Saturday 16 April 2016

Kenalilah Warna

Hari ini saya membawa keluarga kecil saya termasuk ibu saya yang semakin tua di mamah usia bercuti ke sebuah pulau di utara semenanjung.

Kembara ini adalah sempena ulangtahun hari kelahiran saya.

Moga kembara ini membawa aspirasi baru di dalam urusan kehidupan.

Saya bukanlah seorang lelaki yang sempurna. 

Hidup saya tidak pernah mengikut aturan seperti yang tertulis di dalam manual buku yang standard.

Ada kalanya keputusan yang di ambil juga kurang tepat dan seringkali tidak mendapat keputusan yang diingini.

Begitu juga dengan kehidupan berkeluarga, saya bukanlah lelaki sempurna. 

Saya pernah bercinta, terluka. Melukai orang lain. Merasa dikhianati dan pernah mengkhianati.

Namun, disebalik kesemua ketidaksempurnaan ini saya bersyukur kerana semua kenangan itu adalah suatu pelajaran yang tidak mungkin saya perolehi dari sekolah yang formal.

Ia mengajar saya tentang erti kehidupan. 

Membezakan realiti dengan fantasi. 

Di antara teori buku dengan praktikaliti.

Yang paling tidak boleh saya lupa ialah di saat kecelaruan berada di tahap tertinggi, saya menyelak isikandung al quran dan membacanya dengan bahasa yang saya faham buat pertama kalinya.

Apa yang tertulis di dalamnya membuatkan saya terkejut kerana ia adalah seperti menyelami sinopsis kehidupan sendiri.

Ia membuat thesis tentang kehidupan dan bagaimana mahu menjalaninya. 

Jikalah saya sudah memahaminya Al Quran semenjak belasan tahun saya pasti banyak keputusan saya akan menjadi lebih tepat.

Apabila Al Quran mengatakan lelaki tidak mempunyai dua hati, ia adalah benar.

Apabila Al Quran menyatakan kamu tidak boleh berlaku adil kepada isteri-isteri kamu, ia juga adalah benar.

Kenapalah yang saya tidak membaca Al Quran ini dengan mata hati semenjak dari kecil ?

Sementelah di sini, mungkin kerana suasananya yang berlainan dari kehidupan di bandar, potongan kecil kenangan seakan kembali mencurah.

Bagaimana semasa kecil saya dibesarkan tanpa panduan dari seorang bapa.

Dengan sisi kehidupan yang begitu mencengkam dari segi kewangan dan kesempitan pemikiran semasa di kampung.

Di dalam keadaan tidak cukup makan dan serba serbinya itu, saya masih sukar mempercayai bagaimana saya boleh berjaya di dalam akademik dan sukan di sekolah.

Akhirnya, saya dipanggil masuk ke sebuah sekolah menengah terkenal di utara tanahair.


Semasa di sekolah ini, kemahuan untuk berbeda dari kumpulan pelajar dari sekolah lain begitu tinggi.

Kalau orang lain di zaman 80an meminati Search dan Wings kami memilih untuk meminati kumpulan lain.
Semua kenangan hidup ini tiba-tiba membuatkan sebuah lagu lama asyik berputar di dalam kepala.

Membaca kembali liriknya dengan pengetahuan yang semakin matang, ia seakan menjadi lebih jelas dan tepat.

Ini adalah sebuah lagu dari sebuah kumpulan yang begitu tinggi bakatnya. Tapi mungkin kerana tiada rupa mereka kurang diterima oleh remaja di zaman itu.

Terima kasih kepada mereka untuk sebuah lagu dengan lirik yang mendalam. Terima kasih kerana memberi sebuah nostalgi.

Terima kasih juga kepada kehidupan ... kamu membuatkan saya mengenali warna.

Pelangi Dan Nafiri - Belantara


Lihat alam sekitar 
yang mencabar mata
hati yang sempurna ciptaan yang Esa ..
pancaindera di kurnia kenalilah warna
pelangi indah berspektra simbulkan nirwana
awan perak bergantungan 
hanya menunggu masa panggilan tuhan
Kenalilah hatimu persoalan penuh jitu
ibadah perjanjian mu satu demi satu
dosa noda kelabu hentikan dikau perlu
agar kedua duniamu merdu bak perindu ..
Neraca timbangan amalmu 
titian penentu nasibmu ..

Mari dekatkan hatimu
Mari sujudkan jasadmu
pada yang Satu.
Jasadmu meronta dengan dosamu ..
Janjimu menjunjung titah yang Satu ..




18 comments:

  1. ye, btl tu ashwed...sy memang ragu2 ajrn poligami 'ulamak2' ni. tak mungkin seorang suami/bapa dpt tunaikan 100% komitmen/iltizam kpd keluarga jika berpoligami. malah, masyarakat sendiri akn huru hara jika bapa2 poligami ini tdk dpt tunaikan tanggungjawabnya.

    ramai yg akn menjadi mangsa keadaan.lagipun utk berpoligami ini, si lelaki sekurang2nya akn ada menipu sekali (x jujur).dan tiada perempuan yg rela dimadukan, melainkn dijanjikan syurga kononnya krn ikut sunnah.yg untung pastinya si lelaki.

    Setelah tuhan bgtau kita x akn dpt berlaku adil antara wanita di ayt 4/129 & tidak menjadikan seseorang mempunyai dua hati di ayt 33/4, adkh betul tuhan ada menyuruh poligami? Kita x boleh mencintai dua orang pd waktu yg sama, ianya pasti menimbulkan masalah.

    Ayat berikut digunakan utk halalkan poligami:
    4/3-"Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah (fankihuu) dengan sesiapa yg kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat..."

    Kenapa pula tuhan suruh kahwin dua,tiga,empat kalau x dpt berlaku adil? Fankihuu disini sepatutnya bermaksud 'kahwinkanlah'.

    4/3-"Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim maka nikahkanlah (fankihuu) sesiapa yg senang bagimu dari wanita-wanita itu berdua, bertiga atau berempat...."

    Ayat ini menyuruh kita nikahkan wanita2 yatim itu, bukan bernikah dgn mereka. Ini satu perbuatan yg baik membantu mereka memulakan rumahtangga sendiri.

    Teliti pula perkataan berdua, bertiga dan berempat (mathnaa wathulaatha waruba'a) yg disebut dlm ayat 4/3 tadi.Perkataan ini juga terdapat dlm ayat 35/1:
    "Segala puji tertentu bagi Allah yg menciptakan langit dan bumi, yg menjadikan malaikat utusan-utusan yg bersayap: dua, tiga dan empat..."

    Ini bkn bermaksud bhw malaikat ada dua, tiga atau empat sayap. Berdua, bertiga dan berempat adlh misalan yg membawa maksud byk, yaitu malaikat mempunyai banyak keupayaan.

    Begitu juga pd Surah 4/3 kita diperintah menikahkan anak2 yatim yg ada dlm jagaan kita beramai-ramai. Bukan maksud kita boleh kahwini dua,tiga atau empat org isteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini menguatkan lg teori ashwed mengatakan malaikat itu adlh tenaga. tenaga2 inilah yg dijumpai & dikaji oleh para saintis utk kegunaan & kemudahan kita manusia setiap hari, tenaga2 yg terdapat di alam ciptaanNya yg mempunyai byk keupayaan.

      Delete
    2. Duhulu juga, sy ragu2 bila baca terjemahan tentang poligami sebab ayat itu berkaitan dengan anak yatim. Mujur ada blog2 seperti ini yg memberi kefahaman yg lebih baik dari kefahaman ulama2. Berasa ragu sebab keliru, mengikut ayat itu anak yatim tetapi mengikut amalan hari ini poligami dilakukan tidak kira status perempuan itu balu, janda, bujang atau memang anak yatim(kebetulan) atau rampas isteri orang.

      Delete
  2. Salamun alaikum
    Tq ash wed dan cikgu rosli.
    Allah dah janji lelaki tak dpt berlaku adil jika isteri lebih 1...pun buat2 tak tau aje. Dia lagi pandai dari Tuhan. Quote ayat separuh2. Cikgu Rosli...sy akan kaji semula what u point up. Tq

    Lagi satu ayat yg lebih kurang sama...ayat mengenai aurat perempuan. Guideline simple. Pakai sopan, tutup dada dan jaga kelakuan. Manusia sekeliling akan bercerita. Allah tau perangai manusia. Macam sekarang...itulah antara topik kegemaran mereka.

    Pada saya inilah cara mendidik yg baik. Walau kita tahu anak mungkin membuat salah dlm mengambil keputusan...kita berharap mereka dpt belajar dari kesilapan mereka. Inikan pula Tuhan yg mencipta dan mengenali kita lebih dari diri kita sendiri. Allah tu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yg berpendapat tuhan menggunakan perkataan 'isteri-isteri/wifes' menunjukkan bolehnya beristeri ramai, sy berpendapat bhw ini adlh majmuk/plural. Contoh lain boleh didapati pd ayat 4/135(parents & relatives), 49/2(voices2), 33/4(mothers), 33/5(fathers). Ini tidaklah menunjukkan kita mempunyai ramai ibubapa, ada byk suara, ramai ibu atau ayah, tapi majmuk kepada kita manusia sekalian.

      ada pula bgtau kononnya wanita lebih ramai dr lelaki, sbb tu tuhan suruh kahwin ramai.namun, tiada data yg tepat utk menyokongnya.hanya cakap2...

      Delete
  3. Salam.

    Bercakap pasal warna Islam is so obsessed with green.
    Jadi simbol plak. I nak pi search kenapa green.

    Non

    ReplyDelete
  4. Salam bro
    Enjoyed your writings. Have read all of them. Keep on writing. And we liked the same band in the late 80s!

    ReplyDelete
  5. Salam bro
    Enjoyed your writings - all of them. Keep on writing and we both liked the same band in the late 80s! They do write good songs!

    ReplyDelete
  6. Salam bro
    Enjoyed your writings. Have read all of them. Keep on writing. And we liked the same band in the late 80s!

    ReplyDelete
  7. Salam kedamaian,
    Saya Ingin berkongsi berkenaan lagu dan lirik ketuhanan yang mungkin tuan/puan biasa mendengarnya. Saya terjumpa kupasan lirik lagu berikut. Apabila saya dengar semula lagu tersebut dan hayati lirik nya, meremang bulu roma..
    SUCI DLM DEBU - IKLIM

    Engkau bagai air yang jernih
    🔹Itulah diri kita yang sebenar (Ruh)

    Di dalam bekas yang berdebu
    🔹Jasad/Badan yang asalnya di jadikan dari tanah.

    Zahirnya kotoran itu terlihat
    🔹Sifat manusia suka melihat keburukan orang lain

    kesucian terlindung jua
    🔹Hal-hal yang baik biasanya tak beberapa di pandang dan ambil peduli.

    Cinta bukan hanya di mata
    🔹Cinta bukan dari sudut syariat semata-mata @ solat

    Cinta hadir di dalam jiwa
    🔹Cinta yang mutlak terbit dari hati yang suci dan bersih @ zikrullah

    Biarlah salah di mata mereka
    🔹Mereka yang benar-benar mahu menjadi hamba ALLAH di pandang serong dan rendah oleh masyarakat

    Biar perbezaan terlihat, antara kita
    🔹Perbezaan di antara hamba ALLAH dan hamba Dunia

    Kuharap engkau kan terima
    🔹Bermunajat agar di terima Ilahi

    Walau di pandang hina
    🔹Sebagai hamba yang hina

    Namun hakikat cinta kita, kita yang rasa
    🔹Perasaan yang wujud antara hamba dan penciptanya tidak dapat di ungkap dengan kata-kata

    Suatu hari nanti, pastikan bercahaya
    🔹Di alam akhirat

    Pintu akan terbuka, kita langkah bersama
    🔹Bila mendapat syurga bersama mereka-mereka yang berjaya

    Di situ kita lihat, bersinarlah hakikat
    🔹Diri kita yang sebenar.. berseri-seri dan bersinar

    Debu jadi permata, hina jadi mulia
    🔹Roh mereka-mereka yang soleh, yang dihina di dunia menjadi mulia di akhirat

    Bukan khayalan, yang aku berikan
    🔹Kitab Al Quran

    Tapi keyakinan yang nyata
    🔹Kitab yang memberi keyakinan dan cahaya kebenaran.

    Dinyanyikan oleh Saleem Iklim pada tahun 1990.. Setelah 25 tahun baru terurai isinya..😔😊 tetapi bukan penyanyi lagu tu yg penting tapi pencipta lirik lagu 'Suci Dalam Debu' tu, S. Amin Shahab adalah pengikut aliran tasawuf/aliran Sufi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. My God! I have no idea... Such beautiful lyrics. Never a fan of rock kapak or malay pop music so i never paid attention to the lyrics. Thank you for bringing this up.

      Delete
    2. http://youtu.be/pqbQr7JenU0

      Delete
    3. A very inspiring lyric transcending all racial and religious boundaries..a song of the heart from the heart to the heart! Syabas from me.. A Sikh.

      Delete
  8. Kedamaian Untuk Semua,

    Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Saya dapati penganut Hindu dan Sikh juga ada memberikan komen mereka. Saya berharap mereka tidak berhenti dari membaca blog ini kerana kita memerlukan pemahaman yg lebih mendalam dari para penganut agama ini sendiri.

    Saya juga ingin menegaskan bhw semua artikel di blog ini hanyalah pandangan peribadi saya apabila membuat analisa al quran.

    Di blog ini sesuatu jua boleh mengeluarkan pendapat masing-masing. Tetapi pendapat ini mestilah disertai dgn bukti, hujah dan keterangan jika tidak ia hanya menjadi sebuah dongengan semata-mata.

    Jika sudi anda juga boleh berkongsi artikel sendiri utk dimuatkan di blog ini. Semoga pemahaman kita mengenai dunia dan kehidupan di dalamnya menjadi lebih terang.

    Damai

    ReplyDelete
  9. Hai.
    Unrelated matter.
    I fikir cor awhile pasal ayat suruh tolong orang miskin dan yang meminta-minta. I rasa maknanya tolong sesiapa saja yang ditimpa kesusahan.

    Contoh yang minta derma untuk biayai kos perubatan. Dan yang minta tu tak lah miskin tapi duit tak cukup.

    Bukan la yang minta without any reason yang munasabah. Klu tak asyik minta tanpa perlu berusaha.

    And to Mu'izzah thanks for the explanation of the song.
    And to Ash Wed, good one la guna lagu.
    Santai baca.

    Non

    ReplyDelete
  10. Saudara Ashwed,

    Mohon Saudara kongsikan research/ study Saudara berkenaan Haj dan Omraa.
    - haj dan omraa as stated in AQ.
    -amalan haj dan omraa yang diamalkan oleh orang islam .

    Where did we go wrong ?How did we end up in taking part in this idol worshipping activity?
    Salam sejahtera, semoga sentiasa aman damai .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Sebenarnya saya sudah pun berkongsi kajian saya di beberapa artikel awal blog ini. Anda boleh membacanya di organisasi agama, manusia dan batu, nabi aqeemu solla dan zakka serta beberapa artikel lain.

      Namun, saya akui ia tidak ditulis khusus mengenai ritual haji dan umraa. Sebenarnya setelah menulis 90 buah artikel, saya berpendapat sudah tiba masanya saya mengurangkan menulis mengenai ritual dan sebaliknya lebih menumpu kepada spiritual, motivasi dan falsafah hidup.

      Walaubagaimanapun, setelah hampir 800 tahun di indoktrinasi berkaitan ritual saya dapati orang melayu sangat sukar melepaskan diri dari belenggu yang merantai minda mereka.

      Oleh yang demikian, saya masih terpaksa kadangkala menulis mengenai ritual demi utk mencapai objektif blog ini.

      Dengan izin Tuhan, saya akan menulis artikel khas mengenai ritual haji dan umraa sekurang-kurangnya artikel serba ringkas.

      Peace

      Delete
    2. saudara ashwed,

      Alhamdulillah.Terima kasih kerana sanggup melayan permintaan saya. Budi baik saudara dalam membantu saya memahami aturan hidup yang di luluskan oleh ZAT YANG MAHA BERKUASA sangat saya hargai
      God bless you ,Sir.
      Salam sejahtera,semoga berjaya dengan aturan hidup yang damai.

      Delete