Wednesday 29 June 2016

Biblical Mullahs Versi Bahasa Melayu : Bab 13 Nama "MUHAMMAD" Tidak Tersebut Dalam Al Quran

Kedamaian Untuk Semua,

Seorang pembaca telah mengambil inisiatif mengalihbahasa sebuah buku bertajuk Biblical Mullahs tulisan Abu Hurairah untuk disiarkan di blog ini secara berperingkat.

Terjemahan ini berwarna hitam. Semoga ianya bermanfaat.

Saya amat berterima kasih di atas usaha beliau. Hanya Tuhan yang dapat membalas kesungguhan dan iltizam anda.

Versi Bahasa Inggeris boleh di layari di link yang tertulis pada terjemahan tersebut.

Saya juga pernah menulis mengenai perkara ini di sebuah siri  trilogi bertajuk "Muhammad" Bukan Nabi.

Anda boleh membacanya di sini :

http://ashwed1973.blogspot.my/2015/10/muhammad-bukan-nabi.html

http://ashwed1973.blogspot.my/2015/10/muhammad-bukan-nabi-sambungan.html

http://ashwed1973.blogspot.my/2015/11/muhammad-bukan-nabi-indoktrinasi-bermula.html

#################################################

 Terjemahan dari buku "Biblical Mullahs" 

(http://biblicalmullahs.blogspot.my)

Bab 13 Nama "MUHAMMAD" Tidak Tersebut Dalam Al Quran


 
Tahukah anda bahawa kata nama khas (ismi ma'rifah) ‘muhammad’ tidak tersebut dalam Al Quran? Ini bermaksud Al Quran tidak mengenali atau mengiktiraf ismi ma'rifah ‘muhammad’ sebagai nama nabi.  Kenyataan ini akan mengejutkan ramai orang Islam dan juga bukan Islam tetapi pada hakikatnya ini adalah satu fakta yang paling mudah dibuktikan dengan merujuk kepada Al Quran.

Bahasa Arab menggunakan kata nama khas atau ismi ma'rifah (proper noun) dan kata nama biasa atau nakirah (simple noun).  Ismi ma'rifah digunakan untuk nama khas seperti nama orang, nama-nama Allah dan sebagainya.  Nakirah pula digunakan untuk nama biasa seperti kucing, beg tangan dan sebagainya.

Mengikut nahu bahasa Arab semua ismi ma'rifah (kata nama khas) mesti mempunyai imbuhan awal 'al'. Contohnya  'al-Quran', 'al-Rahim', 'al-Rahman' dan 'al-Azeez'.

Maka sebutannya dalam al-Quran mestilah 'al-Muhammad'. Tetapi ismi ma'rifah atau kata nama khas 'al-Muhammad' langsung tidak tersebut dalam al-Quran.

Apa yang tersebut dan ditulis dalam lima ayat al-Quran adalah kalimah “muhammadoon”, “muhammadeen” and “ahmadoo”.   Ketiga-tiga kalimah ini bukan ismi ma'rifah atau pun nakirah tetapi sebaliknya adalah kata sifat (adjective).

“Muhammadoon” dan “muhammadeen” adalah kata sifat yang merujuk kepada "yang dipuji". Kalimah ‘ahmadoo’ pula adalah kata sifat yang merujuk "yang akan dipuji".

Kita akan mengkaji ke-semua daripada lima ayat Al-Quran yang berkaitan untuk melihat bagaimana kata-kata sifat "muhammadoon", "muhammadeen" dan "ahmadoo"  (yang dipuji, yang akan dipuji)  mencerahkan dengan tepat sekali akan konteks dan maksud sebenar kelima ayat itu.

Kaum ulamak telah memutarbelitkan dan salah tafsirkan empat ayat Al-Quran yang berikut ia itu 3:144, 33:40, 48:29 dan 47:2 dan menukar kata-kata sifat “muhammadoon” dan "muhammadeen” menjadi ismi ma'rifah ‘al-muhammad’.   Ini adalah perbuatan menipu.

Ayat al-Quran yang kelima yang diputarbelitkan oleh kaum ulamak adalah 61:6 di mana kata sifat (adjective)  ‘ahmadoo’ ditukar menjadi kata nama khas atau ismi ma'rifah ‘al-ahmad’.  Ini juga adalah perbuatan menipu.   Kemudian mereka memutarbelitkan sekali lagi tafsiran ayat ini dan berkata bahawa ‘al-ahmad’ yang mereka telah menciptakan itu merujuk kepada Nabi Muhammad.

Dengan cara ini mereka telah menciptakan ismi ma'rifah ‘al-ahmad’ dan ‘al-muhammad’ yang tidak pernah tersebut dalam al-Quran.  Para ulamak berkata kata sifat muhammadoon, muhammadeen and ahmadoo semua merujuk kepada nama khas atau ismi ma'rifah Nabi Muhammad. Ini adalah penipuan oleh kaum ulamak.

Al-Quran hanya menyebut “muhammadoon” (dua kali), “muhammadeen” (dua kali) dan “ahmadoo” (sekali) yang kesemuanya adalah kata sifat.

Ketika saya mengkaji ayat al-Quran dalam bahasa Arab original saya  melihat  kekeliruan dan kesilapan jelas dalam tafsiran tradisional para ulamak mengenai ayat yang berikut :

33:40 Ma kaana muhammadoon abaa’a ahadin min rijaali-kum walaa-kin rasoolul-laahi wa khaa-tama al nabiy-yeena wa kaana-llaahu bi kulli shay-in aleeman

Yang berikut adalah terjemahan tradisional para ulamak :

33:40 Bukanlah Nabi Muhammad itu menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Yang berikut adalah terjemahan tradisional bahasa Inggeris oleh Abdullah Yusuf Ali:

33:40 Muhammad is not the father of any of your men (sons), but (he is) the Messenger of Allah, and the Seal of the Prophets: and Allah has full knowledge of all things.

Soalan yang timbul ialah kenapa Allah tidak membenarkan seorang nabiNya menjadi bapa kepada anak lelaki tetapi hanya membenarkan nabiNya mempunyai anak perempuan? Kenapa pula seorang Nabi tidak dibenarkan kegembiraan mempunyai anak-anak lelaki?

Tafsiran yang salah ini juga menyalahi biologi dan fitrah semulajadi kaum lelaki sebab ianya mustahil bagi seorang lelaki boleh menjadi bapa kepada anak perempuan tetapi tidak boleh menzuriatkan anak lelaki. Seorang lelaki boleh menzuriatkan anak (samada lelaki atau perempuan) atau jika dia mandul lelaki itu tidak boleh menzuriatkan kedua-dua anak lelaki atau anak perempuan.

Tidak pernah berlaku sekali pun dalam sejarah atau mengikut catatan sains perubatan di mana wujud seorang lelaki yang boleh menzuriatkan anak perempuan tetapi tidak berupaya menjadi bapa kepada kelahiran anak lelaki.

Kajian saintis Islam yang tersohor seperti Dr Maurice Bucaille membuktikan bahawa ayat al-Quran mencerminkan banyak fakta saintifik yang boleh dan telah pun disahkan oleh para saintis moden.  Tambah lagi tidak ada sebarang ayat dalam al-Quran yang melanggar fakta sains.

Maka ianya amat mustahil jika terdapat ayat al-Quran yang boleh bermaksud kononnya seorang lelaki boleh menjadi bapa kepada anak perempuan tetapi tidak boleh menzuriatkan anak lelaki. Perkara ini mustahil dari sudut sains dan juga daripada sudut sejarah manusia, termasuk sejarah para rasul dan nabi yang terdahulu.

13:38  Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul sebelummu, dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan. .

Semua rasul yang terdahulu berkeupayaan untuk beristeri dan melahirkan zuriat keturunan.  Tidak ada sebarang sebab kenapa seorang rasul dikecualikan daripada  ayat ini.

Tetapi para ulamak menyanggah tafsiran mereka sendiri. Mereka berkata bahawa Nabi pernah melahirkan lima orang anak lelaki – Ibrahim, Kassim, Tahir, Tayyab and Abdullah – yang semuanya telah meninggal sewaktu kecil. (Para ulamak juga bercanggah akan bilangan sebenar dan panggilan nama anak-anak lelaki itu).  Para ulamak berpendapat  sebilangan anak lelaki Nabi dilahirkan sebelum  turunnya al-Quran manakala Ibrahim telah dilahirkan selepas al-Quran diwahyukan.

Kenyataan para ulamak seperti ini jelas menyanggah tafsiran silap mereka sendiri yang mengatakan Nabi tidak boleh menzuriatkan anak lelaki. Mengikut tulisan mereka sendiri Nabi pernah melahirkan lima anak lelaki - Ibrahim, Kassim, Tahir, Tayyab dan Abdullah.

Maka al-Quran tidak pernah dan tidak boleh mengatakan bahawa Nabi tidak boleh menzuriatkan anak lelaki terutama sekali kerana anak lelaki Nabi yang bongsu yang bernama Ibrahim  telah dilahirkan selepas al-Quran diturunkan (ikut cerita ulamak sahaja).

Allah swt senantiasa mengetahui Dia akan mewahyukan ayat 33:40 itu kepada NabiNya. Apakah Allah swt sanggup "mewafatkan" kesemua daripada lima orang anak lelaki Nabi hanya untuk menegakkan ajaran bahawa seorang daripada NabiNya tidak boleh menjadi bapa kepada anak lelaki?  Selain daripada memberi gambaran bahawa Allah swt adalah sangat zalim ia juga tidak boleh diterima akal dan lojik.

13:38  Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul sebelummu, dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan. .

"Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan. . "  Semua rasul yang terdahulu berkeupayaan untuk beristeri dan melahirkan zuriat keturunan.  Tidak ada sebarang sebab kenapa seorang rasul sahaja dikecualikan daripada  ayat ini.

Kemudian saya juga melihat bahawa dalam ayat 33:40 itu, tidak tersebut pun ismi ma'rifah atau kata nama khas ‘al-muhammad’.   Yang tersebut adalah kata sifat ‘muhammadoon’ yang maksudnya ‘yang dipuji’. Barulah maksud sebenar ayat 33:40 menjadi sangat jelas.

33:40 Ma kaana muhammadoon abaa’a ahadin min rijaali-kum walaa-kin rasoolul-laahi wa khaa-tama al nabiy-yeena wa kaana-llaahu bi kulli shay-in aleeman

33:40 Bukanlah ia (perkara) yang dipuji (maa kaana muhammadoon) jika menjadi bapa kepada anak lelaki dari kalangan kamu, tetapi adalah baginya (kepujian) menjadi Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Bahasa Inggeris :

33:40 It is not praiseworthy  (maa kaana muhammadoon) to be the father of sons from among you, but it is so to be the Messenger of Allah, and to be the last of the Prophets: and Allah has full knowledge of all things.

Jelas sekali ayat ini ditujukan kepada budaya kolot yang mengutamakan anak lelaki lebih daripada anak perempuan. Bukan saja orang Arab tetapi ramai lagi daripada kaum manusia  yang melebihkan anak lelaki daripada anak perempuan. Ayat ini membetulkan tanggapan salah itu. Melahirkan anak lelaki bukanlah satu perkara yang boleh dipuji, lebih daripada melahirkan anak perempuan. Maka maksud ayat ini menyokong penuh ayat lain dalam al-Quran yang mengharamkan perbuatan zalim menanam bayi perempuan yang masih hidup. Yang berikut adalah ayatnya :

81 : 8 - 9  Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup ditanya - Dengan dosa apakah ia dibunuh?

Bahasa Inggeris :

81:8 – 9  “And when the female (infant) buried alive shall be questioned. For what sin she was killed?”

Maka ianya bukanlah satu kepujian (maa kaana muhammadoon) jika seseorang itu melahirkan anak lelaki berbanding dengan anak perempuan.  Apabila maksud ayat ini menjadi begitu jelas maka maksud tiga lagi ayat al-Quran yang menyebut  “muhammadoon” dan “muhammadeen” juga menjadi lagi jelas.  Contohnya 3:144.

3:144 : Wamaa muhammadoon illa rasoolun qad-khaa-lat min qablihi al rasoolu afa-in maata au qutila in qalab-tum ala aqaa-bikum waman yanqaliba la aqi-bayhi falan yadurra-llaaha shay-an wasayaj-zee Allahu al shakireena.

Yang berikut adalah teremahan salah oleh para ulamak :

3:144  Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul. Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, kamu berpaling? Dan sesiapa yang berpaling maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur.

Yang berikut adalah terjemahan tradisional dalam bahasa Inggeris oleh A Yusuf Ali:

3:144 Muhammad is no more than a messenger: Many were the messengers that passed away before him. If he died or were slain, will ye then turn back on your heels? If any did turn back on his heels, not the least harm will he do to Allah; but Allah (on the other hand) will swiftly reward those who (serve Him) with gratitude.

Yang berikut adalah terjemahan yang lebih tepat :

3:144 Dan tiada yang dipuji kecuali (menjadi) rasul (Wamaa muhammadoon illa rasoolun). Ramai lagi rasul yang telah mendahuluinya. Kalau ia pula mati atau terbunuh, apakah kamu berpaling? Dan sesiapa yang berpaling maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan Allah akan membalas orang-orang yang bersyukur.

Dalam bahasa Inggeris :

3:144 There is no (greater) praiseworthiness than to be a messenger: Many were the messengers that passed away before him. If he died or were slain, will ye then turn back on your heels? If any did turn back on his heels, not the least harm will he do to Allah; and Allah will swiftly reward those who (serve Him) with gratitude.

Dan yang berikut pula 48:29 :  Muhammadun rasoolul-laahi wallatheena ma’ahu ashid-doo alal kuffari ruhama’au baynahum tarahumru ka’an sujjadan yabtaghoona fadlan minal-laahi wa ridwaanan seemahum fee wujoohi him min athaari as sujoodi thaalika mathaa-luhum fee al tawraati wa mathaa-luhum fee al-injeeli kazar’in aakhraja shat’ahu fa’azarahu fa istaghlazhaa  fastawaa ala sooqihi yu’ajibu al zurra’a liyagheeza bihim al kuffaara wa’dallaahu allatheena amanoo wa’ amiloos saalihaati minhum maghfiratan waajran atheeman

Terjemahan ulamak :

48:29 Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri. Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka terdapat muka mereka - dari kesan sujud. Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. Kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.

Yang berikut terjemahan bahasa Inggeris oleh A. Yusuf Ali  

48:29 Muhammad is the messenger of Allah; and those who are with him are strong against Unbelievers, (but) compassionate amongst each other. Thou wilt see them bow and prostrate themselves (in prayer), seeking Grace from Allah and (His) Good Pleasure. On their faces are their marks, (being) the traces of their prostration. This is their similitude in the Taurat; and their similitude in the Gospel is: like a seed which sends forth its blade, then makes it strong; it then becomes thick, and it stands on its own stem, (filling) the sowers with wonder and delight. As a result, it fills the Unbelievers with rage at them. Allah has promised those among them who believe and do righteous deeds forgiveness, and a great Reward.

Melihat kepada perenggan awal sahaja ayat ini adalah seperti berikut :

48:29 Menjadi seorang rasul Allah adalah (cukup) dipuji  (muhammadun rasoolul-laahi)  dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap tegas terhadap orang-orang kafir dan bersikap kasih sayang sesama sendiri.

Dalam bahasa Inggeris :

48:29  “It is praiseworthy indeed to be the messenger of Allah and those who are with him are strong against Unbelievers,  compassionate amongst each other..”

Maksud 48:29 adalah selari dengan ayat 3:144 tadi.   Dan yang terakhir sekali adalah ayat 47:2 yang juga menyebut ‘muhammadeen’

47:2 Wal-latheena amanoo wa’ aamilus saalihaati wa’aamanoo bimaa nuzzila ala muhammadeen wahuwal haqqu min rabbihim kaffara anhum sayyi-aatihim wa’aslaha baalahum

Yang berikut adalah terjemahan tradisional yang tidak betul:

47:2  Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh serta beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (s.a.w) - yang ialah kebenaran dari Tuhan mereka, - Allah mengampunkan dosa-dosa mereka, dan menjayakan keadaan mereka.

Terjemahan bahasa Inggeris pula oleh A Yusuf Ali :

47:2  But those who believe and work deeds of righteousness, and believe in the (Revelation)  sent down to Muhammad - for it is the Truth from their Lord - He will remove from them their ills and improve their condition.

Terjemahan yang lebih tepat adalah seperti berikut :

47:2 Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta beriman dengan apa yang telah diturunkan  (wa aamanoo bimaa nuzzila) yang dipuji (muhammadeen) - ialah kebenaran dari Pemelihara mereka - Allah mengampunkan dosa-dosa mereka, dan menjayakan keadaan mereka.

Dalam bahasa Inggeris :

47:2  “And those who believe and work righteousness and believe in what was sent down in/upon praiseworthiness – and it is the truth from their Lord – He will remove from them their ills and improve their condition.”

Jadi tidak terjumpa kata nama khas atau ismi ma'rifah "al-muhammad" di mana pun dalam al_Quran. Yang tercatiti adalah kata sifat (adjective) 'muhammadoon' dan 'muhammadeen' yang maksudnya berkaitan dengan "pujian".

Akhir sekali kita perlu mengkaji kata sifat (adjective) “ahmadoo” yang tersebut di ayat 61:6 yang sekali lagi telah diputar belitkan oleh ulamak menjadi kata nama khas atau ismi ma'rifah ‘al-Ahmad’. Dan 'al-Ahmad' ini pula kemudian dijadikan 'al-Muhammad'.  Inilah putar belit ulamak untuk mencipta nama 'al-Muhammad' yang tidak ada dalam al-Quran.

61:6  Wa-ith qaala eesa ibnu maryama ya baneeisra-eela innee rasoolul-laahi ilaykum musaddiqan lima bayna yadayya minal tawraati wa mubashiran bi rasoolin ya’tee min ba’dee ismuhu ahmadoo falam-maa jaa’ahum bil bayyinaati qaloo haatha sihrun mubeenun

Yang berikut adalah terjemahan ulamak tradisional :

61:6 Dan ketika Isa ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad". Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang jelas nyata!"

Yang berikut terjemahan bahasa Ingeris oleh Abdullah Yusuf Ali : 

61:6  And remember, Jesus, the son of Mary, said: "O Children of Israel! I am the messenger of Allah (sent) to you, confirming the Law (which came) before me, and giving Glad Tidings of a Messenger to come after me, whose name shall be Ahmad." But when he came to them with Clear Signs, they said, "this is evident sorcery!

Untuk perbandingan, di sini juga diturunkan terjemahan bahasa Inggeris ayat ini oleh Muhammad Marmaduke Pickthall :

Muhammad Marmaduke Pickthall : 61:6 And when Jesus son of Mary said: O Children of Israel! Lo! I am the messenger of Allah unto you, confirming that which was (revealed) before me in the Torah, and bringing good tidings of a messenger who cometh after me, WHOSE  NAME  IS  THE  PRAISED ONE. Yet when he hath come unto them with clear proofs, they say: This is mere magic.

Sila lihat bahawa Mohamed Pickthall tidak menggunakan ismi ma'rifah atau kata nama khas “AL-AHMAD” yang tidak wujud dan salah. Terjemahan yang betul adalah sebagai kata sifat (adjective) ‘ahmadu’ yang bermaksud 'yang dipuji" atau ‘praised one'.

Terjemahan 61:6 yang lebih tepat adalah :

61:6 Dan ketika Isa ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - namanya akan dipuji (ismuhu ahmadoo). Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang jelas nyata!"

Kesimpulannya ismi ma'rifah atau kata nama khas ‘al-muhammad’ dan ‘al-ahmad’  tidak tersebut dalam al-Quran.

Pada 2009 Professor Muhammad Svend Kalisch, seorang Islam berbangsa German yang juga Professor of Islamic Studies di University of Munster di Germany telah membuat satu kajian yang telah mengejutkan dunia Islam. Professor Kalisch menyatakan bahawa tidak ada sebarang bukti sejarah (historical evidence) untuk membuktikan kewujudan seorang nabi bernama “Muhammad”.  Yang berikut adalah sedikit extract daripada kajian Professor Muhammad Kalisch.

Sebelum ini saya yakin bahawa kewujudan Muhammad adalah fakta sejarah. Walaupun saya senantiasa faham bahawa segala cerita yang cuba memperincikan kisah Muhammad itu tidak boleh dipercayai sepenuhnya saya masih yakin bahawa pada asasnya riwayat Muhammad itu adalah benar mengikut kehendak kajian sejarah.   Tetapi sekarang saya tidak percaya lagi dengan pandangan itu dan tidak lama nanti saya akan menerbitkan sebuah buku di mana saya akan menghuraikan perkara ini dengan mendalam.

Nukilan ini hanya satu ringkasan hujah-hujah utama daripada kajian saya itu.  Kajian ini juga akan menyentuh kesan "kaedah kritikal" untuk mengkaji sejarah  (historical criticism) terhadap sejarah dan teori Islam dan bagaimana saya menangani hasil kajian saya sendiri sebagai seorang ahli teologi (ulamak).

Berkenaan ketidak-wujudan Muhammad dalam sejarah, pandangan saya terbentuk daripada hasil kajian saya yang terkini. Pandangan saya ini memberi kejutan kepada ramai orang kerana ia adalah hasil kajian seorang Islam.

Ramai ahli sains sejarah di Barat tidak setuju hipotesis saya atas dasar 'menghormati agama Islam' ataupun mereka takuti reaksi sahabat-sahabat Islam mereka ataupun mereka merasa kajian saya ini jahil dan membuang masa.  Sebenarnya "menghormati agama Islam" adalah bahasa sopan yang bermaksudkan yang sebaliknya.

Sesiapa yang berfikir bahawa orang Islam tidak berupaya untuk menerima fakta dan hujah yang benar, maka sebenarnya mereka meletakkan orang Islam pada tahap kanak-kanak yang tidak boleh memikir atau membuat keputusan yang matang.  Bagi mereka kepercayaan orang Islam adalah jenis kepercayaan "Santa Claus dan Superman" dan lebih baik isu Islam tidak disentuh atau diusik.

Sepatutnya setiap pengkaji perlu meluahkan hasil pemikirannya kepada khalayak manusia yang semestinya mempunyai daya fikiran dan intelek untuk menilai sebarang hujah. Ini termasuk masyarakat Islam.   Maka menghormati agama Islam dan menghormati orang Islam maksudnya mempunyai keyakinan bahawa orang Islam cukup matang dan dewasa untuk menangani isu-isu agama dengan menggunakan kaedah moden.

Tetapi malangnya masih terdapat golongan "Islamophobic" yang berpendapat bahawa orang Islam adalah "barbarians". Golongan lain pula lebih mesra tetapi masih memandang rendah terhadap orang Islam sebagai  "penghuni hutan" yang sudah belajar memakai seluar dan baju.  Bagi kedua golongan ini orang Islam adalah serupa dengan haiwan dalam zoo - samada singa buas dalam sangkar besi yang patut dipandang dari jauh atau anak singa yang boleh disentuh kepalanya.

Pandangan saya sendiri ialah kita tidak boleh buktikan samada Nabi Muhammad pernah wujud atau tidak. Saya lebih cenderung kepada ketidak-wujudan Nabi Muhammad tetapi saya tidak dapat tunjukkan bukti yang sepenuhnya.  Kecuali kita menjumpai peninggalan arkeologi yang besar dan sensasi yang boleh buktikan kewujudan Muhammad, soalan kewujudan Muhammad ini tidak boleh terjawab dengan kepastian  seratus peratus.

Muhammad Svend Kalisch

Demikianlah pandangan Professor Muhammad Svend Kalisch. Beliau mempertikaikan kewujudan seorang Nabi yang bernama Muhammd.

Sebenarnya menolak kewujudan ismi ma'rifah atau kata nama khas  "al-muhammad" dalam al-Quran tidak bermaksud bahawa kita menolak kewujudan seorang nabi dan rasul yang telah mengajar al-Quran kepada kita. Jauh sekali. Dari kitab al-Quran kita faham bahawa memang telah wujud seorang rasul dan nabi yang telah membawa al-Quran kepada kita. Beliau adalah seorang Arab sebab bahasa al-Quran adalah Arab.  Tetapi mengikut al-Quran juga, nama rasul itu bukan 'muhammad'

Apakah nama seorang rasul itu penting? Sila lihat ayat berikut (4:163-166)

[4:163]  Sungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu, sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nuh, dan Nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya; dan Kami juga telah memberikan wahyu kepada Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, dan Yaakub, serta keturunannya, dan Isa, dan Ayub, dan Yunus, dan Harun, dan Sulaiman; dan juga Kami telah memberikan kepada Daud: Kitab Zabur.

[4:164]  Dan beberapa orang Rasul yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini, dan Rasul-rasul yang tidak Kami ceritakan hal mereka kepadamu. Dan Allah telah berkata-kata kepada  Musa dengan kata-kata.

[4:165]  Rasul-rasul pembawa khabar gembira dan pembawa amaran  supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. Dan Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[4:166] Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran Al-Quran yang telah diturunkanNya kepadamu. Allah menurunkannya dengan ilmuNya, dan malaikat juga turut menjadi saksi. Dan cukuplah Allah menjadi saksi

Al-Quran senaraikan ramai Rasul yang diutuskan kepada manusia. Noh, Ibrahim, Ismail, Yaakob, Isa adalah sebahagian daripada para rasul. Tetapi dalam ayat 4:164 al-Quran mengatakan bahawa juga pernah ada  "Rasul-rasul yang tidak Kami ceritakan hal mereka kepadamu. "

Maksudnya ada juga para rasul yang kita tidak mengenali hal mereka. Ini bermaksud bahawa nama, identiti dan riwayat hidup para rasul itu tidak penting. Yang lebih penting adalah mesej atau risalah yang mereka telah membawa kepada umat manusia. Perkara ini jelas pada ayat 4:165 dan 4:166.

[4:165]  .. supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu.

[4:166] Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran Al-Quran yang telah diturunkanNya kepadamu. ..

Samada nama seseorang rasul itu dikenali atau tidak, mesej atau risalahNya telah disampaikan dengan selamat kepada umat manusia. Dan semua para rasul daripada Ibrahim, Musa sehingga nabi yang terakhir telahpun sampaikan kepada kita mesej yang sama. Sila perhatikan ayat berikut :

87 : 18 – 19  Sesungguhnya ini yang tersebut di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, Iaitu Kitab-kitab Ibrahim dan Musa.

Maka semua pengajaran dalam kitab al-Quran adalah sama dengan apa yang telah diwahyukan terlebih dahulu kepada Nabi Ibrahim dan Musa.  Tentu sekali Allah swt yang Wahid tidak boleh wahyukan mesej yang berlainan kepada umat manusia yang sama.  Mesej yang telah disampaikan adalah jauh lebih penting daripada nama atau identiti penyampainya.

Sila rujuk :  (http://biblicalmullahs.blogspot.my)

2 comments:

  1. tuan ashwed, saya nak tanya satu soalan.

    kenapa nama-nama nabi yang lain pun tidak menggunakan imbuhan awal "al" sedangkan nama-nama tersebut juga kata nama khas?

    contoh, nabi ibrahim. kenapa Al Quran tidak menggunakan "al ibrahim?"

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Bagus soalan saudara. Mungkin itu juga bukan nama sebenar mereka. Sbg contoh terdapat satu keterangan al quran yg menyatakan nabi nuh hidup selama 950 tahun. Benarkah begitu. Berdasarkan pemerhatian pada waktu ini average jangka hayat manusia ialah selama 70-80 tahun. Tahap productivity tertinggi mungkin setakat umur 60 tahun. Manusia tidak boleh hidup sebegitu lama tetapi ketamadunan atau mungkin suatu budaya boleh menjangkau hayat sebegitu. Nuh membawa maksud pengurus mungkin yg dimaksudkan ialah pengurus sebuah ketamadunan. Allah Al A'lam.

    Damai

    ReplyDelete