Thursday 24 November 2016

Rumah Yang Bernama Politik

# Artikel ini bukan mengenai politik semasa tanahair. Ia bukan mengenai siapa benar dan siapa salah. Ia di tulis untuk cuba mencari kefahaman mengenai kehidupan di dunia ini dan dijadikan pedoman untuk melahirkan idea-idea yang lebih segar untuk menjadikan kehidupan kita lebih baik dari dahulu.

Kedamaian Untuk Semua,



"Sesungguhnya Firaun telah berbuat sewenang-wenangnya di muka bumi, serta dia menjadikan penduduknya bergolongan (syi-yaa-an). Dia menindas segolongan di antaranya dengan menyembelih anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah dia dari golongan yang membuat kerosakan" AQ 28:4 

Tidak berapa lama dahulu saya ada menulis sebuah artikel bertajuk Nilai Rohani : Realiti Dan Fantasi. Anda boleh membacanya di sini http://ashwed1973.blogspot.my/2016/08/nilai-rohani-realiti-dan-fantasi.html

Artikel tersebut menceritakan tentang peri pentingnya untuk melihat sesuatu di luar dari kotak pemikiran biasa dengan membahagikan semua subjek di dalam dunia ini kepada rumah-rumah yang berasingan.

Di dalam artikel itu, saya mencipta satu karakter yang saya gelar PENDETA. Pendeta atau SAGE di dalam Bahasa Inggeris kebiasaanya digambarkan sebagai seorang yang bijaksana dan berpengalaman luas.

Beliau mengembara dari sebuah rumah ke rumah. Ini bermakna beliau tidak di terikat kepada mana-mana ideologi yang menjadi perbahasan di kalangan penghuni rumah tersebut tetapi melihat semua isu dari arah dunia yang luas. Beliau adalah seorang yang bebas.

Seorang manusia yang bebas sukar untuk membenci rakan manusianya yang lain. Kebiasannya, kita menjadi takut atau marah atau benci kepada sesuatu yang kita masih belum memahaminya.

Apabila kita sudah memahami grand scheme sesuatu perkara itu, pengetahuan ini akan menjadikan kita merasa selamat dan akhirnya pemikiran kita akan merancang tindak-tanduk yang terbaik bagi menangani apa-apa sahaja isu yang berkaitan dengan subjek itu.

Sebelum para pembaca menuduh saya perasan pandai, saya perlu membuat penafian bahawa karakter Pendeta itu bukan saya. Ia hanyalah satu karakter rekaan. Karakter yang paling ideal.

Saya mengaku ada banyak subjek yang saya memang langsung tiada pengetahuan. Oleh sebab itu, saya memilih untuk menulis subjek yang saya fahami sahaja. Saya fikir orang lain pun serupa, bukankah begitu ?

Sungguhpun contoh yang digunakan di dalam artikel itu adalah agama, namun saya berharap para pembaca dapat menggunakan imaginasi masing-masing untuk mengaplikasi analogi ini kepada subjek-subjek lain.

Sebenarnya banyak perkara saya tidak boleh tulis secara terbuka di ruangan maya ini kerana ia berkemungkinan besar akan dikategori sebagai menghasut.

Namun, saya percaya bahawa jihadan kabiran itu adalah menyebarluaskan pengetahuan. Maka sesuatu perlu dilakukan untuk menjadi pemangkin kepada perubahan cara fikir. Maka saya mula menulis.

Saya mengambil keputusan untuk menulis mengenai agama kerana sebagai seorang pengamal undang-undang saya merasakan diri saya mempunyai peluang yang lebih luas untuk memenangi kes saya jika ia di bawa ke mahkamah syariah daripada mahkamah sivil.

Tetapi, melihat kepada perkembangan RUU 355, saya merasakan pilihan ini semakin tertutup.

Oleh yang demikian, adalah penting untuk saya menyampaikan sudut yang lebih terperinci mengenai dunia ini, mudah-mudahan kita boleh mengambil iktibar daripadanya.

Sidang pembaca yang dihormati, apabila bercerita mengenai kezaliman kerajaan sesebuah negara, Al Quran sering memberi contoh peristiwa yang terjadi di zaman Nabi Musa.

Ia adalah kemuncak kepada peristiwa keadilan melawan kezaliman dan AQ 28:4 mendefinisikan segala-galanya.

Di dalam keterangan ini terdapat simbolisma tersirat yang mana jika kita berjaya keluar dari rumah-rumah yang saya jadikan analogi di dalam artikel tersebut di atas maka kita sewajarnya dapat mengerti maksud yang tersirat ini sebagai pedoman hidup kita.

Terdapat 3 kata kunci utama bagi memahami keterangan ini.

1. Firaun
2. bergolongan (syi-ya-an)
3. menindas segolongan dan membiarkan segolongan lain 

Jika anda berada di dalam rumah yang bernama politik dan mahu memahami grand scheme bagaimana peraturan rumah ini dimainkan anda perlu dahulu memahami simbolisma 3 kata kunci ini.

1. Firaun

Firaun mewakili Political Master iaitu pemerintah sebenar tanah yang kita diami.

Jika kita benar-benar mendalami seni politik, kita tentu sedar bahawa pemain seni ini terdiri dari segelintir golongan paling atas di dalam hirarki masyarakat.

Mereka ini secara turun temurun mendiami koridor kuasa di tanah yang mereka perintah. Di zaman dahulu mereka adalah Raja-Raja dan kerabatnya.

Tetapi, di zaman moden ini mereka terdiri dari pentadbir elit yang sudah begitu lama menguasai subjek mereka. Kita mengenali mereka ini sebagai golongan bangsawan.

Mereka ini jumlahnya sangat sedikit. Namun, mereka berjaya memerintah ramai orang dengan mengguna beberapa kaedah.

Kaedah inilah yang perlu kita ketahui supaya kita boleh membuat keputusan dengan lebih tepat sambil mencari cara yang lebih sempurna untuk melawan kaedah ini dengan lebih teratur.

Bayangkan, semasa menjajah India, jumlah pentadbir yang diletak di India bagi pihak Empayar British hanya seramai 3,500 orang. Mereka ini mengawal rakyat India berjumlah 300 juta.

Semasa British mengenggam Tanah Melayu, Kelantan negeri yang terkenal mempunyai lelaki yang berpawatakan keras, Empayar British hanya meletak seorang sahaja Residen Inggeris. Saya ulangi, SEORANG sahaja untuk mengawal orang Kelantan.

Jika terdapat masalah, kerajaan British akan menghantar tentera upahan mereka berbangsa Gurkha. Cuba teka di mana tentera upahan ini berpusat ?

Mereka ini berpusat di Singapura. Jika orang Melayu Kelantan tidak mahu menurut perintah, tentera upahan ini akan dihantar dengan bot dari Singapura yang mungkin memakan masa 2, 3 hari perjalanan untuk mengawal keadaan.

Secara logiknya, warga Kelantan boleh sahaja menghapuskan Residen yang seorang ini dengan mudah, tetapi mengapa ia tidak dilakukan sungguhpun lelaki Kelantan terkenal gagah dan bengis.

Bagaimanakah golongan bangsawan yang sedikit ini melakukannya ?

Menurut, AQ 28:4 ia dilakukan dengan mengguna dua mekanisma.

Yang pertama, dengan mengguna teori pecah dan perintah. Di dalam AQ 28:4 di atas, keterangan tersebut mengguna simbolik bergolongan ;

2. Bergolongan (Syi-ya-an)

Manusia yang tidak bersatu adalah seumpama lembu yang boleh di bawa ke hulu ke hilir untuk disembelih.

Mereka hanya menurut sahaja perintah Political Master tanah yang mereka diami, samada untuk dikorbankan sebagai askar, menjadi hamba bekerja sehingga ke akhir hayat atau menjadi pertahanan sehingga sanggup mengorbankan jiwa dan raga untuk Political Master ini

Untuk mencapai ini suatu skim perlu ditetas.

Nama-nama pemerintah besar tidak akan menjadi sejarah tanpa seorang pembantu yang menasihati mereka mengenai bagaimana mahu menggengam rakyat supaya patuh kepada kerajaannya.

Jika Adolf Hitler ada Joseph Goebbel, menteri dan pencipta teori propaganda. Firaun ada HAMAN. Beliau adalah pemimpin pekerja pemahat batu (engineer) di zamannya. Beliaulah Project Manager bagi pembinaan piramid.





"Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah hai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahwa dia termasuk orang-orang pendusta". (QS. Al Qashas, 28:38)

## Penemuan Batu Rosetta yang merungkai tulisan hiroglif zaman firaun membuktikan ketepatan fakta Al Quran.

Untuk pengetahuan, Batu Rosetta di temui pada tahun 1799, sedangkan Nabi Terakhir menulis fakta ini pada kurun ke-7. Perlu diingat, Baginda juga diberitahu di dalam Al Quran sebagai seorang yang tidak pernah membaca buku Taurat dan Injil. Maka secara logiknya, baginda tiada fakta yang tepat mengenai peristiwa ini, namun secara misteri baginda berjaya mengeluarkan nama ini. ##

Langkah paling efektif yang di cipta Haman untuk memastikan kuasa dan pengaruh Firaun mencengkam jauh ke dalam jiwa rakyat ialah dengan mencipta AGAMA yang dengannya rakyat menjadi bergolongan.

Agama-agama yang dicipta khas itu dengan sengaja akan dibiarkan bertelagah sesama mereka.

Malah, di dalam agama yang sama pula dipecahkan lagi kepada golongan-golongan kecil supaya pertelagahan ini semakin menghimpit penganutnya.

Apabila para penganut agama ini bertelagah sesama sendiri, pemimpin-pemimpin kumpulan kecil mereka dengan senang dibeli kesetiaannya.

Contoh : Islam di biar bertelagah dengan Kristian, tetapi oleh kerana di dalam Islam ada dua puak besar yang bertelagah iaitu Sunni dan Syiah maka untuk menumpaskan sesama sendiri penganut Islam berlainan mazhab ini sanggup bersatu dengan Kristian untuk menumpaskan pihak yang lagi satu. Alasan biasa yang dikeluarkan ialah bila seteru mereka sudah tumpas baru fikir hal musuh yang lebih utama.

Saudara, inilah sebabnya British hanya memerlukan 3500 orang untuk mentadbir rakyat India yang berjumlah 300 juta. Tidak terbayang dek akal kita bukan ? Tetapi itulah hakikatnya. 

Dengan jumlah 300 juta orang sepatutnya rakyat India tidak perlu mengangkat senjata pun, cukup hanya dengan meludah sahaja untuk merampas tanah mereka.

Tetapi, ia tidak terjadi. Mereka memerlukan beratus-ratus tahun untuk menyedari hal ini.

Selain dari pecah dan perintah, satu lagi mekanisma yang digunakan dengan berkesan untuk mengawal rakyat kebanyakkan ialah melalui Undang-Undang

3.  Menindas segolongan di antaranya dengan menyembelih anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka

Begitulah undang-undang yang digunapakai di zaman Firaun. Anak-anak lelaki perlu di serah kepada pemerintah untuk dikorbankan.

Sementara anak-anak perempuan dibiarkan hidup.

Saya yakin sebuah Akta Khas kemungkinan besar ditulis secara lengkap sebagai peraturan penuh undang-undang pembunuhan anak lelaki ini. Lengkap dengan syarat dan sebagainya. 

Yang penting kita memahami bahawa Undang-undang adalah salah satu alat yang boleh digunakan untuk menyalahguna kuasa dan menggenggam jiwa rakyatnya.

Pedoman

Apakah yang boleh kita pelajari dari keterangan ini ? Apakah pedoman yang cuba di sampaikan Al Quran kepada kita ?

Pedoman yang pertama yang perlu kita jadikan tauladan ialah Nabi Musa tidak berjaya mengalahkan kezaliman. Kerajaan Firaun selepas kematiannya di warisi oleh rejim yang lain.

Rejim baru itu, meneruskan skim pecah perintah untuk mencengkam rakyatnya.

Baginda hanya berjaya membawa lari kaumnya ke tempat yang lebih selamat.

Ini dengan jelas membuktikan bahawa Nabi Musa dengan kekuatan kaum yang ramai yang dibawanya menyelusuri jalanan tidak berjaya menumbangkan rejim zalim firaun. Benar firaun terbunuh namun kerajaanya terselamat dan masih memerintah selepas itu.

Untuk itu, kita perlu memahami bahawa untuk melawan kezaliman ia memerlukan sesuatu yang lebih dari hanya menunjuk perasaan dan berjalan di atas jalan raya.

Yang kedua, di antara orang agama (Haman) dan Political Master (Firaun), siapakah yang menguasai siapa ?

Haman perlu memberi laporan kepada Firaun, bermakna Political Master adalah dengan jelas pemerintah sebenar sesebuah kerajaan sementara orang agama (haman) adalah pembantu utama rejim yang zalim sejak turun temurun.

Ini menjadikan golongan bangsawan sebagai punca utama sesebuah rejim yang zalim dan orang agama adalah mereka yang membantunya menjadi zalim. Ini perlu kita faham untuk mengenal pasti pusat kekuasaan sesebuah negara dan juga mengenalpasti musuh sebenar.

Yang ketiga sesebuah kerajaan atau rejim menjadi zalim apabila mereka mempunyai kekuasaan mutlak. Firaun menjadi zalim kerana beliau berkuasa secara mutlak.

Pemecahan kuasa yang di simbolkan melalui agama (secara tradisi menjadi penghukum/judiciary) dan undang-undang (legislative) tidak diamalkan secara efektif.

Jika Nabi Musa tidak berjaya melawan kezaliman rejim negaranya, siapakah yang paling berjaya menentang rejim zalim dan pemusatan kuasa  di dalam sejarah peradaban manusia ?

... bersambung


12 comments:

  1. syabas,tak terfikir aku

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Mungkin kejatuhan Tamadun Egypt disebabkan oleh:
    1. Perang saudara untuk berebut kuasa
    2. Ekonomi pun kurang memberangsangkan
    3. Persaingan kuasa antara Firaun dan priest
    4. Campur tangan kuasa asing - bergantung kepada mereka
    5. Masih berada di takuk lama - teknologi lama
    6. Harap orang asing untuk jaga kemakmuran negara - rakyat sendiri tak diperlukan.
    7. Pemikiran dah tak advance sebab dah kena brainwashed.
    Akhirnya tamadun Egypt lenyap. Mula-mula pengaruh Rome, Christian dan last sekali Arab. Bahasa dan tulisan pun hilang.
    Apabila negara lemah dari segenap segi, ideologi dan budaya bangsa lain meresap masuk. Kemudian tiada perkembangan dari segi teknologi, budaya, bahasa dan sebagqinya. Akhirnya tamadun dan budaya sendiri pun lenyap.

    Tunggu your sambungan tulisan.

    Non

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tambahan.
      Egypt tak recover selepas perang dengan kerajaan Babylon. Pakar-pakar dari bangsa Israelite yang membantu membangunkan Egypt pun dah takda.
      Masuk plak Persian, Greece, Rome dan sebagainya.
      The Egyptian dah tak bersatu dan stagnant.
      Gamaknya la jatuh dan bangun-bangun sampai sekarang.

      Non

      Delete
  3. Pernah terlintas difikiran saya tentang erti 'kemerdekaan'. Bila kita merdeka bermakna kita bebas memerintah negara kita sendiri, bukan lagi ditangan penjajah. Tetapi erti kemerdekaan lebih bernilai untuk pembesar2 supaya mereka bebas memerintah dan mengawal rakyat bawahan. Tidak dinafikan rakyat juga sama2 inginkan kemerdekaan untuk mempertahankan hak sebagai penduduk asal tapi bagi pandangan mata saya, rakyat hanyalah tunggangan untuk capai matlamat pembesar2 untuk mengambil alih pemerintahan. Inginkan kuasa kembali atau berada ditangan mereka.

    Bagaimana pula untuk rakyat biasa yang tiada pegang kuasa, hidup biasa2 sahaja. Saya terbayang2 apakah perbezaan menjalani hidup antara dibawah perintah penjajah dan penduduk asal?

    Pergolakkan... jika sesuatu tempat sama ada di bawah penjajah atau di bawah pemerintahan sendiri, pergolakkan mungkin akan berlaku juga disebabkan perebutan kuasa. Jika tiada perbutan kuasa bagaimana pula keadaannya? Aman makmur?

    Jika dikatakan merdeka untuk mempertahankan hak sebagai penduduk asal. Ramai juga manusia yang berhijrah dari negara asal masing2 tetapi mereka tetap boleh jadi orang yang berjaya dan boleh hidup walaupun dinegara asing mereka tiada hak seperti dinegara asal.

    Kuasa..kuasa..kuasa..dengan kuasalah pergi tempat lain untuk menjajah dan dengan sebab kuasalah untuk merebut kembali kuasa. Berlakulah perebutan kuasa..

    Terus terang saya memang tak dapat nak bayangkan hidup dibawah penjajah. Benda tak pernah lalui. Tapi dengan pemerintahan orang sendiri juga kekadang ada rasa sedikit geram dengan diorang terutama pembantunya.. :)

    ReplyDelete
  4. Salam
    Boleh juga kaji bagaimana orang menggunakan agama seperti FLDS (Fundamentalist Church of Jesus Christ of Latter Day Saints) menggunakan taktik fear and intimidation untuk memastikan semua ahli takut untuk meninggalkan FLDS.
    Dari kecil dah diajar jika tak ikt atau tinggalkan FLDS akan masuk hell.
    Untuk keluar dari FLDS adalah kehendak ahli sendiri. Malangnya ada yang dihalau keluar terutama anak lelaki sebab tak cukup perempuan. Untuk halalkan cara ketua group ni akan keluarkan rules.
    Ketua leader dalam penjara tapi pengikutnya masih jumpa dia untuk dapatkan new revelations from God. Group ni satu cabang dari Mormon. Bezanya FLDS amalkan polygamy.
    Jika mereka semua menolak ketua mereka takda apa yang akan menghalang mereka untuk tinggalkan group. Tapi jika hanya segelintir sahaja ianya akan kekal wujud. Minda sudah dibrainwash and despite tahu kena abuse masih kekal dalam group. Bila minda dah fikir akan masuk hell serta tak boleh berjumpa dengan ahli keluarga yang lain terus berada dalam FLDS.

    Non

    ReplyDelete
  5. Tuan...maaf lari topic sikit
    Skg israeal sedang memghadapi musibah yang bessr..dan banyak dlm face book atau whasapp umat isla mendoakan supaya ditabah hingga hancur nya bangsa israeal. Ada ustaq yang mengatakan dibolehkan okeh tuhan. Apa pendapat tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Saya rasa seperti ada yang tidak kena dgn masyarakat kita sehingga kita mendoakan yg buruk kpd org lain.

      Damai

      Delete
  6. Salam.
    Depa ni gak yang selalu kata 'Kebersihan itu separuh dari Iman'.
    Lepas baca your comment I think it should be extend not only tempat bersih tapi termasuk jiwa bersih, amalan kerja bersih, etc.

    I rasa I tak cukup bersih dari segi jiwa sebab kekadang wish bad things to happen to people that menyusahkan I. Got to work on that. :-)

    Non

    ReplyDelete
  7. Salam .

    Saya tertarik dengan nukilan seorang saudara di sini sebelum ini berkenaan Quran Hidup dan Quran Mati .

    Saya terfikir apakah asal usul ( the origin of ) proses berfikir itu sendiri ( thinking proses itself ) .

    Kerana kita tahu kita wujud kerana kita berfikir . Dari bangun tidur sampai ke dalam tidur kita berfikir . ( Bermimpi juga adalah manifestasi proses berfikir , cuma tidak teratur dan tidak berpusat . Kadang kala kita tidur secara dalam ((deep sleep)) dan berhenti berfikir (( yakni tidak bermimpi )) . Kita hilang kesedaran seketika . Hatta dalam keadaan koma pun , proses berfikir terus berjalan . Ini semua boleh dicerap menggunakan peralatan mengesan gelombang otak melalui aktiviti elektriknya (( EEG )) )

    Saya fikir , dari aspek " evolutionary biology " , proses berfikir tercetus berikutan wujud keperluan untuk " survival " ( kesinambungan hidup ) . Iaitu proses berfikir adalah satu alat ( tool ) untuk kesinambungan hidup kita . Ini bukan unik kepada manusia sahaja . Banyak haiwan lain selain manusia yang juga berfikir . Sebagai contoh , sepupu rapat kita chimpanzee dan benobo , burung gagak ( crow ) , sotong kurita ( octopus ) , ikan lumba-lumba ( dolphins ) dsb. Banyak haiwan lain telah dijumpai menggunakan peralatan ( tools ) untuk mencari makanan , menyimpan makanan untuk masa depan , membuat tempat tinggal ( shelter ) dsb. Ini menunjukkan mereka mempunyai fakulti untuk melihat ke masa hadapan ( foresight ) yang memerlukan proses berfikir dan imaginasi seperti juga manusia . Banyak haiwan mempunyai sturuktur social seperti juga manusia .

    Cuma apabila otak manusia semakin membesar ( dengan dinisbahkan kepada saiz badan ) , manusia bukan sahaja mula berfikir mengenai kesinambungan fizikal ( physical survival ) iaitu bahan genetic DNA perlu diteruskan , malahan daya imaginasi manusia juga telah berkembang untuk menjamin kesinambungan " diri " ( self ) secara abstract . Ini dicapai dengan mencipta konsep seperti " ruh " ( soul / spirit ) , syurga dan neraka ( heaven and hell ) , Tuhan ( god ) , afterlife ( kehidupan kembali ) , reincarnation ( kelahiran kembali ) dsb. Iaitu minda manusia telah berfikir ( lalu meyakinkan diri sendiri dan orang lain ) bahawa selepas mati sekalipun mereka masih akan hidup terus menerus buat selama-lamanya .

    Jelas bahawa proses berfikir adalah satu proses yang " self centred " dan egotistic , iaitu proses berfikir tercetus bertujuan menjamin kesinambungan fizikal ( physical survival ) dan kesinambungan rohani ( spiritual survival ) . Hatta dalam keadaan " altruistic " ( iaitu berbuat baik ) sekalipun adalah dengan harapan bahawa diri kita sendiri akan mendapat faedah dengannya secara fizikal dan spiritual .

    Saya berhenti di sini dulu . Nanti saya akan sambung lagi mengenai pemisahan palsu si pemikir dan fikirannya ( false dichotomy between thinker and thought ) ...

    ~Hussain

    ReplyDelete
  8. Salam .

    Saya tertarik dengan nukilan seorang saudara di sini sebelum ini berkenaan Quran Hidup dan Quran Mati .

    Saya terfikir apakah asal usul ( the origin of ) proses berfikir itu sendiri ( thinking proses itself ) .

    Kerana kita tahu kita wujud kerana kita berfikir . Dari bangun tidur sampai ke dalam tidur kita berfikir . ( Bermimpi juga adalah manifestasi proses berfikir , cuma tidak teratur dan tidak berpusat . Kadang kala kita tidur secara dalam ((deep sleep)) dan berhenti berfikir (( yakni tidak bermimpi )) . Kita hilang kesedaran seketika . Hatta dalam keadaan koma pun , proses berfikir terus berjalan . Ini semua boleh dicerap menggunakan peralatan mengesan gelombang otak melalui aktiviti elektriknya (( EEG )) )

    Saya fikir , dari aspek " evolutionary biology " , proses berfikir tercetus berikutan wujud keperluan untuk " survival " ( kesinambungan hidup ) . Iaitu proses berfikir adalah satu alat ( tool ) untuk kesinambungan hidup kita . Ini bukan unik kepada manusia sahaja . Banyak haiwan lain selain manusia yang juga berfikir . Sebagai contoh , sepupu rapat kita chimpanzee dan benobo , burung gagak ( crow ) , sotong kurita ( octopus ) , ikan lumba-lumba ( dolphins ) dsb. Banyak haiwan lain telah dijumpai menggunakan peralatan ( tools ) untuk mencari makanan , menyimpan makanan untuk masa depan , membuat tempat tinggal ( shelter ) dsb. Ini menunjukkan mereka mempunyai fakulti untuk melihat ke masa hadapan ( foresight ) yang memerlukan proses berfikir dan imaginasi seperti juga manusia . Banyak haiwan mempunyai sturuktur social seperti juga manusia .

    Cuma apabila otak manusia semakin membesar ( dengan dinisbahkan kepada saiz badan ) , manusia bukan sahaja mula berfikir mengenai kesinambungan fizikal ( physical survival ) iaitu bahan genetic DNA perlu diteruskan , malahan daya imaginasi manusia juga telah berkembang untuk menjamin kesinambungan " diri " ( self ) secara abstract . Ini dicapai dengan mencipta konsep seperti " ruh " ( soul / spirit ) , syurga dan neraka ( heaven and hell ) , Tuhan ( god ) , afterlife ( kehidupan kembali ) , reincarnation ( kelahiran kembali ) dsb. Iaitu minda manusia telah berfikir ( lalu meyakinkan diri sendiri dan orang lain ) bahawa selepas mati sekalipun mereka masih akan hidup terus menerus buat selama-lamanya .

    Jelas bahawa proses berfikir adalah satu proses yang " self centred " dan egotistic , iaitu proses berfikir tercetus bertujuan menjamin kesinambungan fizikal ( physical survival ) dan kesinambungan rohani ( spiritual survival ) . Hatta dalam keadaan " altruistic " ( iaitu berbuat baik ) sekalipun adalah dengan harapan bahawa diri kita sendiri akan mendapat faedah dengannya secara fizikal dan spiritual .

    Saya berhenti di sini dulu . Nanti saya akan sambung lagi mengenai pemisahan palsu si pemikir dan fikirannya ( false dichotomy between thinker and thought ) ...

    ~Hussain

    ReplyDelete
  9. Salam..

    Sekali lagi satu artikel yg menarik...
    Mengenai RUU355, melalui pemahaman saya, ada pihak yg cuba membuat pindaan kepada RUU355 dengan tujuan atau objektif untuk memperkasa atau memperluas atau meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Apabila 'memperkasa' atau 'meningkatkan' menjadi objektif/matlamat, pada pendapat saya inilah bahagian yg paling kritikal/dangerous kerana pembesar agama will have the upper hand atau apa yg saya gemar gelar 'holds all the cards'... pindaan ini akan beri ruang kepada pembesar agama tetapi mengorbankan (sacrifice) ruang kita.. akibat nya adalah sistem sedia ada yg agak sempit menjadi sistem yg tertutup atau terkurung.. pihak yg cuba membuat pindaan ini on the surface tak nampak sangat agenda atau objectif nya tapi underneath it in my opinion is trying to empower oppression... banyak sangat dlm Quran diberikan contoh akibat oppression..

    menunggu untuk sambungan tuan blog..

    Becks

    ReplyDelete