Monday 27 June 2016

Terima Kasih Sahabat

Kedamaian Untuk Semua,

Hari ini 27-06-2016, saya menerima satu kiriman e-mail daripada seorang kenalan pembaca yang mengikuti blog ini semenjak ianya ditubuhkan lebih setahun lalu.

Kami berutusan melalui e-mail. Banyak yang telah kami bincangkan sungguhpun persahabatan ini hanya sekadar dalam talian elektronik.

Tujuan beliau mengirim e-mail tersebut adalah untuk memberikan link kepada e-book BERONTAK UNTUK BEROTAK EDISI 1.

E-book ini merangkumi kesemua post artikel blog ini sepanjang tahun 2015.

Dengan adanya e-book ini, para pembaca bolehlah memuaturun blog BERONTAK UNTUK BEROTAK ke dalam telefon bimbit pintar masing-masing dan membacanya walaupun di dalam keadaan ketiadaan liputan data internet.

Sekali lagi saya ingin menegaskan, blog ini tiada hakcipta terpelihara. Ianya adalah percuma. Anda boleh menggunakanya sebagai kajian peribadi atau sebagai keterangan penguat hujah di kala anda berdiskusi bersama rakan-rakan.

Anda boleh membacanya di link yang saya sertakan di sebelah kanan atas layout blog ini.

Saya amat berbesar hati dengan usaha sahabat saya ini. Terima kasih yang teramat tinggi dari saya, anda tahu siapa anda.

Ashwed





6 comments:

  1. e-book blog ashwed197327 June 2016 at 10:00

    Salam semua,

    Minta maaf kerana terdapat sedikit ralat pada link sekarang, ini link baru ke e-book tersebut ( https://goo.gl/xMTF1l ), sy sudah email tuan blog utk minta tolong update link baru ni.

    Moga bermanfaat dan dapat sebarkan e-book ini.

    Terima kasih kepada saudara Ashwed yg membuka mata ramai pihak hasil kajian beliau.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah syukur ada insan yang sudi membantu menjadikan kompilasi hasil penulisan tuan Ashwed kepada ebook lalu memudahkan lagi para pembaca setia mengikutinya serta merujuknya. Saya sebenanrya telah copy paste kebanyakan penulisan tuan punya blog ini kedalam hard disk kerana dikhuatiri blog ini akan disekat pihak tertentu. Apabila ada insan yang menjadikannya e-book ia amat memudahkan pembaca membacanya walau tanpa talian internet. Hanya Allah yang dapat memberi ganjaran kepada tuan Ashwed dan sahabatnya.

    Saya telah berkongsi link blog ini kepada rakan-rakan rapat dan ahli keluarga saya yang mencari kebenaran seperti saya, serta kepada rakan2 non muslim yang berminat mendalami Islam namun belum yakin untuk memilih islam sebagai cara hidup. Setakat ini mereka memberi komen yang amat positif dan merasa lega apabila mendapati islam itu sebenarnya amat indah dan mudah.

    Penulisan tuan Ashwed juga membantu rakan2 yang tidak begitu menguasai bahasa inggeris membaca kupasan yang sangat berkualiti ini dalam bahasa Melayu memandangkan cetusan pemikiran sealiran ini kebanyakannya ditulis oleh bukan melayu dalam bahasa Inggeris.

    Saya mendoakan tuan Ashwed diberi kesihatan yang baik dan berkelapangan untuk terus menulis bagi membuka lebih banyak minda yang selama ini dibelenggu untuk berfikir. Saya juga berfikiran memang baik tuan punya blog ini remain anonymous supaya hanya pemikiran dan penulisan tuan sahaja yang diikuti, bukan tuan punya diri menjadi obsesi ramai.

    Damai

    ReplyDelete
  3. salam, saya nak tanya.

    lepas saya download e-book tu, kalau tuan ash wed ada buat posting baru, adakah saya akan terima secara automatik? atau saya kena download lagi yg baru?

    -Hakim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Hakim, rasenye download baru. Melainkan dpt link ke live doc dlm google drive yg akan update tiap kali author membuat apa2 perubahan. Dan ebook ini pon kompilasi semua artikel tahun 2015. Rasenya akan ada edisi ke 2, 3 dsb mengikut tahun. Manakala posting semasa mcm biasa kita kena baca di dlm blog dr masa ke semasa.
      Harap sy dpt bantu.

      Delete
    2. Salamun Alaykum saudara hakim,

      E-book edisi 1 ini adalah kompilasi artikel blog ini sepanjang tahun 2015 sahaja. Ia bukan interaktif seperti sebuah blog.

      Artikel terbaru tidak dikemaskini secara automatic ke e-book. Saudara masih perlu mencapai blog ini untuk membaca artikel terkini.

      Ya, benar seperti kata saudara mimn, akan ada edisi ke2 dan ke3. Tetapi, ia bergantung kpd kelapangan sahabat saya yg berusaha mengumpulnya sbg sebuah buku.

      Semoga ia membantu.

      Damai

      Delete
    3. Dgn izin tuhan & jika masih bernyawa,saya akan teruskan buat edisi utk tahun2 berikut.

      Saya cadangkan pakai applikasi http://feedly.com jika ingin mengikuti mana2 blog yang diminati. Anda hanya perlu buka app itu untuk mendapatkan artikel/berita terbaru dari blog/web kesukaan anda.

      Delete