# Artikel ini ditulis sekadar sebagai muhasabah diri. Ia sekali-kali tidak ditulis sebagai profiling atau menghukum mana-mana manusia di dunia ini
Menurut perspektif Al Quran, manusia di bahagikan kepada 3 kategori besar.
Secara asasnya, yang benar-benar tahu kategori manakah manusia-manusia ini dialirkan hanyalah Tuhan, Zat Asal Yang Maha Memelihara makhlukNya sahaja.
Kita manusia tidak mempunyai hak dan kuasa untuk mengkategori mana-mana manusia kerana secara asasnya kita juga kelak akan dihakimi oleh Zat Asal.
Tujuan sebenar artikel ini hanyalah sebagai pengetahuan, iktibar dan sempadan bersama.
Moga-moga kita termasuk di dalam mereka yang mukhlas.
Secara ringkas, berikut adalah kategori tersebut ;
Orang-orang Yang Benar atau Muttaqi (AQ 2:1-5)
Manusia di dalam kategori ini boleh dikenali melalui ciri-ciri yang digariskan oleh Al Quran.
"Alif (satu), Lam (30), Mim (40)" AQ 2:1
"Kitab itu, di dalamnya tiada keraguan, petunjuk bagi orang-orang yang benar (lil-muttaqina)" AQ 2:2
"Yang percayai yang ghaib, dan mendirikan iltizam, dan belanjakan (yun-fi-kuna) sebahagian daripada apa Kami rezekikan mereka," AQ 2:3
"Yang yakin kepada apa yang diturunkan kepada kamu, dan apa yang telah diturunkan sebelum kamu, dan mereka yakin kepada pengakhiran (akhirati)" AQ 2:4

Mereka yang benar di bahagikan pula kepada dua tahap iaitu Muslim (orang yang damai) - tahap mula. Dan Mukmin (orang yang yakin) - tahap tinggi.
"Orang-orang Arab berkata, "Kami yakin (aman-na)" Katakanlah, "Kamu tidak yakin (takmun-nu); tetapi katakanlah, 'Kami damai (aslam-na)'; kerana yakin (imanu) belum lagi masuk ke dalam hati kamu. Jika kamu taati Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan menyusutkan kamu sedikit pun daripada amalan-amalan kamu. Sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih" AQ 49:14
Orang Yang Damai (Muslim)
Ciri-ciri utama Muslim ialah, mereka mestilah orang-orang yang berbuat kebaikan;
"Dan siapakah lebih baik anutannya daripada orang yang mendamaikan (as-lama) mukanya (waj-ha-hu) kepada Allah, sedang dia seorang buat baik, dan yang ikut cara (mil-lata) Ibrahim, seorang yang lurus? Dan Allah ambil Ibrahim sebagai seorang sahabat" AQ 4:125
"Ia, sesiapa yang damaikan mukanya (waj-ha-hu) kepada Allah, sedang dia seorang buat baik, maka upahnya adalah di sisi Pemeliharanya, dan tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih" AQ 2:112
Orang Yang Yakin (Mukmin)
Ciri-ciri mereka yang yakin boleh di dapati di dalam surah khas yang dikenali sebagai Sural Al-Mukminun.
Ciri yang paling penting ialah mereka ini mestilah orang yang berjaya;
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang yakin (muk-minuna)" AQ 23:1
Siapakah orang-orang yang berjaya ? Mereka sudah tentulah orang yang memberi sepenuh fokus kepada iltizam mereka masing-masing.
"Iaitu mereka yang fokus (kha-syi-oo-na/khusyuk) dalam iltizamnya (salatihim)" AQ 23:2
Mereka mengekalkan fokus tersebut sehingga jarang bergebang atau bersembang dan membuang masa untuk perkara yang sia-sia ;
"Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia" AQ 23:3
mereka mendedikasikan kehidupan mereka sepenuhnya kepada iltizam itu dengan semurni-murninya;
"Dan mereka yang berusaha memurnikannya (liz-zakawati)" AQ 23:4
Sesudah mencapai kejayaan, orang-orang ini seterusnya tidak akan ragu-ragu untuk menggunakan kejayaan mereka itu bagi menolong orang lain.
Inilah yang dikenali sebagai fi-sabi-lillah (di jalan Allah).
Di jalan Allah membawa makna membuat perkara-perkara yang di sarankan Allah seperti bersedekah, menjaga kesihatan, memberi pendidikan dan lain-lain.
Iaitu dengan melakukan perkara-perkara ini dengan tujuan untuk kemajuan orang lain setelah berjaya memajukan diri sendiri.
Fi-sabi-lillah tidak pernah membawa maksud mengorbankan diri kepada Allah bagi mempertahankan ritual keagamaan.
Tuhan, Zat Yang Maha Berkuasa tidak memerlukan kita membunuh diri kita untukNya, apatah lagi untuk sebuah organisasi keagamaan yang kita rekacipta sendiri.
Ini adalah kerana pada asalnya Dialah yang mewujudkan kita di dunia ini.
Adalah tidak masuk akal setelah Dia mewujudkan kita, kemudian Dia perintahkan pula untuk kita membunuh diri untukNya.
Ini namanya indecisive atau kesukaran membuat keputusan. Hanya manusia mempunyai sikap sebegini.
Di dalam keterangan di bawah "berjuang dengan harta DAN JIWA MEREKA" membawa erti memberi sepenuh tenaga untuk suatu usaha seperti menubuhkan kelab, yayasan atau badan amal untuk memajukan orang lain.
Dengan bahasa moden mereka ini adalah yang yang melakukan aktivism kemasyarakatan.
Untuk suatu tahap yang bersesuaian menubuhkan sebuah Parti Politik juga boleh dikategorikan sebagai usaha memajukan orang lain.
"Orang-orang yang mukmin ialah orang-orang yang yakin (amanu) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian tidak ragu-ragu, dan berjuang dengan harta mereka dan jiwa mereka di jalan Allah; mereka itu, merekalah orang-orang yang benar" AQ 49:15
Sebagai contoh, inilah maksud ciri-ciri perwatakan kategori sebegini ;
Bill & Melinda Gates Foundation (or the Gates Foundation, abbreviated as BMGF) is the largest private foundation in the world, founded by Bill and Melinda Gates. It was launched in 2000 and is said to be the largest transparently operated private foundation in the world.[4] The primary aims of the foundation are, globally, to enhance healthcare and reduce extreme poverty, and in America, to expand educational opportunities and access to information technology. The foundation, based in Seattle, Washington, is controlled by its three trustees: Bill Gates, Melinda Gates and Warren Buffett. Other principal officers include Co-Chair William H. Gates, Sr. and Chief Executive Officer Susan Desmond-Hellmann.[5]
It had an endowment of US$44.3 billion as of 31 December 2014.[3] The scale of the foundation and the way it seeks to apply business techniques to giving makes it one of the leaders in venture philanthropy,[6] though the foundation itself notes that the philanthropic role has limitations.[7] In 2007, its founders were ranked as the second most generous philanthropists in America, and Warren Buffett the first.[8] As of May 16, 2013, Bill Gates had donated US$28 billion to the foundation.[1][9][update]

Mereka Yang Menolak atau Kafir (AQ 2:6-7)
Mereka yang menolak ialah orang-orang yang enggan melakukan perkara-perkara yang baik dan benar seperti di atas.
Mushrik
Mereka ini pula adalah manusia yang percaya bahawa Tuhan itu wujud dan Esa tetapi mengadakan sekutu kepada keEsaan Tuhan.
Perkara ini banyak terjadi kepada manusia tanpa mereka sendiri sedari.
"Dan pada hari Kami
kumpulkan
mereka kesemuanya, kemudian Kami berkata kepada orang-orang yang sekutukan, "Di manakah sekutu-sekutu kamu yang kamu
dakwakan?" AQ 6:22
"Kemudian tiadalah pertikaian mereka,
melainkan mereka berkata, "Demi Allah, Pemelihara kami, bukanlah kami
orang-orang yang sekutukan" AQ 6:23
"Perhatikan bagaimana mereka
berdusta terhadap diri-diri mereka sendiri, dan bagaimana apa yang mereka ada-adakan hilang daripada mereka" AQ 6:24
"Dan kebanyakan mereka tidak percayai Allah, melainkan dengan menyekutukan-Nya" AQ 12:106
Mereka ini juga termasuk di dalam kategori menolak atau rejectors atau kafir.
Manusia Hipokrit atau berpura-pura atau Munafik (AQ 2:8-20)
Menurut perspektif Al Quran ini adalah kategori manusia yang paling hina.
Ini bermakna seseorang yang hipokrit bersikap lebih buruk dari seorang kafir;
"Sesungguhnya orang-orang hipokrit (munafikina)
berada di dalam bahagian yang paling bawah di Api, dan kamu tidak dapati bagi
mereka sebarang penolong" AQ 4:145
Walaupun secara amnya hanya Tuhan yang benar-benar tahu pengkelasan ini, namun Dia memberikan kita sedikit garis kasar sebagai panduan untuk kita mengenali mereka yang berpura-pura ini.
Iaitu dengan mengetahui perkataan asas yang kesemua mereka sebut dan jadikan iktikad ;
"Dan kalau Kami kehendaki, nescaya Kami tunjukkan mereka kepadamu sehingga kamu benar-benar dapat mengenal mereka dengan tanda-tandanya. Dan kamu benar-benar akan mengenal mereka dari perkataan mereka dan Allah mengetahui perbuatan kamu" AQ 47:30
Apakah perkataan yang menjadi standard iktikad manusia hipokrit ini ?
Ia boleh di dapati dengan jelas di dalam surah khas yang di kenali sebagai Surah Al-Munafikun.
Ini adalah ungkapan standard mereka ;
"Apabila orang-orang munafik datang kepada kamu, mereka berkata, “Kami saksikan bahawa kamu
benar-benar Rasul Allah.” Dan Allah tahu bahawa kamu adalah
benar-benar Rasul-Nya, dan Allah saksikan bahawa orang-orang munafik
adalah benar-benar pendusta-pendusta" AQ 63:1
"Ashadoo Innaka la Rasul-lullah", begitu ungkapan standard mereka ini.
Ada yang mahu mengaku Nabi Musa sahajalah utusan (rasul) Allah yang sebenar.
Ada yang mahu mengaku bahawa Nabi Isa sahajalah utusan yang sebenar.
Ada pula yang hanya mahu mengaku bahawa Nabi "Muhammad" sahajalah utusan yang sebenar.
Yang mereka lupa ialah kesemua utusan ini hanya membawa satu mesej yang sama maka sudah tentulah kesemua utusan ini adalah benar.
Dan mereka juga terlupa bahawa oleh kerana Tuhan adalah entiti yang melantik, maka sudah tentu hanya Tuhan sahajalah saksi yang sebenar-benar layak menyaksikan perlantikan itu, bukan diri mereka.
Oleh kerana kita tidak pernah berada di situ semasa Tuhan melantik mana-mana utusan-Nya. Maka sudah tentulah kita tidak sekali-kali layak menjadi saksi.
Ia melanggar prinsip utama Undang-Undang memberi keterangan iaitu sesiapa sahaja yang menyaksikan perlu berada di tempat kejadian sebelum layak menjadi saksi.
Ia juga adalah prinsip keadilan yang disarankan Al Quran ;
"Kamu tidak berada
di sebelah barat, ketika Kami tentukan perintah kepada Musa, dan tidak juga
kamu antara orang-orang yang saksikan" AQ 28:44
Cukuplah sekadar Tuhan sebagai saksi.
"Apa sahaja yang baik
timpa kamu,
ia adalah daripada Allah; apa sahaja yang buruk timpa kamu adalah daripada
diri kamu sendiri. Dan Kami utus kamu kepada manusia sebagai Rasul, dan
cukuplah Allah jadi saksi" AQ 4:79
Ungkapan standard inilah yang menjadi perisai utama golongan ini.
Dengan ungkapan inilah mereka menghakimi manusia-manusia yang tidak mahu bersama atau memasuki golongan mereka.
Dengan ungkapan ini jugalah mereka menghalangi manusia dari mengEsakan dan berada "di jalan Allah" secara penuh seluruh.
"Mereka ambil
sumpah-sumpah mereka sebagai perisai, kemudian mereka halangi jalan Allah. Sesungguhnya amat buruk apa yang mereka buat" AQ 63:2
Selain daripada ungkapan atau perkataan yang keluar dari mulut orang-orang ini, kita juga boleh mengenal mereka dari gaya pemakaian dan kepetahan memberi ceramah mengikut organisasi keagamaan mereka.
"Apabila kamu lihat
mereka, tubuh-tubuh mereka mengagumkan kamu; dan apabila mereka berkata, kamu
dengar ucapan mereka dan mereka seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka
sangka tiap-tiap teriakan adalah terhadap mereka. Mereka adalah musuh;
maka berhati-hatilah terhadap mereka. Allah memerangi mereka! Bagaimanakah
mereka dipalingkan!" AQ 63:4
Jika anda membaca blog ini dari awal, pasti anda dapat mengenalpasti ciri-ciri golongan ini dengan agak mudah.
Mereka juga boleh dikenali dengan tahap kerosakan yang telah dilakukan terhadap tempat yang mereka jadikan penempatan.
Mereka berperang, membunuh, menyembelih sesama sendiri, mengebom tempat-tempat yang mereka sendiri bina serta memusnahkan alam sekitar kurniaan Tuhan kepada mereka.
Tidakkah mereka ini berada di naar yang paling rendah ?
Kesimpulan
Jika anda amati dengan mendalam 3 kategori besar manusia seperti yang dijelaskan di atas.
Anda akan perasan bahawa satu-satunya standard utama untuk pengkelasan ini adalah bagaimana manusia membuat KEPUTUSAN di dalam menentukan halatuju hidupnya.
Tuhan tidak pernah melihat kepada pemakaian, pengenaan tudung atauberapa panjang janggut yang di simpan.
Begitu juga, Tuhan tidak melihat kepada kopiah atau sarban yang dipakai di kepala.
Tuhan juga tidak melihat kepada berapa tebalnya celak yang seseorang itu gores di matanya atau berapa peratus bahagian tubuh manusia yang ditutup dengan kain hitam.
Berapa rakaat ritual solat yang pernah di buat juga bukan standard keutamaan Tuhan, begitu juga dengan berapa jumlah pusingan tawaf mengelilingi batu, api atau pokok yang pernah manusia buat.
Ini semua bukanlah keutamaan.
Yang benar-benar membezakan manusia ialah KEPUTUSAN beliau atau bagaimanakah manusia menggunakan AKAL yang dikurniakan kepada dirinya.
Dengan akal inilah manusia menentukan halatuju hidupnya. Kejayaan dirinya bergantung kepada penggunaan akalnya.
Dan dengan akal yang sama jugalah manusia itu memporak perandakan hidupnya.
Semoga kita berjaya membuat keputusan yang tepat.
Ashwed