Saturday 25 June 2016

Siri Ramadhan : Mistikal

Kedamaian Untuk Semua,

Saya ingin memohon maaf kepada seorang pembaca yang menggelar dirinya uncle. Saya mengakui bahawa saya membalas pertanyaannya dengan perasaan yang sedikit marah.

Ini adalah kerana saya dapat merasai ada sedikit kebongkakan di dalam nada pertanyaan beliau lantaran komen anonymous yang bertali arus tetapi seolah-olah datang dari punca yang sama.

Secara ikhlas saya memohon maaf jika komen anonymous ini bukan saudara, mungkin secara kebetulan timbul pada waktu yang sama. 

Beliau bertanya soalan seperti berikut :-

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Salam saudara Ashwed, tuhan bagitau bahawa Quran itu mudah tp kenapa realitinya mcm tidak? Macam saudara sendiri pun, ambil masa bertahun-tahun untuk mengkaji & mendalami Quran. Adakah ianya mudah dalam erti kata lain? Bagaimana pula kanak2 atau budak2, mudahkah bagi mereka, atau mereka hanya perlu ikut apa yg org dewasa ajar? Bagaimana pula orang asli yg tinggal di hutan2 atau pulau2 jauh dr manusia lain, tidakkah mereka dapat petunjuk.?

Lagi satu, bagaimana saudara yakin kitab Quran benar2 dari tuhan? Kitab2 lain bagaimana, mereka juga claim ianya dari tuhan?
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Oleh kerana hari ini saya mempunyai peluang menulis, maka saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan pemikiran saya dengan lebih teratur dengan syarat saudara uncle juga meluangkan masa membaca kesemua artikel saya.

Saya membahagikan pertanyaan beliau kepada tiga bahagian bagi memudahkan saya memberikan jawapan.

1. Tuhan beritahu Quran itu mudah tetapi realitinya tidak ?

2. Bagaimana saudara yakin kepada kitab Quran ?

3. Bagaimana saudara yakin kitab al quran benar-benar dari Tuhan. Bagaimana pula dengan kitab-kitab lain, adakah ia juga benar-benar dari Tuhan ?

Jawapan 1.

Bagi saya Al Quran adalah amat mudah. Itulah realitinya.

Intisari Al Quran adalah mengenai bagaimana mahu hidup di dalam satu peraturan alam (sunnahtullah). 

Ia bukan sebuah manual untuk melakukan ritual. 

Ia adalah sebuah buku yang menceritakan tentang bagaimana mahu hidup

Ianya amat mudah malah jika Al Quran itu tidak dibukukan pun manusia masih boleh hidup berdasarkan peraturan alam yang kini sudah manusia kuasai.

Manusia di negeri Jepun yang tidak mengguna Al Quran masih berjaya menjulang diri mereka menjadi amat gemilang. Malah mereka lebih cemerlang dari zaman emas Islam yang mengguna Al Quran sebagai asas ketamadunan mereka.

Menurut sains moden untuk mendapat jawapan kepada sesuatu persoalan manusia perlu observe dan membuat ujikaji sebelum datang dengan satu jawapan yang tepat.

Untuk itu, manusia di Jepun yang tidak mengguna Al Quran perlu melalui proses trial and error di sepanjang sejarah mereka sebelum berjaya menakluk pengetahuan.

Kesemua penguasaan kita mengenai alam inilah yang dilembagakan oleh seorang utusan di dalam sebuah buku supaya manusia tidak perlu lagi membuat proses 'trial and error'.

Kepada utusan yang dilahirkan di tanah arab dia menamakannya bahan bacaan ini sebagai Al Quran (The Reading).

Di Jepun, saya percaya pasti ada seorang utusan yang dicetuskan idea untuk menulis perkara-perkara asas mengenai kehidupan. Beliau tentulah menamakan bukunya dengan tajuk Jepun. Bukankah begitu ?

Begitulah juga dengan utusan di zaman, tempat dan budaya yang lain. Masing-masing mereka memberi tajuk kepada buku mereka menuruti budaya setempat.

Apakah yang ditulis di dalam Al Quran ?

Sebagai contoh jika kita memakan daging busuk yang kita nampak (khinziri) kita akan sakit perut. 

Manusia hanya akan tahu bahawa mereka akan sakit perut apabila kita memakan daging tersebut dan keesokannya mengalami keracunan makanan. 

Sebagai jalan supaya manusia-manusia lain tidak perlu lagi membuat proses trial and error ini maka di lembagakan pengetahuan mengenai makan daging busuk  di dalam Al Quran.

Oleh yang demikian, jika ada seorang bayi yang baru dilahirkan ke dunia dan belum berpengalaman makan daging busuk lantas mengalami keracunan makanan, maka bayi ini tidak perlu lagi mengharungi proses cuba-cuba ini.

Jika Al Quran tidak dibukukan, tugas memberi pengetahuan mengenai perkara ini sudah tentulah jatuh kepada ibu-bapa kanak-kanak itu.

Persoalannya, berapa banyakkah pengetahuan dari pengalaman ibu-bapa itu dapat diturunkan kepada generasi yang berikutnya ?

Contoh yang lain, Al Quran melarang perkahwinan sesama keluarga atau in breed marriage. 

Ini adalah kerana anak yang dilahirkan di dalam perkahwinan sebegini kebiasaanya mengalami kecacatan samada fizikal atau mental.

Persoalannya, adakah hubungan seksual terlarang sebegini tidak terjadi di dunia hari ini ? Sudah tentu ia banyak terjadi. Kita seringkali membacanya di dalam dada-dada akhbar.

Adakah semasa membuat hubungan jenis sesama keluarga ini, secara ajaib perkara yang tidak diingini berlaku seperti kemaluan melekat dan sebagainya ? Tidak ia tidak begitu.

Hubungan jenis tersebut tetap akan berjalan seperti biasa kerana peraturan alam (sunnatullah) membenarkannya. 

Namun, anak yang dlahirkan dari hubungan sebegini mempunyai peratusan kecacatan fizikal dan mental yang tinggi kerana DNA sesama keluarga ini akan mengalami kerosakan.

Perkara inilah yang dilembagakan oleh Al Quran melalui cetusan idea kepada seorang utusan.

Walaupun begitu, ianya semakin ditinggalkan oleh khalayak.

Kita sekarang mencipta satu perkataan baru untuk mendefinisi pengetahuan mengenai kehidupan. Kita kenali dan memanggilnya sebagai sains dan merasakan ini adalah ilmu dunia.

Sementara Al Quran dianggap sekadar buku ritual dan menganggapnya sebagai ilmu akhirat.

"Rasul berkata, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya kaumku mengambil al-Qur'an ini sebagai perlembagaan yang tidak dipedulikan." AQ 25:30

Sesungguhnya saudara boleh sahaja menolak dari mengikuti perlembagaan yang dibukukan dan dikenali sebagai Al Quran ini. 
Namun, atas dasar prinsip, saudara perlulah mencuba melakukan perkara-perkara yang di lembagakan di dalam Al Quran untuk mengetahui samada ianya benar atau tidak.

Saudara perlu cuba untuk memakan daging yang kelihatan busuk untuk mengetahui samada saudara akan mengalami keracunan makanan.

Begitu juga di dalam soal perkahwinan dan lain-lain. 

Saudara perlu cuba dan datang dengan jawapan dari pemerhatian saudara sendiri.

Jika saudara tidak mahu berbuat demikian kerana percaya bahawa ia akan membawa natijah yang buruk kepada saudara maka ketahuilah bahawa saudara sedang mengikuti perlembagaan Al Quran secara semulajadi sungguhpun saudara tidak mahu mengakuinya.

Pengetahuan ini datang kepada saudara melalui pengalaman-pengalaman orang lain yang pernah samada menurunkan pengetahuan itu secara mulut ke mulut atau dijilidkan ke dalam bentuk buku-buku sebagai bahan bacaan (the reading atau al quran)

Sekarang beritahu saya adakah saudara merasakan Al Quran mudah atau saudara merasakan ia rumit seperti sains roket ?

Jawapan 2

Keyakinan adalah sesuatu yang subjektif. 

Secara jujur, jawapan saya kepada soalan ini banyak berkait dengan perasaan saya kepada bangsa Melayu.

Sebagai seorang yang diberi nikmat akal oleh Zat Asal, saya berpendapat kita perlu mengambil jalan untuk menguatkan pengetahuan kita mengenai sesuatu subjek yang kita pilih.

Sebagai seorang Melayu pula, apabila melihat nasib bangsa yang merempat di tanahair sendiri, ia secara semulajadi akan membuat bukan sahaja saya, malah sesiapa pun jua untuk berfikir dan cuba mencari jawapan kepada permasalahan ini.

Untuk itu, saya membuat kajian saya sendiri. 

Akhirnya saya dapati perkara ini terjadi adalah kerana orang Melayu selama hari ini tidak mempraktikkan apa yang menjadi pegangan mereka.

Mereka sangka mereka sudah membuat yang terbaik dan berpegang kepada perkara yang benar (haq di dalam Bahasa Arab) tetapi ianya tidak sebegitu. 

Kita menjadi seperti keterangan AQ 25:30 kita meninggalkan perlembagaan Al Quran dan menumpukan perhatian kepada ritual.

Kita berpegang kepada suatu perkara yang rapuh, yang berbentuk persangkaan. Dan yang paling rumit ialah kita menyangka kita berada di jalan yang benar.

Sesungguhnya saya berpendapat amalan yang kita lakukan secara kumulatif sebagai satu bangsa adalah sangat bertentangan dengan peraturan alam (sunnatullah) yang akhirnya menjadikan kita lemah.

Saya juga berpendapat pemikiran orang Melayu menjadi kurang sophisticated berpunca dari agama yang kita amalkan. Terutama doktrin yang melarang kita berfikir.

Semua kesimpulan ini saya perolehi sesudah mendalami Al Quran.

Secara ikhlas saya mengakui bahawa saya mendapat lebih dari 90 peratus jawapan kepada semua persoalan saya mengenai masalah bangsa saya daripada Al Quran.

Bukan sahaja itu, saya mendapat jawapan kepada permasalahan peribadi saya, persoalan-persoalan falsafah yang sering saya fikirkan, persoalan kecil dan besar di jawab dengan begitu mudah oleh Al Quran. 

Saya tidak rasa kesemua jawapan yang saya perolehi dari Al Quran ini hanyalah satu kebetulan.

Itulah sebenarnya yang menyebabkan saya yakin kepada Al Quran. 

Jawapan 3

Tentang bagaimanakah saya yakin Al Quran dari Tuhan. Bagaimana pula dengan kitab-kitab yang lain ?

Saya merasakan saudara perlu membaca post saya daripada artikel pengenalan sehingga yang terbaharu untuk mengetahui apakah posisi saya terhadap Injil, Taurat, Zabur, Vedas dan kitab-kitab lain ?

Al Quran dan kitab-kitab lain ini ditulis oleh seorang manusia. Itulah hakikatnya.

Ia tidak secara ajaib dengan gegak gempita dan bercahaya jatuh dari langit.

Oleh kerana itu, untuk membuktikan bahawa Al Quran dan kitab-kitab lain itu adalah dari Tuhan adalah sesuatu yang mustahil kerana hakikatnya ia ditulis oleh manusia.

Al Quran dan kitab-kitab lain pada pendapat saya dicetus oleh Zat Asal ke dalam akal seorang yang murni di kalangan kita, lalu orang ini menulisnya menjadi satu jilid buku.

Oleh itu, bagi saya Al Quran dan kitab-kitab lain di dalam lipatan sejarah adalah sebuah buku yang ditulis oleh seorang manusia dengan inspirasi dari Tuhan.

Oleh kerana yang menulis ini seorang manusia yang mempunyai budaya, tamadun dan adat resam sendiri, maka kita dapat lihat pengaruh ini di dalam tulisan tersebut.

Ia juga terjadi kepada kitab-kitab lain seperti Rig Vedas, Taurat, Zabur, Injil.

Namun, kitab-kitab ini termasuk Al Quran ini sendiri menjadi korup apabila manusia  mula menumpu kepada ritual dan menyatakan ia dari Tuhan. 

Ia dilakukan melalui terjemahan dan buku-buku lain yang kononnya menafsir buku yang asal.

Oleh itu, kita dapati Rig Vedas tidak lagi diguna, ia di ganti oleh Smiriti (that which is remembered) yang ditulis secara semberono bagi membuat peraturan mengenai ritual yang mereka cipta.

Maka terciptalah epik Mahabrata dan Maharana (di dalamnya terdapat Bhagavad Gita), Dharmasustras dan Dharmasastras,  Arthasasastras, Kavya dan lain-lain.

Begitu juga Talmud, Bible Perjanjian Lama dan Baru, semua Sutras untuk Gautama Siddharta seperti Buddhavacana, Hadis di dalam agama Islam dan lain-lain (saudara boleh baca artikel saya dari awal. Penat nak tulis semula kesemua kajian saya).

Kesemua buku tambahan ini mengajar masyarakat supaya meninggalkan buku yang asal atau sekadar menjadikan buku yang asal sebagai buku nyanyian sahaja.


Namun begitu ada sesuatu tentang Al Quran yang agak pelik dari scripture yang lain, Al Quran menjamin dirinya tidak dapat dibengkokkan.

Pada mulanya saya juga agak skeptikal mengenai perkara ini, namun setelah mengkaji, saya dapati Al Quran ditulis dengan satu jaringan perkataan-perkataan yang mendefinisi sesama sendiri. 

Ini termasuk abjad-abjadnya, abjad-abjad inilah yang membina sesuatu perkataan. Sementara, perkataan ini pula sukar untuk diubah maknanya dan kekal konsisten.

Oleh itu saya amat yakin bahawa Al Quran benar-benar adalah cetusan Tuhan. Bukan sekadar tulisan manusia untuk memenuhi masa lapang sahaja.

Lagipun Al Quran tidak menulis mengenai ritual. Hal ini adalah konsisten dengan kehidupan yang kita sedang harungi di saat ini.

Ia  hanya menulis mengenai bagaimana mahu hidup di dunia  dengan mengikuti peraturan alam Zat Asal sahaja.
   
Seperti saudara sendiri, saudara sekarang sedang melakukan "solla" iaitu sedang menjadi seorang manusia.

Saya percaya saudara berumah di daratan bukan di dalam laut, saudara bernafas dengan mengguna paru-paru bukan insang. Saudara berjalan mengguna kedua belah kaki untuk pergi ke mana-mana, saudara tidak boleh terbang.

Saudara menjadi manusia, sementara ikan makhluk laut menjadi ikan, burung pula menjadi dirinya sendiri iaitu seekor burung.

Ini semua adalah perlembagaan Al Quran yang ternyata amat mudah di mana saudara sendiri sekarang ini sedang mengikutinya samada secara rela atau terpaksa.

Saya percaya scripture yang lain juga jika kita mendalaminya pasti menulis mengenai perkara yang sama. Iaitu tentang bagaimana mahu hidup.

Masalah dengan manusia ialah apabila mereka sudah menguasai sesuatu, mulalah mereka melupakan kepada punca pengetahuan itu tercetus. 

Adakah saudara rasa saudara secara sendiri-sendiri tahu tentang bagaimana mahu hidup atau saudara mengikuti pendapat yang terbaik dari orang-orang sebelum saudara.

Bukankah pendapat yang terbaik ini tidak lain melainkan cetusan dari Yang Maha Esa ?

"Dan Allah keluarkan kamu dengan tidak tahu sesuatu dari rahim ibu-ibu kamu, dan Dia buatkan untuk kamu pendengaran, dan penglihatan, dan hati, supaya kamu berterima kasih" AQ 16:78 

Anonymous

Di dalam artikel yang lepas, ruangan komentar blog ini dilambakkan dengan komen-komen dari mereka yang anonymous.

Mereka ini mendakwa percaya kepada Tuhan tetapi tidak percaya kepada kitab.

Di artikel yang lain pula, ada yang mendakwa percaya kepada Tuhan tetapi tidak percaya kepada kitab dan rasul.

Untuk pengetahuan, blog ini sedikit pun tidak mempunyai apa-apa masalah dengan apa pun pegangan hidup anda.

Malah yang tidak percaya kepada Tuhan pun tidaklah blog ini mempunyai masalah

Manusia bebas memilih pegangan hidup masing-masing. Hak ini diberi oleh Zat Asal Yang Mencipta kita.

Saya tidak dilahirkan untuk memperbetulkan pegangan hidup anda.
 

Kitab maksudnya buku atau bahan bacaan. Sementara rasul maksudnya utusan yang sudah pastinya adalah seorang manusia.

Saya tidak pasti adakah wujud satu konsep yang kita perlu menolak kepada bahan bacaan ? Saya juga tidak pasti perlukah kita menjadi prejudis menolak seorang manusia lain?  

Yang kita perlu lakukan ialah berfikir mencari hikmah atau wisdom terhadap bahan bacaan yang kita baca. Inilah yang disarankan oeh Al Quran.

"Yaasin. Demi Al Quran yang bijaksana (hakim - hikmah/wisdom)" AQ 36:1-2

Sesiapa sahaja boleh membaca blog ini dan memberi komen mereka. 

Buat apa pula saya penat-penat tulis dan post ke dalam internet jika tidak untuk di baca dan di komen ? Bukankah begitu ?


Pun begitu, saya berpendapat mengepos komen dengan mengguna nama anonymous bukanlah cara yang baik untuk kita berdiskusi.
   
Ini adalah kerana dengan mengguna nama anonymous anda pada bila-bila masa boleh mengubah pintu gol anda. Menjadikan diskusi kita hanyalah sia-sia kerana tiada disiplin ilmu yang tetap.

Saya menyeru kepada semua supaya memberi komen dengan menggunakan sekurang-kurangnya nama samaran dan berhujah dengan disiplin ilmu yang komsisten untuk menjelaskan posisi anda.

Saya percaya cara ini akan membawa anda kepada satu kesimpulan. 

Mistik

Mungkin bagi kumpulan ini mereka merasakan bahawa pegangan mereka adalah sesuatu yang baru seperti konsep realisation of God yang di capai melalui self consciousness (kesedaran diri).

Namun, di dalam lipatan sejarah melalui agama pertama di dunia iaitu Hindu, ia sudah pun dipraktis oleh para Yogi dari aliran falsafah Yoga.

Saya mempunyai rasa hormat yang tinggi kepada para Yogi Hindu kerana mereka menguasai pengetahuan yang hebat mengenai misteri Tuhan. 

Ini mungkin kerana mereka mempunyai head start berbelas ribu tahun dari kita.

Dari para yogi inilah timbul aliran-aliran lain dari agama yang berbeza seperti Jains Monasticism, Middle Way Siddharta Gautama, Nazirite dalam Judaism, Hermit dalam Kristianiti serta Sufism dan Tassawuf dalam Islam. 

Mereka adalah orang-orang yang mahu dikenali sebagai mistik.

Aliran-aliran ini menumpukan kepada konsep ascetism atau pertapaan walaupun mereka tidak mahu mengakuinya.

Walaubagaimanapun, saya secara peribadi tidak dapat menerima pegangan kumpulan ini.

Saya merasakan mereka hidup di dalam sebuah dunia khayalan, tidak praktikal dan lebih kepada syok sendiri. 

 
Sebagai contoh mari kita dalami konsep Upavasa

Upavasa dibentuk dari dua bahasa pali iaitu sebuah bahasa yang berevolusi dari bahasa sanskrit. Kadang-kadang ia dikenali sebagai bahasa sanskrit muda.

Upa membawa makna upaya, usaha manakala vasa bermaksud tinggal, bertempat. Di dalam bahasa moden di kalangan penganut Hindu Upavasa dikenali kini sebagai Upavasatha.

Secara spiritual, upavasa memberi makna usaha untuk berdiam diri. Ia dilakukan di hari Uposatha secara tradisi di India.

Seseorang yang melakukan upavasa, mereka akan menjadi dekat dengan dirinya sendiri sehinggakan merasai seperti jasad sudah tidak wujud lagi.

Mereka yang menguasai teknik ini mendakwa mereka akan menjadi tidak sedar akan kewujudan tubuh mereka sendiri lalu mereka tidak lagi perlu makan dan minum berhari-hari lamanya.

Saya tidak pasti samada perkara ini benar-benar berlaku atau sekadar dakwaan sebagai cara untuk menguasai pemikiran orang lain dan mencari pengaruh.

Namun, jika anda rajin melayari youtube mengenai perkara ini, anda akan mendapati banyak video mengenai penipuan golongan ini di dalam mengamalkan  "ilmu" mereka.




Oleh kerana, masyarakat Melayu dahulukala mempraktis Hindu di dalam kehidupan mereka (sebenarnya kita masih mempraktis Hindu sehingga sekarang pun) maka mereka kini mengadaptasi konsep ini kepada agama baru yang mereka anuti lantas memanggilnya sebagai PUASA. 

Orang Melayu lupa bahawa di dalam buku yang menjadi asas kepada agama baru yang mereka anuti ini PUASA tidak wujud. Ia menulis mengenai soum suatu perkara yang sama sekali lain dari konsep PUASA atau UPAVASA. 

Katakanlah anda menguasai teknik ini dan berjaya menjadi dekat kepada diri sendiri sehingga tak sedar diri berhari-hari. Selepas itu apa ? 

Adakah dunia akan berubah dengan ketidaksedaran anda ini (walaupun tak sedar tetapi ia dikenali sebagai level consciuosness).

Adakah dunia akan berhenti berperang dengan "consciousness" yang anda kuasai ?

Mengapa pula orang lain yang perlu menyuapkan makan dan minum anda semata-mata untuk anda menunjukkan kepada dunia yang anda sudah mencapai consciousness dan berjaya realise God ?

Adakah anak, isteri dan keluarga anda tidak perlu seorang protector sewaktu anda tidar sedarkan diri ini ? Macamana pula dengan makan dan minum mereka ?

Anda yang mahu mencapai Upavasa mereka pula yang tidak pasal-pasal kena puasa  

Semasa perayaan thaipusam, ramai penganut Hindu mengalami ketidaksedaran diri sebegini. Orang Melayu mengenalinya sebagai "menurun".

Selesai perayaan ini saya tidak nampak bukti masyarakat ini berubah menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. Saya memohon maaf kepada pembaca Hindu di dalam soal ini. Tetapi, itulah hakikatnya. 

Apakah yang boleh dicapai dengan mengeluarkan kenyataan bahawa "Akulah Allah" seperti yang dibuat oleh Syeikh Siti Jenar dan ahli-ahli mistik yang lain seperti Qadiani, Jalaludin Al-Rumi dan lain-lain.

Anda boleh membaca artikel saya di http://ashwed1973.blogspot.my/2015/05/nabi-terakhir.html  untuk melihat contoh kenyataan-kenyataan mereka yang menggelar dirinya mistik.

Bukankah ini hanya menarik ketidakfahaman kepada diri kita lantas masyarakat menghukum tabiat pelik kita itu.

Begitu juga, apakah yang boleh dicapai dengan menyiksa diri sendiri dengan tidak membersihkan jasad, tidak memotong rambut, menolak dari mengguna sebelah kaki, mengangkat tangan berhari-hari hanya untuk memberitahu dunia bahawa kita sudah mencapai level consciousness dan realisation of God

Janganlah hidup di dalam dunia khayalan. Sunnatullah (peraturan alam) tidak akan berubah hanya untuk menyesuaikan diri dengan dunia khayalan anda itu.

Lambat laun jasad anda akan menerima akibat dari penolakan anda terhadap peraturan ini.   
Bagi saya UPAVASA yang sebenar ialah mereka yang hidupnya begitu fokus kepada iltizam (solla) mereka.

Yang seharian melakukan tugas-tugas mereka ini dengan penuh murni sehinggakan terlupa untuk makan dan minum (puvasa/puasa) akibat fokus yang tidak berbelah bahagi di dalam iltizam itu. 

Mereka inilah orang-orang yang berupaya menjadi dekat kepada fitrah kejadian diri mereka sendiri.  Merekalah orang-orang yang sedar akan tugas dan tanggungjawab mereka di dalam rantaian kehidupan yang dicipta Tuhan.


Ashwed 

 


14 comments:

  1. Aku tiada masalah dgn Quran. Cuma masalahnya adalah org yg mengajarkan kandungan Quran iaitu ostad2 begitu juga dgn kitab agama lain oleh pendita2 mereka. Jelas sekali bila tahu kebenarannya bahawa ajaran mereka itu amat menyeleweng.

    Sebenarnya jika tida kitab2 ini pun manusia boleh untuk hidup dgn sunnatullah. Yang penting dlm kehidupan ini adalah Common sense saja. Ini saja sudah memadai untuk mengenal mana baik dan buruk. Itulah sebabnya bangsa Jepun dn Norway amat berjaya.

    Berkenaan Upavasa/puasa ini ianya bukan mistik. Ianya benar dn semua org boleh melaluinya. Dlm bahasa sains nya ia dikenali sebagai Out of body experience dan Near death experience.

    Anda boleh rujuk di youtube dan lihat ramai yg telah melaluinya. Ada yg melalui secara tidak sengaja dan ada yang sengaja. Perhati dan dengarkan teliti tuturkata mereka yg telah melauinya. Mereka berbicara deng penuh hikmah/wisdom.

    Aku cadangkan nama utk anda seperti Nadia Khalil dan cari lagi yg berkaitan. Ramai lagi telah melauinya cuma org Melayu tidak ramai yg mahu bercerita pengalaman mereka secara terbuka kerana akan dihukum sebagai karut dan sesat.

    Aku sendiri telah menemui beberapa org yg melaui pengalaman ini dikalangan Melayu sendiri. Ini bukan mistik kerana apa yg mereka ceritakan itu amat selari dengan mereka2 yg laluinya diseluruh dunia. Penting untuk perhatikan mereka yg menceritakan itu tiada ada kaitan dengan sebarang Agama.

    Namun ada juga yg melauinya tapi masih mengaitkannya dengan Agama. Tapi jenis ini pada aku masih belum jauh lagi perjalanan mereka.

    Benar pengalaman mereka ini tidak dpt menyelesaikan masalah umat manusia di alam nyata yg penuh warna warni. Ini adalah kerana ianya hanya pengalaman individu. Mereka hanya mampu menceritakan saja. Bagi yg mendengar, mereka hanya mampu mentafsir saja dan cuba memahami. Di sinilah lahirnya pelbagai fahaman. Golongan mendengar inilah sebenarnya yg mencipta pelbagai amalan dan hukum atas fahaman mereka.

    Sebenarnya hidup dlm alam nyata/berjasad ini adalah untuk menikmati saja segala susah dan senang. Walau bagaimana dugaan hidup ini kita hanya perlu Nikmatinya atau Enjoy saja. Kerana ketika berjasad ini sajalah kita dapat meRasa.

    Jadi aku berharap tuan Ashwed jgn menghukum sebagi mistik. Tapi kajilah.. dan sebaiknya alamilah ia.

    Alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam saudara alam,

      Jikalah saya menghukum golongan sebegini nescaya sedari awal saya sudah block komen-komen golongan ini dari ruangan blog.

      Semasa kecil sehinggalah saya mendalami al quran. Saya mengikuti kesemua rukun agama kerana mahu menjadi seorang Muslim.

      Apabila tiba bulan ramadhan saya seperti orang lain "berpuasa" iaitu tidak makan dan minum. Mungkin kerana daya tahan yang kurang apabila tiba petang iaitu sesudah menahan diri dari makan dan minum lebih dari 10 jam saya akan tertidur seketika, kebiasaanya di hadapan tv.

      Semasa tidur ini seringkali saya dapati diri saya mengalami out of body experience. Saya nampak diri sendiri yg sedang tidur di hadapan tv sementara diri yg lain seolah-olah menyempurnakan urusan yg saya belum sempat saya selesaikan sebelum balik tadi .

      Pada mulanya saya hanya merasakan diri saya bermimpi atau mengigau. Namun, apabila ia seringkali terjadi maka saya mula cuba buat sedikit kajian.

      Dari pembacaan saya dapati perkara ini dipanggil hallucination. Ia adalah satu proses semula jadi yang terjadi apabila tubuh tidak dapat menuai mineral dan nutrisi yg cukup. Inilah juga yg dialami oleh orang lain. Apabila kita membaca pengalaman mereka mengenai perkara ini, kita dapati ia tidak terjadi di waktu2 biasa tetapi ia terjadi di waktu luarbiasa spt sakit yg berpanjangan, kemalangan dll.

      Sejujurnya, saya merasakan kewujudan kita di dunia ini perlu mengikut hukum alam. Oleh yg demikian agak sukar utk saya mempercayai perkara2 yg paranormal.

      Pun begitu, saya tidak mempunyai masalah utk hidup dikalangan manusia lain yg mahu mempercayainya. Lagi pun, sudah cukup lama saya tinggal dikalangan masyarakat yg mempercayai superstitious. Tidak keterlaluan jika saya katakan saya hidup dikalangan mereka semenjak dari kecil.

      Antara objektif blog ini ialah untuk meruntuhkan kepercayaan sebegini. Lalu hidup berdasarkan realiti. Kita orang melayu sudah terlampau lama ketinggalan hanya krn mempercayai superstitious. Kita patut hentikan semua ini dan mula melangkah membina sejarah yg cemerlang berdasarkan sains dan teknologi. Bagi saya ini adalah perkara yang paling obvious utk kita lakukan jika kita ingin maju.

      Damai

      Delete
    2. Semasa saya kecil mak ayah saya bukan orang senang, tak mampu nak bawa saya ke klinik jika saya demam, hanya berubat cara kampung. Tapi saya ada masalah jika demam, setiap kali demam pasti akan muntah, tak boleh makan langsung. Setiap kali makan dan minum keluar balik. Bermakna perut saya sentiasa kosong tak makan tak minum. Walaupun tak makan minum tetap rasa nak muntah sampai keluar muntah hijau.

      Masa tu saya kerap mengalami halusinasi( tapi masa tu masih kanak-kanak saya ingatkan benda tu real). Saya nampak macam-macam. Duit terbanglah, nampak ayah berjalan dekat siling rumahlah (macam cicakman), nampak ayah dengan orang ramai berlari-lari cemas tak tau kena kejar dengan siapa (yang ni paling kerap sampai saya berdebar-debar).

      Dah dewasa baru saya tau itu hanyalah halusinasi kemungkinan berpunca dari kekurangan air.

      Delete
    3. Benar tuan Ashwed. Aku pun setuju bahawa kita perlu cemerlang dlm sains dan teknologi. Ini mmg amat perlu dlm mencapai kejayaan dlm alam nyata ini. Sangat terbukti dengan kejayaan bangsa yang dikatakan kafir oleh org islam.

      Berkenaan pengalaman out of body yg tuan lalui itu bukanlah halusinasi. Tapi ini telah terbukti kebenarannya. Ramai saintis di luar negara telah mengkajinya dan ia juga telah diiktiraf benar.

      Perkara ini juga bukan saja terjadi pada masa2 tertentu. Tapi ada yang melaluinya kerap dn ada juga yg melauinya ketika dalam sedar. Ianya berlainan cara pada setiap org. Mereka yg melaluinya mmg mempunyai kebolehan tertentu atau org melayu kata karamah/keramat.

      Masalahnya bila ada mereka yg suka menunjuk2 kebolehan ini maka org sekeliling menganggapnya keajaiban dan mula mengagungkan mereka. Namun ada juga yg mendiamkan diri.

      Bukanlah aku nak memenangkan golongan ini. Cuma nk memberitahu bahawa ianya perkara benar dan bukanya mistik atau tahyul.

      Berkenaan sains dan teknologi ini pada pendapat aku yg buat kita mundur dari negara luar adalah kerana sistem pendidikan negara kita yg tidak begitu efisyen. Ini ditambah lagi dengan golongan agamawan yg menokok tambah ajaran mereka dlm sistem pendidikan kita.

      Pelajar di sekolah2 kerajaan kini bagai sebuah sekolah pondok dengan penerapan ajaran agama yg sebenarnya amat tidak menguntungkan malah membuang masa.

      Pelajar2 didoktrin secara paksa dan menjadikan mereka lemah untuk keluar dari kepompong ini. Kita di sini skrg bercerita tentang kebenaran dan tapi yg kita bincangkan ini tidak dijafikan subjek dlm pendidikan. Maka adalah amat merugikan kerana tempoh pendoktrinan ini telah merosakan minda pelajar.

      Politikus juga memeningkan masyarakat dengan menggunakan agama sebagai modal untuk mengaut kejayaan dan keuntungan. Yang terang2an melakukan onar tetap dibela. Para agamawan yg sepatutnya berintegriti memerangi kemungkaran tetap juga bersekongkol.

      Maaf terpaksa kaitkan hal politik dlm perbincangan ini. Tapi inilah kenyataannya apa yang sedang melanda masyarakat melayu kita khususnya. Inilah pangkalnya yang harus kita pangkas untuk memerdekakan minda.

      Alam

      Delete
    4. Salam,

      Untuk pengetahuan, kini saya tidak lagi pernah mengalami hallucination. Ini adalah kerana setelah membaca mengenainya saya memastikan tubuh saya mendapat nutrisi dan mineral yang cukup dengan kadar komposisi tubuh saya.

      Kesimpulan, yg saya boleh buat ialah tiada apa2 yg ajaib berlaku pada diri saya melainkan ia hanyalah satu proses semulajadi. Chemical of life mungkin.

      Saya tidak menjadi seorang adiwira selepas mengalami peristiwa ini. Kesemua peraturan alam masih mengikut undang2nya kpd tubuh saya. Tidak sedikit pun ia berubah.

      Damai.

      Delete
  2. Dear Ashwed, allow me to share some verse from surah Al Baqarah which touches on higher level of existence/consciousness. Perhaps you can share some of your thoughts on these verses.

    2:33 Then He said, “O Adam! Show them some of your capacity to attain knowledge.” And when Adam informed them of his ability to learn, He said to the angels, “Did I not tell you that I know the secrets of the highs and the lows? And I know what is manifested by your efforts and the potentials that lie dormant within you.”

    2:34 And when We said to the angels, “Humble yourselves and be subservient to Adam-mankind, they instantly complied humbling themselves except Iblees (Satan). He refused through self-glorification, and so became a rejecter of the Divine Command.

    2:35 We told the early humans, Adam and his wife (men and women), “O Mankind! Reside in this land which is Paradise and partake the fruit thereof as you please. But do not go near this branching Tree (of Selfishness). Or, you will become of the wrongdoers.”

    2:36 But Satan caused them both (men as well as women) to stumble therein and got them out of the happy state they were in. And so We said, “Degraded you have become with wedges of discord among yourselves! There shall be for you habitation and livelihood on earth for a while.”

    2:37 (The solution to this catastrophe was beyond human redress.) Then Adam received Words of guidance from his Sustainer and He accepted his repentance. Certainly, He is the Acceptor of repentance, the Most Merciful.

    2:38 We said, “For now, all of you are degraded to a lower level of existence, out of this state of felicity (Paradise). But, when guidance comes to you from Me, those who will follow My guidance, on them shall be no fear from without, nor shall they have any grief from within.”

    Translated by Dr. Shabbir Ahmad




    ReplyDelete
    Replies
    1. I hereby object to the above post by Abdul Rahman Chan because it is mischievious with a clear intent to mislead.

      firstly, his opening paragraph where he maliciously wrote Al Baqarah which touches on higher level of existence/consciousness. is utter conjecture.

      firstly the said verses have absolutely nothing to do with higher level of existence/consciousness.

      secondly, the translation purportedly by Shabbir Ahmad is NOT THE SAME as the ones found at the islamawakened website, which for verse 38 is as follows :

      We said, "ALL OF YOU have degraded yourselves. But behold, when guidance comes to you from Me, those who will follow My guidance, there shall come upon them no fear, nor shall they grieve." (Note here the plural, 'All of you' confirming that Adam and his wife are allegorical terms for the humankind. Incidentally the word EVE is nowhere mentioned in the Qur'an, once again pointing to Adam as mankind).

      Delete
    2. here is a link to the Shabbir Ahmad's 2:38 translation at the islamawakened website

      http://www.islamawakened.com/quran/2/38/default.htm

      since the translations (purportedly by the same person) differed by leaps & bounds, there is only one question that i would like to ask Abdul Rahman Chan : why???

      Delete
    3. Salam saudara Abdul rahman chan,

      Cabaran untuk menterjemah al quran ialah pencarian makna perkataan mengikut bahasa semasa ianya ditulis. Kebanyakkan bahasa akan mengalami evolusi. Mengakibatkan kita seringkali menyalah erti konteks pemahaman.

      Di sinilah manusia menjadi bergolongan. Pemahaman mereka seringkali didasarkan kepada apa yg mereka mahu percaya bukan kepada realiti kehidupan.

      Sbg contoh perkataan di 2:35. Adakah paradise atau heaven adalah suatu perkataan yg sesuai untuk mentafsir perkataan jannah? Bagaimana dgn syurga adakah ia konsep yg di utarakan oleh al quran atau ia datang dari budaya dan ketamadunnan yg berbeza. Adakah syurga sesuai mentafsirkan jannah ?

      Begitu juga dgn adam. Adakah perkataan itu mewakili satu nama khas atau nama am ? Malaikat pula adakah ia sesuai ditafsir sebagai Angel. Dari mana konsep angel timbul?

      Saya seboleh2nya mencuba mencari pemahaman berdasarkan realiti kehidupan. Ini adalah supaya kita tidak hidup di dalam dunia khayalan dan gagal bersaing dgn orang lain yg sama2 hidup berdasarkan peraturan alam.

      Damai

      Delete
    4. Ashwed, thank you for your explanation. The verses were posted purely with the intention of seeking a clearer understanding of the meaning, nothing more and nothing less.

      As for the first anon commentator, I do not understand your reason for saying that it is done so with mischievous intend to misled.

      The translation is lifted out of an ebook translation by Dr. Shabbir Ahmas downloaded from his website titled QXPv (THE QUR’AN AS IT EXPLAINS ITSELF, 5th edition) March 2012
      Rendition by Brig Shabbir Ahmed, M.D., Florida
      Editor: Hossein Kowsari, Californiaò
      Computer & Internet Services: Aisha Ahmed, USA

      Perhaps you should ask the website admin why the difference translation between what is available on the website and the ebook.

      As for me, I am just a student who was grappling in the dark until the light at the end of the tunnel presented itself when I stumbled upon this website. I just hope that anon will show a little courtesy to other commentators rather than blindly accusing someone for having malicious intend without first understanding their position on such matter.

      Peace.

      Delete
    5. Politicalamity926 June 2016 at 17:43

      ARC,
      If you dont mind sharing...what made you stumbled upon this blogsite?

      Delete
    6. Not at all, On the journey to seek knowledge and to find the truth. As Ashwed says, mencari pencerahan.

      Delete
  3. This is the link to download QXP by Dr. Shabbir Ahmed: http://drshabbir.com/pages/Free-Library.html

    ReplyDelete
  4. Terima kasih saudara Ashwed kerana sudi menjawab soalan saya dengan artikel ini. Memang sy sedang menghabiskan baca blog saudara sambil merujuk kepada Al-Quran kembali. Sy akui sedikit sukar, tp dgn sedikit usaha sy mampu memahami dgn mudah. Akhirnya sy percaya, sy cuma perlu terbuka, berani serta yakin pada diri sendiri sahaja.

    Terima kasih atas usaha saudara dalam berkongsi hasil kajian saudara. Blog ini membuatkan sy rasa tidak kesorangan dlm mencari kebenaran.

    ReplyDelete