Wednesday 10 August 2016

Nilai Rohani : Fenomena Cinta dan Benci

Kedamaian Untuk Semua,

Pada artikel yang lepas saya menulis tentang bagaimana kita mengukur NILAI.

Secara ringkasnya, segala perkara yang wujud di dunia ini tidak mempunyai nilai. Kitalah yang meletakkan nilai kepadanya.

Sesuatu itu menjadi bernilai apabila ianya mempunyai hubungan dengan kita.

Kadang-kala ia menjadi bernilai akibat kepayahan kita mendapatkannya seperti pingat kerana keberanian, jasa kebaktian dan sukan.

Di waktu yang lain pula, ia menjadi bernilai kerana resam masyarakat yang secara turun temurun meletak nilai yang tinggi kepada sesuatu itu, di samping kos modal yang dikeluarkan untuk mendapatkannya seperti bijih emas, minyak dan mineral lain.

Di dalam hubungan sosial pula, iaitu hubungan sesama manusia ia menjadi bernilai kerana beberapa sebab seperti hubungan darah, hubungan kerja dan yang paling misteri sifatnya ialah hubungan emosi seperti cinta, benci dan perasaan lain.

Fenomena Cinta

Pada saya, cinta adalah suatu fenomena yang mempunyai tarikh luput. Yang kekal abadi ialah komitmen terhadap cinta itu.

Di dalam suatu hubungan yang normal, cinta selalunya berakhir dengan sebuah perkahwinan. Di sinilah misteri cinta ini menjadi komplikasi yang rumit.

Ini adalah kerana setelah beberapa lama berkahwin, ramai yang mendapati bahawa cinta yang mereka sulam suatu ketika dahulu hanyalah sekadar kisah indah yang di promosi oleh budaya popular seperti filem, novel dan dongeng cinta yang mereka dengar, baca atau lihat.

Adakah anda merasakan kisah cinta Rumi dan Juli atau Laila dan Majnun atau Jack dan Rose dari filem Titanic adalah sebuah kisah benar ?

Di kebanyakkan masa, pihak wanitalah yang paling menjadi mangsa propaganda cinta yang di promosi menjadi budaya popular ini.

Ramai yang terjerumus menunggu-nunggu hari tanda cinta mereka seperti Hari Memperingati Kekasih, Hari Ulangtahun Pertemuan, Hari Ulangtahun Kelahiran dan pelbagai macam hari lagi yang dipromosi sebagai simbol cinta.

Simbol cinta akan melahirkan harapan, harapan inilah yang menjadi pembunuh utama jika ianya tidak kesampaian.

Bayangkan perasaan seseorang yang menunggu-nunggu untuk menerima hadiah semasa Hari Ulangtahun Kelahiran, tiba-tiba pasangannya tidak ingat kerana sibuk bekerja ?

Siapakah yang memberi gambaran bahawa memberi hadiah di hari ulangtahun kelahiran adalah tanda cinta ? Bukankah kita yang memberinya nilai ?

Jika masyarakat tidak memberi nilai kepada perbuatan ini adakah pasangan itu akan bermasam muka jika salah seorang dari mereka lupa hari ulangtahun kelahiran yang lain ?

Ketahuilah cinta yang paling agong tidak mempunyai simbol.

Ia kekal di sudut hati yang paling dalam, di sebuah daerah sunyi yang tiada orang lain dapat menggapainya.

Kadang-kala cinta yang agong ini akan terpisah tetapi oleh kerana kedudukannya yang istimewa maka ia kekal bersama sang pencinta itu sehinggalah ajal mengambil nyawa.

Keagongan cinta terlahir ke dunia nyata melalui komitmen. Dengan komitmen inilah kita mengukur nilai hubungan kita.

Komitmen pula memerlukan iltizam yang bukan calang-calang. Iltizam di dalam Bahasa Arab Al Quran dikenali sebagai "solla".

Ia adalah sesuatu yang tidak boleh disempurnakan di dalam tempoh waktu 5 minit. Ia adalah pengorbanan seumur hidup.

Maklumat ini sahaja sudah cukup untuk menerangkan ketinggian perkataan "solla". Sekaligus menerangkan keagongan sebuah cinta.

Fenomena Benci

Benci adalah suatu perasaan meluat kepada sesuatu, ia boleh jadi meluat kepada individu, meluat kepada keadaan, meluat kepada sesuatu isu dan lain-lain.

Benci juga adalah suatu fenomena yang ada tarikh luput.

Hanya komitmen kita terhadap kebencian itulah yang menjadikan ia berpanjangan.


Kebiasaanya, apabila timbul perasaan benci manusia akan cuba cari jalan penyelesaian untuk menghentikan kebencian itu.


Oleh kerana itu, seorang yang normal tidak akan berlarutan membenci kerana ia akan dimatikan dengan penemuan jalan penyelesaian atau sekadar dimatikan dengan perasaan cinta yang wujud di dalam setiap diri makhluk yang dikenali sebagai manusia.

Motivasi Manusia

Dengan maklumat-maklumat yang diberikan di atas maka, bolehlah kita katakan bahawa cinta dan benci sebenarnya adalah motivasi untuk manusia.

Kita mahu berjaya dalam hidup sebahagian besarnya kerana CINTA. 

Kita tidak mahu orang yang kita sayang menjadi susah, lalu kita pun berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi senang demi orang yang kita sayangi.

Di waktu yang lain pula, kita memBENCI keadaan kita yang susah. Untuk itu kita berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak lagi menjadi susah.

Jika kita amati, sesuatu kisah yang menjadi sejarah kebiasaanya dicetuskan oleh perasaan CINTA dan BENCI.

Malaysia merdeka kerana perasaan para pejuang dahulu yang CINTAkan anak bangsanya. Di suatu sudut yang lain pula Malaysia merdeka kerana keBENCIan para pejuang ini kepada penjajah.

Di sudut sejarah peribadi pula, seorang anak yang keluar merantau dari kampung halaman mencari pekerjaan kemungkinan di sebabkan kepada perasaan CINTA kepada ibu-bapanya atau mungkin pula kerana BENCI melihat kemiskinan ibu-bapanya.

Kesimpulannya, kebanyakkan perkara yang terjadi kepada diri kita secara asasnya dicetuskan oleh dua perasaan ini.

Tidakkah anda merasakan bahawa kedua-dua perasaan ini adalah suatu fenomena ? Bukankah ia berasal dari hati yang sama ?

Poligami

Diskusi mengenai CINTA tidak akan menjadi lengkap jika kita tidak menjengah sedikit berkaitan dengan isu kegemaran orang kita iaitu poligami. 

Apakah perspektif Al Quran mengenai poligami ?

Kebiasaannya "Muslim" akan mengguna keterangan berikut bagi menyokong perbuatan poligami :-

A003

"Jika kamu takut kamu tidak akan berlaku adil terhadap anak-anak yatim, maka kahwinilah perempuan-perempuan yang nampak baik bagi kamu, dua, dan tiga, dan empat; tetapi jika kamu takut kamu tidak akan berlaku adil, maka satu sahaja, atau apa yang tangan-tangan kanan kamu miliki; maka ia lebih dekat bagi kamu untuk tidak buat aniaya" AQ 4:3

Apakah benar Al Quran membenarkan poligami ? Adakah ia praktikal ? Apakah perasaan pasangan yang terlibat terutamanya wanita di dalam hal ini ?

Realitinya, saya belum pernah lagi menemui walau seorang pun wanita yang menyokong poligami. Itulah hakikatnya. Saya fikir payung emas tidak menjadi dambaan wanita Malaysia.

Pada pendapat saya, keterangan AQ 4:3 di atas adalah mengenai hubungan kita dengan anak yatim piatu.

Malah, keseluruhan keterangan itu adalah mengenai bagaimana menjaga kebajikan anak yatim piatu. Di mana, Al Quran menyarankan si penjaga anak-anak yatim ini supaya mengahwinkan/nikahkan (fankihoo) anak-anak di bawah jagaan mereka secara berdua, bertiga atau berempat.

Yang membawa maksud apabila telah tiba waktunya maka kahwinkanlah anak-anak yatim di bawah jagaan kita seramai yang mungkin.

Realiti Poligami 

Saya mempunyai seorang kenalan rapat yang mengamalkan poligami. Oleh kerana keakraban kami maka saya sering di jadikan tempat untuk beliau meluahkan perasaan.

Kini, saya mempunyai sebuah kes sebenar untuk saya jadikan pemerhatian di samping kes beberapa rakan lain. 

Beliau sendiri membenarkan saya untuk menulis mengenai perkara ini sebagai tauladan kepada semua pembaca blog ini.

Kenalan saya mengenali isteri pertama beliau semenjak dari bangku Universiti lagi. Mereka berkawan lebih dari 10 tahun sebelum melangsungkan perkahwinan.

Menurut beliau, hubungan semasa berkasih sudah menampakkan ada tanda masalah. Namun, oleh kerana cinta,  mereka meneruskan perhubungan itu ke peringkat yang lebih jauh.

Selepas berkahwin, kenalan saya mendapati pasangannya kurang memberikan komitmen. Kebanyakan hal rumahtangga diuruskan oleh beliau.

Hal ini menjadi semakin sukar apabila mereka mempunyai anak. Ini adalah kerana beliau adalah seorang ahli perniagaan yang kita tahu perlu meluangkan masa yang banyak untuk mencari peluang perniagaan dan membuat pemasaran.

Masa untuk beliau mengembangkan karier menjadi semakin terhad sehingga menimbulkan bibit ketidakpuasan hati (bukankah saya sudah katakan bahawa cinta itu hanyalah satu fenomena).

Rakan saya ini dikurniakan dengan rupa paras yang kacak. Untuk itu, ramai wanita menaruh hati kepadanya. 

Beliau juga boleh dikatakan mempunyai nama yang harum di bandar kecil tempat beliau tinggal. Perkara ini merumitkan lagi permasalahan beliau, memandangkan beliau tidak pernah lelah dengan pilihan.

Dipendekkan cerita, beliau akhirnya mengahwini kerani pejabatnya sendiri. Apabila ditanya beliau mengakui bahawa beliau mempunyai sebab yang tersendiri untuk berbuat demikian.

Setelah beberapa lama, rakan saya ini mengajak saya keluar lalu kami berbual panjang mengenai kehidupan barunya sambil beliau berjanji untuk memberi saya peluang melihat sendiri bukti kata-katanya.

Beliau mengakui beberapa perkara yang menyebabkan saya terus mengingati beberapa keterangan Al Quran mengenai perkara ini yang saya kategorikan sebagai soal hati. 

Beliau menyatakan bahawa kini beliau mengalami suatu dilema. Biar sekuat manapun hatinya mahu menolak, beliau mengakui bahawa dirinya lebih menyayangi isterinya yang kedua.

Ini terjadi bukan disebabkan rupa paras tetapi kerana isteri keduanya lebih banyak memberi komitmen kepada rumahtangga mereka. Sedangkan isterinya yang pertama tidak berbuat begitu.

Perkara ini mengakibatkan saya teringatkan keterangan berikut ;

 A004

"Allah tidak buatkan seseorang lelaki dua hati di dalam dadanya; dan tidak juga Dia buatkan isteri-isteri kamu apabila kamu menzihar (berkata, "Kamu, padaku, adalah seperti punggung ibuku") sebenarnya ibu-ibu kamu, dan tidak juga Dia buatkan anak-anak angkat kamu sebenarnya anak-anak kamu. Itu ucapan kamu sendiri, dengan mulut kamu; tetapi Allah mengatakan yang benar, dan Dia beri petunjuk pada jalan" AQ 33:4

Beliau juga mengakui bahawa disebabkan perkara ini beliau merasakan dirinya tidak begitu adil kerana melebihkan isteri keduanya. 

Maka benarlah keterangan ini ;

A129

"Kamu tidak akan boleh buat adil antara isteri-isteri kamu, walaupun kamu ingin sekali; maka jangan kamu condong dengan seluruh kecondongan sehingga kamu tinggalkannya seperti tergantung. Jika kamu betulkan dan bertakwa, sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih" AQ 4:129

Oleh kerana beliau bergilir di waktu hujung minggu maka beliau menjemput saya ke rumah isteri-isterinya sekadar untuk membuktikan kata-kata beliau.

Kebetulan pada hujung minggu itu beliau berada di rumah isteri keduanya, lalu beliau menjemput saya makan tengahari di sana.

Saya dihidangkan dengan kari kepala ikan yang lazat dimasak sendiri oleh isterinya siap dengan pemanis mulut.

Dari pengamatan, rumah beliau saya rasakan kemas. Berbau wangi serta terasa nyaman.

Sewaktu tiba di situ, saya melihat anak-anak beliau di rumah itu sedang duduk di meja sambil melukis dan mewarna. Pakaian mereka juga kemas seolah-olah mahu keluar ke bandar. 

Sekali-sekala saya mendengar anak-anaknya berkelahi. Setiap kali ini terjadi salah seorang dari mereka akan ke dapur mengadu kepada ibunya. 

Tidak ada sekalipun anak-anaknya mengadu kepada rakan saya itu, sungguhpun kami berada dekat dengan mereka, menandakan anak-anak ini sangat terikat dengan ibu mereka.

Di minggu berikutnya, saya ke rumah beliau dengan isteri pertamanya. Rumah ini lebih besar dari rumah isteri kedua beliau.

Saya dapati di sini beliau menghidang sendiri makanan tengahari kami yang beliau beli di luar. Sepanjang saya di rumah ini tidak sekalipun kelibat isteri pertamanya menjenguk kami.

Rumah ini sungguhpun lebih besar namun keadaanya tidak teratur, berhabuk dan berbau. Manakala anak-anak beliau di sini kelihatan masih belum mandi.

Selepas makan beliau bercerita mengenai beberapa perkara yang lebih peribadi mengenai rumahtangga beliau.

Saya kini memahami apa yang di alami oleh kenalan saya ini. 

Kesimpulan

Perasaan cinta dan benci adalah suatu fenomena yang juga dinilai melalui jiwa kita. Perasaan ini tidak boleh dipupuk secara sebelah pihak. Ia memerlukan satu interaksi penyebab dan akibat.

Interaksi ini akan berkembang atau menguncup mengikut keadaan semasa. 
Jika anda mencintai seorang yang lain secara seorang diri ia masih belum boleh di namakan cinta. Ia mungkin layak setakat dipanggil peminat atau stalker. Ia adalah simptom mental yang bermasalah.

Begitu juga jika anda membenci sesuatu tanpa sebab yang munasabah, ini bukanlah emosi yang normal melainkan petanda jiwa yang kacau.

Dari kisah rakan yang saya ceritakan di atas, saya membuat kesimpulan bahawa hubungan di antara manusia di nilai melalui komitmen.

Apabila sesuatu pasangan memberi komitmen yang tinggi maka mereka akan merasa dirinya bernilai.

Dengan merasa dirinya bernilai, kisah cinta yang romantis akan datang secara semulajadi. 

Anda tidak perlu menunggu-nunggu tarikh lahir untuk mendapat hadiah. 

Anda juga tidak perlu lagi mengingatkan pasangan anda mengenai tarikh lahir anda kerana beliau pasti akan mengingatinya secara sendiri. Ini adalah kerana beliau merasa terhutang budi dengan komitmen anda.

Anda pula tidak akan ternanti-nanti hadiah yang mahal. Itu hanyalah simbol kuasa beli. Sekadar ucapan ringkas sudah bermakna bagi diri anda.

Ini adalah kerana disebalik ucapan ringkas itu terkandung komitmen besar yang setiap hari disempurnakan oleh pasangan anda seawal dari pukul 5 pagi sehingga dirinya tertidur keletihan di malamnya. Dari umur 20an sehingga akhirnya pasangan anda memejamkan mata untuk selamanya.

Itulah cinta abadi yang tiada galang ganti dan tidak ternilai harganya.

Ashwed 



















36 comments:

  1. Saya setuju yg cinta akan pudar tanpa komitmen tetapi saya percaya bahawa seseorang itu akan memberikan komitmen jika dia benar2 cinta.

    Apabila cinta hilang maka kita tidak lagi peduli utk memberi komitmen. Oleh itu saya percaya yg isteri pertama kawan saudara itu telah tidak lagi ada rasa cinta sbb itu dia tidak lagi memberi sebrg komitmen pd rumahtangganya.

    ReplyDelete
  2. salam tuan ashwed,

    maaf kalau komentar saya ini tidak berkaitan dengan tajuk artikel, tapi saya berharap tuan dapat memberikan pandangan mengenai penyakit mental tekanan perasaan sehingga menyebabkan penghidap membunuh diri, dan apakah stand sebenar al-qur'an dalam isu bunuh diri.

    sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam saudara Ahmed,

      Al Quran melarang kita membunuh diri. Sila baca AQ 4:29

      Damai

      Delete
  3. walaupun saudara ashwed menyarankan keterangan AQ 4:3 di atas adalah mengenai hubungan kita dengan anak yatim... saya kurang pasti ianya meliputi sampai ke anak yatim piatu...

    ... walaubagaimana pun, disini saya c&p sebahagian dari terjemahan AQ4:3 yg saudara ashwed tulis diatas berserta highlight in bold:

    "Jika kamu takut kamu tidak akan berlaku adil terhadap anak-anak yatim, maka kahwinilah perempuan-perempuan yang nampak baik bagi kamu...

    ... dari ertikata bahasa, anak-anak yatim merangkumi keduadua jantina : jantan/betina... iaitu budak lelaki & gadis... jadi, kenapa hanya perempuan-perempuan di sebut dalam AQ4:3 tetapi pasal budak lelaki tidak disebut pun? Mungkin kerana lelaki tidak perlu dikahwinkan? Mereka yg mengahwin?

    ... macam mana pun, kenapa AQ4:3 tidak sebut gadis-gadis?... bukankah saperti saudara ashwed kata yg ayat ini adalah mengenai hubungan kita dgn anak2 yatim?...

    ... kata kuncinya adalah "anak-anak" dan sinonim anak-anak perempuan adalah "gadis"... jadi kenapa AQ4:3 sebut perempuan-perempuan dan bukan gadis-gadis?... adakah mungkin yg dimaksudkan oleh AQ4:3 dgn perempuan-perempuan adalah ibu kpd anak-anak yatim itu?

    sekarang kita perhatikan perkataan kahwini... cuba kita memperbedzakannya dgn kahwinkan... (*ambil-lah masa untok befikir sendiri)

    ... perbedzaannya amat ketara, bukankah begitu?... ( *jika kita masih kurang pasti, ada baiknya kita rujuk kpd terjemahan2 lain yg terdapat dilaman saperti quran.com atau islamawakened.com... & juga jika kita memahami bahasa selain dari melayu, perhatikan perkataan2 yg digunakan dan semak balik perkataan itu dalam kamus bahasa itu. )

    sekarang kita beralih kpd yg nampak baik bagi kamu... jikalau kita disuroh (saperti dakwaan saudara ashwed) untok mengahwinkan anak2 yatim perempuan, kenapa AQ4:3 tidak kata yang baik untok mereka?...

    ... pada dasarnya, kita hanya boleh mengetahui apa yg kita nampak baik untok diri kita sahaja & bukan untok orang lain...

    ... sekiranya andaain saudara ashwed tepat dimana AQ4:3 menyarankan si penjaga anak-anak yatim ini supaya mengahwinkan anak2 dibawah jagaan mereka... apa ertinya secara berdua, bertiga atau berempat???...

    ... tambahan pula, ada sekatan atau had untok mengambil anak2 yatim kah? ... hanya empat orang anak yatim untok satu keluarga, kah?... jika andaian ashwed betul, maka penjaga rumah anak2 yatim hanya boleh ambil 4 orang anak2 yatim sahaja lah?... jika kita perhatikan, AQ4:3 berhenti setakat empat sahaja... ini bermakna dakwaan saudara ashwed kahwinkanlah anak-anak yatim di bawah jagaan kita seramai yang mungkin berakhir dgn maxima 4 sahaja lah!... (*peringatan: ... bukankah al-quran itu "lengkap" & "sempurna?"... jadi, kenapa kamu mahu menambah lagi pada firman tuhan kamu? )

    ... ternyata ada terdapat banyak perkara yg bercangah apabila kita membaca AQ4:3 saperti disarankan oleh saudara ashwed, iaitu ayat ini ditujukan khas kpd si-penjaga anak2 yatim & mereka disuroh mengahwinkan budak2 itu... kemudian cuba baca ayat itu sebagai umum dan mengahwini ibu anak2 yatim... cubalah sendiri!

    DMK

    ReplyDelete
    Replies
    1. DMK,

      Tuhan banyak menggunakan kiasan untuk kita fikirkan. Seperti "secara berdua, bertiga atau berempat", ianya bermaksud ramai. Contoh penggunaan "berdua, bertiga atau berempat" terdapat juga di ayat AQ35:1, ayat ini tidak bermaksud bahawa malaikat mempunyai dua, tiga atau empat sayap dengan kelajuan maksimum yang berlainan atas sebab bilangan sayapnya yang berlainan. Berdua, bertiga dan berempat adalah mithalan yang membawa maksud banyak yg membawa maksud malaikat mempunyai banyak sayap atau keupayaan (mathnaa, wathulaatha waruba'a).

      Dan untuk perkataan fankihu/kahwinkan, sila rujuk penggunaannya yg lain di ayat AQ24:32, ianya membawa maksud kahwinkanlah, bukan kahwini. Tersangat jelas di sini bahawa kita disuruh untuk menikahkan orang bujang (wankihu) samada lelaki atau perempuan dan orang soleh dari budak lelaki dan perempuan. Ini adalah satu perbuatan baik untuk membantu manusia.

      Seorang lelaki TIDAK AKAN MAMPU menunaikan tanggungjawab mereka sepenuhnya jika berpoligami, akhir sekali anak keluarga poligami serba kekurangan dari segi pakaian, makanan, persekolahan, wang perbelanjaan dan kasih sayang serta bimbingan bapa.

      Ajaran poligami tiada dalam Quran, tiada dalam Quran menyatakan nabi mempunyai ramai isteri. Ajaran poligami terdapat dalam bible:

      1. http://www.kingjamesbibleonline.org/Isaiah-Chapter-4/
      2. http://www.kingjamesbibleonline.org/2-Samuel-Chapter-12/#8
      3. http://www.kingjamesbibleonline.org/1-Kings-Chapter-11/

      Delete
    2. Ketika dibangku sekolah dahulu, saya sentiasa ketawa apabila orang tua cakap pada saya, "Tuhan banyak mengunakan kiasan untuk kita fikirkan" kerana pada waktu itu saya hanya tahu ada sesuatu yg auttar tetapi saya tidak dapat menceritakan mengapa.

      Tetapi, syukur Alhamdulillah, sekarang baru saya faham! Sekarang saya melayan orang2 begini dgn soalan2 tertentu.

      Soalan2 saya kpd mereka adalah :

      #1. "Apa yg kamu maksudkan dgn kiasan?" (ini adalah disebabkan tabiat maknusia yg suka mencipta/mereka definasi tersendiri demi kepentingan peribadi.)

      #2. "Apakah buktinya yg mengesahkan apa yg kamu cakap itu benar? (dalam situasi ini, kamu mendakwa bahawa "ianya bermaksud ramai" ... kamu ini "best friend" atau "manager" tuhan kamu, ke? kalaulah benar saperti yg kamu dakwa itu, kenapa tuhan kamu tidak kata "ramai?" apakah lojiknya? bolehkah kamu terangkan pada kami?

      #3. "Sedarkah kamu bahawa terjemahan AQ4:3 bukan saperti kamu dakwa, "secara berdua, bertiga atau berempat" tetapi adalah "dua, tiga dan empat" ... (barangkali kamu ada terjemahan yg lagi "special" , manalah kami tahu... bolehkah kamu "share" dgn kami?)

      #4. Mengenai AQ35:1 yg kamu sengaja tambah untuk kononnya "menguatkan" lagi dakwaan kamu... "Sedarkah kamu bahawa perkataan sayap ini pada zahirnya adalah BERPASANG? (p/s kamu cuba buat lawak ke? dgn "kelajuan maksimum yg berlainan atas sebab bilangan sayapnya yg berlainan?" atau kamu ada naskah kitab yg lagi "special" dari kami sekalian?)

      ... bersambung...

      MDK

      ... sambungan...

      ... aisehman... cikgu rosli kita sudah pening, ke?

      cikgu rosli sedarkah bahawa dalam AQ24:32 yg cikgu sengaja tambah untuk "menguatkan" lagi argumen cikgu itu sabenarnya waankihoo (kahwinkan) dan yg terdapat dalam AQ4:3 adalah fankihoo (kahwini) ... perbedzaannya SAKAN cikgu!

      saya berdoa agar cikgu rosli BUKAN seorang guru... kalau tidak, habislah harapan masa depan negara. (maaf... bergurau.)

      MDK

      Delete
    3. Apabila saya membaca balik apa yg saya tulis diatas, saya fikir ada ruang untok memperbetulkan kekeliruan yg mungkin timbul dari penjelasan yg agak lemah dari penulisan saya yg diatas itu.

      Disini saya cuba sekali lagi :

      ... Jika kamu berhasrat untok membela nasib anak2 yatim dan mengambil anak2 yatim tersebut sebagai anak angkat kamu tetapi kamu takut kamu tidak akan berlaku adil terhadap anak-anak yatim tersebut kerana kamu sudah berkeluarga, maka kahwinilah perempuan-perempuan yang nampak baik bagi kamu, yang boleh menjadi ibu yg terbaik kpd anak2 yatim tersebut, dua, dan tiga, dan empat;...

      DMK

      Delete
    4. Salam saudara mdk,

      Elakkan menyerang peribadi orang lain. Mengguna perkataan saudara sendiri, saudara juga bukan "best friend" atau "manager" Tuhan. Begitu juga dgn imam2 Arab zaman dahulukala yg tafsiran mereka kita gunakan sbg theology "agama Islam" yg kita amalkan kini.

      Bagaimana saudara boleh merasakan tafsiran saudaralah yg paling benar sedangkan dlm soal poligami ini begitu ramai wanita menolaknya ? Bukankah ini realiti dunia yg kita tidak boleh sangkal? Kita akan kalah jika kita menolak realiti.

      Damai

      Delete
    5. Meminjam kata2 DMK juga, tafrisan2 imam2 arab & kamu adalah disebabkan tabiat maknusia yg suka mencipta/mereka definasi tersendiri demi kepentingan peribadi dan juga kepuasan nafsu sendiri untuk kahwin ramai.

      Apa yang perlu kita fikirkan adalah tuhan sangat konsisten dalam mesej2Nya (4:82), jika mana2 kitab yang mendakwa ianya adalah dari tuhan atau diilhamkan dari tuhan (seperti kitab2 hadis) terdapat hanya SATU percanggahan di dalamnya, jelas ianya bukan dari tuhan.

      Setelah tuhan sudah menyatakan yang lelaki tidak mempunyai dua hati (33:4) & tidak boleh berlaku adil kepada lebih dari seorang wanita (4:129), takkan pula di ayat lain tiba2 tuhan menyuruh kahwin ramai.

      Delete
    6. setuju...begitu juga dengan tafsiran yg mempunyai maksud berbeza, jelas ianya bukan mesej yang ingin disampaikan tuhan.

      “Then do they not reflect upon the Qur'an? If it had been from [any] other than Allah, they would have found within it much contradiction.” AQ4:82

      Delete
    7. sdr ashwed tulis, bagaimana saudara boleh merasakan tafsiran saudaralah yg paling benar sedangkan dlm soal poligami ramai wanita menolaknya?

      izinkan saya huraikan satu persatu... buat permulaan, saya akan pecahkan soalan sdr kpd tiga bahagian...

      ... bahagian pertama... bagaimana saudara boleh merasakan tafsiran saudaralah yg paling benar?...

      ... bahagian kedua... apakah yg dimaksudkan dgn istilah poligami

      ... bahagian ketiga... dlm soal poligami ramai wanita menolaknya

      maca mana? setuju atau tidak? tujuan saya berbuat begini adalah untuk mengelakkan kekeliruan yg pasti akan timbul jika kita campur-aduk lebih dari satu isu dlm satu soalan... ini pun tergantung pada tujuan kita... adakah tujuan kita berdiskus disini untuk membuka minda kita dan untuk kita mencari "kebenaran yg mutlak" atau pun hanya untuk memuaskan "ego" kita sahaja... nafsu kita yg mahu menunjok pada orang lain betapa cerdiknya aku ini sampai kita sanggup cakap berputar belit atau berpusing-pusing demi menjaga ilusi yg kita sendiri cipta ini?

      baiklah... bahagian pertama... buat permulaan, saya ingin bertanya, "Apa yg saya telah tulis disini yg boleh memberi gambaran kpd ashwed yg saya ini, saperti dakwaan sdr, "merasakan tafsiran saudara yg paling benar?" ... kemudiannya, saya ingin bertanya, "bila masanya saya mengunakan, saperti srd ashwed dakwa, tafsiran?"

      dari sebelah pehak saya pulak, saya menegur cigu rosli kita tu, dan saperti saya telah nyatakan diatas, kerana dia yg menulis, "Tuhan banyak mengunakan kiasan untuk kita fikirkan."

      (jika sdr ashwed ingin mengambil tahu, sila semak balik... setiap kali saya membuat teguran yg "bisa" diblog sdr ashwed ini, saya sentiasa memberi sebab/alasan... ini saya rasa digelar, deductive reasoning... dalam erti kata lain, saya tidak pernah menuduh sesiapa pun kecuali saya dapat memberi alasan/sebab yg munasabah.)

      disini, saya terpaksa melencong untuk memberi sedikit gambaran latar belakang... al-quran (secara paling asas sekali) adalah buku... buku yg mengandungi perkataan2 Arab... dan perkataan2 ini akan berkumpul mengikut grammar yg unik kpd bahasa itu untuk menjadi satu ayat (a sentence) dan sekempulan ayat2 ini akan menjadi satu paragraf... setiap satu mempunyai fungsi masing2 ...

      ... tetapi kita mesti juga faham bukan kesemua perkataan2 Arab yg terdapat didunia sekarang ada terkandung didalam al-quran ini... tetapi ini bukan bererti ada kelemahan atau kita mesti "tambah" atau "ubahsuai" perkataan2 yg sedia terkandung didlm al-quran...

      ... disini kita perlu membaca al-quran itu sendiri untuk mengetahui janji2 tuhan kpd kita... saperti al-quran ini lengkap, sempurna, Kami yg menjaganya, Kami yg mengajarnya...

      ... jika kita faham yg asas, senanglah sikit untuk kita memahami isi kandungannya... kita tidak perlu menambah-nambah istilah saperti azan, rukuk... kiasan... poligami... dsbgnya.

      jadi... soalan saya adalah, "Dimana ada tertulis perkataan "kiasan" didalam al-quran dan juga, lagi penting, dimana tertulis didalam al-quran yg tuhan ada banyak mengunakan kiasan?"

      sudah semestinya ada sebab2 tertentu kenapa perkataan "kiasan" tiada ditulis didlm al-quran, jika dihari ini kita tidak faham kenapa, tidak mengapa, tetapi, dalam al-quran ada ayat2 yg menyuruh kita berfikir!...

      ... bersambung...

      DMK

      Delete
    8. ... sambungan...

      jadi... fikirkan lah... THINK... tetapi yg amat penting jangan kita cuba meng-ada-kan sesuatu yg sudah pasti TIDAK ada

      jadi, dari segi kandungan al-quran dan pengunaan bahasa dan juga dari segi deductive reasoning... jika seseorang itu kata, "Tuhan, banyak mengunakan kiasan... "

      ... salahkah saya bila saya tanya, "Kamu ini best friend dgn tuhan kamu ke?"

      sekarang, saya ingin membawa perhatian sdr pada perbedzaan diantara terjemahan dan tafsiran... dan untuk makluman sdr ashwed, saya hanya mengunakan terjemahan dan bukan saperti dakwaan sdr ashwed, tafsiran!

      dgn mengunakan terjemahan, semua orang tidak kira muda/tua/lelaki/perempuan/agamawan/miskin/kaya/rakyat-biasa yang boleh membaca dan menulis mampu melakukannya... ia juga cukup senang untuk sesiapa pun menyemak balik samada terjemahan itu betul atau tidak dgn hanya mengunakan sebuah kamus, samada yg berbentuk hard-copy atau on-line...

      tetapi semua itu tidak dapat dilakukan apabila kita mengunakan tafsiran... saperti yg diwarwarkan oleh agamawan2 atau ulamak2, hanya mereka yg "bertauliah" sahaja yg bisa membuat tafsiran... inilah sebabnya saya elak dari membuat sebarang tafsiran!

      ... lihatlah betapa panjangnya tulisan saya kali ini, tetapi setakat ini, saya masih belum dapat menjawab soalan sdr... ini mungkin disebabkan soalan sdr ini amatlah hebat ataupun soalan ini mengandungi terlampau dakwaan2 yg tidak tepat dan yg sengaja di-ada-ada-kan bertujuan untuk mengelirukan saya hingga saya terpaksa, bak pepatah slang melayu, wak asil balik asal?

      ... jadi, untuk menutup bahagian pertama serta menjawab soalannya, bagaimana saudara boleh merasakan tafsiran saudaralah yg paling benar?...

      jawapan saya... saya tidak pernah memberi apa2 tafsiran pun, jadi, macam mana saya boleh merasakan tafsiran saya yg paling benar?... dalam erti kata lain, saya tidak pernah pun isi borang untuk bertanding, jadi macam mana saya boleh mimpi yg saya ada peluang untuk jadi juara?

      ... hanya sdr ashwed sahaja yg mendakwa sedemikian tanpa memberi apa2 alasan yg munasabah...

      ... jikalah benar apa yg sdr ashwed dakwa itu, yg saya ini merasakan tafsiran saya saja yg paling benar, kenapa pula saya masih mampu bertanya, "bolehkah kamu terangkan pada kami?" ... kalaulah saya rasa "tafsiran" saya saja yg paling benar, buat apa tanya lagi?...

      ... lojikkan?

      ... bolehkah sdr ashwed bertindak secara adil?

      MDK

      Delete
    9. ...bahagian kedua...

      Apakah "poligami?"

      Perkataan ini tidak wujud didalam al_quran. Ia adalah satu istilah yg dicipta oleh maknusia. Lagi baik jika disini kita mengunakan versi bahasa inggeris untuk definasi-nya kerana perkataan ini pun kita ciplak dari bahasa inggeris.

      "Polygamy" sebagai satu nahu, dan satu dari maknanya membawa erti "the practice or custom of having more than one wife or husband at the same time."

      untuk pengetahuan umum, versi inggeris ini pula diambil dari bahasa Greek.

      Ada banyak sebab2 yg kita boleh buat untuk memahami kenapa perkataan ini adalah ciptaan maknusia... satengahnya amatlah terang, satengahnya kurang terang dan yg salebihnya amatlah kelabu tebal.

      Yang paling terang sekali ialah apabila ia bukan sahaja membawa maksud "beristeri" tetapi juga "bersuami"...

      Ya... bersuami lebih dari satu pun diistilahkan sebagai "poligami."

      jadi, apabila kita renong kembali soalan sdr ashwed, bagaimana saudara boleh merasakan tafsiran saudaralah yg paling benar sedangkan dlm soal poligami ramai wanita menolaknya?...

      ... macam mana saya mahu menjawab soalan sdr ashwed ini?

      ... maaf jika saya bertanya, "Bukankah sdr ashwed ini seorang peguam?"

      ... kata pepatah inggeris untuk orang2 yg berkecimpung didalam bidang undang2, "WORDS are a lawyer's bread and butter."

      ... jadi, macam mana sdr ashwed, sebagai seorang peguam boleh bertanyakan pada saya soalan yg sedemikian?

      ... yg lagi teruk, saya-lah... macam mana saya mahu menjawab soalan yg memang tidak masok akal yg berilmu ni?

      ... apabila saya berdiam sejenak, sdr ashwed keluar kenyataaan saperti, "Namun, saudara mengambil jalan utk tidak membincangkan kedua2 keterangan ini seolah-olah keterangan ini tidak wujud di dalam Al Quran."... bukan setakat itu sahaja, malahan sdr ashwed tiba2 menjadi hakim dan menghukum saya sabagai seorang "pro-poligami."

      ... pulak dah!

      ... tidakkah terfikir oleh sdr ashwed bahawasanya ada kemungkinan saya tidak memahami soalan sdr ini? macam mana saya hendak menjawab kpd seorang peguam soalan yg boleh juga ditulis sabegini, "bagaimana saudara boleh merasakan tafsiran saudaralah yg paling benar sedangkan dlm soal "bersuami maxima 4 orang" ramai wanita menolaknya?

      ... betulkah ramai wanita akan menolaknya?

      ... saya tidak tahu!

      ... bersambung...

      MDK

      Delete
    10. Salam,

      Pada saya saudara sudah semakin merapu. Semakin tiada adab dgn menyerang peribadi orang lain. Saya mempunyai sebab yg kukuh utk mempercayai bahawa mdk dan dmk adalah org yang sama. Maka saya dengan ini buat pertama kalinya tidak akan menyiarkan lagi komen dari pembaca bernama mdk dan dmk ini lagi. Saudara sememangnya boleh memberi komen dgn mengguna nama lain namun saya ingin mengingatkan supaya kawal diri saudara. Tidak perlu menyerang peribadi orang lain. Ia hanya menyerlahkan kedangkalan pemikiran saudara.

      Damai

      Delete
  4. Mengenai soalan2 yg saudara ashwed kemukakan, iaitu :

    #1. Apakah benar Al Quran membenarkan poligami ?

    Pada pendapat saya, salepas menkaji dgn teliti ayat2 al-quran, jawapanya adalah, Ya... maxima 4 sahaja.

    #2. Adakah ia praktikal ?

    Pada pendapat saya, jawapannya samestinya, Ya... kerana jika ianya tidak praktikal, masakan disebut didalam al-quran!.. tetapi majority org islam tidak ingin mengambil tahu banyak aspek2 negatif yg perlu difahami sabelum kita mencubanya.

    #3. Apakah perasaan pasangan yang terlibat terutamanya wanita di dalam hal ini ?

    Soalan sebegini amat tidak sesuai & tidak adil kerana saudara bertanyakan akan perasaan ... ini akan melibatkan isu2 yg terlampau subjektif & teramat sukar dikaji... tambahan pula perasaan wanita... ini tidak akan habis diperbual tanpa penyudah hingga keakhir zaman!

    DMK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam saudara dmk,

      Saya bukan seorang penyokong poligami. Saya juga bukan seorang yg anti poligami. Bagi saya kehidupan yg kita nikmati skrg ini adalah satu tanggungjawab yg perlu dijalani dgn komitmen yg penuh seluruh.

      Saya tertarik dgn point no 3 yg saudara tulis. Mengenai perasaan wanita dlm hal ini. Saya tertanya-tanya apakah saudara sungguh merasakan bhw perasaan wanita adalah sesuatu yg tiada nilai sehingga menjadi picisan utk kita diskus? Ini termasuk nenek, ibu, anak2 perempuan kita ?

      Bagaimana pula mengenai keterangan AQ 4:129 dan AQ 33:4 ? Adakah ia bukan sebahagian dari Al Quran dan tidak perlu dibincangkan?

      Damai

      Delete
    2. ...pertama... dimana silap saya menulis sampai saudara ashwed boleh membuat andaian yg silap ini? Adakah saya memberi gambaran pd saudara bahawa perasaan wanita adalah sesuatu yg tiada nilai sehingga menjadi picisan uutk kita diskus...

      ... kalau "ya", please quote me... boleh ke?

      Delete
    3. Salam,

      I am referring to your point # 3.

      Damai

      Delete
    4. Ayat atau frasa yg mana satu?

      Soalan sebegini amat tidak sesuai & tidak adil kerana saudara bertanyakan akan perasaan ... ini akan melibatkan isu2 yg terlampau subjektif & teramat sukar dikaji... tambahan pula perasaan wanita... ini tidak akan habis diperbual tanpa penyudah hingga keakhir zaman!

      Delete
    5. Salam saudara dmk,

      Bukankah point saudara itu mengajak pembaca supaya tidak menghiraukan perasaan wanita apabila mahu mengamalkan poligami ?

      Metodologi saya di dalam mengupas al quran ialah mengguna kaedah saintifik iaitu pemerhatian. Saya membentangkan kes pemerhatian seorang rakan rapat saya. Sbb itu saya membincangkan juga keterangan-keterangan lain mengenai hal ini spt AQ 33:4 Dan AQ 4:129.

      Namun, saudara mengambil jalan utk tidak membincangkan kedua2 keterangan ini seolah-olah keterangan ini tidak wujud di dalam Al Quran. Sebaliknya hanya mengambil AQ 4:3 utk membentangkan kes saudara sbg seorang yg pro-poligami.

      Bagi saya untuk mencapai kesimpulan yg paling sempurna, pemerhatian kita perlu merangkumi semua keadaan. Tuhan menciptakan makhlukNya berpasangan. Mana mungkin kita mengambil kira perasaan satu pihak shj sedangkan realitinya utk mewujudkan sebuah perkahwinan yg normal ia memerlukan dua pihak berlainan jantina ?

      Damai

      Delete
    6. baiklah saudara ashwed, terima kasih atas penjelasan yg diberikan kerana ini akan menyenangkan lagi urusan saya.

      pertama... untuk menjawab soalan ashwed, bukankah point saudara itu mengajak pembaca supaya tidak mengiraukan perasaan wanita apabila mahu mengamalkan poligami?

      jawapan saya: BUKAN!

      sebenarnya "point" yg ashwed maksudkan diatas adalah berpunca dari persepsi saudara ashwed sendiri... dalam erti kata lain, kamu membaca apa yg kamu mahu baca, bukannya apa yg sedia tertulis...

      ... saya tidak faham entah kenapa sdr ashwed benar2 hanya mahu mencari kesalahan saya... kalaulah saya benar2 membuat silap atau salah, maka segala teguran/kritikan sangatlah saya alu-alukan... so, please quote me dimana kesilapan itu... tetapi ini tidak... ashwed hanya melemparkan dakwaan yg tidak berasas, jikalau berasas pun hanyalah berasaskan andaian sdr ashwed sematamata...

      ... ini nyata apabila ashwed menuduh saya yg menulis pada 11 August 2016 at 16:09... perasaan wanita adalah sesuatu yg tiada nilai sehingga...

      ... tetapi saya menjawab dgn pertanyaan, "dimana silap saya menulis sampai saudara ashwed boleh membuat andaian yg silap ini?"

      ... tetapi, ashwed menjawab dgn "I am referring to to your point #3"

      oleh disebabkan saya masih terpingga-pingga untuk memahaminya, saya bertanya lagi, "ayat atau frasa yg mana satu?"

      baiklah, disini saya ingin bertanya, "Tidakkah terfikir oleh ashwed yg saya ini TIDAK pernah pun, saperti tuduhan yg ashwed lemparkan pada saya, mengajak pembaca supaya tidak mengiraukan perasaan wanita...

      jikalah betul apa yg ashwed dakwa, kenapa saya bertanya "dimana silap saya menulis sampai saudara ashwed boleh membuat andaian yg silap ini?"

      ... saya minta sdr ashwed bawa bertenang... sabar... tarik nafas panjang2 dan relaks sekejap... dan renungilah apa yg saya tulis untuk beberapa minit...

      ... mahukah ashwed, saperti yg dituntut didlm al-quran, ia-itu, bertindak secara adil? mahukah ashwed mencari kebenaran yakni kebenaran dari Allah dan bukannya kebenaran awak ataupun kebenaran saya?

      ... kalau mahu, jangan melulu dgn melemparan tuduhan yg tidak berasas... jangan cepat melenting kerana mengikut ego kita... berontak untuk berotak... THINK...

      ... bersambung ...

      DMK

      Delete
    7. Salam,

      Saudara DMK, kalau saudara benar2 baca blog ini saudara pasti perasan bhw jika saya terasa marah dgn persoalan atau hujah seseorang saya akan memohon maaf. Itu adalah cara saya. Saya bukan seorg yg egocentric spt yg saudara tuduh.

      Seingat saya yg mula2 menulis komentar diruangan ini dgn kata2 yg keras ialah saudara. Semua perkataan yg bersifat negatif dan menuduh spt ego, cepat melenting, menyuruh org lain berfikir, menuduh org lain tidak adil itu saudara yg keluarkan.

      Bukankah lebih mudah menyatakan kpd saya bhw BUKAN begitu maksud # 3. Saudara menulis panjang2 mempertahankan diri saudara
      untuk apa ? Saya tidak menyediakan sebarang hadiah utk perbuatan sebegini.

      Sehingga skrg saudara masih belum menjawab soalan saya. Bagaimana dgn AQ 33:4 Dan AQ 4:129 ?

      Damai

      Delete
  5. Saya baru terjumpa satu channel youtube bernama Kurzgesagt. Ada bbrp video menerangkan tentang evolusi homo sapiens dan alam semesta.

    Satu perkara penting saya belajar dari video2 ini iaitu kelemahan dan kesilapan yg manusia lakukan tiada nilai dibandingkan dengan keluasan kosmik. Maafkan diri sendiri dan orang lain serta tidak membenci. Dendam hanya merosakkan waktu kehidupan kita.

    Kehidupan seseorang manusia terlalu singkat dan tidak bermakna jika dibandingkan dgn kewujudan kosmik. Jangan menangguh dan nikmati kehidupan dgn kasih sayang.

    Alam semesta ini akan beransur2 terpadam suatu hari nanti apabila semua bintang2 mati dan tiada apa lg yg wujud. Hargailah masa kehidupan kita yg singkat ini dibandingkan dgn usia kosmik selama 14 bilion tahun.

    Sentiasa bersyukur, berusaha dan berhati mulia menjadikan hidup kita umpama magnet kebahagiaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Zack atas perkongsian ni..membuatkan saya lebih hargai kehidupan. Jika anda adalah orang yang sama menulis buku tentang Yakjuj Makjuj tu, saya ingin bertanya apakah hasil kaji selidik yang dijalankan saudara tentang lokasi Yakjuj Makjuj tu?

      Delete
    2. Saudara shah mungkin dulu selalu melepak di blog saya yg lama. Lokasinya saya yakin terletak di wilayah Anatolia, Turkey. Kawasan ini pernah menjadi jajahan paling timur Zulkarnain. Sy juga yakin Zulkarnain ialah Raja Parsi bernama Khosrau II yg hidup semasa nabi terakhir masih seorang kanak2 arab.

      Tanpa financial commitment, tiada apa boleh saya lakukan. Saya penah ke Turki tp pakej hanya melancong sekitar Istanbul. Perlu bajet yg besar utk rancang perjalanan sendiri ke wilayah itu. Tak dpt detect pon xpe yg penting sy nk naik atas gunung berapi kecil itu.

      Tapi sebenarnya saya lebih berminat nk kesan lokasi tabot perjanjian atau The Ark Of Covenant. Lokasinya saya rasa di sebuah negara Afrika berdasarkan bbrp kiraan kordinat. Yg peliknya objek ini ada disebut dlm alQuran tp x ramai orang Islam yg berminat ambil tahu tentangnya.

      Delete
    3. terima kasih saudara Zack kerana berkongsi pengetahuan mengenai yakjuj makjuj yang berasal dari perkataan yak + mak.

      Saya ingin bertanya tentang kaedah saudara yang mencari lokasi yakjuj makjuj. Adakah kaedah saudara menggunapakai 'sifir 19'?

      walau bagaimanapun, penjelasan saudara lebih sesuai dan logik berbanding penjelasan dari prof. alexander zulkarnain dalam buku yakjuj dan makjuj tulisan beliau.

      Delete
    4. Saya x percaya kod 19. Lokasi di Turki nmpk menyakinkan dari faktor:

      - identiti Zulkarnain
      - sempadan wilayah Sassanid plg timur di kawasan gunung berapi
      - bahasa Turki kuno
      - logik kenapa yak mak tidak menentang pembinaan penutup besi
      - dan byk lg

      Pada mulanya, saya fikirkan yak mak ialah komuniti bawah tanah kerana di kawasan tersebut terdapat beberap underground city.

      Tp bila saya sedar di sekelilingnya byk gunung berapi kecil, mcm x percaya yak mak adalah sesuatu yg berbeza drpd dipercayai ramai orang.

      Cakap apa pun x guna selagi x dibuktikan secara arkeologi. Tp saya optimis dgn kajian saya.

      Delete
  6. nabi2 pun berpoligami;

    Pickthall: O Prophet! Lo! We have made lawful unto thee thy wives unto whom thou hast paid their dowries, .....a privilege for thee only, not for the (rest of) believers - We are Aware of that which We enjoined upon them concerning their wives and those whom their right hands possess - (quran:33.50)

    apa perasaan madu2? jika ditanya kpd pompuan2 arab, mereka ada reservations tapi apakan daya. ada beberapa rakan saya mempunyai 2 atau 3 isteri, antara saat yg paling sedih ialah pada masa pagi hari raya, teringat akan anak bini di cawangan lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tang mana datang banyak isteri2 tu..."Wahai Nabi, sesungguhnya Kami telah menghalalkan bagimu ISTERI KAMU..."

      Delete
    2. perbincangan ini ditumpukan hanya kpd perkataan 'isteri kamu'. jgn hanya bergantung kpd terjemahan arab ke melayu atau omputeh atau bahasa2 lain. didlm ayat 50 tersebut ada dua perkataan iaitu azwajaka & azwajihim & satu perkataan iaitu azwajin didlm ayat 52 surah yg sama - is it singular or plural? sila juga rujuk ayat 51 & baca in toto - every word of the three verses.

      1. sekiranya nabi & mukmin dihalalkan mempunyai hanya satu isteri, mengapa disebut 'a privilege for thee only' (only for you) excluding other believers' - 'khas bagi kamu, bukan bagi orang2 yg percaya (mukmin)?

      2. quran 4:3 - mulanya dizinkan menikah sampai 4 bersyarat & kemudiannya disarankan satu saja. kenapa tidak dinyatakan saja lelaki mukmin hanya satu isteri kecuali nabi? any contradictions?

      selamat semua.

      Delete
  7. salam cikgu rosli, adakah kamu anggap islam satu jenama barang (product brand)? seperti islamic banking, islamic state, fundamental, liberal, progressive, hadhari, madani islam & apa ka jadah lagi?

    nabi2 & rasul yg nama2 mereka tercatit dlm taurat, injil & quran mempunyai ramai isteri, semuanya muslim. mereka bukan yahudi & juga nasrani. jadi, apa yg peliknya penutup segala nabi juga mempunyai banyak isteri.

    ReplyDelete
  8. Religion aside,... I can see that lelaki yg pro poligami akan berusaha mengiakan yg Tuhan membenarkan poligami. Lelaki yg tidak berminat dgn poligami pula lebih terbuka menerima tafsiran pihak pro dan con.

    For me...lelaki yg pro poligami atau yg tidak tetapi pernah punya keinginan utk poligami sebenarnya tidak pernah bertemu cinta sejati. Mereka sangka mereka benar2 cinta tetapi sebenarnya tidak. Kerana itu mereka boleh 'jatuh cinta' lagi sedangkan mana mungkin itu berlaku jika manusia hanya ada satu hati? Ertinya mereka sebenarnya tidak mencintai salah seorang atau kedua2 perempuan itu tetapi mereka tidak menyedari atau enggan mengakuinya.

    Mereka menyedapkan hati sendiri dan menganggap cinta sejati pd hanya seorang wanita adalah mustahil serta tidak percaya jika ada di kalangan mereka yg benar2 mencintai isteri yg satu tanpa syarat.

    Saya juga pernah tidak percaya pd cinta sejati... Tetapi setelah usia semakin matang.. Saya telah berjumpa begitu ramai di kalangan rakan2 sendiri yg benar2 sayang isteri dan memandang rendah pd poligami. Mereka ini kebanyakannya jenis professional, luas pergaulan dgn berbagai bangsa dan bukannya di kalangan melayu tipikal yg bergaul 90% dgn melayu sahaja.

    Secara peribadi saya merasa kasihan pd mereka yg tidak pernah merasai cinta sejati tetapi tidak mengetahuinya. Cinta sejati sememangnya sgt indah dan menenangkan. Rugilah mereka yg tidak pernah mengalaminya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bukan isu pro/con poligami & juga bukan tentang cintaq sejati atau apa lagi. Persoalannya ialah benar atau tidak poligami dihalalkan oleh Allah swt

      Delete
    2. Dear Kampong Lad, The question you posed is commonly classified as a LOADED QUESTION. You might think it is just a simple "YES/NO" question, but, trust me, I can assure you that it is most definitely not!

      By way of analogy, I invite you to try answering this very "simple YES/NO" question:

      1. Is God the father of Jesus/Yeshua/Prophet Isa?

      Suddenly, you will realize that you simply cannot provide a simple "YES/NO" without actually doing justice to the God of your faith.

      Had you answered "YES"; the Christians could exclaim, "See, we told you so!." But the Jews would say, "We don't care." However, worst off would be the Moslems, who would have committed the greatest of sins, namely, "SHIR'K."

      And, had you answered "NO"; the Moslems would be the ones saying, "See, we told you so!" The Christians would be doing the asking, "Who is then the Father?" The Jews, however, would say, "We still don't care!"

      The mother of all LOADED QUESTIONS was by atheists of yore who asked something about creating and lifting a heavy rock or was it cock? Anyway, I am sure you have heard that one before and it requires no repetition from me.

      I sincerely hope you can get the gist of what I am trying to convey here. It is just that not all the simple "YES/NO" questions are what they seem to be; some are LOADED questions!

      123

      Delete
  9. Ashwed,

    I highly recommend this website :

    http://www.submission.org/App30.html

    123

    ReplyDelete
  10. mamat MDK atau majlis daerah klang cakap pusing2 tulis panjang2 nak tunjuk pandai konon tapi komen takde substance melainkan kedangkalan pemikiran manakala kampong lad as usual memang mamat kampong yang tak paham al quran dan kemungkinan ada ramai bini atau teringin tapi tak mampu or takut bini. I can understand if you don't publish my comment its just that I wasted my time reading their childish comments.

    ReplyDelete