Wednesday 23 December 2015

Ulang Siar 4

Agama di dalam maknanya yang moden membawa erti suatu kumpulan manusia yang mempercayai kepada beberapa perkara-perkara teras yang diusulkan oleh kumpulan mereka.

Kebiasannya kumpulan ini akan bersikap melindungi ideologi yang menjadi identiti kumpulan mereka.

Pada awalnya setiap kumpulan mempercayai kepada kepada satu jalur kepercayaan yang sama.

Lama kelamaan kumpulan ini berpecah kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil. 

Ia terjadi kerana manusia marhaen akan mengikuti ketua. Ketua pula secara semulajadi bersikap tamak kepada pengaruh dan pengikut.

Jika diamati setiap kumpulan ini bersikap sangat melindungi pemikiran ketua mereka. Inilah yang dipanggil mazhab. 

Secara dasarnya Agama tidak dipraktis oleh manusia. Kita mempraktik ajaran mazhab. 

Tidak kira apa pun cabang agama, kita sebenarnya mempraktik ajaran mazhab.

Mazhab diketuai oleh manusia biasa yang namanya tidak pernah tertulis di dalam kitab-kitab besar agama dunia. 

Itulah hakikat manusia kini. 

Majoriti kita di dunia ini meletakkan harap kepada manusia-manusia agong yang namanya tertulis di dalam kitab seperti Musa, Isa dan Muhammad.

Namun, hakikatnya kita tidak mengikuti nama besar ini. Kita mengikut ketua mazhab masing-masing.

Apabila ada masalah kumpulan ini perlu melihat cara penyelesaian mengikut ajaran ketua mazhab masing-masing. Para pengikut tidak dibenarkan untuk mengikuti cara penyelesaian mazhab lain.

Sebab itulah sangat sukar untuk kita menyatukan manusia. Perpecahan manusia sangat rumit. 

Hanya Tuhan sahaja yang tahu mengapa dunia masih belum dimusnahkan secara total oleh bom nuklear akibat dari perpecahan ini.

Namun begitu, kitab-kitab besar dunia tidak menyarankan supaya manusia beragama apatah lagi bermazhab. 

Kebiasaannya, kitab-kitab besar dunia menyarankan supaya manusia mengikuti cara hidup yang makmur dan damai.

Artikel yang seterusnya adalah mengenai Organisasi Agama secara am. 

Agak sukar untuk menjelaskan tentang perpecahan mazhab kerana ia perlu kepada isu-isu yang lebih teliti.

Alangkah baiknya jika saya boleh mengisytiharkan bahawa isi kandungan Al Quran tidak menyarankan kita untuk memasuki Agama malah Tuhan melarangnya dan menyamakan perbuatan beragama serupa dengan mempersekutukan Tuhan.

Saya seorang tidak boleh merubah dunia. Namun, pemikiran ini boleh dikongsi dengan harapan supaya ia berupaya membentuk gelombang.

Sangat sukar untuk kita menceritakan hakikat ini kepada masyarakat. Namun, itulah faktanya.

Bagaimana Organisasi Agama tercipta ? Berikut adalah penerangan saya.
 

 http://ashwed1973.blogspot.my/2015/04/organisasi-agama.html


Ashwed


2 comments:

  1. Surah Mukminun (23) 2-muka awal dan 2-muka akhir;

    23:1 Sesungguhnya beruntunglah orang yang amanah.
    23:2 Orang yang melaksanakan kewajipanya dan yang merendah diri.
    23:3 Dan orang yang berpaling dari perkara yang mensia-siakan mereka.
    23:4 Dan orang yang dengan kemurnian mereka patuh melaksanakanya.
    23:5 Dan orang yang dengan kemaluan mereka mengawalnya.
    23:6 Kecuali bagi pasanganya atau yang mereka miliki restu keatasnya malahan mereka bukan darinya orang yang tercela.
    23:7 Maka sesiapa mencari yang tersembunyi maka mereka itulah musuh.
    23:8 Orang yang dengan keamanahan dan perjanjian mereka beri tupuan.
    23:9 Dan orang yang dengan kewajipan mereka memeliharanya.
    23:10 Maka mereka itulah orang yang mewarisinya.
    23:11 Mewarisi -lfirdausa dan mereka bekekalan didalamnya.
    23:12 Dan Kami mencipta manusia dari saripati/debu tanah.
    23:13 Kemudian Kami jadikan titisan mani didalam tempat yang terjamin.
    23:14 Dan darinya Kami ciptakan titisan mani dan segumpal darah dan dari gumpalan darah kepada daging kemudian dibaluti tulang padanya kemudian diproses menjadi mahluk yang diberkati Allah malahan Allah Pencipta yang terbaik.
    23:15 Kemudian sesudahnya pasti kamu menemui kematian.
    23:16 Kemudian pada hari kebangkitan kamu dibangkitkan.
    23:17 Sesungguhnya Kami mencipta bagimu tujuh tharaa-iqa dan tiadaklah Kami lalai dari menciptanya.
    23:18 Dan Kami turunkan dari langit hujan dengan kadar yang ditetapkan dan diresapi bumi malahan Kami berkuasa menghilangkanya.
    23:19 Maka Kami menumbuhkan tanaman dari palma dan anggur bagimu didalamnya buah -buahan yang banyak dan darinya dapat kamu makan.
    23:20 Dan pepohon dipuncaknya mengeluarkan herba sebagai pembuka selera bagi orang yang memakanya.
    23:21 Sesungguhnya dari ternakan kamu mendapat pelajaran yang Kami menrezekikan kamu dari apa yang terdapat didalam perutnya dan banyak manfaat yang dapat kamu jadikan makanan darinya.
    23:22 Dan diatas kapal yang kamu belayar didalamnya.
    23:23 Dan Kami mengutuskan nuuhan kepada kaumnya maka dia berkata wahai kaumku berkhidmatlah kepada Allah dan tiada tuhan selain Dia maka apakah tidak kamu prihatin kepadanya.
    23:24 Maka berkata -lmala-u yang tidak percaya dari kaumnya tidaklah dia melainkan seorang manusia seperti kamu, dia menginginkan kelebihan darimu dan jika dikehendaki Allah pasti diturunkan malaikat dan tidak kami dengar sebelumnya dari bapa kami atau orang yang terdahulu.
    23:25 Tidak lain dia hanyalah seorang lelaki gila/tidak waras maka tunggulah sehingga tiba masanya.
    23:26 Dia berkata wahai Pemeliharaku tolonglah aku dengan apa yang telah mereka mendustakan perihal aku.
    23:27 Maka Kami ilhamkan kepadanya supaya membina kapal dibawah pengawasan dan ilham dari Kami dan apabila datang perintah Kami maka menggelegaklah relau didasar lautan maka masuklah kedalamnya setiap darinya berpasangan dan ahli keluargamu kecuali orang terdahulu yang telah ditetapkan takdir mereka dan jangan kamu persoalkan mereka yang zalim sesungguhnya mereka pasti ditenggelamkan.
    23:28 Dan apabila kamu dan sesiapa bersamamu diatas kapal merasa selesa maka ucapkan segala pujian bagi Allah yang telah menyelamatkan kamu dari kaum yang zalim.
    23:29 Dan katakan wahai Pemeliharaku labuhkan kami ditempat berlabuh yang diberkati dan Kamu yang Terutama penentu tempat berlabuhnya.
    23:30 Demikian tanda-ayatnya malahan Kami yang tentukan keputusanya.
    23:31 Kemudian Kami bangkitkan sesudah mereka generasi yang terkini.
    bsmbg..

    ReplyDelete
  2. smbg..

    23:92 Dan Dia mengetahui yang ghaib dan Dia yang menyaksikan maka Dia yang teramat Mulia dari apa yang telah mereka sekutukanya.
    23:93 Katakan Pemeliharaku perlihatkan apa yang telah dijanjikan.
    23:94 Pemeliharaku janganlah jadikan aku dari kalangan kaum yang zalim.
    23:95 Dan Kami berkuasa perlihatkan kepadamu apa yang Kami janjikan.
    23:96 Maka hindarilah kami dari kejahatan dan pandulah kami kepada kebaikan malahan Kamu mengtahui apa yang mereka sifatkan.
    23:97 Dan katakan wahai Pemeliharaku! aku berlindung kepadaMu dari bisikkan syaitan.
    23:98 Dan aku berlindung kepadaMu dari mereka hadir kepadaku.
    23:99 Dan apabila datang kepada seseorang kematianya maka mereka berkata wahai Pemeliharaku kembalikan aku.
    23:100 Supaya dapat aku melaksanakan amalan soleh yang aku tinggalkan malahan tidak sesekali! dianya diucapkan disebalik barzakhun maka tunggulah sehingga hari kebangkitan kamu.
    23:101 Dan ketika ditiupkan fishshuuri maka hilanglah pertalian keluarga diantara mereka pada hari itu dan tidaklah dapat mereka persoalkan.
    23:102 Maka sesiapa berat timbanganya mereka itulah orang yang beruntung.
    23:103 Dan sesiapa yang ringan timbanganya maka mereka itulah orang yang telah merugikan diri dan mereka berkekalan didalam jahannama.
    23:104 Api membakar muka mereka sehingga meninggalkan parut kekal.
    23:105 Apakah tidak dibacakan ayat-ayatKu kepada mereka malahan mereka telah mendustakanya.
    23:106 Mereka berkata wahai Pemelihara kami, kami telah dikuasai dengan penderitaan maka itulah yang menjadikan kami kaum yang sesat.
    23:107 Pemelihara kami keluarkan kami darinya dan jika kami dikekalkan didalamnya maka jadilah kami darinya orang yang zalim.
    23:108 Berkata tinggallah kamu menderita didalamnya dan jangan kamu berinterasi denganKu lagi.
    23:109 Malahan ada segolongan dari hambaKu mereka berkata Pemelihara kami, kami amanah maka ampunilah kami dan berikan kami rahmat dan hanya Kamu yang terutama pemberi rahmat.
    23:110 Malahan kamu telah menjadikan mereka bahan cemohan sehingga kamu melupai dari mengingati Aku dan kamu tetawakan mereka.
    23:111 Sesungguhnya Aku memberi pembalasanKu hari ini atas apa yang mereka bersabar dengannya sesungguhnya mereka orang yang berjaya.
    23:112 Berkata berapa tahunkah kamu telah menghuni dibumi ini.
    23:113 Mereka berkata kami menghuni sehari atau sebahagian hari maka tanyalah orang yang menghitungnya.
    23:114 Berkata tidaklah kamu menghuni didalamnya melainkan sebentar jika kamu hendak mengetahuinya.
    23:115 Apakah kamu menganggap Kami mencipta kamu bagi dipermainkan atau kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami.
    23:116 Maka teramat mulianya Allah, Penguasa yang sebenar dan tiada tuhan melainkan Dia, Pemelihara -l’arsyi yang mulia.
    23:117 Dan sesiapa yang menyeru tuhan selain Allah tanpa bukti kukuh sesungguhnya perhitungan mereka disisi Pemelihara mereka malahan tidak beruntung sedikit pun bagi orang yang tidak percaya.
    23:118 Maka katakan Pemelihara kami, ampunilah dan rahmatilah kami dan hanya Kamu yang terutama Pemberi rahmat.
    Sekian..

    ReplyDelete