allah dengan sebenar-benar penghargaan sesungguhnya Allah yang Kuat yang Perkasa.
    22:75 Malahan Allah memilih rasulnya dari kalangan malaikat dan manusia sesungguhnya Allah yang Mendengar yang Melihat.
    22:76 Hanya Dia yang mengetahui apa yang terdahulu dan apa yang akan datang dan kepada Allah segala urusan dikembalikan.
    22:77 Wahai orang yang amanah tunduklah dan patuhlah dan berkhidmatlah kepada Pemeliharamu dan lakukan kebaikan pasti kamu berjaya.
    22:78 Dan berjuanglah dijalan Allah dengan sebenar-benar perjuangan, Dia telah memilih kamu dan tidak dijadikan kesempitan dalam -ddiini anutan bapamu ibraahiima Dia menamakan kamu -lmuslimiina dari dahulu dan para rasulnya menjadi saksimu dan kamu menjadi saksi kepada manusia sekelian maka laksanakan kewajipanmu dan tunaikan kemurnianya dan berpegang teguh kepada Allah dan Dia Pelindung kamu maka nikmatilah pelindugan dan pertolongan terbaik dari Dia.
    Sekian.

    ReplyDelete
  4. Salam saudaraku sekelian,saya selesaikan Surah Al Hajj (22)dari ayat 22 - 67. Maka perhatikan dan amati kata 'Hajj' itu bermaksud 'Haji' atau 'Cabaran'

    22:22 Dan setiap kali mereka ingin keluar darinya mereka dikembalikan kedalamnya maka rasakan azab yang membakar.
    22:23 Malahan Allah masukkan orang yang amanah dan yang beramal soleh kedalam syurga mengalir dibawahnya sungai-sungai dan mereka dihiasi dengan gelang emas dan mutiara dan dipakaikan pakaian dari sutera.
    22:24 Dan mereka diberi petunjuk dan dengan ucapan terbaik dan terpuji.
    22:25 Sesungguhnya orang yang tidak percaya dan menghalang dijalan Allah dan masjidilharaami yang Kami jadikan manusia bertekun didalamnya bersama bagi yang berkemampuan maka sekiranya mereka melakukan kejahatan dan kezaliman pasti Kami menimpakan azab yang dahsyat.
    22:26 Dan ketika Kami menempatkan ibraahiima disuatu -lbaiti dan berpesan bahawa jangan kamu sekutukan Aku dengan sesuatu maka hendaklah kamu murnikan baitiya dan bagi orang yang disekelilingnya dan orang yang -rrukk’i dan -ssujuudi didalamnya.
    22:27 Dan hebahkan kepada sekelian manusia dengan ‘cabaran’ ini maka mereka akan datang kepadamu dengan berjalan atau berkenderaan unta tua sekali pun dan mereka datang dari setiap penjuru yang jauh.
    22:28 Supaya mereka menyaksikan kemanfaatanya dan mengingati nama Allah beberapa hari yang dimaklumkan dan makanlah dari apa yang direzekikan dari ternakanya dan berilah bantuan dan makanan kepada orang yang daif dan yang miskin dan yang memerlukan.
    22:29 Dengan demikian maka tinggalkan kepentingan mereka sementara dan sempurnakan nazar mereka disekeliling rumah antik itu.
    22:30 Demikian bagi sesiapa yang menghormati perintah-larangan Allah pasti diutamakan disisi Pemelihara mereka dan dihalalkan baginya ternakan kecuali apa yang dibacakan malahan jauhi dari menyembah berhala dan percakapan dusta dan yang tidak bermanafaat.
    22:31 Ketelusan bagi Allah bukan hanya menyengutukanya maka sesiapa menyengutukan Allah maka dijadikan dia seperti terjatuh dari langit maka disambar burung atau diterbangkan angin ditempat terpencil.
    22:32 Dan bagi sesiapa yang mengagungkan syariat Allah sesungguhnya keperihatinan pasti datang kedalam hati mereka.
    22:33 Bagimu beberapa manfaat kepada suatu tempoh yang telah ditetapkan kemudian dibenarkan bagimu mendekati rumah antik.
    22:34 Dan bagi setiap ummat Kami jadikanya suatu upacara mengingati nama Allah atas apa yang direzekikan kepada mereka dari ternakan maka Tuhanmu, Tuhan yang satu maka kepada Dia kamu berserah dan khabar gembira bagi orang yang merendah diri.
    22:35 Orang yang apabila diingatkan nama Allah, berdebar hatinya dan orang yang sabar atas apa yang menimpa mereka dan orang yang melakukan kewajipanya dan dari apa yang Kami rezekikan mereka belanjakan.
    22:36 Malahan korban ternakan dijadikan syari’at Allah bagimu dan dianya keutamaan maka ingatkan nama Allah apabila direbahkan bagi disembelih maka makanlah dan berilah makanan darinya kepada orang yang dalam kesusahan dan yang daif dan yang memerlukan.

    bsmbg.

    ReplyDelete
  5. smbg,

    22:37 Tidak sampai kepada Allah daging dan darahnya malahan yang sampai adalah keperihatinan kamu demikianlah apa yang ditundukan bagimu supaya kamu mengagungkan Allah yang memberi petunjuk dan khabar gembira kepada orang yang jujur.
    22:38 Sesunguhnya Allah pembela bagi orang yang amanah malahan Allah tidak menyukai setiap pengkhianat yang ingkar/tegar.
    22:39 Dan diberi keizinan memerangi bagi orang yang dizalimi malahan Allah berkuasa memberi bantuan kepada mereka.
    22:40 Dan mereka yang diusir dari daerahnya tanpa hak melainkan mereka berkata Pemelihara kami hanya Allah sekiranya tiada pembelaan Allah bagi manusia sebahagian mereka dari sebahagian yang lain pasti diruntuhkan biara dan gereja dan masjid dan tempat ibadat selainnya dimana nama Allah diingati dengan banyaknya malahan Allah yang membantu sesiapa yang membantu Dia malahan hanya Allah yang Berkuasa dan yang Perkasa keatas segalanya.
    22:41 Orang yang jika Kami tempatkan mereka dibumi pasti mereka melaksanakan kewajipan mereka dan menunaikan kemurnianya dan mereka menyeru kepada kemakrufan dan mencegah kemungkaran malahan kepada Allah kesudahan segala urusan.
    22:42 Dan jika mereka mendustakan kamu pastinya mereka telah berdusta sebelumnya dari kaum nuuhin dan ‘aadun dan tsamuudu.
    22:43 Dan kaum ibrahiima dan kaum luuthin.
    22:44 Dan penghuni madyana mendustakan muusaa maka ditangguhkan orang yang tidak percaya sementara, kemudian diazabkan mereka kesemuanya demikian itulah pembalasan Kami keatas mereka.
    22:45 Maka beberapa banyak dari khariahnya yang telah Kami laknati atas kezaliman yang dilakukan didalamnya maka runtuhlah bumbungnya dan tertutuplah periginya dan terbiar-usanglah bangunanya.
    22:46 Maka tidakkah mereka meneroka dibuminya malahan mereka punyai hati tetapi tidak memahami dengannya atau mempunyai telinga tetapi tidak mendengar dengannya malahan mereka itu tidak buta mata mereka tetapi buta-hati mereka yang didalam dada mereka.
    22:47 Dan mereka meminta disegerakan azab keatas kamu malahan Allah tidak akan mungkiri janjinya sesungguhnya bandingan sehari disisi Pemelihara kamu dianya seperti seribu tahun dari apa yang telah kamu menganggarkanya.
    22:48 Dan beberapa banyak khariah telah ditangguhkan sedang mereka zalim dan pasti diazabkan mereka dan hanya kepada Kami tempat kembali.
    22:49 Katakan wahai manusia aku hanyalah pemberi amaran yang jelas.
    22:50 Maka bagi orang yang amanah dan beramal soleh, mereka diberikan keampunan dan rezeki yang mulia.
    22:51 Dan bagi orang yang berusaha mengecewakan ayat-ayat Kami maka mereka itulah penghuni -ljahiimi.

    bsmbg,

    ReplyDelete
  6. smbg,

    22:52 Dan tidak Kami utuskan sebelum kamu seorang nabi dan rasul melainkan setelah syaitan melemparkan kepalsuan dan khayalan maka Allah lupuskan apa yang dilemparkan syaitan maka Allah tetapkan hukum dari ayat-ayatnya dan Allah yang Mengetahui dan Bijaksana.
    22:53 Dan dijadikan apa yang dilemparkan syaitan sebagai ujian bagi orang yang didalam hatinya ada penyakit dan yang ‘keras-hatinya’ malahan bagi orang yang zalim pasti mereka dalam perbezaan yang jauh.
    22:54 Pasti mengetahui orang yang diberi ilmu sebenar dari Pemeliharanya maka mereka amanah dan patuh hati mereka malahan Allah yang memberi petunjuk kepada jalan yang lurus bagi orang yang amanah.
    22:55 Dan orang yang tidak percaya didalam keraguan sehingga datang kepada mereka detik-saatnya serta-merta atau datangnya hari azab.
    22:56 Pada hari itu hanya Allah berkuasa menentukan hukum keatas mereka maka bagi orang yang amanah dan beramal soleh dimasukan kedalam syurga penuh kenikmatan.
    22:57 Dan orang yang tidak percaya dan yang mendustakan ayat-ayat Kami maka bagi mereka azab yang sangat hina.
    22:58 Dan mereka yang berhijrah dijalan Allah kemudian terbunuh pasti Allah memberi rezeki yang terbaik dan Allah yang terutama Pemberi rezeki.
    22:59 Dan mereka dijemput masuk dengan penghormatan kedalam tempat yang disenangi sesungguhnya Allah yang Mengetahui yang Berilmu.
    22:60 Demikian pembalasan yang serupa diberi sekiranya dia ditindas dan pasti Allah menolongnya dan Allah yang Pemaaf yang Pengampun.
    22:61 Malahan Allah yang masukkan malam kedalam siang dan masukkan siang kedalam malam malahan Allah yang Mendengar yang Melihat.
    22:62 Dan hanya Allah yang benar maka sesiapa yang menyeru selain Dia adalah palsu dan Allah yang terunggul dan yang Agung.
    22:63 Tidakkah kamu melihat Allah yang menurunkan dari langitnya air maka suburlah dan menghijau bumi dan Allah yang Teliti yang Menyedari.
    22:64 Pemilik segala yang dilangit dan dibumi dan Allah Terkaya dan Terpuji.
    22:65 Apakah tidak kamu lihat Allah yang menundukan bagimu segala yang dibumi malahan kapal yang belayar dilautan dengan perintah Dia dan menahan langit dari jatuh kebumi dengan izin Dia sesungguhnya Allah dengan manusia Mengasihi dan Menyayangi mereka.
    22:66 Dan Dia yang menghidupkan dan yang mematikan mereka kemudian dihidupkan semula malahan ramai dikalangan manusia mengingkarinya.
    22:67 Setiap ummat Kami jadikan ibadatnya suatu upacara maka jangan mereka pertikaikan urusanya dan serulah Pemeliharamu malahan kamu diatas petunjuk yang benar.

    Sekian.

    ReplyDelete