Monday 11 April 2016

Sejarah Ringkas Ritual Korban

Ritual korban bertapak di kalangan masyarakat dunia seiring dengan penciptaan organisasi di kalangan mereka.

Ramai ahli sejarah berdebat tentang yang manakah terwujud dahulu, iaitu di antara organisasi agama atau sistem pertanian.

Ada yang berpendapat organisasi agamalah yang menyebabkan masyarakat sedar akan keperluan menjadi self efficient iaitu mencari cara menanggung masyarakat demi kelangsungan theology yang mereka percaya.

Sementara, ada pula yang berpendapat bahawa oleh kerana masyarakat berjaya membina sistem pertanian, maka dengan kejayaan itu kini mereka berpendapat perlu diwujudkan suatu organisasi untuk mentadbir kejayaan yang ditemui.

Apa yang pasti dengan mencipta agama dan theology yang menjadi asas kepada organisasi itu, maka kesemua masyarakat dunia perlu membuat ritual keagamaan yang tersendiri.

Ciri-ciri ritual keagamaan inilah yang membezakan suatu organisasi keagamaan dengan yang lain.

Walabagaimanapun, seperti yang telah saya jelaskan di dalam artikel bertajuk Organisasi Agama, terdapat ciri-ciri asas yang sama di antara organisasi ini.

Perkara ini menerangkan dengan jelas bahawa sebenarnya Organisasi Keagamaan adalah ciptaan manusia semata-mata, demi kelangsungan kehidupan di dunia.

Ia bukanlah jalan hidup yang disarankan oleh Tuhan untuk diamalkan bagi memperoleh kejayaan di dunia ini.

Hari ini mari kita lihat pula secara serba ringkas mengenai satu lagi jenis ritual yang dilakukan di dalam semua brand agama selama turun-temurun. Iaitu ritual korban.

Ritual korban dipraktis oleh masyarakat dunia sebelum organisasi keagamaan yang lebih tersusun dicipta lagi. 

Paganism

Pada awal sejarah ketamadunan, masyarakat dahulu kala melakukan ritual korban manusia untuk memohon restu dari pelbagai jenis tuhan, roh atau nenek moyang yang mati sebelum mereka.



Wicker man..menurut Caesar ia digunakan sebagai 
alat ritual korban manusia

Kebiasaannya ritual ini dilakukan sempena peristiwa besar yang terjadi kepada bumi seperti gerhana matahari atau bulan.

Ia juga dilakukan untuk melepaskan diri dari masalah yang menimpa sesebuah masyarakat seperti musim kemarau yang berpanjangan atau kemusnahan hasil pertanian akibat penyakit dan sebagainya.


 Ritual Korban Manusia di piramid aztec

Di Mesir pada zaman Firaun, apabila golongan bangsawan meninggal dunia maka ramai para pekerja istana akan dijadikan korban.

Masyarakat di zaman itu mempercayai bahawa para pekerja ini perlu membantu majikan mereka di alam kematian. Ia dikenali sebagai retainer killing.
  

Retainer killing untuk membantu kelas bangsawan di alam kematian (barzakh)

Di benua kecil India, tempat segala-galanya tentang agama bermula ritual korban manusia dikenali sebagai narabali. Nara (man) bali (sacrifice).

Ia hanya boleh dilakukan jika sesebuah negara mengalami situasi tegang seperti peperangan.

Ritual korban manusia ditulis secara terperinci di dalam salah satu Rig Vedas dan dikenali sebagai Purushamedha. 

 
Chamundha .. dewa wanita yang menerima ritual korban manusia

Di dalam Al Quran, Nabi Ibrahim dikisahkan terpedaya lalu mahu membuat ritual korban manusia dengan menyembelih anaknya sendiri.

Dari peristiwa ini kita dapat perhatikan dengan jelas bahawa ritual korban manusia adalah suatu perkara yang menjadi norma masyarakat di zaman itu.

Jika tidak masakan Nabi Ibrahim boleh terfikirkan perkara ini ?

Kita akan pergi lebih lanjut mengenai ritual korban menurut perspektif Al Quran.

Namun, sebelum itu mari kita lihat terlebih dahulu perbandingan ritual korban yang dilakukan di dalam theology organisasi keagamaan yang lain.

Hinduism

Selepas zaman Vedic, Purushamedha atau narabali tidak lagi dipraktis oleh masyarakat di benua kecil India.

Di zaman post-vedic, nilai-nilai ahimsa iaitu nilai-nilai yang damai semakin diterima masyarakat.

Ahimsa menjadi lebih formal dengan penulisan purana seperti yang boleh diperolehi di dalam scripture Chandogya Upanishad keterangan nombor 3.17.4.

Namun, manusia sememangnya dahagakan darah, lalu ada di antara pemuka-pemuka Hinduism merekacipta ritual korban versi baru bagi menggantikan manusia.

Kini, mereka menggunakan haiwan sebagai ganti manusia.

Kebiasaannya ritual ini boleh di dapati di dalam suatu mazhab Hindu yang dikenali sebagai Shaktism sebuah mazhab yang terkenal dengan konsep tantric.

Asalnya ia dilakukan ke atas kuda dan dikenali sebagai Ashvamedha.


 Ashvamedha .. Permulaan konsep menyembelih binatang 
sebagai tawaran

Lama kelamaan ritual ini berevolusi lalu penganut agama Hindu menyembelih binatang-binatang jenis lain dengan pelbagai sebab dan tawaran.



 
Cara ritual juga dipelbagaikan. Manusia menjadi kemaruk darah.
 
Judaism, Kristianiti dan Islam


Konsep ritual menyembelih haiwan di dalam ketiga-tiga agama ini dikenali sebagai Qorbanot. Qorbanot berakar kata dari abjad q-r-b (קרב).

Ia membawa makna mendekatkan diri kepada sesuatu. 

Jika kita membuat kajian etymology kita akan dapati bahawa Bahasa Arab berevolusi dari Bahasa Hebrew. 

Ini adalah kerana bangsa-bangsa ini tinggal di daerah yang sama sepertimana nusantara kita yang mempunyai suku Jawa, Banjar, Melayu Deli, Melayu Rao dan lain-lain.

Qorbanot dari segi konteksnya boleh difahami dengan ringkas seperti ini, "menawarkan sesuatu supaya dapat dekat dengan entiti yang ditawarkan itu".

Bagi saya ia sama sahaja dengan rasuah. 

Tawarkan sesuatu supaya kita mendapat kelebihan. Tidak lagi berdasarkan merit.

Dengan kata lain .. tuhan pun depa nak rasuah.

Kisah haiwan korban di dalam ketiga-tiga agama Judaism, Kristianiti dan Islam mempunyai asal yang sama iaitu dari kisah Nabi Ibrahim.

Ketiga-tiga agama ini bersetuju untuk menerima konsep bahawa Tuhan sendiri memerintahkan Nabi Ibrahim untuk mengorbankan anaknya sebagai ujian keimanan baginda.

Cuma agama Islam mempercayai anak yang mahu dikorbankan itu adalah Nabi Ismail, sementara kedua-dua agama Judaism dan Kristianiti percaya anak yang mahu dikorbankan itu adalah Nabi Ishak.

Berikut adalah kisah ujian Nabi Ibrahim di dalam Bible ;

Genesis 22 : Abraham Tested

1 Some time later God tested Abraham. He said to him, "Abraham!"  "Here I am," he replied.   
2 Then God said, "Take your son, your only son, Isaac, whom you love, and go to the  region of Moriah (Marwah). Sacrifice him there as a burnt offering on one of the mountains I  will tell you about."

3 Early the next morning Abraham got up and saddled his donkey. He took with him two of his servants and his son Isaac. When he had cut enough wood for the burnt offering, he set out for the place God had told him about. 
4 On the third day Abraham looked up and saw the place in the distance. 
5 He said to his servants, "Stay here with the donkey while I and the boy go over there. We will worship and then we will come back to you."

6 Abraham took the wood for the burnt offering and placed it on his son Isaac, and he himself carried the fire and the knife. As the two of them went on together, 
7 Isaac spoke up and said to his father Abraham, "Father?"  "Yes, my son?" Abraham replied."The fire and wood are here," Isaac said, "but where is the lamb for the burnt offering?"  
8 Abraham answered, "God himself will provide the lamb for the burnt offering, my  son." And the two of them went on together.

9 When they reached the place God had told him about, Abraham built an altar there and arranged the wood on it. He bound his son Isaac and laid him on the altar, on top of the wood. 
10 Then he reached out his hand and took the knife to slay his son. 
11 But the angel of the LORD called out to him from heaven, "Abraham! Abraham!" "Here I am," he replied.  
12 "Do not lay a hand on the boy," he said. "Do not do anything to him. Now I know  that you fear God, because you have not withheld from me your son, your only son."

13 Abraham looked up and there in a thicket he saw a ram caught by its horns. Hewent over and took the ram and sacrificed it as a burnt offering instead of his son. 
14 So Abraham called that place The LORD Will Provide. And to this day it is said, "Onthe mountain of the LORD it will be provided."
15 The angel of the LORD called to Abraham from heaven a second time 
16 and said,"I swear by myself, declares the LORD, that because you have done this and have notwithheld your son, your only son, 
17 I will surely bless you and make your descendants as numerous as the stars in the sky and as the sand on the seashore. Your  descendants will take possession of the cities of their enemies, 
18 and through your  offspring all nations on earth will be blessed, because you have obeyed me."

Para agamawan Islam, iaitu yang merekacipta ketheologian agama ini, mempercayai kisah yang di bawa oleh Bible.

Maka kini, ketiga-tiga agama ini melakukan ritual korban sebagai salah satu ibadah agama mereka lalu dikaitkan dengan Zat Asal, Tuhan Yang Maha Kaya.

Kesemua ritual korban haiwan ini, tidak kiralah di dalam mana agama pun mempunyai beberapa ciri-ciri persamaan yang ketara;

a. Ritual perlu di lakukan bersempena dengan sesuatu perayaan bermakna ia perlu meneliti tarikh.

b. Tarikh ini disahkan dengan melihat anak bulan.

c. Ritual perlu dilakukan di suatu tempat khas seperti altar, masjid, kuil, ruang terbuka di antara lembah dll. Agamawan Judaism percaya ritual ini paling suci dilakukan di Temple Mount. Oleh kerana lokasi ini belum mereka pastikan sepenuhnya maka ramai para agamawan Judaism berpendapat ritual ini ditangguhkan sehingga Temple Mount benar-benar ditemui.

d. Haiwan yang menjadi korban perlu mempunyai ciri-ciri khusus seperti senarai yang ditetapkan para agamawan mereka ini termasuk jenis haiwan, warna, umur tertentu dsbgnya.

e. Meskipun kebanyakkan agama percaya ritual dilakukan sebagai ibadah (pengabdian) kepada Tuhan namun umumnya daging sembelihan dimakan oleh mereka sendiri.

f. Ritual dibuat dengan niat untuk mendapat keampunan dari Tuhan.

g. Ada kepercayaan yang memerlukan penganut menunggu darah haiwan ini menjadi kering sebelum melakukan proses seterusnya.

Korban Menurut Perspektif Al Quran

Zat Asal bersifat Maha Kaya. 

Entiti yang mempunyai segala-galanya, malah yang mencipta segala apa yang kita kenali sebagai materi dan keperluan-keperluan lain pasti tidak memerlukan kembali ciptaanNya ini demi kelangsungan hidup.

Zat Asal ini tidak perlu makan dan minum. Entiti ini bukanlah bersifat seperti kita manusia.

Maka adalah perbuatan yang sia-sia untuk cuba menawarkan sesuatu dari dunia kita yang tidak kekal ini kepada Zat Asal.

Bukankah Dia sendiri boleh menciptakan segala rezeki jika Dia sendiri mahu menggunakanNya ?

Apabila Zat Asal ini memberitahu sesuatu sebagai panduan di dalam kitab-kitabnya.

Panduan itu sebenarnya hanyalah sebagai kegunaan dan kebaikan kita semata-mata. Ianya untuk kita. Bukan untuk diriNya.


A057 

"Aku tidak mengkehendaki rezeki sedikitpun daripada mereka dan Aku tidak mengkehendaki supaya mereka memberi-Ku makan" AQ 51-57  

 A132

"Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan iltizam (solat) dan bersabarlah dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertaqwa" AQ 20:132

Al Quran adalah pembeda (al furqan) di antara fakta yang benar dan fakta yang salah.

Maka kisah Nabi Ibrahim mahu menyembelih anaknya sebagai korban diperbetulkan sebagai panduan manusia yang hidup hatinya.

Ia boleh di dapati di dalam Surah nombor 37 dari keterangan 101 sehingga 111 ;
 

A101

"Kemudian kami beri dia berita gembira dengan seorang anak lelaki yang penyantun" AQ 37:101

 A102 
" Dan apabila dia telah sampai umur untuk berusaha bersama dia, dia berkata, "Wahai anakku, aku lihat dalam tidurku (araa’ fil manami) bahawa aku menyembelih kamu; renungkanlah; apakah pandangan kamu?" Berkata, "Wahai ayahku, buatlah apa yang kamu diperintah; kamu akan dapati aku, jika Allah hendaki, termasuk orang-orang yang sabar." AQ 37:102

 A103

"Apabila mereka sudah merasa aman, dan dia mengayunkannya di atas keningnya" AQ 37:103

 A104

"Kami memanggilnya, "Wahai Ibrahim" AQ 37:104

 A105

"Kamu telah mengesahkan mimpi (ru'ya); begitulah Kami balas orang-orang buat baik AQ 37:105

A106 

"Ini benar-benar ujian yang nyata" AQ 37:106

Ternyata perkataan korban tidak pernah muncul di mana-mana ayat di dalam kisah ini.

Perkataan yang digunakan adalah spesifik sebagai sembelih.

Di dalam keterangan no 102 dan 105, Al Quran menceritakan dengan jelas bahawa Nabi Ibrahim bermimpi. Baginda sendiri kurang pasti lalu meminta pandangan anaknya.

Ianya bukanlah satu perintah dari Tuhan.

Apa-apa perkara yang diperintahkan Tuhan di dalam Al Quran mesti jelas atau "ayaatun bayinatin".

A015

"Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas (ayatuna baiyinatin), orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami berkata, "Datangkanlah al-Qur'an selain yang ini, atau tukarkanlah ia." Katakanlah, "Tidak patut bagiku untuk menukarkannya dengan kemahuan diriku sendiri. Aku tidak ikut apa-apa, melainkan apa yang diwahyukan kepadaku. Sesungguhnya aku takut, jika aku ingkari Pemeliharaku, akan azab hari yang besar." AQ 10:15

Siapa nama anaknya juga tidak pernah diberitahu oleh Al Quran.

Maka dengan keterangan ini kita boleh buat kesimpulan bahawa penyembelihan haiwan "korban" tidak pernah diperintahkan oleh Tuhan sebagai simbolik ibadah (pengabdian) kita kepadaNya.

Jika kita menyembelih haiwan, ia adalah semata untuk makanan kita tidak lebih dari itu. Bersyukurlah dengan pemberian itu.

Daging binatang yang disembelih itu boleh juga dijadikan sedekah kepada mereka yang lapar dan yang memerlukan. Inilah ketaqwaan (kebenaran) yang diperintah Tuhan.

Tuhan menerangkan hal ini dengan jelas di dalam keterangan berikut, iaitu kita menyembelih binatang adalah untuk makanan manusia semata-mata tidak lebih dari itu.


A036

"Dan binatang-binatang - Kami buatkan mereka untuk kamu sebagai antara tanda-tanda Allah, di mana ada kebaikan untuk kamu. Maka ingatlah (sebutlah) nama Allah pada mereka, berdiri dalam barisan; kemudian, apabila lambungannya rebah, makanlah daripadanya, dan berilah makan kepada pengemis, dan orang yang meminta. Begitulah Kami tundukkan mereka untuk kamu, supaya kamu berterima kasih" AQ 22:36

Kemudian Tuhan memperingatkan kita akan perbuatan orang-orang yang mempercayai ritual korban sebagai "ibadah" kepada Tuhan ;

 A037

"Dagingnya tidak akan sampai kepada Allah, dan tidak juga darahnya, tetapi ketakwaan daripada kamu akan sampai kepada-Nya. Begitulah Dia tundukkan mereka untuk kamu, supaya kamu agungkan Allah atas petunjuk yang Dia beri kamu. Dan kamu berilah berita gembira kepada orang-orang buat baik" AQ 22:37

Kesimpulan dan Pengorbanan

Perkataan korban sebagai konsep mendekatkan diri muncul buat pertama kali di dalam Al Quran melalui keterangan berikut ;

A027

"Dan kamu bacakan kepada mereka cerita dua orang anak Adam dengan sebenarnya; ketika mereka persembahkan satu qurbanna, lalu ia diterima daripada seorang daripada mereka, dan tidak diterima daripada yang lain. Seorang berkata, "Sungguh, aku akan bunuh kamu," Berkata yang lain, "Allah hanya terima daripada orang-orang bertakwa" AQ 5:27

Sesungguhnya oleh kerana kita sudah mempunyai pre-conceive idea mengenai konsep perkataan korban, maka kita secara otomatik membayangkan dua orang anak Adam ini sedang mempersembahkan haiwan yang disembelih khusus untuk Tuhan. 

Kita tidak terfikir bahawa oleh kerana korban membawa erti mendekatkan diri kepada sesuatu maka ia mungkin membawa maksud satu usaha yang khusus atau mungkin satu projek khas untuk memperoleh suatu tujuan.

Sudah tentulah di dalam sesuatu projek khas hanya mereka yang membuatnya dengan benar (taqwa) sahaja yang akan berjaya. 

Jika silap langkah atau tidak menjaga kualiti, projek itu berkemungkinan gagal.

Di dunia sekarang, banyak kejadian bunuh berlaku di antara pesaing di dalam usaha masing-masing terutama di dalam bidang perniagaan dan politik.  Inilah yang diceritakan sebagai tauladan kepada kita.

Pengorbanan bukanlah membawa erti menyembelih haiwan untuk memenangi hati Tuhan.

Pengorbanan adalah mengenai tekad kita untuk mencapai sesuatu iltizam.

Ia tidak boleh diperolehi di dalam tempoh 5 minit. Ia adalah usaha berterusan dan benar-benar menuntut penumpuan, masa dan tenaga untuk kita menuai imbuhan.

Ianya adalah untuk diri kita dan manusia-manusia lain yang berkepentingan dengan kita seperti ibu bapa, adik beradik, isteri dan anak-anak.

Sedarilah pengorbanan kita bukanlah untuk Tuhan, kerana Dia adalah Maha Kaya yang tidak memerlukan sesuatu apa pun dari kita.

Kita berkorban kerana Tuhan memberitahu kita ia adalah satu-satunya formula untuk kita berjaya. Maka kita dengar dan patuh. 

Mereka inilah orang-orang yang yakin. Mereka inilah orang-orang yang berjaya.

Sesungguhnya, mereka yang benci dan irihati melihat orang lain berusaha bersungguh-sungguh berkorban masa, keringat dan air mata untuk mencapai iltizam, merekalah yang terputus dan rugi.










Ashwed

 
 

15 comments:

  1. Maaf lari tajuk sedikit tuan ash wed.Saya nak minta pendapat tuan tentang Dr Zakir Naik yang menyebabkan kekecohan di Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dr Zakir Naik cuba mengambil alih tugas tuhan. Boleh menentukan syurga neraka orang.

      https://www.youtube.com/watch?v=otA0V6jruPQ

      Delete
    2. DZN x sdr yg dia pun tlh menyekutukan tuhan dgn kiub batu di mekah...

      Delete
  2. Salam Saudara Anon 12 April 2016 at 04:17,

    Secara peribadi saya berpendapat bhw org Malaysia masih belum boleh menerima kebebasan berfikir. Sudut ini menyebabkan soal keselamatan perlu diberi perhatian.

    Akal yang sempit akan menghasilkan tindakan yang tidak kurang sempitnya.

    Rata-rata kebanyakkan orang melayu yang memberi komen di media sosial terlihat mengambil posisi kekitaan iaitu oleh kerana dr zakir naik berkeupayaan mengenalpasti penyelewengan agama hindu maka dia patut dibenarkan menjadi hero agama Islam.

    Katalah seorang sadhguru atau yogi agama hindu datang ke sini. Dia memberi ceramah mengenai Islam dan membuat kesimpulan islam sudah menyeleweng. Apakah perasaan penganut agama Islam? Pasti mereka akan marah bukan ? Situasi berkemungkinan menjadi tegang dan tidak terkawal. Begitulah perasaan penganut Hindu. inilah yg menjadi keutamaan pasukan polis.

    Di suatu aspek yg lain pula, jika kita percaya kpd kebebasan berfikir dan mengeluarkan pendapat maka ceramah sebegini tidak menjadi soal.

    Ia hanyalah platform utk seseorang menzahirkan pendapat. Terpulanglah kpd kita utk menerima atau menolak pendapat ini.

    Ada org mahu mendengar dr zakir naik. Ada pula yg mahu menghadiri makan malam kumpulan transvestite. Siapakah kita untuk menghalang kemahuan seseorang?

    Jika masyarakat kita lebih terbuka saya percaya masing-masing dapat memenuhi keperluan kumpulan masing-masing. Yang penting ialah sikap saling menghormati dan elakkan dari cubaan utk impose kepercayaan kita kepada org lain.

    Ashwed

    ReplyDelete
  3. Salam Saudara Ashwed,

    Apa pendapat saudara tentang perkahwinan campur? Dalam islam, kalau mahu berkahwin dengan pasangan yang bukan islam,cuma lelaki sahaja yang dibenarkan berkahwin dengan wanita ahli kitab dan bukan sebaliknya. Persoalannya, pasangan mempercayai hanya ada Tuhan yang satu dan dia percaya Jesus, Muhammad dan lain lain adalah manusia biasa (prophets) pesuruh Tuhan Yang Esa,tanpa mengucapkan syahadah. Adakah pasangan itu Islam pada taklid nya? Mengapa harus ada saksi manusia apabila Tuhan lebih mengetahui? Dia mahu perkahwinan sivil dan bukan cara Syariah. Jika ini berlaku, apakah murtad si pasangan islam? Si islam tidak pernah terlintas murtad malah lebih mendalami dan belajar Quran. Cuma sekadar bertanya pendapat Ash Wed. Saya tidak pernah terjumpa post Ash Wed tentang ini jadi saya bertanya di sini. Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Kedamaian Untuk Semua,

    Hari ini saya rasa seperti kolum "Tanyalah Ustaz" pulak. Saya ingin menegaskan bahawa segala pendapat yang saya beri diruangan ini adalah pendapat peribadi sahaja.

    Undang-undang negara kita berkemungkinan menggariskan yang lain. Saya bukan ahli gubalan di dalam sistem demokrasi negara kita, maka saya tidak langsung mempunyai apa-apa avenue untuk menukar undang-undang yang sedia ada.

    Al Quran menggariskan beberapa panduan untuk mengenal wanita yang mukmin. Ia boleh di dapati melalui keterangan ini ;

    AQ 60:12 Wahai Nabi, apabila wanita-wanita mukmin datang kepada kamu, dengan berjanji setia kepada kamu, bahawa mereka tidak akan sekutukan Allah dengan sesuatu, dan tidak akan mencuri, dan tidak lakukan zina, dan tidak membunuh anak-anak mereka, dan tidak datangkan fitnah yang mereka ada-adakan antara tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka, dan tidak juga ingkari kamu pada apa yang baik, maka terimalah janji setia mereka, dan mintalah ampun kepada Allah untuk mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih

    Untuk mengenal secara am mereka yang mukmin pula boleh di dapati melalui keterangan ini AQ 6:151-153. Allah menjelaskan inilah jalannya yang lurus.

    Soalan saya, ada atau tidak di dalam mana-mana ayat tersebut mengatakan untuk menjadi seorang yang berada di jalan yang lurus, Tuhan memerintahkan kita membaca satu ungkapan kata-kata yang standard ?

    Saya belum pernah mendapati di mana-mana keterangan al quran, Tuhan memerintahkan kita supaya membaca satu set kata-kata yang standard baru kita diterima memjadi "islam". Mungkin saya belum pernah berjumpa.

    Anda boleh bacanya di sini http://ashwed1973.blogspot.my/2015/06/islam-moden-vs-islam-al-quran.html

    bersambung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengenai apakah jatuh murtad seseorang itu, jawapan saya, ia hanya diketahui oleh Tuhan Yang Maha Mengetahui.

      Oleh kerana saya bukan tuhan maka saya tidak mempunyai pengetahuan itu.

      Begitu juga keadaanya dengan orang lain, tidak kiralah betapa besar pangkatnya di dalam organisasi agama mereka.

      Oleh kerana mereka bukan tuhan maka adalah tidak munasabah mereka boleh tahu samada seseorang jatuh murtad atau tidak. Bukankah begitu ? Mungkin "murtad" dari organisasi agama yang mereka cipta. Jika itu yang anda maksudkan.

      Malaysia mempunyai dua jenis sistem perkahwinan. Satu secara sivil dan satu lagi secara syariah islamiyah.

      Secara umumnya, kita tidak boleh membahagikan masyarakat yang tinggal di dalam negara yang sama kepada dua jenis set undang-undang yang berlainan. Ini dinamakan ketidakadilan.

      Di dalam Al Quran undang-undang tidak terbahagi kepada sivil, syariah, undang-undang hindu atau undang-undang kristian. Di dalam al quran hanya ada satu sahaja jenis undang-undang. Iaitu Undang-undang yang ADIL.

      Meletak nama-nama arab kepada tajuk undang-undang tidaklah menjadikan ianya ADIL.

      Undang-undang yang ADIL mestilah undang-undang yang efektif iaitu undang-undang yang memberi keadilan kepada semua jenis manusia samada melayu, cina, india, kadazan, murut, orang kurang upaya, orang gemuk, orang kurus, transvestit, gay, islam, buddhist, hindu, kristian, sikh, atheist dan lain-lain yang tinggal di dalam negara yang sama.

      Jika satu undang-undang itu hanya mempertahankan satu kumpulan sahaja maka ia adalah satu undang-undang yang tidak ADIL. Bila ia tidak adil ianya bukanlah undang-undang yang disarankan al quran.

      Anda boleh baca di sini http://ashwed1973.blogspot.my/2015/04/hudud-kelantan-inspirasi-dari-bible.html

      Mengenai perkahwinan campur, ianya adalah subjektif. Tambahan pula apabila ia melibatkan cinta.

      Cuma dari segi sains adalah lebih elok jika kita berkahwin dengan orang yang jauh dari keturunan kita. Seperti bangsa yang berlainan dengan kita. Selain dari dapat mengenal budaya yang berlainan, keturunan juga menjadi lebih cerdik.

      Kriteria pasangan kita pastilah kita sendiri sahaja yang lebih mengetahuinya.

      Apalah gunanya jika pada kad pengenalan seseorang calon pasangan itu tertera beragama islam tetapi hakikatnya dia seorang yang mempunyai moral yang sangat rendah menagih dadah, mendera orang, berfoya-foya, membuat aniaya kepada manusia lain dsbgnya. Takkanlah kita terima juga pasangan itu hanya kerana kad pengenalannya tertera agama islam ?

      Wallahualam

      Damai.

      Delete
  5. Salamunalaikum! saudaraku izinkan saya teruskan dengan 100 dari 200-ayat dari Surah Al Imran;

    3:1 Alif laam miim.
    3:2 Allah tiada tuhan selain Dia yang hidup dan terdiri sendiri.
    3:3 Dia yang menurunkan kepadamu kitab dengan benar dan membenarkan apa yang sebelumnya dan Dia yang turunkan -ttauraata dan injiila.
    3:4 Sejak dahulu menjadi petunjuk kepada manusia dan Dia yang telah menurunkan -lfurqaana sesungguhnya orang yang tidak percaya dengan ayat-ayat Allah bagi mereka azab yang sangat dahsyat hanya Allah yang Perkasa dan yang memiliki ketepatan kepada setiap janji Dia.
    3:5 Allah tidak menyembunyikan sesuatu mahu pun dibumi atau dilangit.
    3:6 Dia yang mencipta kamu didalam rahim ibu kamu seperti yang Dia kehendaki maka tiada tuhan selain Dia yang Perkasa yang Bijaksana.
    3:7 Dia yang menurunkan kepadamu kitab darinya ayat-ayat muhkamaatun itulah ummulkitaabi dan selainya mutasyaabihaatun maka orang yang hati mereka menyeleweng mengikuti yang maatasyaabaha darinya bagi menimbulkan fitnah dengan tafsiranya dan tidak mengetahui tafsiranya melainkan Allah dan orang yang mendalami ilmu kajian darinya berkata kami amanah kesemuanya datang daripada Pemelihara kami dan tidak mengingatinya melainkan orang yang bijaksana/-l albaabi.
    3:8 Wahai Pemelihara kami janganlah Kamu selewengkan hati kami setelah Kamu berikan petunjuk dan rahmatnya kepada kami malahan kami mengharapkan segala pemberian hanya yang datang dari Kamu.
    3:9 Wahai Pemelihara kami yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan didalamnya dan pasti Allah tidak mungkiri janji Dia.
    3:10 Sesungguhnya orang yang tidak percaya tiada baginya kekayaan harta dan anak-anak dari Allah sedikit pun malahan mereka itu pasti dijadikan bahan bakar apinya.
    3:11 Sepertimana pengikut fir’auna dan orang yang sebelum mereka yang mendustakan ayat-ayat Dia maka Allah azabkan mereka atas dosa-dosa mereka malahan azab Allah sangat dahsyat.
    3:12 Katakan kepada orang yang tidak percaya kamu pasti diatasi dan dihimpunkan kedalam jahaanama seburuk-buruk tempat rehat bagimu.
    3:13 Pasti telah datang kepadamu tanda-ayat dua golongan yang bertemu dan bersengketa dijalan Allah dan selainya tidak percaya dan mereka melihat keduanya sama seperti mereka dan Allah meneguhkan dengan pertolongan Dia kepada sesiapa dikehendaki maka demikian itulah suatu pelajaran bagi orang yang berpandangan luas.
    3:14 Diilusikan indah bagi manusia kepada cinta dan berahi terhadap perempuan dan anak-anak dan kemewahan dari emas dan perak dan tunggangan terhebat dan ternakan dan ladang maka itulah kesenangan duniawi malahan hanya disisi Allah penginapan yang terbaik.
    3:15 Katakan mahukah aku khabarkan kepadamu yang lebih utama dari yang demikian yang tersedia bagi orang yang prihatin sesungguhnya disisi Pemeliharamu terdapat syurga mengalir dibawahnya sungai-sungai mereka berkekalan didalamnya dengan pasangan yang disucikan dan yang diredhai Allah malahan hanya Allah perhatikan sekelian hamba.
    3:16 Dan orang yang berkata wahai Pemelihara kami, kami amanah maka ampunilah kesalahan kami dan jauhi kami dari azab api Kamu.
    3:17 Dan orang yang sabar dan yang benar dan yang taat dan yang menafkahkan dan yang memohon keampunan hingga dinihari.
    3:18 Allah yang menyaksikan tiada tuhan melainkan Dia dan para malaikat dan orang yang berilmu dan yang menegakan keadilan dan yang menyaksikan tiada tuhan selain Dia yang Perkasa yang Bijaksana.
    3:19 Sesungguhnya -ddiina disisi Allah adalah -l islaami dan tidak berselisih orang yang diberi kitab melainkan setelah datang kepada mereka pengetahuan dan keangkuhan diantara mereka dan sesiapa ingkar dengan ayat-ayat Allah pasti Allah pantas menghitungnya.
    3:20 Jika mereka berhujah denganmu katakan aku menyerah kehidupanku dan sesiapa yang mengikuti aku kepada Allah dan katakan kepada orang yang diberi kitab dan yang belum diberikanya apakah kamu telah berserah maka sekiranya mereka berserah pasti mereka mendapat petunjuk dan jika mereka berpaling maka bagimu hanya menyampaikan yang jelas malahan hanya Allah yang meneliti sekelian hambanya.

    bsmbg,

    ReplyDelete
  6. smbg,

    3:21 Sesungguhnya orang yang mengingkari ayat-ayat Allah dan yang menghapuskan para nabi tanpa hak dan menghapuskan orang yang menyeru kepada keadilan dikalangan manusia maka khabarkan kepada mereka berita gembira ini dengan azab yang dahsyat.
    3:22 Mereka itulah orang yang dilupuskan amalan mereka didunia dan diakhirat dan tidak diberi pertolongan kepada mereka sedikit pun.
    3:23 Tidakkah kamu perhatikan orang yang diberi sebahagian kitab dan diseru supaya ikuti kitab Allah bagi dijadikan hukum diantara mereka kemudian sebahagian berpaling dan sebahagia darinya berundur.
    3:24 Demikian mereka telah berkata tidak akan menyentuh kami apinya melainkan beberapa hari yang dihitung dan mereka terpedaya dengan -ddnihim yang mereka sendiri mengadakanya.
    3:25 Bagaimana ketika Kami himpunkan mereka pada hari tiada keraguan didalamnya dan disempurnakan balasan sepenuhnya kepada setiap jiwa atas apa yang mereka usahakan dan mereka tidak akan dizalimi.
    3:26 Katakan hanya Allah Pemelihara kami yang berkuasa keatas sekelian penguasa dan Kamu yang berikan kuasa kepada sesiapa dikehendaki dan melucutkan dari siapa yang Kamu kehendaki dan dimuliakan siapa dikehendaki dan menjadikan hina siapa dikehendaki dan ditangan Kamu keutamaan malahan hanya Kamu yang berkuasa keatas segalanya.
    3:27 Kamu masukkan malam kedalam siang dan siang kedalam malam dan mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan yang mati dari yang hidup dan memberi rezeki kepada sesiapa dikehendaki tanpa perhitungan.
    3:28 Bagi orang yang amanah jangan kamu ambil orang yang tidak percaya sebagai pemimpin dan sesiapa melakukanya maka dia bukan dari Allah kecuali orang yang perihatin diantara mereka maka keperihatinan dan peringatan dijiwai dari Allah malahan hanya kepada Allah tempat kamu dikembalikan.
    3:29 Katakan Allah mengetahui apa yang kamu sembunyikan atau zahirkan didalam dadamu dan Dia mengetahui apa yang dilangit dan dibumi dan hanya Allah yang berkuasa keatas segalanya.
    3:30 Dan pada hari apabila setiap jiwa didatangkan apa yang dilakukan dari keutamaan dan keburukan pasti didedahkan maka mereka inginkan dianya ditangguhkan kepada suatu masa yang jauh malahan Allah mengingatkan bagi setiap jiwa hendaklah ingat kepada Allah malahan Allah menghormati setiap hamba Dia.
    3:31 Katakan jika kamu mencintai Allah maka ikutlah aku dan Allah pasti mencintai kamu dan diampunkan segala kesalahan kamu dan Allah yang Pengampun yang Penyayang.
    3:32 Katakan taatilah Allah dan rasulnya jika kamu berpaling sesungguhnya Allah tidak mencintai orang yang tidak percaya.
    3:33 Sesungguhnya Allah memilih aadama dan nuuhan dan keluarga ibraahiima dan keluarga ‘imraana bagi seluruh alamnya.
    3:34 Suatu keturunan sebahagianya dari sebahagian yang lain dan Allah yang Mendengar yang Mengetahui.
    3:35 Ketika berkata puan‘imraana Pemeliharaku aku bernazar kepadaMu apa yang didalam perutku ini seorang yang dedikasi maka terimalah dariku dan sesungguhnya Kamu yang Mendengar yang Mengetahui.

    bsmbg,

    ReplyDelete
  7. smbg,

    3:36 Apabila dilahirkan dia berkata Pemeliharaku sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan maka Allah lebih mengetahui apa yang dia lahirkan dan bukanlah anak lelaki sama seperti anak perempuan dan aku namakan dia maryama dan sesungguhnya aku dan keturunanya pasti berlindung kepada Kamu dari syaitan yang direjam.
    3:37 Pemeliharanya menerima anaknya dengan penerimaan terbaik dan membesar dengan pembesaran yang terbaik dan dididik oleh zakariiyaa setiap kali zakariiyaa masuk diruang khas didapati ada rezeki maka dia berkata wahai maryamu dari siapakah rezeki ini, dia berkata dari Allah dan Allah memberi rezeki kepada siapa dikehendaki tanpa perhitungan.
    3:38 Disitu juga zakariyyaa berdoa kepada Pemeliharanya dengan berkata Pemeliharaku berikan kepadaku dari sisi Kamu zuriat keturunan yang terbaik sesungguhnya hanya Kamu yang mendengar doaku.
    3:39 Maka malaikat menyeru dia yang sedang berdiri diruang khas sesungguhnya Allah menyampaikan khabar gembira kepadamu dengan yahyaa yang benar dari kalimah Allah dan dia seorang sayyidan yang suci dari keaiban dan seorang nabi yang soleh.
    3:40 Dia berkata Pemeliharaku mana mungkin aku akan mendapat anak lelaki sedangkan aku telah tua dan puanku mandul maka Allah berkata demikianlah Aku berkuasa mengadakan apa yang Aku kehendaki.
    3:41 Dia berkata Pemeliharaku berikan aku suatu syarat maka Dia berkata syaratnya kamu dilarang bercakap dengan sesiapa pun selama tiga hari melainkan dengan bahasa isyarat dan ingatlah Pemeliharamu sebanyak mungkin dan sanjungi Dia ketika pagi dan petang.
    3:42 Dan ketika berkata malaikat wahai maryamu sesungguhnya Allah telah memilih kamu dan Dia mensucikan kamu dan Dia memilih kamu dari sekalian perempuan diseluruh alamnya.
    3:43 Wahai maryamu taatilah dan patuhilah Pemeliharamu dan merendah dirilah bersama orang yang merendah diri.
    3:44 Inilah berita ghaib Kami ilhamkan kepadamu dan kamu tidak berada disisi ketika mereka ‘melemparkan pena’ siapa yang akan memelihara maryama dan kamu tidak berada disisi ketika mereka bersengketa.
    3:45 Dan berkata malaikat wahai maryamu Allah menyampaikan khabar gembira dengan kalimahnya, namanya ‘iisaa almasiihu ibnu maryama dan dia terkenal didunia dan diakhirat dan dia orang yang didekatkan.
    3:46 Dan dia akan berucap kepada manusia sejak dari buaian hingga kepada kedewasanya dan dia darinya adalah diantara orang yang soleh.
    3:47 Dia berkata Pemeliharaku bagaimana aku dapat melahirkan seorang anak sedangkan aku belum pernah disetubuhi sesiapa dari manusia maka berkata, Allah mencipta apa sahaja yang dikehendaki dengan hanya berkata jadilah! maka dianya pasti terjadi.
    3:48 Dan diajarkan -lkitaaba dan -lhikmata dan -ttauraata dan -linjiila.
    3:49 Dia seorang rasul bagi banii israaiila dan pasti didatangkan kepadanya tanda-ayat dari Pemeliharamu dan dia berkata aku mencipta sesuatu dari tanah berbentuk seperti ‘burung’ dan aku meniupkanya maka jadilah dianya ‘burung’ dengan izin Allah dan aku sembuhkan sibuta dan sisopak dan menghidupkan orang yang dihampiri kematian dengan izin Allah dan khabarkan apa yang kamu makan dan simpan dirumahmu demikian itulah tanda-ayat Allah jika kamu orang yang amanah.
    3:50 Dan mengesahkan apa yang ditanganku -ttauraati yang menghalalkan sebahagian apa yang telah diharamkan dan aku datang dengan tanda-ayat dari Pemeliharamu maka prihatinlah dan taatilah Allah.

    bsmbg,

    ReplyDelete
  8. smbg,
    3:50 Dan mengesahkan apa yang ditanganku -ttauraati yang menghalalkan sebahagian apa yang telah diharamkan dan aku datang dengan tanda-ayat dari Pemeliharamu maka prihatinlah dan taatilah Allah.
    3:51 Dan hanya Allah Pemeliharaku dan Pemeliharamu maka berkhidmatlah kepada Dia dan inilah jalan yang lurus.
    3:52 Ketika ‘iisa menyedari keingkaran mereka dia berkata siapa penolong Allah berkata penyokong setianya kami penolong Allah dan kami amanah kepada Allah maka saksikan kami orang yang berserah.
    3:53 Pemelihara kami, kami amanah kepada apa yang diturunkan dan kami mentaati para nabi Kamu maka kitabkan kami sebagai saksi Kamu.
    3:54 Mereka telah merancang muslihat terhadap Allah malahan Allah yang terutama perancang segala muslihat.
    3:55 Ketika Allah berkata wahai ‘iisa Aku akan mengambil dan mengangkat kamu kepadaKu dan mensucikan kamu dari orang yang tidak percaya dan menjadikan pengikut kamu mendominasi orang yang tidak percaya sehingga hari kebangkitan kemudian kepada Aku tempat kembali mereka maka Aku hukum mereka atas apa yang mereka pertikaikan.
    3:56 Maka bagi orang yang tidak percaya, Aku azabkan mereka dengan azab yang dahsyat didunia dan diakhirat dan mereka tidak akan ditolong.
    3:57 Dan bagi orang yang amanah dan beramal soleh Aku berikan ganjaran kepada mereka dan Allah tidak mencintai orang yang zalim.
    3:58 Demikianlah Kami membacakan kepadamu tanda-ayat dari peringatan yang penuh hikmah.
    3:59 Sesungguhnya misalan bagi ‘iisa disisi Allah seperti misalan aadama diciptakan dari tanah maka Dia berkata jadilah maka jadilah dianya.
    3:60 Yang benar hanya dari Pemeliharamu maka jangan kamu menjadi darinya orang yang dalam keraguan.
    3:61 Maka sesiapa berhujah dengan apa yang didatangkan kepadamu dari ilmunya maka katakan marilah kita bersama menyeru anak-anak kita dan pasangan kita dan jiwa kita semuanya bermohon dengan merendah diri dengan bersungguh-sungguh supaya disegerakan kelaknatan Allah ditimpakan keatas orang yang berdusta.
    3:62 Inilah kisah sebenar dan tiada tuhan melainkan Allah dan hanya Allah yang Perkasa yang Bijaksana.
    3:63 Jika mereka berpaling maka Allah mengetahui setiap orang yang fasik.
    3:64 Katakan wahai ahli kitab taatilah kepada satu kalimah yang sama antara kita bahawa kita tidak akan berkhidmat selain Allah dan kita tidak akan menyengutukanya dengan sesuatu dan tidak akan mengambil seseorang dari kalangan kita tuhan selain Allah dan sesiapa berpaling darinya maka katakan sesungguhnya kami muslimuuna.
    3:65 Wahai ahli kitab mengapa kamu berhujah hal ibraahiima sedangkan -ttauraatu dan injiilu diturunkan sesudahnya apakah tidak kamu fikir.
    bsmbg,

    ReplyDelete
  9. smbg,
    3:66 Beginilah kamu berhujah hal yang kamu tiada pengetahuan dengannya maka mengapa kamu berhujah sesuatu yang kamu tiada pengetahuan dengannya dan hanya Allah yang mengetahui segalanya sedangkan kamu tidak mengetahui sesuatu pun.
    3:67 Bukanlah ibraahiimu itu yahuudiyyan atau nashraaniyyan malahan dia seorang yang taat dan setia dan berserah dan tidak menyengutukan.
    3:68 Sesungguhnya manusia sangat sinonim dengan ibraahiima dan orang yang mengikutinya dan dia seorang nabi yang amanah malahan Allah Pelindung bagi orang yang amanah.
    3:69 Segolongan dari ahli kitab sangat berkeinginan menyesatkan kamu tetapi mereka tidak sesatkan melainkan diri mereka yang disesatkanya malahan mereka tidak menyedarinya.
    3:70 Wahai ahli kitab mengapa kamu mengingkari ayat-ayat Allah sedang kamu mengetahuinya.
    3:71 Wahai ahli kitab mengapa kamu campurkan yang benar dengan yang palsu dan menyembunyikan yang benar sedang kamu mengetahuinya.
    3:72 Dan berkata segolongan dari ahli kitab, amanahlah kamu dengan apa yang diturunkan kepada orang yang amanah diawal penampilanya dan mengingkari diakhirnya sesungguhnya mereka pasti dikembalikan.
    3:73 Dan jangan kamu amanah melainkan kepada orang yang mengikuti diina kamu sesungguhnya petunjuk yang diberikan Allah kepada seseorang sama seperti apa yang diberikan kepadamu atau apa yang telah mereka membantah dengannya disisi Pemeliharamu malahan pengurniaan hanya ditangan Allah dan diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki dan hanya Allah yang teramat luas ilmunya.
    3:74 Dia yang menentukan rahmatnya kepada sesiapa yang dikehendaki dan hanya Allah memiliki keagungan.
    3:75 Dan dari ahli kitab jika diamanahkan harta, mereka akan kembalikan kepadamu dan diantaranya jika diamanahkan walau satu dinar mereka tidak kembalikan kecuali kamu minta dan mereka berkata bukan urusan kami dengan orang yang tiada pengetahuan tentang jalannya dan mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahuinya.
    3:76 Malahan sesiapa menepati janjinya dan prihatin maka Allah mencintai orang yang amanah dan prihatin.
    3:77 Orang yang menawarkan Allah janji dan sumpah mereka dengan harga sedikit mereka tidak mendapat bahagian diakhirat dan Allah tidak akan bercakap dengan mereka dan Dia tidak memberi perhatian kepada mereka pada hari kebangkitanya dan tidak memurnikan mereka dan bagi mereka azab yang sangat dahsyat.
    3:78 Diantara mereka sebahagianya memutar belitkan lidah mereka dengan kitab supaya kamu menyangka dianya dari kitab sedangkan dianya bukan dari kitab dan mereka mengatakan dianya yang sebenar dari Allah sedangkan dianya bukan dari Allah maka mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahuinya.
    3:79 Tiada seorang manusia yang Allah berikan kitab dan hikmahnya dan kenabianya akan berkata kepada manusia berkhidmatlah kepada selain Allah melainkan mereka pasti berkata jadilah kamu rabbaniyiina yang mengajar -lkitaaba dari apa yang telah kamu mempelajarinya.
    3:80 Dan mereka tidak akan menyeru kamu supaya mengambil malaikat dan nabinya sebagai sembahan dan tidak juga menyeru kamu kepada kemungkaran setelah kamu muslimuuna.
    bsmbg,

    ReplyDelete
  10. smbg,
    3:81 Dan ketika Allah mengambil perjanjian dengan para nabinya pasti dengan apa yang diberikan kepadamu dari kitab dan hikmahnya kemudian datang kepadamu seorang rasul mengesahkan apa yang bersamamu pastikan kamu amanah dengannya dan membantunya dan berkata berikrarlah dan ambil perjajian denganku, mereka berkata kami berikrar maka saksikan aku bersama kamu menyaksikanya.
    3:82 Maka sesiapa berpaling sesudah itu mereka itulah orang fasik.
    3:83 Apakah selain diini Allah mereka mencari malahan telah berserah diri sekelian yang dilangit dan dibumi dengan rela atau terpaksa dan hanya kepada Dia pasti mereka dikembalikan.
    3:84 Katakan kami amanah kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami dan kepada ibraahiima dan ismaa’iila dan ishaaqa dan ya’quuba dan keturunanya dan apa yang diberikan kepada muusaa dan‘iisaa dan sekelian nabi dari Pemelihara mereka dan kami tidak bezakan diantara mereka sedikit pun dan kami baginya muslimuuna.
    3:85 Dan sesiapa mencari selain -l islaami sebagai diinan maka dianya tidak diterima dan diakhirat dia darinya orang yang kerugian.
    3:86 Bagaimana Allah hendak memberi petunjuk kepada kaum yang tidak percaya sesudah keamanahan mereka malahan mereka menyaksikan kerasulanya itu benar setelah datang keterangan yang jelas maka Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.
    3:87 Bagi mereka itu pembalasan mereka hanyalah kelaknatan dari Allah dan malaikatnya dan manusia sekelianya.
    3:88 Mereka berkekalan didalamnya dan tidak diringankan azab mereka malahan mereka tidak diberi penangguhan sedikit pun.
    3:89 Kecuali sesiapa yang bertaubat sesudah itu dan mereka mengadakan pemulihan maka Allah yang Pengampun yang Penyayang.
    3:90 Sesungguhnya orang yang ingkar sesudah keamanahanya kemudian menambah keingkaranya maka tidak diterima taubat mereka dan mereka itulah orang yang sesat.
    3:91 Sesungguhnya orang yang tidak percaya dan mati dalam keingkaran tidak diterima penebusan mereka walau emas sepenuh buminya dan bagi mereka azab yang sangat dahsyat dan mereka tidak akan ditolong.
    3:92 Tidak kamu mencapai kebaktian sehingga kamu belanjakan apa yang kamu cintai dan setiap yang kamu belanjakan Allah pasti ketahui.
    3:93 Segala makanan dihalalkan kepada banii israa-iila kecuali apa yang diharamkan israa-iilu sebelum diturunkan -ttauraatu maka katakan datangkan -ttauraati dan bacakan jika kamu orang yang benar.
    3:94 Dan sesiapa mengadakan dusta terhadap Allah maka mereka itulah sebenarnya orang yang zalim.
    3:95 Katakan Allah yang benar maka ikutilah anutan ibraahiima seorang yang taat dan setia dan dia darinya bukanlah seorang yang sekutu.

    bsmbg,

    ReplyDelete
  11. smbg,

    3:96 Pastinya permulaan sesuatu sistem yang dibangunkan bagi manusia dianya dari orang yang berusaha gigih dan yang diberkati dan sebagai petunjuk kepada seluruh alamnya.
    3:97 Didalamnya tanda-ayat yang jelas maqaamu ibraahiima dan sesiapa masukinya dia merasa aman terhadap Allah dan bagi manusia dianya suatu sistem yang mencabar dan sesiapa mentaati atau mengingkari jalannya maka Allah yang terkaya dari seluruh alamnya.
    3:98 Katakan wahai ahli kitab mengapa kamu mengingkari ayat-ayat Allah sedangkan Allah menyaksikan setiap sesuatu yang kamu lakukan.
    3:99 Katakan wahai ahli kitab mengapa kamu menghalang orang yang amanah dari jalan Allah dan menyelewengkan mereka sedang kamu menyaksikanya dan Allah tidak lalai dengan apa yang kamu lakukan.
    3:100 Wahai orang yang amanah jika kamu mentaati sebahagian dari orang yang diberi kitab, mereka mengembalikan kamu kepada orang yang tidak amanah sesudah keamanahan kamu.

    Sekian diharapkan dapatlah apa yang dimaksudkan!

    ReplyDelete
  12. apa kabar semua, yang penting kita menghormati semuanya. Yang terhijab akan terhijab, yang dah tak terhijab ok. Pentingnya kita hidup diri kita bukan terikat dengan pandangan atau dogma orang lain. Dunia ni kita main wayang so anggaplah wayang. Yang benar hanya tuhan, manusia hanya bersangka sangka. Saya hidup mencari tuhan (seeker), akhirnya saya ketemu tuhan. Tiru atau tak tiru bukan persoalan. kerana manusia hidup mengikut evolusi.....berubah berubah mengikut ketentuan TUHAN (Master Director)....Tuhan hanyalah energy...cuba ambil dua tapak tangan dan gesellah......maka tuan akan rasa panas......

    ReplyDelete