Wednesday 1 July 2015

Siri Ramadhan : Dosa dan Pahala

Yang berikut adalah dosa paling besar atau "The Ultimate Sin" ;

"Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia (yush-rika-bihi), dan dia mengampuni dosa yang selain syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah (yush-rika-bil-lah), maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya" AQ 4:116

“Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” AQ 4:48

Apa sahaja dosa yang kita buat di muka bumi ini pada dasarnya layak menerima pengampunan dari Tuhan. 

Sebut sahaja apa jenis dosa yang paling jijik, ianya akan diampunkan Tuhan jika kita memohon keampunan dengan bersungguh-sungguh.

Namun, dosa mempersekutukan Tuhan tidak akan diampuni

Kenyataan di ataslah yang menyebabkan saya berusaha mencari kebenaran yang muktamad.


Pada fikiran anda mengapakah hal mempersekutukan Tuhan ini begitu penting dan paling wajar untuk kita semak di sepanjang hidup kita ?

Ianya adalah kerana keterangan ini ;

"Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu. "Jika kamu mempersekutuhan (Tuhan) nescaya akan hapuslah usahamu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang rugi. Kerana itu, hendaklah Allah sahaja kamu abdikan diri dan hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur" AQ 39:65-66

“Itulah petunjuk Allah, yang dengannya Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya. Seandainya mereka mempersekutukan Allah, nescaya lenyaplah dari mereka usaha yang telah mereka kerjakan” AQ 6:88

Orang-orang yang tanpa sedar atau secara sedar mempersekutukan Tuhan, iaitu dengan menyamakan Tuhan dengan sesuatu atau sesiapa, merekalah orang yang paling rugi.

Tiada perkongsian

Dosa dan pahala tidak boleh dikongsi dengan sesiapa walaupun dengan ibu-bapa atau anak-anak kita.

"Dan orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Dan jika seseorang yang berat dosanya memanggil (orang lain) untuk memikul dosanya itu tiadalah akan dipikulkan untuknya sedikitpun meskipun (yang dipanggilnya itu) kaum kerabatnya. Sesungguhnya yang dapat kamu beri peringatan hanya orang-orang yang takut kepada azab Tuhannya (sekalipun) mereka tidak melihat-Nya dan mereka mendirikan iltizam (solla[h]). Dan barangsiapa yang mensucikan dirinya (taz-zakka), sesungguhnya ia mensucikan diri (ya-taz-zakka) untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan kepada Allahlah kembali(mu)." AQ 35:18

Jika ibu-bapa atau anak-anak atau sanak-saudara terdekat kita meninggal dunia maka terhentilah segala usaha-usaha yang mereka lakukan. Tuhan akan menghakimi usaha-usaha mereka setakat yang mereka lakukan semasa hidup sahaja.

Kita yang masih hidup tidak boleh menyedekah atau menyampaikan pahala kepada mereka.

Jika anda berpendapat bertadarus Al Quran boleh mendapat pahala yakni bukan mendapat petunjuk maka ketahuilah jika anda membaca Al Fatihah untuk disedekahkan kepada sesiapa yang sudah meninggal, ianya tidak akan sampai kepada orang yang meninggal.

Yang mendapat pahala itu adalah anda sahaja, si pembaca. 

Begitu juga, jika anda membuat dosa. Ianya tidak dikongsi dengan suami atau ibu-bapa anda. Siapa yang buat dialah yang tanggung itulah konsepnya.

Ini adalah kerana kita balik kepada Tuhan secara sendiri-sendiri ;


Quran, Surah Al-An'am, Ayat 94


"Dan sesungguhnya kamu datang kepada Kami sendiri-sendiri sebagaimana kamu Kami ciptakan pada mulanya, dan kamu tinggalkan di belakangmu (di dunia) apa yang telah Kami karuniakan kepadamu; dan Kami tiada melihat besertamu pemberi syafa'at yang kamu anggap bahwa mereka itu sekutu-sekutu Tuhan di antara kamu. Sungguh telah terputuslah (pertalian) antara kamu dan telah lenyap daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap (sebagai sekutu Allah)." AQ 6:94

"Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba. Sesungguhnya Allah telah menentukan jumlah mereka dan menghitung mereka dengan hitungan yang teliti. Dan tiap-tiap mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri" AQ 19:93-95

Setinggi manapun sayang dan cintanya kita kepada ibu-bapa kita, namun kita wajar sedar bahawa mereka juga seperti kita, kembali kepada Tuhan secara sendiri-sendiri. 

Tiada apa yang dapat kita lakukan mengenai dosa dan pahala mereka. Kita hanya berupaya mengurus dosa dan pahala kita sendiri sahaja.  
Oleh itu, kita perlu setiap hari bermuhasabah atau merenungi diri sendiri, janganlah kita menjadi seperti keterangan ini ; 



قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُم بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا ﴿١٠٣﴾ الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا ﴿١٠٤﴾ أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ وَلِقَائِهِ فَحَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا ﴿١٠٥﴾ ذَ‌ٰلِكَ جَزَاؤُهُمْ جَهَنَّمُ بِمَا كَفَرُوا وَاتَّخَذُوا آيَاتِي وَرُسُلِي هُزُوًا ﴿١٠٦﴾
“Katakanlah: “Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?” Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya. Mereka itu orang-orang yang telah kufur terhadap ayat-ayat Tuhan mereka dan (kufur terhadap) perjumpaan dengan Dia , maka hapuslah amalan-amalan mereka, dan Kami tidak mengadakan suatu penilaian bagi (amalan) mereka pada hari kiamat. Demikianlah balasan mereka itu neraka Jahannam, disebabkan kekafiran mereka dan disebabkan mereka menjadikan ayat-ayat-Ku dan rasul-rasul-Ku sebagai olok-olok.” AQ 18: 103-106



Penafian : Saya mengaku bahawa saya bukanlah seorang yang bebas dari dosa. Malah, boleh dikatakan saya adalah seorang yang sering membuat dosa. Saya memohon supaya Tuhan mengampuni dosa-dosa saya. Terutama dosa yang seringkali menyebabkan saya terjaga sambil beristghifar di tengah malam iaitu dosa mempersekutu Tuhan dengan batu yang saya buat tanpa saya sedari. 

Ashwed 

4 comments:

  1. Sekarang ni kat TV dan radio Malaysia memang banyak sungguh program-program agama yang merepek. Entah dari sumber mana ustad ustazah ni dapat pun tak tahulah. Ni belum lagi program Cinta Rasul dengan menyanyi-nyanyi dekat padang. Malangnya ramai orang Melayu yang berpelajaran tinggi pun telan bulat-bulat.

    ReplyDelete
  2. Pada saya masaalah besar umat Melayu khasnya dan umat Islam keseluruhannya ia lah mereka mempertaruhkan kepercayaan mereka kepada orang2 yang mereka sanjung sebagai kononnya mengetahui mendalam tentang Islam saperti ostat2,imam2 dan mereka2 yang konon berkelulusan tinggi tentang agama Islam.Pada mereka AlQuran itu hanya lah boleh di terjemahkan dan di ajar oleh mereka2 yang saya sebutkan di atas.Kita telah di war2kan bahawa sekiranya hendak mempelajari AlQuran hendak lah berguru kerana kalau tidak kita akan di ajar oleh syaitan.Nauzubillah.Persoalan nya berapa ramai kah guru2 yang boleh memahami sepenuhnya AlQuran dari segi bahasa yang paling tepat dan berapa ramai kah orang2 yang mengaku Islam mahu belajar dan memahami AlQuran.Mereka lebih mempercayaai dan menyerahkan kepercayaan mereka kepada orang2 yang saya sebutkan tadi.Pada pengalaman saya,pada satu ketika saya bermuzakarah dengan seorang guru/ostat yang agak terkenal juga.Beliau telah menerangkan beberapa perkara tentang perbincangan kami.Saya dapati sepanjang perbincangan kami beliau hanya merujukan kepada hadis2 Bukhary/Muslim dan sebagainya.Apa yang menjadi kemuskilan saya beliau tidak ada satu pun merujuk nas2 AlQuran sepanjang perbincangan kami.Akhirnya saya membuat keputusan untuk menguji beliau dengan membacakan ayat surah Bakarah yang pertama Alif,lam,mim, zalikal kitab..................dan seterusnya untuk beliau menterjemahkan kepada saya.Saya menjadi terperanjat yang amat sangat apabila beliau gagal untuk menterjemahkan ayat tersebut di atas.Disini saya ingin merumuskan bahawa kita janganlah mempertaruhkan kepercayaan kita pada orang lain,kita hendaklah mempelajari AlQuran sendiri dan Insya Allah kita akan di beri taufik dan hidayah oleh Allah swt kalau kita ikhlas kepadanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salamun Alaykum,

      Sata setuju dengan pendapat anda. Kita nanti kembali secara sendiri-sendiri. Maka kita juga harus menyakinkan diri kita secara sendiri-sendiri.

      Delete