Thursday 3 November 2016

Pessimist, Optimist and Realist

Kedamaian Untuk Semua,

Artikel saya yang bertajuk JALAN KE TAMAN telah membangkitkan beberapa persoalan di kalangan para pembaca. 

Saya sememangnya sudah mengagak bahawa ramai pembaca mempunyai minat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai SVARGA DAN NARAKA dan perkara-perkara "ghaib" lain. 

Ini adalah sesuatu yang normal, memandangkan kita dibesarkan malah keseluruhan hidup masyarakat kita selama hari ini berkisar mengenai konsep SVARGA DAN NARAKA. 

Ia adalah objektif kehidupan kita, menghindar NARAKA dan memasuki SVARGA.

Soalnya apakah sebenarnya SVARGA DAN NARAKA menurut perspektif Al Quran ?

Adakah ia suatu jenis tempat ? Jika ia adalah suatu tempat di manakah tempat itu ?

Ia menjadi suatu perkara yang benar-benar misteri.

Perkara yang mempunyai aspek misteri dan paranormal sememangnya menarik minat orang kita. 

Memandangkan kita selama hari ini sudah mempunyai satu pre-conceived notion (ini adalah termasuk diri saya sendiri) mengenai SVARGA DAN NARAKA maka untuk menerangkan perkara ini di dalam suatu aspek yang sangat berbeza bukanlah suatu perkara yang mudah.

Rantaian idea yang selama ini sudah bersarang di dalam minda kita itu sudah begitu sebati membentuk jati diri sehinggakan kita secara otomatik menolak apa sahaja idea baru. Sungguhpun idea baru ini begitu dekat dengan kehidupan di dunia ini dan boleh dicapai dengan keringat kita sendiri.

Berikut adalah persoalan yang di bangkitkan para pembaca. Copy and paste dari ruangan komentar ;

########################################## 

Anonymous 28 October 2016 at 20:37

Salam Ashwed. Mohon tuan jelaskan maksud ayat 66:6 (spt di bwh) esp. yg ini : "neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya)".......

66:6 Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
(At-Tahriim 66:6) | | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
O ye who believe! save yourselves and your families from a Fire whose fuel is Men and Stones, over which are (appointed) angels stern (and) severe, who flinch not (from executing) the Commands they receive from Allah, but do (precisely) what they are commanded.

Tqvm tuan
  
Pai 27 October 2016 at 21:54 

Tuan Ashwed,
Boleh kah tuan me bincang kan surah al-araf.. Dalam ayat ni banyak di bincang kan ttg syurga, syaitan dan kiamat.. Contohnya ayat 10 - 16.

##########################################

Seperti yang selalu saya katakan, cabaran utama di dalam mengkaji Al Quran ialah untuk membacanya dengan konsisten.

Untuk itu, perkara pertama yang perlu kita lakukan sebelum membaca Al Quran ialah membuang keseluruhan ideologi dan konsep yang ada di dalam minda kita.  

Bayangkan diri kita belum tahu apa-apa samada mengenai teologi agama atau apa-apa ideologi pun, inilah buku yang akan menerangkan kepada kita mengenai isu yang sedang kita kaji.

Yang kedua, buangkan keseluruhan idea kita mengenai kesaktian, hikmat dan keajaiban. 

Kuda hanya boleh berlari, ia tidak boleh terbang. 

Begitu juga, manusia tidak boleh memerintahkan laut dan bulan supaya terbelah. Ia hanya boleh direalisasi melalui filem bukan di dunia nyata.

Mungkin ramai yang tidak perasan bahawa kebanyakkan kita melihat dunia ini seperti sebuah drama, filem atau teater yang ada pelbagai karakter seperti, hero, heroin, watak jahat, watak sampingan dan sebagainya. 

Percayalah dunia ini bukan drama atau teater.

Yang ada hanyalah pembuat keputusan.  

Kehidupan yang kita lalui ini adalah akibat langsung dari rentetan keputusan-keputusan yang kita ambil setiap saat di dalam hidup kita.

Ada yang tersilap langkah di dalam membuat keputusan. Ada yang terburu-buru di dalam membuat keputusan dan ada yang membuat keputusan dengan bijak iaitu yang mendengar semua pendapat dan mengambil pendapat yang terbaik daripadanya. 

Dunia ini adalah mengenai pilihan, tidak lebih dari itu.

Usain Bolt bukanlah seorang hero, beliau adalah seorang yang mendirikan solla dengan penuh dedikasi. Ia adalah suatu usaha berpanjangan yang tidak mengenal penat. Oleh sebab itu dia seringkali berjaya mengalahkan para pesaingnya.

Adakah anda merasakan Adolf Hitler adalah seorang yang berwatak jahat, ketua HYDRA (organisasi jahat Nazi di dalam komik propaganda Captain America) barangkali ?

Sebelum anda merasakan sedemikian sila baca dahulu biografi Adolf Hitler. Mungkin anda akan terkejut bila mengetahui sifat peribadinya yang positif.

Yang ketiga, ketahui dengan tepat tema Al Quran. 

Ini sangat penting kerana dengan mengetahui tema Al Quran anda boleh membayangkan apakah tujuan yang mahu dicapai dengan keterangan-keterangan yang ada di dalamnya.

Al Quran In A Nutshell

Secara asasnya, Al Quran di tulis untuk menerangkan AD DEEN.

Oleh yang demikian adalah menjadi tugas kita untuk memahami dengan tepat apakah yang di maksudkan dengan AD DEEN.

Pada pendapat saya perkataan yang paling tepat dan sesuai untuk menerang AD DEEN ialah Hakikat Hidup atau Fitrah Hidup atau The Science of Life.

Di dalam kehidupan ini, mereka yang benar-benar mengkaji mengenai The Science Of Life inilah yang dikenali sebagai Ulama (Saintis).

Walaupun begitu, sungguhpun para ulama ini mengenal The Science of Life ciptaan Tuhannya dengan tepat melalui kajian-kajian ilmiah yang mereka lakukan namun mereka sekali-kali bukanlah manusia yang paling berjaya di dalam dunia ini.

Mengapakah ini terjadi ? Ini adalah kerana manusia adalah spesis yang paling degil sekali. 

A054

"Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulangi bagi manusia dalam Al Quran ini bermacam-macam perumpamaan. Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah"  AQ 18:54

Sungguhpun telah dibuktikan dengan kajian sains bahawa kuda tidak boleh terbang namun, di atas sifatnya yang degil masih ada manusia yang mahu mempercayainya sebagai suatu fakta.

Oleh yang demikian, seringkali kita dapati manusia yang mencipta nama ialah mereka yang paling pandai memanipulasi keadaan untuk dirinya sendiri.

Jika anda pernah membaca biografi Steve Job, anda akan dapati bahawa bukanlah dirinya yang mencipta semua teknologi yang hebat-hebat itu.

Beliau hanya menjual idea dan mengawal sebuah pasukan yang terdiri dari para pencipta terhebat di zamannya. 

Beliau menggunakan kepandaiannya memanipulasi orang lain bagi mencungkil ciptaan tercanggih untuk di jual. Lalu beliau mencipta nama.

Kadangkala, kita dapati seorang pekerja yang kaki ponteng, tidak berkualiti dan cuai di naikkan pangkat dari mereka yang benar-benar amanah (iman). 

Mereka ini hanya ada satu kepakaran iaitu memanipulasi. Mereka membodek boss sehingga mereka di naikkan pangkat.

Ini semua terjadi kerana sifat manusia yang kuat membantah. Maka itulah sebabnya kita menyaksikan ketidakadilan menjadi berleluasa.

Soalnya, adakah mereka ini boleh dikategorikan sebagai seorang yang berjaya lalu diberikan ganjaran Jannah ?

Menjawab Soalan

Kepada saudara Pai, apakah yang terbayang di minda anda semasa membaca Surah Al-Araf 10-16 ?

Berikut adalah terjemahan keterangan tersebut di dalam Bahasa Melayu, Terjemahan ini di ambil dari Bacaan, Othman Ali satu projek terjemahan secara lafziyah ;


7:10. Kami teguhkan kamu di bumi, dan di dalamnya buatkan untuk kamu penghidupan; sedikit terima kasih kamu tunjukkan.

7:11. Kami cipta kamu, kemudian Kami bentuk kamu, kemudian Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka sujud, kecuali Iblis; ia bukan daripada orang-orang yang sujud.

7:12. Berkatalah Dia, "Apakah yang halangi kamu daripada sujud ketika Aku perintahkan kamu?" Berkata, "Aku lebih baik daripada dia. Engkau cipta aku daripada api, dan dia Engkau cipta daripada tanah liat."

7:13. Berkata, "Turunlah kamu, keluar darinya; tiada bagi kamu untuk menyombong di dalamnya, maka keluarlah; sesungguhnya kamu adalah di kalangan orang-orang yang direndahkan."

7:14. Berkata, "Tangguhkanlah aku hingga hari mereka dibangkitkan."

7:15. Berkata, "Kamu adalah antara orang-orang yang ditangguhkan."

7:16. Berkata, "Oleh kerana Engkau telah menyalahkan aku, maka sungguh, aku akan duduk kepada mereka di jalan Engkau yang lurus,

Bayangkan anda seorang pengarah filem. Anda di minta mengarah sebuah scene beradasarkan skrip seperti di atas.

Sebagai seorang manusia yang telah di tanam dengan pelbagai konsep sepanjang kehidupan kita bagaimanakah agaknya bayangan kita mengenainya ?

Mungkin perkara pertama yang akan kita lakukan sebelum memulakan pengembaraan scene di atas ialah mengenalpasti pemain watak.

Siapa dan berapa watakkah yang perlu ada di dalam scene ini ? 

Mungkin ramai yang berpendapat watak yang perlu ada ialah Tuhan, Adam dan Iblis (yang berada di dalam sebuah kumpulan spesis yang dikenali sebagai malaikat) ?

Sekarang, bagaimanakah pula gambaran anda mengenai sifat mahkluk-makhluk ini ? Bagaimanakah rupa Tuhan, Adam dan Iblis ?

Berikut adalah sedutan penerangan saya mengenai perkara ini. Anda boleh kembangkan ia kepada Malaikat dan Iblis. Ia di petik dari Artikel  "Meyakini Tuhan Adalah Meyakini Dirimu Sendiri" yang ditulis sekitar tahun 2015.

                            ++++++++++++++++++



Sebab utama kita semua meyakini Tuhan adalah kerana kita melihat begitu banyak penciptaanNya di sekeliling kita.


Dari saat kita memegang jari ibu kita buat pertama kalinya, kemudian belajar merangkak seterusnya berjalan dan berlari, kita tidak henti-henti berpengalaman merasai ciptaan Tuhan secara percuma.

Oleh kerana kita hidup sebagai manusia, maka kita berimaginasi bahawa Tuhan adalah suatu entiti yang serupa dengan kita tetapi Dia mesti besar, sangat besar daripada kita. 

Jika tidak besar bagaimana Tuhan boleh mencipta matahari dan gunung, fikir kita ?

Lalu kita pun seringkali menyeru Allah Hu Akbar yang bermaksud Allah Maha Besar (perkataan ini tidak terdapat di dalam Al Quran yang ada ialah Allah Al Kabir yang juga bermaksud besar).


islam on Al Kabir(The Great)   Allahs Name

"Yang mengetahui semua yang ghaib dan nampak; Yang Maha Besar (al-kabir) lagi Maha Tinggi" AQ13:9

Penganut agama Hindu, pergi lebih jauh lagi. Mereka berpendapat oleh kerana terlampau banyak ciptaan Tuhan disekeliling kita maka 2 tangan sudah tentu tidak mampu melakukannya. Mesti lebih dari 2 tangan. 

Sebab itu mereka mengukir sifat Tuhan yang dipanggil Brahman (Yang Maha Mencipta) sebagai sebuah berhala yang mempunyai banyak tangan.


                                                   Brahman di dalam imaginasi penganut Hindu

Saya pasti, jika anda pergi bertanya kepada seekor kerbau tentang siapakah Tuhan, kerbau ini pasti bersumpah bahawa Tuhan adalah kerbau yang sangat besar. 2 tanduk tidak cukup, mungkin 8 tanduk.

Begitulah kesalahan yang biasa dilakukan oleh kebanyakkan manusia. Mereka menyangka bahawa Tuhan adalah suatu entiti seperti diri mereka.

                                     ++++++++++++++++++

Sekarang, setelah mengenalpasti watak, apa lagi yang akan dilakukan oleh seorang Pengarah filem ?

Ya, seorang Pengarah filem perlu mengenalpasti plot. Apakah plot yang disampaikan melalui keterangan di atas ?

Ia adalah mengenai keenganan satu watak yang dikenali sebagai Iblis untuk SUJUD kepada watak yang lagi satu dikenali sebagai Adam. 

Watak ini enggan berbuat demikian biarpun diperintahkan secara tegas oleh satu watak lain yang kita fahami menguasai tempat tersebut. Tidakkah begitu ?

Satu persoalan yang perlu kita jawab sebelum merealisasi scene ini ke layar ialah apakah dia SUJUD ? 

Melalui konsep yang telah disemai ke dalam minda kita, SUJUD adalah suatu gerakan tubuh di mana beberapa bahagian tubuh seseorang perlu menyentuh permukaan sesuatu tempat. Di dalam teologi yang di ajar kepada kita bahagian tersebut ialah hujung jari kaki, lutut, tapak tangan dan dahi.

(Blog ini sudah membuktikan bahawa SUJUD bukanlah suatu konsep gerakan badan. Ia membawa maksud PATUH)
 

Setelah mengenalpasti semua ini, sekarang secara jujur cuba bayangkan paparan scene tersebut di minda kita ? Apakah gambaran kita mengenai scene ini ?

Begitulah kebanyakkan orang, oleh kerana kita hanyalah manusia yang mempunyai pengetahuan setakat apa yang kita alami di dunia ini maka, paparan kita mengenai scene ini hanya melibatkan segala pengalaman yang telah kita tempuhi, dengar, lihat, rasa dan lalui sahaja.

Kita tidak boleh berimaginasi lebih dari itu, kerana sejujurnya sebagai seorang manusia setakat itulah sahaja pengetahuan yang telah kita capai.

Disiplin 

Untuk mengkaji sesuatu secara jujur kita perlu menggariskan satu bentuk disiplin di dalam kajian kita.

Disiplin ini perlu di jaga sehingga kita mencapai kejujuran di dalam mencari kebenaran melalui nashkah yang di kaji.

Oleh kerana saya berpendapat Al Quran menerangkan Ad Deen (Hakikat Hidup) maka oleh yang demikian apabila membaca keterangan Al Quran di atas saya perlu jujur kepada disiplin ini.

Saya dapati setelah 43 tahun hidup di dunia ini saya belum pernah menemui mana-mana spesis Malaikat dan watak-watak Iblis dan Tuhan secara berhadapan

Ini adalah Hakikat Hidup (Ad Deen) yang saya tempuhi. 

Oleh yang demikian, dari pemerhatian ini, saya hanya boleh membuat kesimpulan bahawa watak ini tidak wujud di alam nyata.

Oleh kerana ia tidak wujud di alam nyata maka apa sahaja gambaran yang cuba saya paparkan di minda saya hanyalah suatu persangkaan sahaja. Bukankah begitu ? 

Apa sahaja paparan yang cuba saya bayangkan tidak akan berupaya memahat saya kepada lorong disiplin yang telah saya tetapkan iaitu Al Quran menerang Ad Deen (Hakikat Hidup).

Oleh yang demikian, saya tidak boleh berimaginasi di dalam hal ini.

Al Quran menerang malah mengajar Ad Deen (Hakikat Hidup), hakikat hidup tidak boleh di capai dengan imaginasi. Ia berbentuk real. Iaitu apa yang saya, para pembaca dan manusia lain tempuhi setiap saat sepanjang kehidupan kita.

Dengan kata lain Al Quran sebenarnya mengajar kita untuk menjadi seorang REALIST.

Maka kita perlu bangkit dari tidur. Buang segala angan-angan, fantasi dan imaginasi. Tiada hero yang akan datang menyelamatkan kita.

Kitalah yang menyelamatkan diri sendiri.

Berbekalkan info ini, sekarang mari kita lihat kembali Surah Al-Araf 10-16.   

Bagi saya kata kunci untuk memahami keterangan ini ialah ;

7:10 Kami teguhkan kamu di bumi, dan di dalamnya buatkan untuk kamu penghidupan; sedikit terima kasih kamu tunjukkan.
   
Jika kita perhatikan secara lebih teliti keseluruhan keterangan dari keterangan 10 hingga 16 kita akan dapati terdapat jumlah kata ganti diri yang banyak.

Kata ganti diri tersebut ialah mereka - 2, ia/dia - 3, kami - 4, engkau - 4, aku - 5 dan kamu - 12
  
Secara jujur, cuba tanya kepada diri sendiri, di antara watak-watak yang dinyatakan di dalam keterangan tersebut siapakah yang benar-benar pernah anda jumpa atau kenal ?

Bagi saya watak yang paling saya kenal ialah KAMU. Siapakah KAMU ? Ia adalah diri saya sendiri. Ia juga di ulang tulis berkali-kali supaya kita tidak lupa. Kamu, kamu, kamu dan kamu.

Oleh yang demikian, saya berpendapat keterangan ini bukanlah mengenai suatu tempat fantasi dengan Tuhan menjadi hakim kepada suatu kejadian di mana satu spesis makhluk di kenali sebagai iblis memberontak lalu tidak mahu sujud  (gerakan badan) kepada adam.

Akibatnya, iblis di halau dari tempat itu lalu beliau bersumpah untuk memperok-perandakan keturunan Adam.

Ia sebenarnya adalah simbolik Ad Deen (Hakikat Hidup) yang sedang kita alami setiap hari di dunia ini.

Kami teguhkan kamu di bumi, dan di dalamnya buatkan untuk kamu penghidupan; sedikit terima kasih kamu tunjukkan.

Ia adalah krisis keputusan yang sentiasa kita fikirkan di dalam diri kita, krisis yang tidak pernah berhenti sehingga kita mati.

Katalah hari ini kita berjalan lalu terjumpa selonggok wang yang sangat banyak. Sudah tentu fikiran kita mengalami krisis. Kita mengira-ngira keputusan mana yang paling baik untuk di ambil.

Jika kita memulangkan wang yang bukan milik kita itu, maka kita adalah seorang yang mengambil keputusan yang wajar.

Jika kita mengambilnya sebagai hak kita maka kita menurut Surah di atas kitaadalah tergolong sebagai kuasa tersembunyi (malaikat) yang tidak mahu patuh kepada Ad Deen. Hakikat bahawa ianya bukanlah milik kita telah kita bantah.

Mereka, ia/dia, engkau, kami dan kamu yang digunakan dengan jumlah yang banyak di dalam keterangan tersebut bukanlah orang lain melainkan diri kita sendiri.

Membawa disiplin ini ke  AQ 66:6 seperti yang di tanya oleh saudara Anonymous 28 October 2016 at 20:37.

Maka kesimpulan yang boleh saya buat ialah perkataan "Naaran" di dalam keterangan itu tidak merujuk kepada tempat. Ia merujuk kepada suatu keadaan yang buruk umpama api.

Keterangan itu menjelaskan bahawa jika kita masih mempunyai tanggapan bahawa keseluruhan manusia perlu digolong dan dibezakan berdasarkan jenis teologi, yang berasal dari batuan yang mereka reka.
.
Selagi kita masih percaya bahawa ada sesetengah manusia itu adalah wakil kepada yang lain bahawa segala-gala yang dia gariskan kita perlu ikut. Di mana dengan melakukan ini kita menolak Ad Deen (Hakikat Hidup) yang dicipta Tuhan.

Maka, selagi itulah kehidupan kita akan berada di dalam api.  

Batu yang di maksudkan adalah seperti berikut menurut turutan teologi itu tercipta dari yang paling tua sehingga yang lebih muda ;

Image result for hindu stone deity  

 Image result for zoroastrianism stone fire


Image result for buddha tidur 
 Image result for jew wailing wall

Image result for brazil jesus statue

Image result for Kaaba without Cover


Kesimpulan

Saya berpendapat keseluruhan Al Quran mengajak kita untuk menjadi seorang REALIST dengan mengakui bahawa Tuhan mencipta dunia dan kehidupan di dalamnya menuruti AD DEEN (Hakikat Hidup/Fitrah Hidup/The Science of Life) yang tiada perubahan.

Ad Deen ini terjadi di dalam kehidupan kita secara semulajadi. Kita tidak berupaya menolak Ad Deen (Hakikat Hidup) ini.

Mereka yang dengar dan patuh kepada saranan yang ditulis di dalam Al Quran. Iaitu mereka yang mendirikan kesungguhan (solla) dengan penuh dedikasi/murni (zakka), melakukan perbuatan baik (amal soleh) demi mengejar kesungguhannya, memberi fokus (khusyuk), membuat kebajikan, menghormati orang tua, menghormati waktu, menjaga kebersihan dan kesihatan, berdamai dengan semua faktor di sekelilingnya dan lain-lain sikap positif yang universal, hakikat orang yang sebegini, hidupnya seumpama berada di dalam TAMAN. 

Mereka berada di dalam KEDAMAIAN (Al-Islami) yang tidak putus-putus.
 
 Image result for different between realist pessimist

Yang mana satukah diri anda ?

Ashwed

15 comments:

  1. Salam Ashwed.Penerangan yang mudah difahami.Kecuali kita gagal membersihkan alam fikir.Terima Kasih kerana usaha anda.

    ReplyDelete
  2. will there be life after death?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada sesiapa yang pernah mati hidup balik bagitau?

      Delete
    2. Brillint question! sure to get brillint answer!!!

      Delete
    3. Pencipta alam ini ada bagi tau..

      Delete
    4. depends on how you interpret my question in relation to the post.

      Delete
  3. Salam.
    Suatu penerangan yang sangat jelas....
    Mohon berkongsi artikel ini dengan keluarga dan sahabat terdekat saya...

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Semua artikel dalam blog ini tiada hakcipta. Siapa sahaja boleh berkongsi tulisan di dalamnya.

    Peace

    ReplyDelete
  5. Salam tuan Ashwed,

    Saya terpaksa bancuh milo satu kole besar sebelum hadam artikel ini. Baru start nak baca. Panjang artikel ni.

    ReplyDelete
  6. Requote :

    "Soalnya, adakah mereka ini boleh dikategorikan sebagai seorang yang berjaya lalu diberikan ganjaran Jannah ?"

    Pada pendapat saya, segala perbuatan termasuk niat kita ada balasannya. Mendapat hasil atau ganjaran dengan cara tidak jujur seperti contoh yang ditulis, semuanya ada balasan seperti hukum Newton : ACTION = REACTION.

    Mungkin seseorang itu naik pangkat walaupun tidak layak tetapi dalam beberapa aspek kehidupan lain dia mendapat balasan kesengsaraan seperti masalah rumah tangga, menghidap penyakit kronik, masalah hutang dsbg. Maksudnya keberkatan.

    Kalau balasan dalam kehidupan kali ini tidak setimpal dengan perbuatan yang dilakukan, dia akan dapat yang selebihnya pada kehidupan akan datang. Saya percaya kepada reincarnation.

    Boleh baca ebook THE PRESENT. Saya agak terkejut byk persamaan dengan ayat2 Al-Quran.

    ReplyDelete
  7. Saya berserah segala gala nya kepada pencipta. Sebab tu saya tak kisah mati pergi mana pun sebab saya tau saya akan pulang pada pencipta saya. Apa dia nak buat pun saya terima saja. Sebab Dia pencipta.

    Jadi apa nak heran kalau asyik fikir benda selepas mati. Hak pencipta biarlah Dia buat apa pun. Kita lak yang serabut dok pikir susah susah buat apa.

    Buat baik, hidup harmoni, jaga peradaban, hormati hak orang lain, apa yang susah sangat? Mudah je Islam ni.

    ReplyDelete
  8. Salamunalaikum! dipagi santai ini sila 'absorb' 08-ayat2 Quran berikut dari Surah Al Bayyinati;

    Dengan nama Allah yang Pemurah yang Penyayang.

    98:1 Tidak akan bebas orang yang tidak percaya dari ahli kitab dan orang yang sekutu sehingga datang kepada mereka penjelasan.

    98:2 Seorang rasul Allah membacakan helaian naskah yang suci.

    98:3 Didalam catatan yang betul dan berkekalan.

    98:4 Dan tidak berpecah-belah orang yang diberi -lkitaaba setelah datang kepada mereka penjelasan.

    98:5 Dan tidak diperintahkan melainkan berkhidmat kepada Allah dengan ikhlas kepada -ddiina yang sejati dan melaksanakan kewajipanya dan menunaikan kemurnianya demikian itulah -ddiinu yang sebenar.

    98:6 Pastinya orang yang tidak percaya dari ahli kitab dan orang yang sekutu berkekalan didalam jahannama maka itulah seburuk-buruk mahluk.

    98:7 Malahan orang yang amanah dan yang beramal soleh maka mereka itulah sebaik-baik mahluk.

    98:8 Maka pembalasanya disisi Pemelihara mereka dengan syurga ‘adnin mengalir dibawahnya sungai-sungai dan mereka berkekalan didalamnya dan Allah meredhai mereka dan mereka meredhai Dia dan demikian itulah bagi orang yang takut kepada Pemelihara mereka.

    Hayati dan fahamkanlah!

    ReplyDelete
  9. Salam tuan ashwed.

    Kalau tak keberatan, harap dapat buka perbincangan tentang ayat 51 surah al maidah yang menjadi punca demo di jakarta baru2 ini.

    Mungkin dapat diterangkan lebih terperinci apakah yang dikatakan sebagai auliya dalam ayat tersebut.

    ReplyDelete
  10. Maafkan saya Tuan Ashwed! izinkan saya senaraikan 11-ayat dari Surah Al Maidah(5) ayat 50 - 60 seperti berikut;

    5:50 Apakah hukum -ljaahiliyyati yang mereka kehendaki maka hukuman siapakah yang terbaik selain Allah bagi kaum yang yakin.
    5:51 Wahai orang yang amanah jangan kamu mengambil -lyahuuda dan -nnashaaraa pemimpin, mereka memimpin dikalangan mereka dan sesiapa mengambil mereka maka kamu dari mereka sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.
    5:52 Maka lihatlah orang yang hatinya berpenyakit mereka bersegera kepada yahuuda dan nahsaaraa dan berkata kami takut ditimpa bencana dan mudah-mudahan Allah datangkan kemenangan atau perintah darinya maka terjadi keatas mereka apa yang dirahsiakan dalam diri mereka maka jadilah mereka darinya orang yang berkesesalan.
    5:53 Dan berkata orang yang amanah inikah orang yang sebenar-benar bersumpah dengan Allah malahan mereka telah mensia-siakan amalan mereka maka jadilah mereka orang yang dalam kerugian.
    5:54 Wahai orang yang amanah sesiapa dari kamu berpaling dari diinihii kelak didatangkan suatu kaum yang Dia mencintai mereka dan mereka mencintai Dia dan Dia berlembut dengan orang yang amanah dan bertegas dengan orang yang tidak percaya dan mereka berjuang dijalan Allah dan tidak takut kepada cemuhan orang yang mencemuh demikian itulah kurnian Allah diberikan kepada sesiapa dikehendaki dan Allah yang Mengetahui malahan Dia tersangat luas ilmuNya.
    5:55 Wali kamu Allah dan rasulnya dan orang yang amanah dan orang yang patuh melaksanakan kewajipanya dan menunaikan kemurnianya.
    5:56 Dan sesiapa berpaling kepada Allah dan rasulnya dan yang amanah mereka itulah mazhab Allah maka mereka itulah orang yang berjaya.
    5:57 Wahai orang yang amanah jangan kamu ambil orang yang menjadikan ejekkan dan permainan dengan diina kamu diantara orang yang diberi kitab sebelum kamu dan pemimpin dari orang yang tidak percaya maka prihatinlah Allah jika kamu orang yang amanah.
    5:58 Jika kamu menyeru melaksanakan kewajipan mereka mengambilnya sebagai ejekkan dan mainan demikian itulah kaum yang tidak berfikir.
    5:59 Katakan wahai ahli kitab apakah kamu bencikan kami sedangkan kami amanah kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan sebelumnya malahan kebanyakan dari kamu fasik.
    5:60 Katakan mahukah aku khabarkan kepadamu yang lebih buruk ganjaran disisi Allah maka sesiapa dilaknati dan dimurkai Allah atasnya pasti dijadikan mereka -lqiradata dan -lkhanaaziira dan mereka berkhidmat kepada -ththaghuuta malahan sangat hina tempat penginapan mereka dan mereka sesat dari jalan yang lurus.

    Sekian.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih kpd ashwed yg menghuraikan persoalan saya. Sememangnya bukan mudah bagi kita menolak dogma yg telah membelengu pemikiran kita selama ini. Dengan peluang diskusi di blog ini saya beransur-ansur mencari jawapan kpd setiap persoalan.

    Saya ingin meminta pendapat dari ashwed dan pembaca yg lain ttg perkataan "duniya" dan "akhirat" dalam Quran. Seperti yg telah di bincang kan sebelum ini, akhirat itu tidak semestinya satu alam yg lain. Ia nya mungkin ttg pengakhiran hidup kita. Namun saya tertanya2 kenapa banyak gandingan 2 perkataan tersebut di dalam Quran. Jika akhirat sebenarnya pengakhiran hidup, kenapa tidak digandingkan dgn permulaan, sebaliknya digandingkan dgn duniya?

    ReplyDelete