Saturday 19 November 2016

The Hypocrites In Us All 2

Kedamaian Untuk Semua,

Syukur, rali Baju Kuning lawan Baju Merah berlalu tanpa insiden yang tidak di ingini.

Seperti yang telah saya katakan di artikel yang lepas, tiada apa yang dapat dicapai dengan rali ini melainkan menjadi medan tunjuk kuat para penyokong parti yang berlawanan.

Dari segi perang saraf, menunjuk kekuatan dan sokongan yang ada pada sesebuah parti adalah salah satu jenis propaganda yang boleh memastikan kemenangan di dalam pilihanraya.

Ia di kenali sebagai "Jump the Bandwagon". Kebiasaannya manusia akan mengikuti pihak yang sedang mencapai kemenangan.

Ini adalah berdasarkan kepada psaikologi manusia yang mahu menjadi sebahagian dari sejarah serta tidak mahu terlepas peluang bersama mereka yang menang.

Hakikatnya, tidak ramai yang mahu berada di pihak yang kalah.

Dengan menunjuk kepada khalayak bahawa sesebuah parti itu mempunyai sokongan yang memuncak maka di Pilihanraya Umum yang akan datang pengundi yang berada di atas pagar akan terdorong untuk mengundi parti mereka.

Ini hanyalah salah satu daripada berpuluh cara sesebuah parti politik menarik undi kepada pihak mereka.

Beginilah juga cara persepsi di mainkan sehinggakan khalayak akhirnya percaya bahawa parti itu mempunyai sokongan yang tinggi.

Tidak ramai yang mahu menyelidik jumlah keanggotaan parti tersebut. Di sinilah terletaknya penyokong mereka yang sebenar.

Saya terdorong untuk sekali lagi menulis mengenai pentas politik negara kita kerana pada minggu ini saya dapati sebuah artikel lama tulisan Dr Maza bertajuk "Rejim Yang Zalim Mesti Di Tukar" di tulis pada tahun 2011 berputar di banyak grup media sosial.

Saya rasa dengan memutar artikel ini, mungkin para propagandist berkenaan mahu khalayak menjuruskan pendapat mereka seterusnya memutuskan bahawa Kerajaan Malaysia yang ada hari ini adalah zalim.  

Saudara pembaca yang di hormati, menuduh orang adalah perkara yang mudah namun membuktikannya adalah suatu perkara lain.

Kezaliman

Kalimat "zalim" kebiasaanya digunakan untuk melambangkan sifat kejam, bengis, tidak berperikemanusiaan, suka melihat orang dalam penderitaan dan kesengsaraan, melakukan kemungkaran, penganiayaan, kemusnahan harta benda, ketidakadilan dan pelbagai macam sifat buruk lain.

Dari segi etymology pula perkataan ini berasal dari perkataan arab. Ia di dirikan daripada abjad dhzo-lam-mim yang membawa maksud gelap.

Menurut perspektif Al Quran, perkataan ini digunakan untuk menerangkan pelbagai keadaan seperti di AQ 2:165 dan AQ 11:101 ia menerangkan mengenai perbuatan shirk. Di AQ 5:47, mengenai orang yang menuruti hawa nafsu dan merugikan orang lain, sementara di AQ 18:35, ia menerangkan mengenai sifat keangkuhan.

Persoalan besar yang perlu kita jawab ialah adakah Kerajaan Malaysia yang ada pada hari ini adalah zalim kepada subjeknya iaitu rakyat.

Untuk mendalami perkara ini, langkah pertama yang harus di lakukan ialah membezakan Kerajaan Malaysia dengan ahli politik yang menguasai kerajaan.

Kerajaan Malaysia diketuai oleh Yang Di Pertuan Agong, baginda melantik seorang pentadbir untuk menjalankan tugas-tugas mentadbir sejajar dengan sistem Raja Berpelembagaan yang kita amalkan.

Pentadbir ini dikenali sebagai Ketua Setiausaha Negara.

Sementara, cabang eksekutif negara ini pula di kuasai oleh seorang ahli politik yang mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Parlimen Malaysia. Kita mengenalinya sebagai Perdana Menteri. 

Beliau adalah simbol sistem demokrasi berparlimen negara ini. Tugas beliau ialah membuat dasar Kerajaan Malaysia bagi pihak Yang Di Pertuan Agong.

Saya mendengar perkataan zalim ini digunakan sebagai retorik politik semenjak dari tahun 80 an lagi. Ketika itu saya masih bersekolah rendah, pada waktu tersebut parti yang paling banyak memain perkataan ini ialah PAS.

Mereka menuduh Perdana Menteri pada waktu itu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamed sebagai zalim semata-mata kerana enggan mengaplikasi Sistem Undang-Undang Hudud.

Propaganda ini menyebabkan ada jiwa yang begitu terpengaruh lalu merasakan perlu mengangkat senjata menentang Kerajaan yang mereka anggap zalim ini. Ia terjadi di sebuah kampung bernama Memali.

Tanpa boleh membezakan di antara Kerajaan Malaysia dengan pimpinan parti yang menguasai kerajaan. Orang-orang ini "berperang" dengan polis yang tiada kena mengena dengan Parti yang menguasai kerajaan.

Akibatnya, ramai polis yang tidak bersalah terkorban di dalam menjalankan tugas mereka sebagai penjawat jawatan awam Kerajaan Malaysia.

Walaupun masih kecil, namun saya tertanya-tanya di manakah kezaliman Kerajaan yang mereka katakan itu. 

Ini adalah kerana sebagai seorang yang dilahirkan di dalam sebuah keluarga susah di kampung, saya sering di datangi oleh ahli politik yang menguasai kerajaan bagi menghulurkan bantuan daripada Kerajaan Malaysia kepada ibu saya.

Apabila saya berjaya di dalam peperiksaan darjah 5 saya diberi biasiswa untuk menyambung pelajaran di sekolah menengah.

Apabila tamat sekolah menengah lalu berjaya melanjut pelajaran, saya ditawarkan pinjaman oleh Kerajaan Malaysia untuk kegunaan pendaftaran dan wang sara diri di Universiti. 

Oleh kerana saya berjaya mendapat keputusan yang cemerlang di Universiti, pinjaman ini diubah menjadi biasiswa.

Maka boleh dikatakan seumur hidup saya ini dibiaya oleh Kerajaan negara saya. Di samping saya, ramai lagi rakan-rakan yang juga menerima bantuan seperti saya.

Oleh yang demikian saya masih tertanya-tanya sehingga sekarang di manakah kezaliman yang di perkatakan itu ?

Jikalah kita yang tidak mahu belajar bersungguh-sungguh. Diberi peluang tetapi gagal mencapai tahap yang memuaskan, saya tidak rasa Kerajaan sesebuah negara pula yang zalim kepada diri kita. Kitalah yang sebenarnya melakukan kezaliman kepada diri sendiri.

Meneliti kembali perkataan zalim yang digunakan di dalam Al Quran, ianya adalah jelas bahawa perkataan zalim itu juga meliputi satu keadaan di mana ianya adalah akibat perbuatan diri sendiri.

Selesai belajar, kini saya memasuki bidang pekerjaan. Sekali lagi saya dapati bahawa untuk mendapat job yang banyak, perkara yang perlu saya buat ialah memburunya.

Saya dapati untuk mendapat peluang dari projek-projek kerajaan saya perlulah memfokuskan usaha saya di jabatan-jabatan kerajaan. 

Begitu juga, jika saya mahu mencari peluang perniagaan di institusi kewangan saya perlu menghabiskan masa berjumpa dengan mereka yang bekerja di sana.

Inilah ad-deen. Hakikat/fitrah/realiti hidup di dunia ini.

Adakah kerana kegagalan kita mengenalpasti ad-deen yang mudah ini lalu kita menyalah Kerajaan lalu menggelarnya sebagai zalim ? Siapakah yang zalim diri sendiri atau orang lain ?

Sekarang, menuduh Kerajaan Malaysia zalim menular pula kepada kaum Cina. Ini lagi saya tidak faham.

Bagaimanakah Kerajaan Malaysia menjadi zalim sedangkan kaum ini begitu makmur hidupnya di Malaysia. Kalau macam itu, saya pun mahu dizalimi kerajaan ?

Rakyat yang dizalimi boleh dilihat dengan mudah. Mereka ini terpaksa lari dari negara mereka.

Ada yang lari kerana peperangan. Ramai juga yang lari kerana mahu mencari peluang pekerjaan. Ini adalah kerana kerajaan negara mereka tidak berupaya mengadakan peluang pekerjaan untuk rakyatnya.

Ketidakupayaan kerajaan negara itu mengadakan peluang pekerjaan kepada rakyat sendiri menunjukkan keburukan sistem pentadbiran negaranya. Ini bermakna Parti yang menerajui kerajaan itu tidak membuat kerja yang baik.

Di Malaysia ini, rakyat negara asing berpusu-pusu mahu datang ke sini samada untuk mencari peluang pekerjaan, pendidikan atau pun melancong.

Ini adalah bukti jelas bahawa negara ini makmur. Jika kerajaan negara ini zalim masakan orang luar boleh mencari rezeki dan keseronokan di sini ?

Desakan Ekonomi Dunia

Di saat ini, ekonomi dunia berada di tahap yang tidak memberangsangkan.

Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, sudah tentu Malaysia perlu menyesuaikan diri dengan suasana ini dengan melakukan beberapa langkah.

Langkah ini mungkin tidak digemari oleh ramai orang, namun saya pasti keputusan yang sukar ini sudah diteliti oleh ramai pakar ekonomi Kerajaan Malaysia.

Sebagai seorang warga negara ini, saya rasa perkara yang perlu kita semua lakuakn ialah menyokong langkah ini sehingga negara kita dapat mengatasi kelembapan ekonomi tersebut.

Jika kita tidak mahu menyokong pun sekurang-kurang janganlah mensabotaj pula langkah yang di ambil kerajaan untuk memakmurkan negara ini.

Resam ahli politik yang masih belum menguasai kerajaan sudah tentulah akan mengguna peluang yang ada untuk menuduh ketua cabang eksekutif yang sedang membuat dasar ini sebagai seorang yang teruk, tidak berkelayakan, membuat keputusan yang salah dan pelbagai tohmahan lagi.

Namun, saya fikir jikalah mereka diberi peluang membuat dasar di saat negara mengalami kelembapan ekonomi, kemungkinan besar mereka juga akan melakukan perkara yang sama.

Menuduh orang lain sebagai kurang layak tanpa diri sendiri di beri tanggungjawab membuat keputusan, tanpa dipertanggungjawabkan dengan jawatan dan pejabat yang akan menentukan halatuju negara adalah mudah.

Tuduh sahaja. Segala tuduhan ini menjadi lebih mudah apabila para penyokong politik di Malaysia ini tidak menunjukan sikap matang iaitu dengan meminta cara alternatif.

Jika anda menuduh mengaplikasi GST adalah salah, kenalah tunjukkan cara yang betul untuk mengatasi kelembapan ekonomi yang menjadi permasalahan negara sekarang ?

Buatlah satu kertas kerja yang lengkap dengan data dan maklumat terperinci tentang cara lain yang lebih bagus untuk memacu ekonomi. 

Kena ingat seluruh dunia sedang berada di dalam kelembapan ekonomi bukan negara ini sahaja. Maka kertas kerja ini jika berjaya dibuat pasti akan menjadi bualan pakar ekonomi dunia seterusnya menjadi precedent di seluruh dunia.

Memandangkan penyokong politik di Malaysia ini dari jenis yang tidak banyak bertanya dan berfikir maka jadilah orang yang menuduh ini kononnya seorang hero. 

Mudah sangat kerja beliau. Membuat tuduhan tanpa bukti pun penyokong percaya.

Kesimpulan

Saya perhatikan ramai warga Malaysia memutuskan sokongan politik mereka berdasarkan kepada kebencian.

Tidak ramai yang mahu membuat keadilan dengan sekurang-kurangnya membuat analisa yang lebih terperinci sebelum memberi sokongan kepada sesebuah parti.

Di kebanyakkan masa, mungkin kebencian mereka kepada rupa, atau mungkin juga tidak suka rambut isteri ahli politik atau tidak suka cara ahli politik itu bercakap menyebabkan mereka membuat keputusan untuk tidak menyokong sesebuah parti. Dengan kata lain, kita membuat keputusan tanpa berfikir panjang.

Satu perkara yang perlu di semat ialah ahli politik adalah spesis manusia yang berlainan dari kita. Mereka mempunyai sifat dominan yang tinggi. Mereka suka mempengaruhi orang lain dengan kuasa dan harta. Untuk mendapatkan pengaruh mereka sanggup melakukan apa sahaja sungguhpun terpaksa menipu.

Sementara itu, menuduh orang lain tanpa bukti adalah suatu perkara yang mudah semudah a, b, c. Hanya perlu air liur tetapi kerosakan yang dibuat melalui tuduhan itu berkemungkinan memakan masa yang lama untuk dibaiki.

Saya akhiri artikel kali ini dengan sebuah kisah tauladan ;

Once an old man spread rumours that his neighbour was a thief. As a result, the young man was arrested. Days later the young man was proven innocent. After being released he sued the old man for wrongly accusing him.

In the court the old man told the Judge "They were just comments, didn't harm anyone".

The Judge told the old man " Write all the things you said about him on a piece of paper. Cut them up and on the way home, throw the pieces of paper out. Tomorrow come back to hear the sentence".

Next day, the Judge told the old man, "Before receiving the sentence, you will have to go out and gather all the pieces of paper that you threw out yesterday".

The old man said, " I can't do that ! The wind spread them and I won't know where to find them".

The Judge then replied, "The same way, a simple comments may destroy the honour of a man to such an extent that one is unable to fix it. If you can't speak well of someone, rather don't say anything. Let's all be master of our mouths, so that we won't be slaves of our words".

Image result for Once an old man spread rumours that his neighbour was a thief. As a result, the young man was arrested. Days later the young man was proven innocent. After being released he sued the old man for wrongly accusing him.

Ashwed













11 comments:

  1. Salam Ashwed, I think you missed the point. BN dalam era Tun M memang adil. That's why Tun M always dapat mandat rakyat 2/3 undi. Kos sara hidup berpatutan dgn gaji. Tun M galakkan Malaysians bekerja keras dgn menyediakan banyak peluang pekerjaan. That's why propaganda DAP dan PAS tak berjaya sebab rakyat walaupun suka complain sedar mereka tu hidup senang. Cukup makan. Ada kerja. Malaysia ni umpama jannah.

    Pemerintah hari ini.. walaupun dari parti yg sama, ketuanya keluarga pencuri. Bukan sikit2. Billion2. Tak cukup mencuri, harta negara pun habis digadai. Hutang negara naik dari 300b in 2009 jadi 800b in 2016. Ini belum masuk hutang yg off balance sheet. Kos sara hidup meningkat. Business banyak tutup. Graduates disuruh jadi penjual nasi lemak tepi jalan. Rakyat disarankan jadi pemandu UBER. In the meantime the first family boros belanja duit rakyat tapi suruh rakyat belanja berhemah.

    Gaji tak naik sebanyak naik harga rumah. Rumah sekangkang kera 500 sq ft dah harga 300-500 ribu di KL. Rakyat dipengemiskan dgn BR1M. Dapat duit tanpa usaha.

    I am surprised that you can't see why rakyat marah. Are you seriously ok berPerdana Menterikan seorang pencuri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, says sangat terasa hati dgn artikel tuan ashwed kali ini. Saya memang pengikut tegar blog ini tapi alangkah terperanjatnya saya kerana rela berperdana menteri seorang pencuri yg mana sudah jelas dan diperkatakan bukan sahaja di malaysia malah hampir diseluruh dunia. Sedih...

      Delete
    2. salam,

      Terjebak pulak saya menjawab soalan politik. Saudara anon 19 nov 2016 at 20:21 cuba saudara tanya beratus malah beribu tahanan isa di bawah ops lalang dan sebagainya yang di tangkap di zaman Tun. Tanya samada mereka hidup di dalam jannah atau naar ?

      Mungkin saudara boleh baca jawapan saya di artikel seterusnya. Saya rasa perlu akhiri bercerita mengenai politik sepantas yang mampu.

      Peace

      Delete
  2. Tuan Ashwed,saya pasti Najib tidak tahu kewujudan kamu.Anda jauh lebih baik daripada menteri-menterinya.Untuk apa mahkamah di Singapura melakukan siasatan dan menjatuhkan hukuman kepada mereka yang terlibat dalam kes 1MDB,sekiranya tidak ada bukti?Untuk semata-mata membantah seperti yang sudah disebut Tuhan?Di zaman Mahathir juga ada bantahan,apakah sekarang ini semua rakyat mesti senada dengan PAS menyokong Najib?

    ReplyDelete
  3. Sila perhatikan saranan 15-ayat Al Quran dari Surah Al Maidah (3) ayat 137 - 151;

    3:137 Pasti telah berlalu sebelum kamu sunannun orang terdahulu maka mengembaralah kamu dibuminya dan perhatikanlah bagaimana akibat pembalasan keatas orang yang berdusta.
    3:138 Inilah suatu penjelasan bagi manusia dan suatu petunjuk dan pelajaran dan teguran bagi orang yang prihatin.
    3:139 Dan jangan kamu merasa hina dan sedih malahan kamulah orang yang berjaya sekiranya kamu orang yang amanah.
    3:140 Jika luka menyentuh kamu maka luka yang serupa menyentuh setiap kaum terdahulu dan itulah hari Kami gilirkan diantara manusia bagi Allah menguji siapa yang amanah dan Dia mengambil kamu sebagai saksinya malahan Allah tidak mencintai orang yang zalim.
    3:141 Allah asingkan orang amanah dan hapuskan orang yang tidak percaya.
    3:142 Apakah kamu mengira dapat syurganya sebelum Allah ketahui siapa yang berjuang diantara kamu dan Dia mengetahui siapa yang sabar.
    3:143 Pasti kamu mengharapkan kematian sebelum menemuinya sedangkan kamu telah melihatnya dan yang pasti kamu akan melihatnya.
    3:144 Dan tidaklah muhammadun itu melainkan seorang rasul pasti telah berlalu sebelumnya beberapa rasul apakah jika dia mati atau dihapuskan kamu kembali kebelakang dan sesiapa kembali kebelakang maka tidak memudaratkan Allah sedikit pun dan pasti Allah memberi ganjaranya kepada orang yang berterima kasih.
    3:145 Dan tidaklah suatu jiwa akan mati melainkan diizinkan Allah dan telah dikitabkan ajalnya dan sesiapa menginginkan ganjaran duniawi Kami berikan dan sesiapa inginkan ganjaran akhirati Kami berikan dan Kami pasti memberi ganjaran kepada orang yang berterima kasih.
    3:146 Dan telah beberapa banyak dari para nabi yang terhapus bersama orang yang terpelihara tetapi mereka tidak kecewa dengan apa yang menimpa mereka dijalan Allah dan mereka tidak lemah sedikit pun dan tidak mudah menyerah malahan Allah mencintai orang yang sabar.
    3:147 Dan tiada lain perkataan melainkan mereka berkata Pemelihara kami ampunilah kesalahan kami dan berikan kelebihan dalam urusan kami dan teguhkan pendirian kami dan bantulah kami mengatasi kaum orang yang tidak percaya.
    3:148 Maka Allah yang memberikan ganjaran kebaikan didunia dan diakhirat kepada mereka malahan Allah mencintai orang yang jujur dan ikhlas.
    3:149 Wahai orang yang amanah jika kamu mentaati orang yang tidak percaya mereka mengembalikan kamu kepada orang yang rugi.
    3:150 Malahan Allah Pelindung kamu dan Dia yang terutama Penolong.
    3:151 Kami lemparkan kedalam hati orang yang tidak percaya ketakutan atas apa yang mereka sekutukan Allah dengan apa yang tidak diturunkan kuasa kepada mereka maka tempat kembali mereka api dianya seburuk -buruk tempat penginapan bagi orang yang zalim.

    Sekian

    ReplyDelete
  4. salam ashwed,

    Boleh kah tuan menyokong pemimpin yang:-

    a) Tidak dapat memberikan bukti transaksi duit di dalam akaun sebanyak 2.6 billion?
    b) Menipu di parlimen dengan menyatakan duit menjadi unit tanpa bukti sokongan?
    c) Melakukan penindasan dengan memenjarakan / menahan pengadu dengan akta sosma tanpa bukti?
    d) Hidup secara mewah sehingga melepasi pendapatan sah tanpa deklarasi pendapatan?
    e) Mengenakan cukai ke atas rakyat miskin dan yatim piatu?

    Cukup lah setakat ini dulu. Saya berharap agar tuan ashwed sudi menjawab pertanyaan saya ini.

    ReplyDelete
  5. Salam, jika ikut surah al.'asr....kita disuruh berpesan2 dgn kebenaran/haqq/truth supaya kita tdk rugi.... AG kata x ada kes, tapi Spore sdg rancak dakwa pelaku2 imdb....mcm mana tu? Kenapa negara n rakyat terbeban dgn htg RM40-50 bilion hanya kerana unilateral decision menteri $ yg cipta imdb TANPA dirujuk n dibincang dlm Kabinet???? Ini fakta/haqq/truth....what say u?? Mmg tun m byk buat silap juga tapi ada pernah duit berjuta2 disorok dlm akaun peribadi dia?? Fyi, b4 tun m joined politic, as a medical practitioner he can afford to own a 4L pontiac cabrio car when most malays cant afford to buy motorbike !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. A bit more .... :

      1. Dont u think AG Gani patail was remove in zalim way? Why in such a way? Takut kerana salah??

      2. Why imdb has acc. in tax free haven? Only crooks did that. No other sovereign wealth funds ever did that.

      3. See links below...these r example of 'aazaabuun azim yg sdg menimpa bangsa n negara....:-

      http://www.thestar.com.my/business/business-news/2015/03/12/mof-provides-rm950m-standby-credit-facility-to-1mdb/

      http://today.mims.com/topic/lack-of-funds-leads-to-suspension-of-clinical-laboratory-tests-in-malaysian-hospitals

      http://m.malaysiakini.com/news/329620
      (Limited MARA scholarships)


      Delete
    2. Salam saudara anon 21 november 2016,

      Are you saying that it is ok for tun to own a pontiac while pm najib don't ? Pls don't ever give handicap to politicians or you will end up victimise like maria chin.

      If you guys think i am defending najib as a politician or condone corruption you guys are deadly wrong.

      What im saying is please be fair and just to our fellow human for we don't have in our possesion clear document to make our judgement. I for certain don't have it and i believe most of us don't, except all those comments other peoples make which we read via the internet. Pricipally, it is very wrong in the light of justice to make judgment base on hearsay.

      What would you feel if somebody accuse you of doing something base on other people words ? Hatred has clout our judgment. Tell me what would you do if for some reason the guy that you accuse prove to be innocent after all ? Can you collect all those bad comments that you has thrown to him. Can u do justice to him by saying sorry ?

      I will not do that to lim guan eng or DSAI or hitler for that matter, and i certainly won't throw away those principal that i carry all this year in me just to be in line with the masses.

      Peace

      Delete
    3. Salam,

      In Tun M era he was the only prime minister in the world who dismissed ketua hakim negara. Why did he do that ? What is our sentiment at that particular time ? He encroached into judicial branch without even think what it would do ti the whole system.

      Peace

      Delete
  6. simply a half truth again....do your homework boys..... you're serving a wrong god.... or is it about periuk nasi?

    ReplyDelete