Monday 4 April 2016

Sekalung Tahniah

Blog ini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Khairul Idham Pawi di atas kejayaan beliau menjuarai kejohanan Moto3 Grand Prix Argentina.

Beliau berjaya membuatkan lagu Negaraku berkumandang di bumi Argentina.

Di dalam sukan permotoran, inilah satu-satunya kejayaan warga negara kita yang paling signifikan di mata dunia.

Tahniah.

Akhbar Malaysia hari ini banyak menyiarkan berita di sebalik kejayaan anak muda ini.

Membaca beberapa artikel mengenai kisah kejayaan ini, hanya yang boleh saya buat kesimpulan ialah sumber kejayaan beliau tidak lain dan tidak bukan adalah kerana beliau mendirikan iltizam.

Beliau berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai iltizam beliau. 

Mereka yang mendirikan iltizam pasti tidak mempunyai banyak waktu untuk bergebang kosong dan melakukan perbuatan yang sia-sia.

Dan yang paling penting di dalam perjuangan mencapai iltizam ialah PENGORBANAN.

Apakah dia PENGORBANAN ? 

Adakah ia sama dengan menyembelih haiwan ternakan dan ditawarkan sebagai pengganti diri untuk menebus dosa yang lepas-lepas ?


Para rakan pembaca yang sering membaca post blog ini pasti dapat mengenal pasti konteks terjemahan yang lebih tepat.


http://www.nst.com.my/news/2016/04/137208/motogp-khairul-idhams-family-proud-their-kampung-racer-success-world-stage

Tahniah lagi sekali kepada saudara Khairul Idham Pawi.

P/S - Ya benar, tahniah juga kepada adik Adam Norrudin yang bangkit menolak motorsikal beliau bagi menamatkan perlumbaan. Ini adalah peristiwa-peristiwa yang sewajarnya membangkitkan gelombang semangat di dalam jiwa anak muda kita.

Janganlah pula kita meletakkan rintangan yang tidak munasabah kepada mereka ini seperti meminta mereka mencari makanan "halal" ketika di luar negara. Ini semua adalah rintangan yang kita sendiri ada-adakan. 

Akhirnya mereka makan makanan yang tidak sesuai untuk tenaga pelumba. Seperti nasi dengan kicap dan mee maggi. Macamana nak berlumba kalau tiada tenaga ?

Ashwed

22 comments:

  1. salam tuan,

    tahniah juga kepada pelumba adam norrudin yang jatuh diselekoh terakhir untuk mengejar tempat kedua. dia bangun dan menolak motor hingga ke garisan penamat dan mendapat tempat ke sembilan. satu usaha yang sangat membanggakan..

    tidak ada jalan singkat untuk berjaya. ini adalah satu ketetapan tuhan di dunia ini. seperti yang telah diingatkan dua kali dalam al quran 94:5-6 "For indeed, with hardship [will be] ease. Indeed, with hardship [will be] ease."

    ReplyDelete
  2. Tahniah kepada Khairul dan Adam. Juga kepada tuan Ashwed.

    Tuan perlu tulis lebih banyak post2 sebegini supaya lebih ramai orang2 muda mendapat motivasi utk berusaha dan berjaya.

    ReplyDelete
  3. Kejayaan tidak akan datang dengan hanya memanjatkan doa. Orang melayu pun dah lama tahu, usaha tangga kejayaan.

    Setiap hari saya menanti penulisan tuan ashwed. Very inspirational and eye opener...

    ReplyDelete
  4. Kedamaian Untuk Semua,

    Terima kasih kpd para pembaca yg sering memberi komen di ruang ini.

    Saya ingin memohon maaf jika sekiranya ramai yg membuka blog ini tetapi tiada artikel baru.

    Untuk menyiapkan sesebuah artikel saya memerlukan sekurang-kurangnya seminggu. ini adalah krn kaedah sains yg betul utk mencapai keputusan yg tepat kita perlulah observe sesuatu perkara itu sblm mengeluarkan teori. Perkara ini memerlukan ruang waktu yg panjang. Inilah cabaran saya yg utama.

    Semasa mula-mula menulis di ruangan blog ini,saya sebenarnya mencari satu saluran untuk melegakan jiwa saya. Ini adalah krn saya dapati fikiran saya bukanlah sama dgn aliran perdana masyarakat kita.

    Di tambah pula masyarakat kita tidak meraikan kebebasan berfikir. Saya dapati saya semakin kuat berhujah dgn kawan disekeliling. Utk mengelak dari kehilangan kawan yg mungkin sakit hati bila tidak boleh menjawab keterangan al Quran maka saya ambil keputusan utk menyalurkan gelora jiwa di blog ini.

    Saya benar-benar menyangka saya berkeseorangan di dalam hal ini. Segala puji bagi Allah rupanya ramai org melayu berfikiran spt saya.

    Mudah-mudahan ini adalah permulaan satu gelombang untuk kita terutamanya org melayu utk kita mengubah diri dan menjadi lebih maju dan mempunyai fikiran elegan persis perintah Tuhan di dalam Al Quran.

    Terima kasih saya kpd anda semua.

    Damai

    ReplyDelete
  5. Sy adalah salah seorg pengikut tegar blog en ashwed. Sy juga turut mengikuti satu lg blog yg agak menarik... Beza hukum ugama islam dan budha... folow blog myosof.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...betul ke alamat blog tu?
      Sy buka yg ni keluarnya'MYOB untuk Pelajar Akutansi' atau sy x buka habis...

      Delete
    2. Ok... Sy rasa yg ini http://mahyosof.blogspot.com/2015/02/beza-hukum-agama-islam-dengan-agama.html
      Dah jumpa

      Delete
  6. Salam damai utk semua,mohon pendapat tuan2 ttg maksud sebenar ayat di bwh:


    Surah Al-Jumua, Verse 9:
    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

    Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Saudara Pai,

      Ada sedikit info di dalam artikel ini http://ashwed1973.blogspot.my/2015/05/tidak-solat-jumaat-kerajaan-negeri.html

      Damai

      Delete
  7. Salamunalaikum saudara sekelian! Perhatikanlah keseluruhan Surah Jumu'ah/Perhimpunan hanya 11-ayat;

    62:1 Allah disanjung oleh sekelian yang dilangit dan dibumi dan hanya Dia Penguasa yang Suci yang Perkasa yang Bijaksana.

    62:2 Dia yang membangkitkan seorang rasul dari kalangan kamu yang ummiyyiina dan membacakan ayat-ayatnya kepada mereka dan yang memurnikanya dan yang mengajar -lkitaaba dan -lhikmata malahan sebelumnya mereka dalam kesesatan yang nyata.

    62:3 Dan yang sebelumnya juga sama seperti mereka maka hanya Dia yang Perkasa yang Bijaksana.

    62:4 Demikian itulah kurniaan Allah yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki dan hanya Allah yang memiliki kurnian Agung.

    62:5 Misalanya seperti orang yang memikul -ttauraati kemudian mereka tidak berupaya memikulnya adalah seperti keldai yang memikul timbunan kitab maka sangat buruk misalanya bagi kaum yang telah mendustakan ayat-ayat Allah malahan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

    62:6 Katakan wahai haaduu jika kamu mendakwa yang kamu dikekasihi Allah melebihi manusia lain maka harapkanlah akan kematianmu jika kamu berkata benar.

    62:7 Dan mereka tidak mengharapkan selamanya apa yang telah mendahului tangan mereka malahan Allah mengetahui siapa yang zalim.

    62:8 Maka katakan kematian yang kamu berusaha melarikan diri darinya pasti datang menemui kamu kemudian dikembalikan kamu kepada yang Mengetahui yang Ghaib dan yang Menyaksikan maka dikhabarkan segala apa yang telah kamu lakukan.

    62:9 Wahai orang yang amanah apabila kamu diseru/dipanggil supaya melaksanakan kewajipan pada hari berhimpun maka bersegera kepada mengingati Allah dan tinggalkan urusan perniagaanmu demikian itu keutamaan bagimu jika kamu mengetahuinya.

    62:10 Dan apabila telah selesai melaksanakan kewajipanmu maka bersurailah dibuminya dan carilah kurnian Allah dan ingatlah Allah sebanyak-banyaknya pasti kamu mendapat kejayaan.

    62:11 Dan apabila mereka melihat perniagaan dan permainan mereka memberi penuh tumpuan kepadanya dan mereka meninggalkan kamu sendirian maka katakan apa yang disisi Allah melebihi keutaman dari perniagaan dan permainan malahan Allah yang memberi rezeki terbaik.

    Fahamilah dan selamilah apa maksud sebenar darinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apakah kewajipan pada hari berhimpun tu? Dan bilakah hari berhimpun tersebut?

      Delete
    2. Apakah kewajipan pada hari berhimpun tu? Dan bilakah hari berhimpun tersebut?

      Delete
    3. Ini mungkin membantu..

      https://www.facebook.com/notes/mike-steward/the-verse-on-jummah-629/459731394200074

      Delete
  8. Maka saya teruskan pertanyaan bagi dpt jwbanya;
    Siapa pula bagi kamu otoriti/kebenaran gantikan solat wajib zohor 4-raka'at dengan solat juma'at 2-raka'at dan diganti 2-raka'at zohor dengan 2-qutbah pula????? Sila baca Al Quran yang kamu faham bukannya mensyairkan tanpa mengetahui apa yang kamu sebut dan jangan jadi 'parrot'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara, sy memang dah lama tinggalkan menyembah batu. Cuma nak kepastian & kefahaman tentang maksud ayat tersebut. Mungkin kewajipan tu adlh iltizam kita untuk patuh pada apa yg tuhan tetapkan & hari berhimpun tu hari bila nabi panggil kaumnya utk berhimpun.

      Mungkin ada pendapat lain.

      Delete
  9. Salamunalaikum saudara ashwed!saya mohon maaf! saya ingat yg bertanya ni bukan ashwed! Saya tujukan soalan itu kepada Pai sbb ayat yg diajukan terdapat bracaket, dah lama org2 yang memahami quran tinggalkan bracaket2 ni beb! Apakah layak mahluk menokok-tambah/campur tangan dalam Ayat-ayat Yang Maha Berkuasa dan Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui segala yang dilangit dan dibumi,rujuk Surah Al Baqoroh ayat 255 "KHURSIHU"..... Aku Mengetahui yang terdahulu dan yang akan datang malahan kamu tidak mengetahui sesuatu pun.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya faham ttg bracket tu. Tapi saya Copy paste shj dari iQuran utk dapat kan penjelasan saudara semua. Saya masih baru dalam pencerahan ini.

      Delete
  10. Salam
    Terima kasih Allah kerana menggerakan hati ini membaca blog Ashwed..
    Ini lah yg selama ini saya cari..walaupun sudah berjumpa dgn sahabat yg sama2 membaca dan berfikir cara quran tapi penerangan dari saudara ashwed lebih mudah dan senang difhami..
    Teruskan menulis adikku..kami sentiasa menunggu ..
    Klu lah boleh kita bertemu empat mata alangkah baik nya..mungkin lebih byk yg boleh dishare..
    Salam kedamaian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam akak & semua,

      Berikut adlh beberapa lg blog yg menarik juga utk dibaca.

      http://kaabahituberhala.blogspot.my/
      http://tolokminda.wordpress.com/
      http://mahyosof.blogspot.my/
      http://jahamy.blogspot.my/
      http://kassimahmad.blogspot.my/
      http://yakjujdanmakjuj.com/blog/
      http://bahayamembaca.blogspot.my/
      https://quranisnusantara.wordpress.com/
      http://republikjiwamerdeka.blogspot.my/

      Walau apapun bacaan kita, rujuklah AlQuran semula. Semua itu hanya pendapat penulis & mungkin terdapat kesilapan.

      Delete
    2. Ada satu lagi surgaminda.wordpress.com

      Delete
    3. Terima kasih Asmah, tp tertinggal huruf 'y'.. ;)

      https://syurgaminda.wordpress.com/

      Delete