Thursday 11 August 2016

TAHNIAH OLYMPIAN !

Kedamaian Untuk Semua,

Tahniah kepada Penerjun Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong yang berjaya memenangi Pingat Perak dalam acara 10m platform berirama di Olimpik Rio.

Kejayaan mereka benar-benar menimbulkan rasa bangga kepada negara.

Saya tidak dapat membayangkan perasaan kedua ibu-bapa mereka.

Saya sudah katakan banyak kali dan saya tidak akan pernah berhenti menyatakan bahawa kejayaan sebegini, di dalam apa jua bidang pun, tidak datang secara bergolek.

Ia adalah hasil pengorbanan, penat dan lelah bertahun-tahun. 

Kesungguhan inilah yang dikenali sebagai iltizam dan perkataan inilah pada pendapat saya adalah yang paling tepat untuk menerangkan maksud "solla" seperti yang ditulis oleh Al Quran.




Saya percaya jikalah mereka berdua ini kebetulan adalah anak Melayu, pasti ramai yang memberi komen mempertikai pakaian renang mereka di media sosial seperti yang terjadi kepada ahli gimnastik negara tidak lama dahulu.

Mengapa orang kita sering berfikir seperti ini ? Merasa tidak senang dengan kejayaan anak Melayu lain mungkin ?

Sebagai generasi baru yang teknologi dan maklumat dunia berada di tapak tangan kita, marilah kita membuka minda. Buang cara lama dan mula menanam iltizam untuk menjadi satu negara bangsa yang maju dan bertamadun.

Akhir sekali, tahniah sekali lagi kepada Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong. 

Saya berharapan supaya Azizulhasni, Fatehah, Lee Chong Wei dan atlet-atlet lain dapat memberikan yang terbaik di temasya kali ini.

Ashwed

 

20 comments:

  1. salam sejahtera, apa pendapat sdra tentang ayat ini?

    Pickthall: O ye who believe! When ye rise up for prayer, wash you faces, and your hands up to the elbows, and lightly rub your heads and (wash) your feet up to the ankles...(quran:5.6)

    jika 'solla' (rukuk, sujud & sbgnya) difahamkan sbg ritual practice, membasuh 4 anggota badan juga termasuk amalan ritual.

    ReplyDelete
  2. Salam saudara kampong lad,

    Sila baca http://ashwed1973.blogspot.com/2015/06/soalan-dari-pembaca.html?m=1

    Damai

    ReplyDelete
  3. ok, tidak ada ritual dlm islam & utk mencapai kedamaian (islam), apa perlu kita buat? sila terangkan secara ringkas.

    ReplyDelete
  4. Salam saudara kampong lad,

    Seperti yang saya katakan dahulu dan saya katakan sekali lagi. BACALAH blog ini dari awal.

    Damai

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yg payah atau susah sangat nak menerangkan secara ringkas bagaimana kita boleh memperolehi kedamaian? contoh; jika kita sayang akan ibubapa kita, pastikan hati mereka tidak disakiti atau jika nak makan durian, kenalah tanam pokoknya atau kena beli dulu.

      tahukah anda hinduism bermulanya selepas nabi ibrahim? harap sdr jgn salah faham kerana entry ini hanya melibatkan topik solla.

      'It is You we serve and You we ask for help'.

      be patient with me sdr, salam.

      Delete
    2. Salam saudara kampong lad,

      Kemaafan jika saya sedikit kurang sabar dgn saudara. Untuk mencapai kedamaian Al Quran menyarankan kita supaya mengikuti aturan hidup (as deen) yang positif iaitu nilai-nilai murni yang universal spt menghargai masa, menjaga kebersihan, menjaga kesihatan, berusaha bersungguh-sungguh dgn penuh dedikasi dalam apa juga bidang yg kita ceburi (iltizam, solla dan zakka) dan pelbagai lagi nilai murni yg bertebaran di dalam keterangan2 al Quran. Saudara juga boleh baca AQ 151-153 inilah jalan yg lurus.

      Kesemua ini sudah saya kupas di dalam blog ini di dalam pelbagai artikel yg berlainan.

      Mengenai hinduism datang selepas nabi ibrahim saudara perlu kemukakan bukti. Saya sudah membuktikan bahawa ajaran pertama di dalam ketamadunan dunia ialah sanatana dharma yg kemungkinan besar di bawa oleh Adam. Ia berevolusi menjadi agama pertama di dunia iaitu Hindu apabila kita bercakap tentang agama kita bercakap mengenai maksud perkataan ini secara moden. Agama/religio terarah kpd maksud how to observe God di mana ia melahirkan theology mengikut brand agama yg wujud skrg.

      Agamas adalah bahasa Pali iaitu bahasa Sanskrit yg sedikit moden ia membawa maksud gospel mengenai Gautama Siddharta yang mencapai tahap Buddha.

      Dlm bahasa Sanskrit yg lebih tua dikenali sbg dharma yg telah saya buktikan membawa maksud aturan hidup/ad deen.

      BACALAH blog ini dari awal saudara kampong lad. Saudara tidak berlaku adil kpd saya dgn meminta saya menerangkan perkara-perkara yg telah saya tulis. Kita perlu menghormati satu sama lain untuk move forward.

      Damai

      Delete
    3. 1. tahniah kerana berjaya mengawal perasaan anda. mengapa saya membuat komen2 sedemikian rupa? kerana; adakah anda benar2 percaya yg ritual seperti sujud & rukuk, berpuasa, mengelilingi kaabah & lain2 yg dipraktik oleh muslims selama ini tidak ujud? jika benar, sila layari bible.ca/islam/islam-questions & lihat no.26 dibahagian the 45 bonus questions for muslims.

      2. diperenggan pertama response anda; bukankah itu semua merupakan syariat (all good & sincere actions) yg diperintah & ritual bukan sebahagian syariat? surah 6 ayat 153 & juga surah yusuf ayat 108 memerintah kita kpd jalan yg lurus i.e. tarekat. (either you are on the track or derailed - tidak ada sebahagian2 atau hampir2).

      3. hinduism - samada bahasa pali, ibrani atau aram (bahasa hanya alat komunikasi), ianya bukan isu tapi yg mustahak ialah risalah. sdr tentu tahu yg ibrahim juga diberi kitab. adakah kitab hindu spt gita & vedas dari ibrahim atau ditulis selepas baginda wafat? bezanya hindus ada avatars & muslims ada nabi2 & rasul. apapun islam ujud bila ujudnya kehidupan. benar, addeen bukan agama. salam sejahtera.

      Delete
    4. Salam,

      Macam2 perangai manusia ada dalam dunia ni. Terus-terang saya katakan, saya keliru samada perlu ketawa atau menangis.

      Ritual memang wujud. Berbillion manusia sedang melakukannya di dalam pelbagai brand agama. Samada ia benar atau salah itu persoalan utama yg blog ini cuba cungkil.

      Saya menjemput saudara kampong lad untuk menulis satu artikel berkenaan pemahaman saudara. Dengan artikel ini, para pembaca boleh berdiskus mengenainya.

      Damai

      Delete
    5. samada anda nak ketawa atau menangis, that's your prerogative - freedom of expressions. soalan saya - 'ritual....tidak ujud' dlm konteks islam & inilah pokok perbahasan/perbincangan kita. dan saya tak pernah kisah tentang ritual yg dilakukan oleh mereka2 yg lain. sekian & selamat adanya.

      Delete
    6. Salam,

      Hiduplah dalam dunia realiti saudara kampong lad. Lihatlah disekeliling saudara bukankah jiran kita yg beragama kristian mempunyai ritual mereka sendiri ? Begitu juga jiran kita yg beragama lain seperti Hindu dan Buddha bukankah mereka semua mempunyai ritual agama masing2. Tentu ada sebab Tuhan melahirkan kita di bumi Malaysia yang bertuah ini. Kemungkinan kita dilahirkan di sini supaya kita berfikir dgn mendalam lantaran agama2 besar dunia di praktis di bumi ini ? Rebutlah peluang ini untuk mencari kebenaran dgn membuka minda dgn seluas-luasnya.

      Adakah saudara merasakan ritual yg dibuat oleh penganut agama lain silap dan ritual yg saudara lakukan adalah benar ? Jika begitulah sangkaan saudara cuba saudara fikirkan, mengapakah di negara kita ini rata-ratanya org Cina yg menganut Buddha lebih berjaya dari penganut agama lain. Adakah ritual mereka lebih tepat lalu diterima Tuhan, lantas Tuhan mengurniakan kejayaan kpd mereka ?

      Adakah saudara benar-benar merasakan Tuhan Yang Maha Agong itu melihat kpd cara seseorang "sujud" iaitu mesti 7 anggota badan kena pd lantai barulah boleh diterima kepercayaan kita kepadaNya ?

      Agongkanlah Tuhan dengan sebenar-benar pengagongan saudara kampong lad. Jangan menjadi paradoks dengan menyatakan di mulut bahawa Tuhan itu Maha Mengetahui tetapi di jiwa kita menyempitkan pengetahuan Tuhan setakat kpd perkara ritual shj. Ada yg kena angkat jari baru sah. Ada yg katakan jika telapak kaki tidak diangkat semasa duduk tahiyat tak sah. Siapa yg kita cuba tipu? Allah ?

      Damai



      Delete
  5. Salam ash wed! ramai org camni bro! kata orang kampong saya, "don't pull-out the wool out of your eyes"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bro anon 12 August 2016 at 02:36 ..

      Felt like swallowing a grass snake

      Delete
  6. Orang takbur yg terasa dia dah tahu semua tak akan membaca dari mula.

    ReplyDelete
  7. Salam bro2 sekalian,
    Jgn hangin.. dan bersabarrr.. Nanti sapa x paham akan paham lah tuu.. At least depa ada instinct nak tau.Sambil2 tu saya nak main gitar jerit lagu 'Sudah ku tahu' Projector Band..

    bangariplejen

    ReplyDelete
  8. sy harap kampong lad boleh sediakan artikel yg menarik untuk dibincangkan.

    ReplyDelete
  9. sapa kata nabi banyak isteri( sernentak)? can anyone provide a timeline?

    Tidakkah Al Quran itu universal dan ditujukan pada semua? bukan hanya untuk tatapan dan bacaan nabi muhammad. adakah kemungkinan konteks ya aiyuhannabi itu merujuk pada semua nabi-nabi yang pernah Allah pesan dan justeru itu isteri-isteri mereka?

    ReplyDelete
  10. Saya suka kaji siri dan filem star trek. Satu episod dalam siri lama 1960-an, crew Enterprise bertemu dgn 'Tuhan' Apollo di Olympus.

    Apollo telah menculik bbrp crew Enterprise dan memaksa mereka melakukan ritual2 penyembahan terhadapnya kerana pada abad ke 23 manusia tidak lagi menganut sebarang agama. Jika ingkar, crew Enterprise akan dihukum dengan kejam.

    Captain Kirk mengarahkan Enterprise untuk tembak rumah penyembahan Apollo sehingga musnah. Mesej nya sangat kuat, manusia akan kalahkan 'Tuhan' apabila sains dan teknologi mendominasi segala aspek hidup manusia.

    Saya percaya nabi2 dan rasul mengajar mesej yg sama iaitu usaha, komitmen, kesabaran, kasih sayang dll akan menjamin keputusan hidup yang cemerlang.

    Ritual2 ni hanya dibuat oleh golongan pereka agama atas nama nabi2 dan rasul2. Nabi dan rasul bukan ahli ibadat ttp manusia mcm kita yg menambah nilai ekonomi pd kaum mereka.

    Ada satu pepatah Star Trek lebih kurang begini :

    "Only knowledge and hard work will bring us to Utopia".

    ReplyDelete
  11. Bro Ashwad,

    terima kasih atas invesment tenaga bro dalam usaha untuk menggalakkan umat manusia mengingati akan apa gunanya anugerah kepala hotak yang diberikan Allah kepada species Homo Sapien, yang lantas membezakan kita dengan homo homo yang lain yang termasuk Homo Erektus (dysfunctionale) tetapi tidak termasuk Homo Sexuale.
    Jangan give up hope apatah lagi berdepan dengan geng geng daun keladi ni. Curah air guna paip bomba pun takkan basahnyer…
    Saya membaca sepintas lalu komen komen di sini, dan mendapati ada juga yang malas membaca dan meminta short cut, atau dengan singkatnya “spoonfeeding”. Jangan ambik pot bro. Ramai yang tak gemar membaca, samada depa dyslexic atau malas jer. Ada yang malas nak pikir sendiri, pinjam otak orang sebab nak jimat penggunaan otak sendiri. Manalah tau kan, kalau kalau lepas mati, kalu jual otak, dapat lah second hand value yang tinggi sikit, kalu jarang jarang guna otak tu kan.
    Bukan semua orang dalam internet ni yang ada kerja tetap bro..maklumlah…lepas gst banyak business runtuh. So janganlah letih kalu depa tak der kejer lain selain dari menyakat orang lain dalam internet. Orang lain jalan jalan cari makan, depa suka jalan jalan cari pasal. So harap jangan putuih semangat dan teruskanlah usaha murni bro Ashwad ok.

    Salam.


    ReplyDelete
  12. Salam saudara elok juga 'disedekahkan' 14-ayat Quran dari Surah Al Araaf (7) : 172 - 185, hayatilah bersama;

    7:172 Dan ketika Pemeliharamu mengambil zuriat keturunan setiap banii aadama dari tulang belakangnya dan mereka bersaksikan dengan jiwa mereka dan Dia berkata bukankah Aku ini Pemeliharamu maka mereka berkata ya! benar malahan kami menyaksikanya maka jangan kamu berkata pada hari kebangkitan kamu kelak yang kamu melupainya.
    7:173 Atau kamu katakan yang bapa kami yang sekutu sejak dahulu dan kami hanyalah keturunan mereka maka adakah Kamu melaknati kami atas perbuatan orang yang mengambil yang palsu.
    7:174 Demikian Kami menjelaskan ayat-ayatnya sehingga mereka kembali.
    7:175 Dan bacakan kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan ayat- ayatnya dan mereka berpaling darinya dan mengikuti syaitan maka mereka itulah darinya orang yang menyeleweng.
    7:176 Jika Kami kehendaki ditinggikan mereka tetapi mereka condong kepada duniawi dan mengikut hawa nafsu mereka maka misalan mereka seperti anjing jika kamu membelainya dijelirkan lidahnya dan jika dibiarkan dijelirkan lidahnya juga itulah misalan kaum yang mendustakan ayat- ayat Kami maka ceritakan kisah ini supaya mereka merenungkanya.
    7:177 Sangat buruk misalan bagi kaum yang mendustakan ayat-ayat Kami dan diri mereka maka itulah orang yang telah melakukan kezaliman.
    7:178 Sesiapa yang Allah berikan petunjuk maka dia yang mendapat petunjuk dan sesiapa sesat maka mereka itulah orang yang rugi.
    7:179 Dan pasti Kami telah menyediakan jahannama bagi kebanyakan dari jinni dan manusia baginya hati mereka tidak memahami dengannya dan baginya mata mereka tidak melihat dengannya dan baginya telinga mereka tidak mendengar dengannya maka mereka seperti binatang malahan lebih sesat darinya dan mereka orang yang lalai.
    7:180 Dan hanya Allah miliki nama-nama yang terbaik maka serulah Dia dan tinggalkan orang yang menyelewengkan atas nama Dia dan mereka pasti diberi pembalasan atas apa yang mereka lakukan.
    7:181 Dan dari ciptaan Kami terdapat umat yang mendapat petunjuk yang benar dan dengannya mereka telah melaksanakan keadilanya.
    7:182 Dan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami pasti ditarik berperingkat peringkat dari setiap arah yang mereka tidak menyedarinya.
    7:183 Dan ditangguhkan mereka kepada muslihat Kami yang mantap.
    7:184 Apakah tidak mereka renungkan sahabat mereka itu dia bukannya tidak waras malahan dia itulah pemberi amaran yang jelas.
    7:185 Tidakkah mereka perhatikan Penguasa langit dan bumi dan segala apa yang Allah ciptakan dan mudah-mudahan telah dekat ajal mereka maka dengan hadiitsin manakah sesudahnya mereka akan amanah.

    Sekian.

    ReplyDelete