Monday 25 April 2016

The Ultimate Truth

Saya ingin memohon maaf kerana mengambil masa yang agak lama untuk kembali menulis.

Komitmen kerja tidak mengizinkan untuk saya menaip buah fikiran mengenai perkara seperti pada tajuk artikel ini.

Apakah dia the ultimate truth atau kebenaran hakiki ?

Arithmatic

Untuk menerangkan perkara ini, izinkan saya mengambil contoh perkiraan mudah sekolah rendah ;

2 + 2 = 4 @ Dua campur Dua bersamaan dengan 4.

Kebenaran hakiki ialah sesuatu yang tiada jawapan lain boleh dikaitkan dengan persoalan yang dikemukakan.

Yang berbeza hanyalah tajuk dan bahasa untuk kita mencapai jawapan kepada persoalan ini. 

Untuk perkiraan di atas mereka yang berbahasa Inggeris akan mengenali tajuk kepada persoalan dan jawapan ini sebagai Mathematic.

Mereka yang berbahasa Melayu mengenalinya sebagai Ilmu Kira-Kira atau Ilmu Hisab.

Bangsa Cina mungkin mengenalinya sebagai Shuxue. India Ganit. Manakala orang-orang Jepun mengenalinya Sugaku No (saya mungkin silap di dalam mengenal pasti nama-nama ini).

Biarpun nama-nama yang berbeza, namun setiap ketamadunan yang pelbagai ini membuat kesimpulan bahawa nilai dua bila di tambah dengan nilai yang sama iaitu dua, pertambahannya akan berjumlah empat.

Bagaimanakah kesemua ahli fikir dan kaji selidik di dalam bidang matematik kepada setiap ketamadunan ini dapat membuat kesimpulan yang sama iaitu 2 +2 = 4.

Ianya dapat disimpulkan dengan membuat pemerhatian atau observation ke atas nilaian ini. 

Selepas membuat pemerhatian barulah suatu kesimpulan dapat di capai. 

Dan oleh kerana tiada kesimpulan lain boleh dicapai kepada permasalahan ini maka bolehlah kita katakan dengan selamat bahawa ini adalah KEBENARAN HAKIKI atau THE ULTIMATE TRUTH.

Realiti Kehidupan
Sekarang mari kita terapkan teori ini ke dalam realiti kehidupan.

Seperti yang kita semua ketahui, lebih daripada 90 peratus manusia di dunia ini mempunyai agama yang menjadi amalan kehidupan mereka.

Cuba senaraikan seberapa banyak agama yang anda tahu namanya dan serba sedikit theologinya. 

Islam, Judaism, Hindu, Buddha, Kristian, Zoroaster, Yazidi, Taoism, Shinto, Bahai senarainya pasti akan menjadi berjela-jela.

Di dalam kesemua agama ini, yang mana satukah pada firasat anda membawa KEBENARAN HAKIKI ?

Jika anda mengemukakan persoalan ini kepada para penganut kesemua agama ini, pasti mereka mengatakan bahawa agama yang mereka percayalah membawa kebenaran hakiki.

Akibatnya mereka sanggup berbunuh dan berperang untuk menyatakan perkara ini. Hakikatnya adakah ia begitu ?

Para pembaca yang saya hormati, kita sekarang berada di dalam sebuah dunia yang dikenali sebagai KEHIDUPAN.

Ini adalah hakikat yang perlu kita sedari.

Untuk itu, apa yang perlu kita buat ialah perhati atau observe mengenai dunia kehidupan yang kita lalui kini untuk mencari KEBENARAN HAKIKI.

Pemerhatian

Ambil satu persoalan mudah mengenai kehidupan, perhatikan melalui teropong pelbagai agama kemudian seterusnya buat kesimpulan dengan meneliti dari sudut semua agama. 

Adakah kita akan mencapai kesimpulan yang sama ?

Jika ya, itulah KEBENARAN HAKIKI yang kita cari-cari. 

Sebagai contoh : Jika kita perhatikan kesemua agama mengenengahkan ritual masing-masing.

Katalah Agama A ada Ritual A. Agama B dengan Ritual B dan Agama C dengan Ritual C.

Masing-masing mengatakan bahawa ritual-ritual ini diperintahkan oleh Tuhan atau Zat yang lebih besar dari manusia mengikut kepercayaan masing-masing.

Bagi kegunaaan artikel ini, saya mengambil contoh realiti kehidupan mengenai bagaimana mahu menjadi berjaya menurut pandangan agama. 

Agama A sarankan Ritual A = berjaya

Agama B sarankan Ritual B = berjaya

Agama C sarankan Ritual C = berjaya

Untuk mendapat Kebenaran Hakiki kita perlu perhatikan di dalam agama yang manakah penganutnya seratus peratus berjaya. 

Ingat ! Kebenaran hakiki ialah satu keadaan yang kita tiada jawapan lain yang boleh dikaitkan selain mengatakan ianya adalah benar.

Pasti kita akan dapati bahawa di dalam setiap agama ada kumpulan yang berjaya dan ada pula kumpulan yang gagal.

Oleh yang demikian, kita bolehlah buat kesimpulan bahawa tiada ritual yang benar secara hakiki.

Sekarang, oleh kerana kita dapati tiada ritual yang benar secara hakiki, apa kata kita ambil pula beberapa orang yang tidak percayakan ritual.

Adakah orang-orang yang tidak percayakan ritual kesemuanya berjaya ? 

Untuk mereka yang menganut agama Islam, saya pasti jika merenung di sekeliling sudah tentu anda dapat melihat sanak saudara yang malas "solat" di rumah apatah lagi ke "masjid".

Adakah mereka ini semua berjaya ? Ada yang berjaya ada yang tidak, bukankah begitu ?

Oleh yang demikian, tidak membuat ritual juga bukanlah jawapan hakiki untuk persoalan kepada bagaimana mahu berjaya.

Oleh yang demikian, persoalan bagaimana mahu berjaya melalui pandangan agama gagal dibuktikan secara hakiki.

Jawapan kepada kebenaran hakiki yang kita cari boleh di perhatikan melalui perkara yang ada pada kesemua orang yang berjaya. 

Persamaan inilah yang menyebabkan mereka berjaya.

Bagi saya persamaan yang ada pada kesemua orang yang berjaya ialah suatu nilai dan sikap yang sama iaitu USAHA.

Jikalah saya boleh tuliskan ianya dalam bentuk formula mungkin ia menjadi sebegini ;

Percaya Ritual + Usaha = Berjaya

Tidak Percaya Ritual + Usaha = Berjaya

Percaya Ritual - Usaha = Gagal

Tidak Percaya Ritual - Usaha = Gagal

Kesimpulan

Kesimpulan yang kita boleh dapati dari kaji selidik ini ialah :-

a. Untuk mencari kebenaran hakiki kita perlu memerhati
b. Untuk berjaya kita perlu berusaha ; dan
c. Kebenaran Hakiki tidak boleh ditemui menerusi saluran agama

Seandainya kita mempercayai ritual seratus peratus - 

yang Islam buat solat seribu rakaat sehari, yang Hindu buat pooja setiap hari, yang Judais  mengangguk-angguk di hadapan tembok menangis dengan sejuta kali anggukan manakala yang kristian hari-hari melakukan ritual sacraments .. tetapi mereka tidak berusaha untuk keluar rumah dan mencapai impian maka impian mereka hanya tinggal mimpi. Garis mula pun mereka tidak nampak.

Begitu juga jika jika kita langsung tidak mempercayai ritual pula -

yang Islam tidak pernah membuat ritual "solat" walaupun satu rakaat, yang Hindu langsung tidak pernah membuat ritual pooja seumur hidup, yang Judais langsung tidak pernah mengangguk di hadapan tembok batu dan yang kristian langsung tidak pernah melakukan ritual sacraments seumur hidupnya .. tetapi mereka tidak berusaha untuk keluar rumah dan mencapai impian maka impian mereka hanya tinggal mimpi. Garis mula pun mereka tidak nampak.

Sebaliknya jika kita menterbalikkan proses ini iaitu ;
Jika kita mempercayai ritual seratus peratus - 

yang Islam buat solat seribu rakaat sehari, yang Hindu buat pooja setiap hari, yang Judaism  mengangguk-angguk di hadapan tembok menangis dengan sejuta kali anggukan manakala yang kristian hari-hari melakukan ritual sacraments .. dan mereka berusaha untuk keluar rumah demi mengejar impian maka suatu hari nanti mereka pasti akan menemui garisan penamat kepada impian itu.

Begitu juga jika jika kita langsung tidak mempercayai ritual pula -

yang Islam tidak pernah membuat ritual solat walaupun satu rakaat, yang Hindu langsung tidak pernah membuat ritual pooja seumur hidup, yang Judaism langsung tidak pernah mengangguk di hadapan tembok batu dan yang kristian langsung tidak pernah melakukan ritual sacraments seumur hidupnya .. dan mereka berusaha untuk keluar rumah demi mengejar impian maka suatu hari nanti mereka pasti akan menemui garisan penamat kepada impian itu.

Saudara boleh teruskan kajian ini dengan mengambil persoalan-persoalan mudah di dalam kehidupan seperti bagaimana mahu menjadi manusia yang berpengetahuan, bagaimana mahu menjadi terkenal, bagaimana mahu menjadi menteri dan sebagainya.

Adakah kita membuat ritual atau tidak bukanlah hakikat kebenarannya, tetapi USAHA itulah kebenaran hakiki yang menjadikan kita berjaya. 

Inilah realiti dan hakikat dunia kehidupan yang kita sekarang sedang alami. Inilah yang mebezakan mereka yang berjaya dengan yang gagal.

Izinkan saya mengambil contoh masyarakat Jepun. Mereka percaya kepada suatu agama yang dikenali sebagai Shinto. 

Agama ini mempunyai theologi dan ritualnya yang tersendiri. 

Apakah anda rasa masyarakat Jepun menjadi begitu berjaya kerana mengamalkan ritual Shinto ? Atau kerana mereka mengadaptasi nilai-nilai yang benar seperti berusaha keras, menepati masa, menjaga kebersihan dan lain-lain.

Cuba selidik apakah yang di didik oleh masyarakat Jepun kepada generasi muda mereka ? 

Adakah mereka mendidik ritual shinto atau nilai-nilai berusaha keras, menepati masa, menjaga kebersihan dan lain-lain ?

Berikut adalah sedikit laporan mengenai salah satu tradisi kebanggaan masyarakat Jepun. Perhatikan kepada ketepatan masa rangkaian tren mereka.

Rail transport in Japanese culture[edit]

Punctuality[edit]

Japanese railways are among the most punctual in the world. The average delay on the Tokaido Shinkansen in fiscal 2012 was only 0.6 minutes.[14] When trains are delayed for as little as five minutes, the conductor makes an announcement apologizing for the delay and the railway company may provide a "delay certificate" (遅延証明書), as no one would expect a train to be this late. Japanese passengers rely heavily on rail transit and take it for granted that trains operate on time. When trains are delayed for an hour or more, it may even appear in the newspaper.[15] However, some argue that railway staff are under too much pressure from the public. These stringent standards are considered contributors to the cause of serious accidents such as the Amagasaki rail crash in 2005.[16]

Baru-baru ini ada sebuah syarikat penerbangan di Malaysia yang mempelopori penerbangan patuh syariah, di mana pramugarinya memakai tudung, memastikan makanan yang dihidang "halal", tidak menghidang arak, membaca doa kenderaan dan sebagainya.

Tidak sampai 4 bulan, syarikat ini terpaksa menghentikan operasi. 

Ia terpaksa berbuat begitu bukan kerana tidak cukup patuh syariah tetapi kerana servis yang buruk seperti gagal menepati masa, gagal menyediakan kapal terbang pada hari yang ditetapkan, tidak mematuhi Undang-Undang Penerbangan Awam dan kegagalan lain.

Maka dengan itu, saudara dan saudari para pembaca itulah KEBENARAN HAKIKI yang kita cari di dalam kehidupan yang kita lalui ini. 

Kita tidak boleh keluar dari dunia kehidupan ini untuk mencari jawapan kepada persoalan kita.

Ini adalah kerana jika kita keluar dari alam kehidupan ini maka kita dapati tiada sesiapa pun yang berjaya kembali ke sini untuk membuat kesimpulan mengenai alam sesudah mati.

Bagaimanakah rupa dan realiti alam sesudah mati tiada sesiapun tahu dengan benar. 

Oleh yang demikian, berdiskusi mengenainya adalah suatu perbuatan yang sia-sia.

Namun, mengambil untung nasib kita di dunia ini ke dalam tangan kita. Itu berada di dalam kuasa kita sebagai seorang manusia biasa.

Jika kita sentiasa berbuat yang terbaik untuk diri, keluarga dan masyarakat sekeliling pastilah ada balasan baik untuk kita disediakan oleh Tuhan, bukankah Tuhan Maha Mengasihani ?

Akhir sekali, agama, sampai bilakah manusia mahu menipu diri sendiri dengan budaya ini ?



 Ashwed

18 comments:

  1. Kumpulan Abu Sayyaf - contoh manusia yg berada dalam 'naar'.

    https://www.youtube.com/watch?v=i0XvgbJr9U0 (Samal Island Kidnappers - Philippines 2015 )

    Lelaki yg sebelah baju biru tu, John Ridsdel sudah dipenggal semalam kerana tidak bayar wang tebusan. Di akhir video, dengan tak malunya mereka melaungkan takbir. Sedangkan perbuatan2 mereka jelas sekali kontra dengan Al-Quran.

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Teringat masuk kelas Ungku Aziz. My friend ajak masuk sebab jumlah pelajar ramai. So tak perasan lah I yang bukan student untuk kelas tu.

    It was very interesting because it was about philosophy or theory of ... err I pun tak tau apa term mau kasi.

    Lebih kurang macam ni la seingat I.
    Abu adalah Melayu.
    Melayu makan nasi.
    Semua Melayu makan nasi.

    I was like belajar apa ni. Maybe it is about perception. Or maybe about stereotyping people.

    And in reality memang berlaku rupanya.

    Non

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,....bunyi macam kelas pemikiran kritis.

      Delete
    2. Salam.
      Kelas falsafah. Ayat 1 fakta. Ayat 2 fakta. Tapi ayat 3 mungkin nukan fakta. Cara yg sama diguna dlm pengiklanan, agama, spin monger utk mengelirukan org. Ultimate truth is when ayat 3 juga fakta.
      Kelas ini juga ajar pola2 logik yg lain...induksi, deduksi, dll. Forgot most of it *_* but bolehlah... kalau org cuba temberang, i can spot the pattern.

      Delete
  3. Saudaraku, izinkan saya teruskan c/p'kan ayat2 qrn dr Surah Al Baqoroh 21 - 100;

    2:21 Wahai manusia berkhidmatlah kepada Pemelihara yang mencipta kamu dan sekelian manusia sebelum kamu supaya kamu prihatin kepada Dia.
    2:22 Dia yang menjadikan bumi tempat kamu menginap dan langit bagaikan bumbung dan diturunkan dari langitnya air bagi mengeluarkan buah- buahan dari ladang sebagai rezeki maka janganlah kamu mengadakan bandingan atau tandingan bagi Allah sedang kamu mengetahuinya.
    2:23 Jika kamu keraguan dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami maka datangkan suatu surah yang semisal dengannya dan serulah saksi-saksi kamu selain Allah jika kamu orang yang benar.
    2:24 Dan jika kamu tidak lakukan malahan tidak akan dapat kamu lakukan maka prihatinlah api yang bahan bakarnya manusia dan batu disediakan bagi orang yang tidak percaya.
    2:25 Dan sampaikan khabar gembira ini kepada orang yang amanah dan yang beramal soleh bagi mereka syurga mengalir dibawahnya sungai-sungai setiap mereka diberikan rezeki dari buah-buahan dan mereka berkata inilah apa yang telah diberikan rezeki sejak dahulu dan mereka diberikan dengan yang serupa dan bagi mereka didalamnya pasangan yang disucikan dan mereka berkekalan didalamnya.
    2:26 Allah tidak malu mencetuskan misalan walau dengan se-ekor agas atau apa yang lebih halus darinya maka orang yang amanah mengetahui dianya yang sebenar dari Pemelihara mereka dan orang yang tidak percaya berkata apakah yang dikehendaki Allah dengan misalan ini maka ramai yang sesat darinya dan ramai yang mendapat pertunjuk darinya dan tidak sesat dengannya melainkan orang yang fasik.
    2:27 Orang yang melanggar perjanjian dengan Allah sesudah diteguhkan janjinya kemudian mereka memutuskan apa yang diperintahkan Allah supaya dihubungkan dan mereka yang telah melakukan kefasikan dibumi maka mereka itulah orang yang rugi.
    2:28 Bagaimana kamu tidak mempercayai Allah sedang kamu diawalnya mati maka dihidupkan kamu kemudian dimatikan kamu kemudian kepada Dia kamu dikembalikan.
    2:29 Dan Dia yang mencipta bagimu apa yang dibumi kesemuanya kemudian dipenuhi langitnya dan disempurnakan tujuh langit dan Dia dengan segala sesuatu yang mengetahui.
    2:30 Dan ketika Pemeliharamu berkata kepada malaikat Aku akan jadikan pengganti dibumi maka mereka berkata apakah Kamu akan menjadikan orang fasik yang menumpahkan darah didalamnya sedangkan kami setia menyanjungi Kamu dan memuji Kamu dan kami suci disisi Kamu maka Dia berkata Aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahuinya.
    bsmbg,

    ReplyDelete
  4. smbg,
    2:31 Malahan Dia yang mengajar aadama sekelian nama-nama kemudian Dia berpaling kepada malaikat dan berkata khabarkan nama-nama semua ini jika kamu orang yang benar.
    2:32 Mereka berkata Kamu disanjung tiada ilmu bagi kami melainkan apa yang Kamu ajarkan dan hanya Kamu yang Mengetahui yang Bijaksana.
    2:33 Dia berkata wahai aadamu khabarkan kepada mereka nama-namanya setelah dikhabarkan kepada mereka nama-namanya maka Dia berkata bukankah Aku katakan kepadamu Aku mengetahui yang ghaib dilangit dan dibumi dan yang kamu zahirkan atau yang kamu sembunyikan.
    2:34 Dan ketika Kami berkata kepada malaikat patuhilah kepada aadama maka mereka mematuhinya kecuali ibliisa dia enggan dan dia takbur maka dia adalah darinya orang yang tidak percaya.
    2:35 Dan Kami berkata wahai aadamu hunilah kamu dan pasanganmu disyurga dan makanlah sepuasnya sepertimana kamu kehendaki dan jangan dekati struktur ini jika didekati kamu darinya orang yang zalim.
    2:36 Maka mereka telah digelincirkan oleh syaitan maka dikeluarkan mereka darinya dan Kami berkata keluarlah kamu kepada sebahagian yang lain bermusuhan dan bumi tempat penginapanmu dan bersenanglah sehingga kepada suatu tempoh yang ditetapkan.
    2:37 Maka aadamu menerima kalimaatin dari Pemeliharanya dan bertaubat kepada Dia dan hanya Dia Penerima taubat dan yang Penyayang.
    2:38 Kami berkata keluarlah kamu kesemuanya dan jika datang kepadamu petunjuk maka sesiapa mengikuti petunjuk pasti tiada ketakutan dan tiada kerisauan bagi mereka.
    2:39 Dan orang yang tidak percaya dan mendustakan ayat-ayat Kami mereka itu penghuni api dan mereka berkekalan didalamnya.
    2:40 Wahai banii israaiila ingatlah ni’mat yang dilimpahkan kepadamu dan tunaikan janjimu kepada Aku pasti Aku tunaikan janji Aku kepada kamu dan kamu akan merasa kagum dan berbangga dengannya.

    ReplyDelete
  5. smbg,
    2:41 Maka amanahlah dengan apa yang diturunkan dan disahkan dan apa yang bersamamu dan jangan kamu menjadi orang yang pertama tidak percaya dan jangan kamu niagakan ayat-ayat Aku dengan nilai/harga yang terendah dan prihatinlah kepada Aku.
    2:42. Dan jangan kamu mencampurkan yang benar dengan yang palsu dan kamu sembunyikan yang benar sedangkan kamu mengetahuinya.
    2:43. Dan laksanakan kewajipanmu dan tunaikan kemurnianya dan patuhilah kamu bersama mereka yang patuh.
    2:44. Apakah kamu menyeru manusia sembunyikan dan melupakan dirimu sedangkan kamu membaca kitab maka tidakkah kamu fikirkan.
    2:45. Dan mohonlah pertolongan dengan sabar dan laksanakan kewajipanmu dianya keutamaan bagimu dan bagi orang yang merendah diri.
    2:46. Sesungguhnya orang yang berprasangka akan pertemuanya dengan Pemelihara mereka pasti dikembalikan kepada Dia.
    2:47. Wahai banii israaiila ingatlah ni’mat Aku yang Aku limpahkan keatas kamu dan Aku melebihkan kamu dari seluruh alamnya.
    2:48. Dan prihatinlah suatu hari tiada ganjaran suatu jiwa keatas jiwa yang lain sedikit pun dan tidak diterima darinya sesuatu perantaraan atau pampasan malahan mereka tidak akan ditolong.
    2:49. Dan ketika Kami selamatkan kamu dari keluarga fir’aun yang menindas kaum kamu dengan azab yang dahsyat dengan menghapuskan anak-anak lelakimu dan membiarkan hidup anak-anak perempuanmu maka diturunkan bencana dahsyat dari Pemelihara kamu yang Agung.
    2:50. Dan ketika Kami bahagikan lautan maka Kami selamatkan kamu dan menenggelamkan pengikut fir’aun sedang kamu menyaksikanya.
    bsmbg,

    ReplyDelete
  6. smbg,
    2:51 Dan ketika Kami menjanjikan muusaa empat puluh malam kamu telah mengambil -l’ijla sesudahnya maka jadilah kamu orang yang zalim.
    2:52 Maka Kami maafkan kamu sesudah itu supaya kamu berterima kasih.
    2:53 Kami berikan muusaa kitab dan furqaana supaya kamu dapat petunjuk.
    2:54 Dan ketika muusaa berkata kepada kaumnya wahai kaumku kamu telah menzalimi dirimu dengan mengambil -l’ijla maka bertaubatlah kepada Pencipta kamu atau hapuskan jiwamu jika dianya keutamaan disisi Pencipta kamu malahan Dia yang menerima taubat kamu dan hanya Dia Penerima taubat dan yang Penyayang.
    2:55 Dan ketika kamu berkata wahai muusaa kami tidak amanah kepadamu sehingga kami melihat Allah dengan nyata maka mereka telah disambar petir sedang kamu melihatnya.
    2:56 Kami bangkitkan kamu sesudah mati supaya kamu berterima kasih.
    2:57 Dan Kami naungi awan dan menurunkan -lmanna wassalwa maka makanlah dari rezeki terbaik yang Kami anugerahkan maka mereka tidak menzalimi Kami malahan mereka menzalimi diri mereka sendiri.
    2:58 Dan ketika Kami berkata masuklah kedalam khariah ini dan makanlah dari apa yang kamu kehendaki sepuasnya dan masuklah kedalamnya melalui pintunya dan katakan ampunilah kami pasti Kami ampunkan kesalahanmu dan menambah keampunan bagi orang yang jujur.
    2:59 Maka orang yang zalim menggantikan perkataan yang bukan dikatakan kepada mereka maka Kami turunkan bencana dari langitnya keatas orang yang zalim dan mereka yang melakukan kefasikan.
    2:60 Dan ketika muusaa memohon air bagi kaumnya Kami berkata ketuklah tongkatmu kepada batu maka terpancarlah dua belas mata air pasti mengetahui setiap ummat tempat minumnya maka makan dan minum olehmu rezeki dari Allah dan jangan kamu lakukan kefasikan dibumi.
    bsmbg,

    ReplyDelete
  7. The ultimate truth is that we must express out the Highlight that we hakikatly are and how we express out is up to us.. Whether the Islamic way or Hindu way or Buddhist way etc. The way is just a way.. What's important is our awakening and how much light we express out.

    ReplyDelete
  8. smbg,
    2:61 Dan ketika mereka berkata wahai muusaa kami tidak sabar dengan satu jenis makanan maka mohonlah bagi kami dari Pemeliharamu supaya diberikan kami dari apa yang tumbuh dibuminya seperti sayuran yang menjalar dan bawang putih dan merah dan dari bijirin maka dia berkata apakah kamu ingin menggantikan yang utama dengan yang lebih rendah maka kembalilah kamu ketempat asalmu dan minta apa yang kamu kehendaki maka mereka ditimpa kepapaan dan kemiskinan dan mereka kembali kepada kemurkaan Allah malahan mereka telah mengingkari ayat-ayat Allah dan mereka menghapuskan nabinya tanpa hak dan mereka mendurhakai dan melanggar perintah Dia.
    2:62 Sesungguhnya orang yang amanah dan orang haaduu dan nashaaraa dan ashaabi-iina dan sesiapa amanah kepada Allah dan hari akhiratnya dan beramal soleh maka ganjaranya dari Pemelihara mereka malahan mereka tidak merasa takut dan tidak merasa sedih dengannya.
    2:63 Dan ketika Kami mengambil perjanjian denganmu dan Kami angkat kamu kekemuncaknya maka ambil dianya apa yang Kami berikan dengan teguh dan ingatlah apa yang didalamnya supaya kamu prihatin.
    2:64 Kemudian kamu berpaling sesudahnya jika tidak kerana pemberian dan rahmat dari Allah pasti kamu menjadi darinya orang yang rugi.
    2:65 Pasti mengetahui orang yang melanggar perintah hari -ssabti diantara kamu maka Kami jadikan kamu seperti kera yang melarat.
    2:66 Maka Kami jadikan tauladan atas kejadian terdahulu dan sekarang sebagai pelajaran bagi orang yang prihatin.
    2:67 Dan ketika muusaa berkata kepada kaumnya, Allah telah perintahkan kamu supaya menyembelih lembu maka mereka berkata apakah kamu mengambil kami sebagai gurauan dan berkata aku berlindung kepada Allah dari menjadi orang yang bodoh.
    2:68 Mereka berkata serulah Pemeliharamu supaya diterangkan cirinya maka dia berkata lembunya tidak yang tua dan tidak terlalu muda malahan sederhana diantaranya maka lakukan apa yang diperintahkanya.
    2:69 Mereka berkata serulah Pemeliharamu supaya diterangkan apakah warnanya maka dia berkata lembu itu kekuningan warnanya dan menyenangkan orang yang melihatnya.
    2:70 Mereka berkata serulah Pemeliharamu supaya diterangkan apakah ciri-cirinya yang sebenar kerana semua lembu serupa bagi kami dan jika dikehendaki Allah pasti kami mendapat petunjuk.
    smbg,

    ReplyDelete
  9. smbg,
    2:71 Dia berkata dianya lembu yang tidak pernah digunakan bagi membajak tanah atau bagi mengairi ladang tanaman dan sejahtera kesihatanya dan tidak berbelang badannya maka mereka berkata kamu telah berkata benar dengan penjelasanya maka mereka menyembelihnya malahan hampir tidak mereka melakukanya.
    2:72 Dan ketika kamu menghapuskan suatu jiwa maka timbul pertikaian diantara kamu maka Allah keluarkan apa yang kamu sembunyikan.
    2:73 Maka Kami berkata libaskan sebahagian darinya dengan demikian Allah dapat menghidupkan yang mati dan memperlihatkan kepadamu tanda-ayatnya supaya kamu berfikir.
    2:74 Kemudian menjadi keras hatimu seperti batu atau lebih keras malahan dari batu-batu pun mengalir menjadi sungai-sungai dan apabila terbelah dianya mengeluarkan air dan diantaranya menggelunsur kerana takut kepada Allah malahan Allah tidak lalai dari apa yang kamu lakukan.
    2:75 Adakah kamu harapkan mereka amanah kepadamu malahan segolongan dari mereka mendengar kalimah Allah kemudian mereka mengubahnya setelah mereka memahaminya sedang mereka mengetahui.
    2:76 Dan apabila mereka bertemu orang yang amanah mereka berkata kami amanah dan apabila mereka berkumpul dengan sebahagian yang lain mereka berkata apakah yang tuhadditsu kepadamu dan bagaimanakah Allah memulainya dengan kamu supaya mereka dapat berhujah dengannya disisi Pemeliharamu maka apakah tidak kamu fikirkan.
    2:77 Apakah tidak mereka mengetahui yang Allah mengetahui segala apa yang mereka rahsiakan dan segala apa yang mereka zahirkan.
    2:78 Dan mereka yang ummiyyuuna tidak mengetahui -lkitaaba kecuali dongengan dan tidak lain melainkan mereka berprasangka dengannya.
    2:79 Maka celakalah orang yang menulis kitab dengan tangan mereka kemudian mereka mengatakan ini dari Allah dan diniagakan dengan harga terendah maka celakalah dengan apa yang tangan mereka tuliskan dan celakalah dengan apa yang telah mereka usahakan.
    2:80 Dan mereka berkata kami tidak disentuh api melainkan beberapa hari yang ditetapkan maka katakan sudahkah kamu mengambil perjanjian dengan Allah pastinya Allah tidak mungkiri janjinya atau kamu katakan terhadap Allah apa yang kamu tiada pengetahuan dengannya.
    bsmbg,

    ReplyDelete
  10. smbg,
    2:80 Dan mereka berkata kami tidak disentuh api melainkan beberapa hari yang ditetapkan maka katakan sudahkah kamu mengambil perjanjian dengan Allah pastinya Allah tidak mungkiri janjinya atau kamu katakan terhadap Allah apa yang kamu tiada pengetahuan dengannya.
    2:81 Maka sesiapa mengusahakan kejahatan dan bersekongkol dengannya maka mereka penghuni api dan mereka berkekalan didalamnya.
    2:82 Malahan orang yang amanah dan yang beramal soleh maka mereka itulah penghuni syurga dan mereka berkekalan didalamnya.
    2:83 Ketika Kami ambil perjanjian dengan bani israaiila bahawa jangan kamu berkhidmat selain Allah malahan lakukan kebaikan terhadap ibubapa dan saudara terdekat dan anak-anak yatim dan yang miskin dan berkata baik kepada sekelian manusia dan melaksanakan kewajipan dan menunaikan kemurnianya malahan kamu berpaling melainkan sedikit dari kamu yang amanah maka jadilah kamu mu’ridhuuna.
    2:84 Dan ketika Kami ambil perjanjian bahawa kamu tidak tumpahkan darah dan tidak tinggalkan daerah malahan kamu berikrar dan menyaksikanya.
    2:85 Kemudian kamu berbunuhan sesama sendiri dan mengusir sebahagian kamu dari daerahnya dan membantu melakukan dosa dan permusuhan dan bagi orang tawanan kamu ugut mereka sedangkan kamu dilarang pengusiran apakah kamu amanah kepada sebahagian kitab dan ingkar sebahagian maka tiada pembalasan bagi sesiapa melakukan demikian melainkan dihina didunia dan diakhirat mereka dikembalikan kepada azab yang dahsyat dan Allah tidak lalai dengan apa yang kamu lakukan.
    2:86 Mereka itulah orang yang perdagangkan duniawi dengan akhirat maka tidak dikurangi azabnya malahan mereka tidak diberi bantuan.
    2:87 Dan Kami datangkan kitab kepada muusa dan Kami susuli sesudahnya ciri-ciri kerasulan dan Kami datangkan kepada ‘iisa –bna maryama penjelasan dan Kami mantapkan dia dengan ruuhilqudusi malahan apabila datang kepadamu rasulnya jiwa kamu menolaknya dan tidak mengingininya dan kamu takbur dengannya dan sebahagianya kamu mendustakan dan sebahagian lagi kamu hapuskan mereka.
    2:88 Dan mereka berkata hati kami tertutup maka Allah melaknati mereka atas keingkaran mereka dan hanya sedikit dari mereka yang amanah.
    2:89 Dan setelah datang kepada mereka kitab dari Allah mengesahkan apa yang bersama mereka sebelumnya malahan mereka mengenalinya dari orang yang ingkar maka setelah datang apa yang mereka ketahui mereka mengingkarinya maka Allah melaknati orang yang ingkar.
    2:90 Alangkah hinanya mereka yang perdagangkan jiwa mereka dengan keingkaran dan angkuh kepada apa yang diturunkan Allah dan Allah menurunkan pemberianya kepada sesiapa dikehendaki dari hambanya maka mereka ditimpakan kemurkaan demi kemurkaan malahan azab yang sangat hina bagi orang yang ingkar.
    bsmbg,

    ReplyDelete
  11. smbg,
    2:91. Dan apabila dikatakan kepada mereka amanahlah kepada apa yang diturunkan Allah mereka berkata kami amanah kepada apa yang diturunkan kepada kami kemudian mereka mengingkarinya sedangkan dianya yang benar dan telah disahkan maka katakan mengapa kamu hapuskan nabi Allah sejak dahulu jika kamu orang yang amanah.
    2:92. Dan ketika muusaa datang dengan keteranganya kamu mengambil -l ijla dengannya malahan kamu telah melakukan kezaliman.
    2:93. Ketika Kami mengambil perjanjian dan mengangkat kamu kepada ththuura maka ambillah apa yang Kami berikan dengan teguh dan dengarlah maka mereka berkata kami dengar dan kami mendurhakainya maka diresapi kedalam hati mereka -l’ijla atas keingkaran mereka maka katakan sangat buruk dengan apa yang diperintahkan iimaanu kamu jika kamu adalah orang yang amanah.
    2:94. Katakan jika ada bagimu negeri akhirat disisi Allah khas selain dari manusia maka harapkan kematian jika kamu orang yang benar.
    2:95. Dan mereka tidak menginginkan selamanya dengan apa yang didahului tangan mereka dan hanya Allah yang mengetahui siapa yang zalim.
    2:96. Pasti kamu dapati manusia tamak dengan kehidupan duniawi malahan orang yang sekutu menghendaki dilanjutkan umur mereka walau seribu tahun maka tidaklah dia terlepas dari azabnya walaupun dilanjutkan usianya dan Allah pasti melihat segala apa yang mereka lakukan.
    2:97. Katakan sesiapa memusuhi jibriila sedangkan dialah yang menurunkan kedalam hatimu dengan izin Allah dan mengesahkan yang sebelumnya dan sebagai petunjuk dan berita gembira bagi orang yang amanah.
    2:98 Dan siapa memusuhi Allah dan malaikatnya dan rasulnya dan - jibriila dan -miikaila maka Allah memusuhi mereka yang tidak percaya.
    2:99 Pastinya Kami telah menurunkan kepadamu tanda-ayat yang jelas dan tidak mengingkarinya melainkan orang yang fasik.
    2:100 Mengapa setiap kali mereka berjanji sesuatu perjanjian sebahagian mereka mungkirinya malahan kebanyakan dari mereka tidak amanah.

    ReplyDelete
  12. Salam,.....jika itu lah impian yang dikejar dan hajat yang nak dicapai di surga nanti,maka.....saya rasa Mr.Ron Jeremy sudah pun menikmati surga itu tanpa perlu membunuh sesiapa pun.

    ReplyDelete
  13. Assalam semua....saya baru saja membaca wikipedia dan beberapa portal dan laman yg menghuraikan tentang golongan yg hanya mengikuti AlQuran atau Quranists, spt kita. Nampaknya banyak sekali fitnah ke atas golongan Quranists dan terhadap Quran itu sendiri. Pelik... mereka sendiri merujuk kepada golongan Quranists sebagai hanya mengikuti AlQuran tetapi menuduh kita berbuat dan percaya kepada perkara yg tiada dlm AlQuran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diorang ni sibuk pikir buruk kita yg diada-adakan sendiri oleh mereka. Buruk mereka sendiri tak nak dicari.

      Diorang tolak atau batalkan ayat2 Quran dan tokok tambah, tak apa pula, tak murtad tapi kita yang hanya guna Quran semata2 di katakan tolak Islam. Keliru tentang cara pemikiran diorang ni.

      Delete
  14. http://www.globalistagenda.org/religion.htm

    ReplyDelete
  15. http://www.globalistagenda.org/

    ReplyDelete