Wednesday 23 December 2015

Ulang Siar 5

Artikel berikut ini adalah yang terakhir di dalam siri ulang siar. 

Ia adalah berkenaan maksud satu perkataan yang maha penting di dalam kehidupan manusia.

Ia juga adalah satu perkataan yang paling sering disalahertikan di dalam kehidupan seharian masyarakat Islam.

Jika kita bertanya kepada anggota masyarakat Islam tentang apakah tugas Al Quran di dalam kehidupan seharian mereka, pasti jawapan yang kita akan dengar ialah Al Quran adalah panduan hidup kami.

Namun hakikatnya, ianya tidak begitu. Al Quran hanya digunakan sebagai panduan kematian masyarakat Islam bukan panduan hidup mereka.

Untuk kehidupan, masyarakat Islam mengguna buku-buku lain hasil tulisan ketua-ketua mazhab mereka sebagai panduan. 

Al Quran ditinggalkan dan tidak diletakkan di tempat yang sepatutnya.

Ia ditinggalkan berhabuk di rak-rak buku sehinggakan Nabi Terakhir pernah memanjatkan aduan kepada Pemeliharanya "Tuhanku, sesungguhnya kaumku mengambil Al Quran ini sebagai suatu yang tidak dipedulikan" AQ 25:30

Berikut adalah penerangan saya mengenai maksud perkataan solat.

http://ashwed1973.blogspot.my/2015/04/nabi-aqeemu-sollah-dan-zakkah.html

Oleh yang demikian, jika kita dilarang dari memasuki syi-ya-an ( dibaca sebagai organisasi agama ) maka apakah sebenarnya yang perlu kita cari di dalam hidup ini ?

Al Quran menegaskan bahawa sebagai manusia kita perlu mengabdikan diri kepada Pemelihara kita iaitu zat asal yang mencipta sistem kehidupan yang kita sedang hidup di dalamnya.

Bagaimanakah caranya kita mengabdikan diri kepada Pemelihara kita. 

Kita mengabdikan diri kepada Pemelihara kita dengan "Mendengar dan Mematuhi" perintahnya yang hanya boleh dibaca dari dalam Al Quran sahaja.

Apakah perintah tersebut ? Ianya adalah sangat jelas, kita diperintahkan untuk menjadi seorang MANUSIA, jika tidak, sudah tentulah kita dapati diri kita sebagai seekor binatang atau pokok atau makhluk-makhluk lain.

Panduan untuk menjadi seorang MANUSIA itulah yang direkodkan secara terperinci di dalam Al Quran, di mana Tuhan berjanji jika kita "mendengar dan mematuhinya" kita akan diangkat menjadi seorang MANUSIA yang berjaya.

http://ashwed1973.blogspot.my/2015/04/tuhan.html


Keterangan di atas memberitahu kita bahawa fakta yang dikemukakan oleh Tuhan adalah yang paling tepat. Fakta-fakta ini hanya boleh didapati dari dalam Al Quran bukan dari buku-buku lain.

Seterusnya, di frasa " .. Dan Al Quran ini diwahyukan kepadaku supaya dengan dia aku memberi peringatan kepadamu .. "  memberitahu kita bahawa Nabi Terakhir tidak sesekali mengguna buku lain selain dari Al Quran semasa menyeru masyarakatnya untuk berubah. Baginda hanya mengguna Al Quran.

Di manakah kedudukan kitab hadis yang sangat kita tegakkan sehingga menjadi panduan hidup dengan membelakangkan Al Quran ? 

Adakah Baginda, Nabi Terahir yang menulis kitab-kitab hadis ini ? Sudah tentu tidak. Mengapa kita tidak memikirkannya ?

Ashwed

10 comments:

  1. "AlQuran ditinggalkan berhabuk di rak-rak buku" itu kurang tepat. Masyarakat Melayu secara dasarnya ramai juga yg rajin baca AlQuran dan lebih ramai lagi yg menghantar anak ke sekolah tahfiz. Jadi mereka pasti menolak sekeras2nya ayat saudara yang ini.

    Apa yg patut diberitahu mereka ialah membaca dan menghafal AlQuran sama sekali tidak membantu mereka dlm mencari panduan darinya. Mereka perlu memikirkannya...yakni, mempersoal dan cuba "make sense" darinya, supaya dapat memahaminya.

    ReplyDelete
  2. Salam Saudara ashwed,
    Tahniah kerana berusaha untuk memberi penerangan yang berkaitan AQ untuk masyarakat Melayu.

    Pada yang ingin mendalami lagi dan membuat rujukan berkaitan ayat ayat AQ boleh mencari di alamat ini.
    http://ns1.bblm.go.id/

    ReplyDelete
  3. "Adakah Baginda, Nabi Terahir yang menulis kitab-kitab hadis ini ? Sudah tentu tidak. Mengapa kita tidak memikirkannya?"

    1. Kebanyakan kita tidak MEMIKIRkannya sebab telah MENYERAHkan otak kita kpd Agamawan (yg bergaji, bergelar & berkepentigan) kerana diTAKUT2kan untuk menTAFSIRkan Al Quran yg berbahasa ARAB.

    2. Agamawan pula mentafsirkan Quran dalam konteks berNARATIFkan Arab - siap dgn berucap, berketerampilan, berpakaian & merujuk tulisan2 Arab agar diKAGUMi oleh org2 Melayu yg TAKSUB dgn tradisi & budaya Arab.

    3. Tiga perkara "Sunnah" Nabi terakhir yg TIDAK dicontohi oleh Agamawan2 ini adalah: (1) Merujuk kpd AlQuran SEMATA2; (2) Bertutur dalam bahasa yg diFAHAMi oleh pendengarnya; dan (3) berpakaian selari dgn keadaan SETEMPAT (nota: Abu Lahab & Abu Jahal juga berserban, berjanggut & berjubah).

    "Org2 Arab itu, lebih sangat kekafiran dan kemunafikannya, dan lebih wajar tidak mengetahui hukum2 yg diturunkan Tuhan kepada Rasul-Nya. Dan Tuhan Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana." (Q9:97)

    4. Sekiranya tradisi & budaya Arab itu adalah naratif PILIHAN Tuhan, sudah pasti mereka AMAN & MAJU sedangkan realitinya adalah yang diSEBALIKnya - 350 juta umat Arab yg menyembah SATU Tuhan tetapi berbunuhan SESAMA sendiri diatas nama Tuhan yg SAMA!

    "Di antara org2 Arab yg di sekelilingmu itu, ada org2 munafik; dan (juga) di antara penduduk Madinah. Mereka keterlaluan dalam kemunafikannya. Kamu (Muhammad) tidak mengetahui mereka, (tetapi) Kamilah yg mengetahui mereka. Nanti mereka akan Kami siksa dua kali kemudian mereka akan dikembalikan kpd azab yg besar." (Q9:101)

    5. Demi sesungguhnya Nabi terakhir diutuskan Tuhan untuk meng"ISLAM"kan Arab dan BUKANnya untuk meng"ARAB"kan Islam.

    6. Sudah sampai masanya kita menggunakan deria dan OTAK kita sendiri untuk mengkaji samaada REALITI masyarakat Islam ala Arab selari dengan PRINSIP Al Quran dan sekiranya TIDAK (berperang, tindas-menindas, miskin, mundur, merana, jumud) kita perlu BERFIKIR, MENYOAL & MENGKAJI balik amalan ikut2an yang kita buat selama ini.

    \Alhamd

    ReplyDelete
  4. any comments:
    http://um-fabolous.blogspot.my/2015/05/sebab-kenapa-nabi-muhammad-saw-tidak_43.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam saudara Ashkc,

      Pada saya artikel itu menunjukkan betapa kurangnya orang kita membaca.

      Delete
    2. http://um-fabolous.blogspot.my/2015/05/sebab-kenapa-nabi-muhammad-saw-tidak_43.html?m=1

      Surely the whole idea is to idealise the MESSAGE instead if IDOLISING the messenger. No?

      Say: "Verily, my prayer, my sacrifice, my living, and my dying are for God, the Lord of the Worlds. HE HAS NO PARTNER. And of this I have been commanded, and I am the first of the Submitters." [Surah 6:162 ~ 163]

      May we be on the path blessed by God; not on the path unblessed by Him, or the path of THOSE WHO ARE LOST.

      \Alhamd

      Delete
    3. indeed....."14:11 Their messengers said to them, "We are no more than humans like you, but God blesses whomever He chooses from among His servants. We could not possibly show you any kind of authorization, except in accordance with God's will. In God the believers shall trust."

      Delete
  5. Surah An Nuur - awal dan akhir 2-muka;

    24:1 Suatu surah yang Kami turunkan dan Kami wajibkan didalamnya ayat-ayat yang jelas supaya kamu dapat mengingatinya.
    24:2 Perempuan yang berzinah dan lelaki yang berzinah maka deralah setiap seorang dari mereka dengan seratus deraan dan jangan kamu kasihani mereka demi menjalankan diini Allah sekiranya kamu amanah kepada Allah dan hari akhiratnya dan hendaklah bersaksikan dengan orang yang amanah ketika melaksanakanya.
    24:3 Lelaki yang berzinah tidak menikahi melainkan dengan perempuan yang berzinah atau perempuan sekutu dan perempuan yang berzinah tidak menikahi melainkan dengan lelaki yang sekutu atau lelaki yang berzinah dan diharamkan yang demikian itu bagi orang yang amanah.
    24:4 Dan orang yang menuduh perempuan yang telah bernikah kemudian mereka tidak mendatangkan empat saksi maka deralah mereka dengan lapan puluh deraan dan jangan kamu terima kesaksian mereka selama-lamanya malahan mereka itulah orang yang fasik.
    24:5 Kecuali orang yang bertaubat dan melakukan pemulihan sesudah itu sesungguhnya Allah yang Pengampun yang Penyayang.
    24:6 Orang yang menuduh pasanganya tanpa mengemukakan saksi-saksi kecuali dirinya maka kesaksian seorang dari mereka hendaklah bersumpah empat kali sumpah dengan Allah yang dia berkata benar.
    24:7 Dan yang kelimanya pasti Allah melaknatinya jika dia berdusta.
    24:8 Dan akan terhindar darinya azab jika pasanganya mendapati empat kesaksian dengan Allah sesungguhnya yang dianya bukan dari kalangan orang yang berdusta.
    24:9 Dan yang kelima kemurkaan Allah keatas mereka jika dia yang benar.
    24:10 Dan itulah kurniaan dan rahmat dari Allah kepada mereka dan hanya Allah yang menerima taubat malahan hanya Dia yang bijaksana.
    24:11 Sesungguhnya orang yang mengadakan penipuan maka jangan kamu anggap dianya buruk malahan dianya baik bagimu maka bagi setiap orang yang melakukan dosa pasti ditimpakan balasan dengan apa yang mereka lakukan dengan azab yang sangat dahsyat.
    24:12 Mengapa tidak apabila lelaki dan perempuan yang amanah mendengar pembohongan sedang mereka mengutamakan kebaikan maka katakan tidaklah ini melainkan suatu pembohongan yang nyata.

    bsmbg..

    ReplyDelete
  6. smbg..

    24:43 Tidakkah kamu lihat Allah yang menggerakan awanya kemudian dikumpulkan diantaranya kemudian dijadikan berlapisan maka kamu lihat mendungan awan keluar dicelah lapisan langitnya maka diturunkan hujan dan dari gunung diturunkan salji maka ditimpakan keatas sesiapa yang dikehendaki dan dialehkan dari sesiapa yang dikehendaki dan nyaris kilauan kilatnya tidak menghapuskan penglihatan kamu.
    24:44 Allah yang mengantikan malam dengan siang yang demikian suatu pelajaran bagi mereka yang mempunyai vision/pandangan.
    24:45 Dan Allah yang mencipta sekelian mahluk dari air dan diantaranya ada yang berjalan dengan perutnya atau dengan dua atau empat kakinya dan Allah mencipta apa yang dikehendaki dan hanya Allah berkuasa keatas segala apa yang diciptaNya.
    24:46 Pastinya Kami yang menurunkan tanda-ayat yang jelas dan Allah beri petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki kepada jalan lurus.
    24:47 Mereka berkata kami amanah dan mentaati Allah dan rasulnya dan sebahagian mereka berpaling maka mereka bukan orang yang amanah.
    24:48 Dan apabila mereka diseru kepada Allah dan rasulnya supaya dapat menghakimi mereka sebahagian mereka berpaling darinya.
    24:49 Dan jika mereka benar pasti mereka datang dengan ketaatan.
    24:50 Apakah dalam hati mereka ada penyakit atau kecuriga atau takut kepada Allah dan rasulnya tidak berlaku adil terhadap mereka malahan mereka itulah sebenarnya orang yang zalim.
    24:51 Maka ucapan orang yang amanah apabila diseru kepada Allah dan rasulnya untuk dihakimi mereka berkata kami dengar dan kami taat maka mereka itulah orang yang mendapat kejayaan.
    24:52 Dan sesiapa mentaati Allah dan rasulnya dan takut kepada Allah dan prihatin kepada Dia maka mereka pasti mendapat kemenangan.
    bsmbg..

    ReplyDelete
  7. smbg..

    24:55 Allah menjanjikan orang yang amanah dan beramal soleh bagi dijadikan mereka pengganti dibumi seperti mereka sebelumnya yang mantap dengan diinahumu yang diredhai maka digantikan ketakutan dengan keamanan bagi mereka yang berkhidmat kepada Dia dan tidak sekutukan Dia dan siapa ingkar sesudah itu mereka menjadi fasik.
    24:56 Dan laksanakan kewajipanmu dan tunaikan kemurnianya dan taatlah kepada rasulNya supaya kamu mendapat rahmatNya.
    24:57 Jangan kamu anggap orang yang ingkar hanya kecewa dibumi malahan diakhirat penginapan mereka api seburuk-buruk tempat kembali.
    24:58 Wahai orang yang amanah bagi mereka yang dibawah tanggunganmu dan yang belum balighu hendaklah meminta izin darimu tiga kali sebelum kamu melaksanakan solaati -lfajri dan ketika hendak menanggalkan pakaian luarmu apabila kepanasan ketika -zhahiirati dan sebelum solaati -l’isyaa-i disebahagian malamnya maka itulah tiga penelanjangan dan tidak bersalahan bagimu dan mereka bersantai disekitaran sesudah itu maka Allah yang menjelaskan ayat-ayatnya malahan Allah yang Mengetahui yang Bijaksana.
    24:59 Dan bagi anak-anakmu yang balighu mereka hendaklah meminta izin sepertimana meminta izin orang terdahulu malahan Allah yang telah menjelaskan ayat-ayatnya dan Allah yang Mengetahui yang Bijaksana.
    24:60 Dan perempuan yang lanjut usia dan tiada keinginan berkelamin maka tidak menjadi kesalahan bagi menanggalkan pakaian luar mereka tanpa menampakan perhiasan mereka dan memelihara kehormatan sangat diutamakan malahan Allah yang Mendengar yang Mengetahui.
    24:61 Bukan halangan bagi yang buta dan tempang dan sakit dan dirimu makan dirumahmu atau bapamu atau ibumu atau saudara lelakimu atau saudara perempuanmu atau saudara lelaki dan perempuan bapamu atau saudara lelaki dan perempuan ibumu atau dirumah yang kamu miliki kuncinya dan jika kamu benar maka tidak bersalahan bagimu makan bersamanya atau bersendirian dan ketika kamu memasuki rumah hendaklah memberi salam hormat yang diredhai Allah dan Allah yang menjelaskan ayat-ayatnya supaya kamu memahaminya.
    24:62 Sesungguhnya orang yang amanah kepada Allah dan rasulnya ketika berkumpul dalam sesuatu urusan mereka tidak meninggalkanya melainkan meminta izin dan mereka itulah orang yang amanah dan jika mereka meminta izin darimu maka izinkan bagi sesiapa yang kamu kehendaki malahan mohonlah keampunan Allah pasti diampunkan mereka malahan Allah yang Pengampun yang Penyayang.
    24:63 Jangan kamu jadikan seruan rasulmu seperti seruan diantara kamu pasti Allah mengetahui orang yang menyusup secara rahsia bagi mencari perlindungan dan takutlah bagi orang yang menentang perintahnya malahan akan ditimpakan fitnah dan azab yang dahsyat.
    24:64 Katakan milik Allah sekelian apa yang dilangit dan dibumi dan Dia mengetahui bilakah hari mereka akan dikembalikan kepadaNya dan pasti diperjelaskan kepada mereka apa yang telah mereka lakukan malahan Allah mengetahui segalanya.

    Sekian.

    ReplyDelete