Friday 11 November 2016

Doa

Kedamaian Untuk Semua,

Saya sedang mengemaskini bahan-bahan yang saya kumpul untuk kajian di masa hadapan.

Entah mengapa melihat semula bahan-bahan ini membuatkan saya benar-benar ingin berdoa. Walaupun saya tahu doa saya ini hanyalah sia-sia. Saya sedar bahawa nasib kita hanya boleh diubah dengan usaha kita sendiri.
Namun, di ketika ini terasa seperti ini sahaja yang mampu saya lakukan.

... Kepada Pemeluk Teguh, Pemelihara segala sesuatu yang tanpaNya diri ini tidak terciptakan. Demi kasih sayangMu yang tidak mengenal batas, selamatkanlah bangsa ini. Tunjukanlah kami jalan yang lurus, bukan jalan mereka yang di cemuh. Berikanlah sedikit kekuatan kepada mereka yang hidup hatinya di kalangan kami supaya dapat melawan ketaksuban yang menimpa bangsa ini.

 Ashwed

1 comment:

  1. Salam.
    Semalam tengok dokumentari about IS propaganza. Nazi pun guna media as propaganza tool.


    As you said doa saja la sebab dah tak tau nak buat untuk counyer propaganza ni

    Non

    ReplyDelete