Monday 28 March 2016

Manusia Hipokrit

# Artikel ini ditulis sekadar sebagai muhasabah diri. Ia sekali-kali tidak ditulis sebagai profiling atau menghukum mana-mana manusia di dunia ini
Menurut perspektif Al Quran, manusia di bahagikan kepada 3 kategori besar.

Secara asasnya, yang benar-benar tahu kategori manakah manusia-manusia ini dialirkan hanyalah Tuhan, Zat Asal Yang Maha Memelihara makhlukNya sahaja.

Kita manusia tidak mempunyai hak dan kuasa untuk mengkategori mana-mana manusia kerana secara asasnya kita juga kelak akan dihakimi oleh Zat Asal.

Tujuan sebenar artikel ini hanyalah sebagai pengetahuan, iktibar dan sempadan bersama.

Moga-moga kita termasuk di dalam mereka yang mukhlas.

Secara ringkas, berikut adalah kategori tersebut ;

Orang-orang Yang Benar atau Muttaqi (AQ 2:1-5)

Manusia di dalam kategori ini boleh dikenali melalui ciri-ciri yang digariskan oleh Al Quran.

A001 
"Alif (satu), Lam (30), Mim (40)" AQ 2:1
 
A002 
"Kitab itu, di dalamnya tiada keraguan, petunjuk bagi orang-orang yang benar (lil-muttaqina)" AQ 2:2

A003 
"Yang percayai yang ghaib, dan mendirikan iltizam, dan belanjakan (yun-fi-kuna) sebahagian daripada apa Kami rezekikan mereka," AQ 2:3

A004 
"Yang yakin kepada apa yang diturunkan kepada kamu, dan apa yang telah diturunkan sebelum kamu, dan mereka yakin kepada pengakhiran (akhirati)" AQ 2:4

Mereka yang benar di bahagikan pula kepada dua tahap iaitu Muslim (orang yang damai) - tahap mula. Dan Mukmin (orang yang yakin) - tahap tinggi.

A014

"Orang-orang Arab berkata, "Kami yakin (aman-na)" Katakanlah, "Kamu tidak yakin (takmun-nu); tetapi katakanlah, 'Kami damai (aslam-na)'; kerana yakin (imanu) belum lagi masuk ke dalam hati kamu. Jika kamu taati Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan menyusutkan kamu sedikit pun daripada amalan-amalan kamu. Sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih" AQ 49:14 

Orang Yang Damai (Muslim)

Ciri-ciri utama Muslim ialah, mereka mestilah orang-orang yang berbuat kebaikan;
 
A125 
 
"Dan siapakah lebih baik anutannya daripada orang yang mendamaikan (as-lama) mukanya (waj-ha-hu) kepada Allah, sedang dia seorang buat baik, dan yang ikut cara (mil-lata) Ibrahim, seorang yang lurus? Dan Allah ambil Ibrahim sebagai seorang sahabat" AQ 4:125


A112 
 
"Ia, sesiapa yang damaikan mukanya (waj-ha-hu) kepada Allah, sedang dia seorang buat baik, maka upahnya adalah di sisi Pemeliharanya, dan tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih" AQ 2:112

Orang Yang Yakin (Mukmin) 

Ciri-ciri mereka yang yakin boleh di dapati di dalam surah khas yang dikenali sebagai Sural Al-Mukminun.

Ciri yang paling penting ialah mereka ini mestilah orang yang berjaya; 

 A001
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang yakin (muk-minuna)" AQ 23:1
  
Siapakah orang-orang yang berjaya ? Mereka sudah tentulah orang yang memberi sepenuh fokus kepada iltizam mereka masing-masing.

A002 
"Iaitu mereka yang fokus (kha-syi-oo-na/khusyuk) dalam iltizamnya (salatihim)" AQ 23:2
  
Mereka mengekalkan fokus tersebut sehingga jarang bergebang atau bersembang dan membuang masa untuk perkara yang sia-sia ;

A003
"Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia" AQ 23:3

mereka mendedikasikan kehidupan mereka sepenuhnya kepada iltizam itu dengan semurni-murninya;





A004

"Dan mereka yang berusaha memurnikannya (liz-zakawati)" AQ 23:4

Sesudah mencapai kejayaan, orang-orang ini seterusnya tidak akan ragu-ragu untuk menggunakan kejayaan mereka itu bagi menolong orang lain.

Inilah yang dikenali sebagai fi-sabi-lillah (di jalan Allah). 

Di jalan Allah membawa makna membuat perkara-perkara yang di sarankan Allah seperti bersedekah, menjaga kesihatan, memberi pendidikan dan lain-lain.

Iaitu dengan melakukan perkara-perkara ini dengan tujuan untuk kemajuan orang lain setelah berjaya memajukan diri sendiri.

Fi-sabi-lillah tidak pernah membawa maksud mengorbankan diri kepada Allah bagi mempertahankan ritual keagamaan. 

Tuhan, Zat Yang Maha Berkuasa tidak memerlukan kita membunuh diri kita untukNya, apatah lagi untuk sebuah organisasi keagamaan yang kita rekacipta sendiri. 

Ini adalah kerana pada asalnya Dialah yang mewujudkan kita di dunia ini. 

Adalah tidak masuk akal setelah Dia mewujudkan kita, kemudian Dia perintahkan pula untuk kita membunuh diri untukNya. 

Ini namanya indecisive atau kesukaran membuat keputusan. Hanya manusia mempunyai sikap sebegini.

Di dalam keterangan di bawah "berjuang dengan harta DAN JIWA MEREKA" membawa erti memberi sepenuh tenaga untuk suatu usaha seperti menubuhkan kelab, yayasan atau badan amal untuk memajukan orang lain.

Dengan bahasa moden mereka ini adalah yang yang melakukan aktivism kemasyarakatan.

Untuk suatu tahap yang bersesuaian menubuhkan sebuah Parti Politik juga boleh dikategorikan sebagai usaha memajukan orang lain. 
 
A015
"Orang-orang yang mukmin ialah orang-orang yang yakin (amanu) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian tidak ragu-ragu, dan berjuang dengan harta mereka dan jiwa mereka di jalan Allah; mereka itu, merekalah orang-orang yang benar" AQ 49:15

Sebagai contoh, inilah maksud ciri-ciri perwatakan kategori sebegini ;

Bill & Melinda Gates Foundation (or the Gates Foundation, abbreviated as BMGF) is the largest private foundation in the world, founded by Bill and Melinda Gates. It was launched in 2000 and is said to be the largest transparently operated private foundation in the world.[4] The primary aims of the foundation are, globally, to enhance healthcare and reduce extreme poverty, and in America, to expand educational opportunities and access to information technology. The foundation, based in Seattle, Washington, is controlled by its three trustees: Bill Gates, Melinda Gates and Warren Buffett. Other principal officers include Co-Chair William H. Gates, Sr. and Chief Executive Officer Susan Desmond-Hellmann.[5]
It had an endowment of US$44.3 billion as of 31 December 2014.[3] The scale of the foundation and the way it seeks to apply business techniques to giving makes it one of the leaders in venture philanthropy,[6] though the foundation itself notes that the philanthropic role has limitations.[7] In 2007, its founders were ranked as the second most generous philanthropists in America, and Warren Buffett the first.[8] As of May 16, 2013, Bill Gates had donated US$28 billion to the foundation.[1][9]
 
Mereka Yang Menolak atau Kafir (AQ 2:6-7)

Mereka yang menolak ialah orang-orang yang enggan melakukan perkara-perkara yang baik dan benar seperti di atas.

Mushrik

Mereka ini pula adalah manusia yang percaya bahawa Tuhan itu wujud dan Esa tetapi mengadakan sekutu kepada keEsaan Tuhan.

Perkara ini banyak terjadi kepada manusia tanpa mereka sendiri sedari. 

A022
"Dan pada hari Kami kumpulkan mereka kesemuanya, kemudian Kami berkata kepada orang-orang yang sekutukan, "Di manakah sekutu-sekutu kamu yang kamu dakwakan?" AQ 6:22


A023
"Kemudian tiadalah pertikaian mereka, melainkan mereka berkata, "Demi Allah, Pemelihara kami, bukanlah kami orang-orang yang sekutukan" AQ 6:23


A024
"Perhatikan bagaimana mereka berdusta terhadap diri-diri mereka sendiri, dan bagaimana apa yang mereka ada-adakan hilang daripada mereka" AQ 6:24

Sebahagian besar mereka yang berada di dalam organisasi keagamaan berkemungkinan besar menepati ciri-ciri ini;

A106 
"Dan kebanyakan mereka tidak percayai Allah, melainkan dengan menyekutukan-Nya" AQ 12:106

Mereka ini juga termasuk di dalam kategori menolak atau rejectors atau kafir.
 
Manusia Hipokrit atau berpura-pura atau Munafik  (AQ 2:8-20)

Menurut perspektif Al Quran ini adalah kategori manusia yang paling hina.

Ini bermakna seseorang yang hipokrit bersikap lebih buruk dari seorang kafir;

A145
"Sesungguhnya orang-orang hipokrit (munafikina) berada di dalam bahagian yang paling bawah di Api, dan kamu tidak dapati bagi mereka sebarang penolong" AQ 4:145

Walaupun secara amnya hanya Tuhan yang benar-benar tahu pengkelasan ini, namun Dia memberikan kita sedikit garis kasar sebagai panduan untuk kita mengenali mereka yang berpura-pura ini.

Iaitu dengan mengetahui perkataan asas yang kesemua mereka sebut dan jadikan iktikad ;


A030
"Dan kalau Kami kehendaki, nescaya Kami tunjukkan mereka kepadamu sehingga kamu benar-benar dapat mengenal mereka dengan tanda-tandanya. Dan kamu benar-benar akan mengenal mereka dari perkataan mereka dan Allah mengetahui perbuatan kamu" AQ 47:30

Apakah perkataan yang menjadi standard iktikad manusia hipokrit ini ?

Ia boleh di dapati dengan jelas di dalam surah khas yang di kenali sebagai Surah Al-Munafikun.

Ini adalah ungkapan standard mereka ;





A001 
"Apabila orang-orang munafik datang kepada kamu, mereka berkata, “Kami saksikan bahawa kamu benar-benar Rasul Allah.” Dan Allah tahu bahawa kamu adalah benar-benar Rasul-Nya, dan Allah saksikan bahawa orang-orang munafik adalah benar-benar pendusta-pendusta" AQ 63:1

"Ashadoo Innaka la Rasul-lullah", begitu ungkapan standard mereka ini.

Ada yang mahu mengaku Nabi Musa sahajalah utusan (rasul) Allah yang sebenar.

Ada yang mahu mengaku bahawa Nabi Isa sahajalah utusan yang sebenar.

Ada pula yang hanya mahu mengaku bahawa Nabi "Muhammad" sahajalah utusan yang sebenar.

Yang mereka lupa ialah kesemua utusan ini hanya membawa satu mesej yang sama maka sudah tentulah kesemua utusan ini adalah benar.

Dan mereka juga terlupa bahawa oleh kerana Tuhan adalah entiti yang melantik, maka sudah tentu hanya Tuhan sahajalah saksi yang sebenar-benar layak menyaksikan perlantikan itu, bukan diri mereka.

Oleh kerana kita tidak pernah berada di situ semasa Tuhan melantik mana-mana utusan-Nya.  Maka sudah tentulah kita tidak sekali-kali layak menjadi saksi.

Ia melanggar prinsip utama Undang-Undang memberi keterangan iaitu sesiapa sahaja yang menyaksikan perlu berada di tempat kejadian sebelum layak menjadi saksi.

Ia juga adalah prinsip keadilan yang disarankan Al Quran ;

A044
"Kamu tidak berada di sebelah barat, ketika Kami tentukan perintah kepada Musa, dan tidak juga kamu antara orang-orang yang saksikan" AQ 28:44

Cukuplah sekadar Tuhan sebagai saksi.

A079
"Apa sahaja yang baik timpa kamu, ia adalah daripada Allah; apa sahaja yang buruk timpa kamu adalah daripada diri kamu sendiri. Dan Kami utus kamu kepada manusia sebagai Rasul, dan cukuplah Allah jadi saksi" AQ 4:79

Ungkapan standard inilah yang menjadi perisai utama golongan ini.

Dengan ungkapan inilah mereka menghakimi manusia-manusia yang tidak mahu bersama atau memasuki golongan mereka.

Dengan ungkapan ini jugalah mereka menghalangi manusia dari mengEsakan dan berada "di jalan Allah" secara penuh seluruh.


A002
"Mereka ambil sumpah-sumpah mereka sebagai perisai, kemudian mereka halangi jalan Allah. Sesungguhnya amat buruk apa yang mereka buat" AQ 63:2

Selain daripada ungkapan atau perkataan yang keluar dari mulut orang-orang ini, kita juga boleh mengenal mereka dari gaya pemakaian dan kepetahan memberi ceramah mengikut organisasi keagamaan mereka.








A004
"Apabila kamu lihat mereka, tubuh-tubuh mereka mengagumkan kamu; dan apabila mereka berkata, kamu dengar ucapan mereka dan mereka seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka sangka tiap-tiap teriakan adalah terhadap mereka. Mereka adalah musuh; maka berhati-hatilah terhadap mereka. Allah memerangi mereka! Bagaimanakah mereka dipalingkan!" AQ 63:4

Jika anda membaca blog ini dari awal, pasti anda dapat mengenalpasti ciri-ciri golongan ini dengan agak mudah.

Mereka juga boleh dikenali dengan tahap kerosakan yang telah dilakukan terhadap tempat yang mereka jadikan penempatan.

Mereka berperang, membunuh, menyembelih sesama sendiri, mengebom tempat-tempat yang mereka sendiri bina serta memusnahkan alam sekitar kurniaan Tuhan kepada mereka.

Tidakkah mereka ini berada di naar yang paling rendah ?

Kesimpulan


Jika anda amati dengan mendalam 3 kategori besar manusia seperti yang dijelaskan di atas.

Anda akan perasan bahawa satu-satunya standard utama untuk pengkelasan ini adalah bagaimana manusia membuat KEPUTUSAN di dalam menentukan halatuju hidupnya.

Tuhan tidak pernah melihat kepada pemakaian, pengenaan tudung atauberapa panjang janggut yang di simpan.

Begitu juga, Tuhan tidak melihat kepada kopiah atau sarban yang dipakai di kepala. 

Tuhan juga tidak melihat kepada berapa tebalnya celak yang seseorang itu gores di matanya atau berapa peratus bahagian tubuh manusia yang ditutup dengan  kain hitam.

Berapa rakaat ritual solat yang pernah di buat juga bukan standard keutamaan Tuhan, begitu juga dengan berapa jumlah pusingan tawaf mengelilingi batu, api atau pokok yang pernah manusia buat.

Ini semua bukanlah keutamaan.

Yang benar-benar membezakan manusia ialah KEPUTUSAN beliau atau bagaimanakah manusia menggunakan AKAL yang dikurniakan kepada dirinya.

Dengan akal inilah manusia menentukan halatuju hidupnya. Kejayaan dirinya bergantung kepada penggunaan akalnya.

Dan dengan akal yang sama jugalah manusia itu memporak perandakan hidupnya. 

Semoga kita berjaya membuat keputusan yang tepat.

Ashwed

 


5 comments:

  1. Adeh. Level damai pun tak meet.
    Selamat berjuang semua.

    Non

    ReplyDelete
  2. Salam sejahtera saudara sekelian!
    Terdapat 37-kali dari 11-surah perkataan 'munafik' disebut dalam Al Qurannulkarim;

    3:167 Dan bagi mengetahui orang munafik maka dikatakan kepada mereka marilah kita berjuang dijalan Allah atau berundur dan mereka berkata jika kami ketahui dianya suatu perjuangan pasti kami ikuti kamu tetapi mereka mengingkarinya dan pada hari itu mereka telah dekat dengan keamanahan dan mereka berkata dengan mulut mereka apa yang tiada dihati mereka dan Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan.

    4:61 Dan apabila dikatakan kepada mereka marilah kepada apa yang diturunkan Allah kepada rasulnya maka kamu melihat orang munafik menentang kamu dengan dahsyatnya.

    4:88 Mengapa kamu ketengahkan hal orang munafik sedangkan Allah telah kecundangkan mereka atas apa yang mereka usahakan dan adakah kamu ingin memberi petunjuk kepada sesiapa yang Allah sesatkan malahan sesiapa yang Allah sesatkan maka tiada lagi baginya jalan.

    4:138 Dan bagi orang munafik disediakan azab yang sangat dahsyat.

    4:140 Dan telah diturunkan kepadamu didalam kitab apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperkecilkan maka jangan kamu duduk bersama mereka sehingga mereka memasuki hadiitsin yang lain dan jika demikian kamu serupa mereka maka pasti Allah menghimpunkan orang munafik dan orang yang tidak percaya dalam jahannama.

    4:142 Orang munafik hendak muslihatkan Allah malahan Dia yang dapat muslihatkan mereka ketika mereka berdiri melaksanakan kewajipanya mereka berdiri dengan malas dan ingin menunjuk-nunjuk kepada manusia malahan mereka tidak mengingati Allah melainkan sedikit.

    4:145 Sesungguhnya orang munafik berada ditahap yang paling bawah dalam apinya dan tiada sesiapa yang dapat menolong mereka.

    8:49 Ketika berkata orang munafik dan orang yang dalam hati mereka ada penyakit mereka ini telah tertipu dengan diinu mereka maka siapa pasrah kepada Allah maka hanya Allah yang Perkasa yang Bijaksana.

    bsmbg,

    ReplyDelete
  3. smbg..

    9:64 Orang munafik sangat takut jika disampaikan walau satu surah yang menceritakan isi hati mereka maka katakan teruskan persendaan kamu dan pastinya Allah menzahirkan apa yang kamu takuti.

    9:67 Munafik lelaki dan munafik perempuan mereka saling bantu-membantu dan menyeru kepada kemungkaran dan mencegah akan kebaikan dan bergandingan-tangan melupai akan Allah pasti Allah melupai mereka malahan orang munafik itulah yang sebenarnya orang fasik.

    9:68 Allah menjanjikan munafik lelaki dan perempuan dan orang yang tidak percaya didalam jahannama mereka kekal dalamnya dan sesuai bagi mereka dan Allah melaknati mereka dengan azab yang berkekalan.

    9:73 Wahai nabi berjuanglah menentang orang yang tidak percaya dan orang munafik dan tegaslah terhadap mereka dan tempat mereka hanyalah jahannamu dan sangat buruk tempat kembali mereka.

    9:101 Dan dikalangan a’raabi disekeliling kamu adalah orang munafik dari penduduk -lmadiinati mereka berbangga dengan kemunafikan mereka dan kamu tidak mengetahui mereka tetapi Kami ketahui mereka maka diazabkan mereka dua kali dan dikembalikan kepada azab dahsyat.

    29:11 Dan Allah mengetahui siapa amanah dan siapa yang -lmunaafiqiina.

    33:1 Wahai nabi prihatinlah Allah dan jangan ikut orang yang tidak percaya dan orang munafik malahan Allah yang Mengetahui yang Bijaksana.

    33:12 Dan ketika berkata orang munafik dan orang yang dalam hati mereka ada penyakit tidak menjanjikan kepada kami Allah dan rasulnya melainkan penipuan.

    33:24 Allah yang memberi pembalasan keatas orang yang benar dengan kebenaranya dan disiksa orang munafik jika dikehendaki atau diterima taubat mereka sesungguhnya Allah yang Pengampun yang Penyayang.

    33:48 Dan janganlah kamu taati orang yang tidak percaya dan orang munafik dan jangan pedulikan gangguan mereka dan hasutan mereka dan probokasi mereka dan pasrahlah kamu hanya kepada Allah dan cukuplah hanya Allah yang mewakili kamu.

    33:60 Jika orang munafik yang sakit hati dan yang menyebar fitnah dikotanya dan tidak berhenti menganggumu pasti Kami gesa kamu menggempur mereka maka tidak mereka berjiran denganmu melainkan sebentar.

    33:73 Allah mengazabkan lelaki dan perempuan munafik dan yang sekutu dan sebaliknya Allah menerima taubat dari lelaki dan perempuan yang amanah malahan hanya Allah Pelindung dan yang Penyayang.

    bsmbg,

    ReplyDelete
  4. smbg,

    48:6 Dan diazabkan lelaki dan perempuan munafik dan yang sekutu dan yang berprasangka terhadap Allah apabila sampai giliran mereka yang dimurkai Allah maka dilaknati mereka dan disediakan jahannama bagi mereka malahan sangat buruk tempat kembali mereka.

    57:13 Dan pada hari lelaki dan perempuan munafik berkata kepada orang yang amanah tunggu! pinjamkan kami cahaya kamu maka katakan kembalilah kamu dan carilah cahaya Dia maka diadakan penghadang diantara mereka dimana didalamnya pintu rahmat dan yang diluarnya jalan menuju kepada azabnya.

    59:11 Tidakkah kamu perhatikan orang munafik berkata kepada saudaranya orang yang tidak percaya dari ahli kitab jika kamu diusir keluar pasti kami keluar bersamamu dan kami tidak mentaati sesiapa selain kamu selamanya dan jika kamu bersengketa pasti kami menolong kamu tetapi Allah menyasikan yang mereka itulah pendusta.

    63:1 Ketika orang munafik datang kepada kamu, mereka berkata kami menyaksikan yang kamu sebenar-benarnya rasul Allah pasti Allah mengetahui yang kamu rasul Dia malahan Allah menyaksikan orang munafik itulah yang sebenarnya pendusta.

    63:7 Mereka itulah orang yang berkata jangan kamu menafkahkan kepada orang yang bersekongkol dengan rasul Allah sehingga mereka berpecah darinya malahan hanya Allah memiliki perbendaharaan langit dan bumi malahan orang munafik tidak memahaminya.

    63:8 Mereka berkata jika kita kembali kekota pasti orang yang perkasa mengusir orang yang lemah malahan Allah dan rasulnya dan orang yang amanah itulah yang perkasa tetapi orang munafik tidak mengetahuinya.

    66:9 Wahai nabi berjuanglah menentang orang yang tidak percaya dan orang munafik dan bertegaslah dengan mereka malahan tempat penginapan mereka jahannamu tersangat buruk tempat kembali mereka.

    Sekian.

    ReplyDelete
  5. Sejak umur aku dah injak 30. Aku dah banyak belajar pasal perangai manusia yang hipokrit ni. Nak elak kena guna aku tak kan tunjuk kelebihan aku dekat orang lain. Kalau diorang tau dan nak gunakan aku aku akan kenakan dia balik macam tolong acuh tak acuh sampai niat orang tu tak kesampaian. Bila tak dapat apa yang dia nak mulalah nak sakitkan hati aku dan tunjuk perangai yang sebenar. Dan aku pun kenakan diorang lagi dengan tak balas call dengan whatsapp. Lepas tu tanya kenapa aku tak balas. Aku senyap jer sebab aku nak dia tertanya tanya kenapa aku buat macam tu. Sekali lagi dia diorang terkena lagi dengan aku haha

    ReplyDelete