Saturday 12 March 2016

Navagraha


Menurut Astrologi (Jyotish) Vedas, terdapat 9 planet asas yang membentuk pengaruh terhadap Prithvi (bumi) dan makhluk yang hidup di atasnya.

Posisi 9 planet ini pada hemat ahli astrologi Hindu boleh dikira secara tepat untuk mengetahui pengaruh semasa yang berlaku di bumi. 

Dengan mengetahui posisi kesemua 9 planet ini pada waktu-waktu yang tertentu,  Rishis dan Munis (sami) di dalam sistem agama Hindu yang kompleks boleh mencari penyelesaian bagi masalah-masalah negatif atau positif yang dihadapi oleh subjek mereka.


9 planet ini dikenali sebagai Navagraha. 



Ia terdiri dari  Surya (Matahari), Chandra (Bulan), Mangal (Mars), Budha (Merkuri), Brihaspati (Jupiter), Shukra (Venus), Shani (Saturn), Rahu (North Lunar Node) and Ketu (South Lunar Node).

Di antara 9 planet ini Matahari sentiasa menjadi pusat kepada kuasa planet ini. 

Berikut adalah contoh simbol Navagraha di mana Surya/Matahari menjadi pusat kuasa.


Navagraha-Nine Planets





Pengetahuan mengenai Navagraha ini diperolehi berbelas ribu tahun sebelum mana-mana agama samawi yang berasas kepada tradisi Nabi Ibrahim diamalkan.

Kebanyakkan pengetahuan ini diperolehi daripada Yogi atau pendeta agama Hindu. Dari mana mereka memperolehi pengetahuan ini amat menarik untuk kita kaji.

Berikut pula adalah gambarajah warna, mineral dan bijirin yang secara simbolik mewakili Navagraha di Prithvi.

Menurut pendapat pendeta Hindu, sesuatu masalah makhluk yang hidup di Prithvi dapat diselesaikan dengan mengeksploit barangan ini supaya ianya selaras dengan aura Navagraha.




Planet
Color
Gem
Grain
Metal
Sun
Red
Ruby
Wheat
Bronze
Moon
White
Pearl
Paddy/Rice
Lead
Mars
Red
Coral
Bengal Gram - Red Lentil Gram
Copper
Mercury
Green
Emerald
Green Gram
Mercury
Jupiter
Yellow
Yellow Sapphire
Indian Yellow Split Peas (split Gram Lentil) Chana Dal
Gold
Venus
White
Diamond
Soya Gram
Silver
Saturn
Blue
Blue Sapphire
Sesame (Gingili)
Iron & Steel
Rahu
Black
Zircon
Black Gram
Rocks-Blackstone
Ketu
Multi-color
Cat's Eye
Horse gram
Red stones



Menurut kajian dan pembacaan yang saya lakukan, Navagraha juga adalah Mazhab Hindu yang di amalkan di Semenanjung Arab sebelum Al Quran dan Nabi Terakhir di utuskan untuk menghapus semua dogma yang terwujud.



Anutan ini digelar "The Arabian Family Star".



Al Quran ada menyebut 3 dari Navagraha ini, di mana kaum Quraisy memooja tuhan yang dikenali sebagai al-uzza, al-lat dan al-mannat.


A019 
 A020



 "Adakah kamu fikirkan al-Lat, dan al-Uzza? Dan Manat yang ketiga, yang lain ?" AQ 53:19-20


Anda boleh membuat kajian sendiri dan cari al-lat, al-uzza dan al-manat  adalah simbolik kepada perkara apa ?



Seperti yang telah saya simpul dan buktikan, oleh kerana agama Hindu adalah agama pertama di dunia, maka pengaruh agama ini sangat kuat kepada agama-agama lain yang tercipta selepasnya.



Oleh yang demikian, mari kita lihat bagaimana surya sebagai pusat dan penguasa di antara Navagraha di pooja di dalam konteks agama lain.



Tamadun Awal



Di dalam sejarah ketamadunan yang awal. Surya atau matahari adalah tuhan nombor satu yang dijadikan simbol kuasa di bumi. 

Ia juga adalah simbol utama agama pagan.



 Stonehenge : Batu yang menjadi simbolik pemoojaan matahari

Image result for amon ra


Simbol matahari di kepala permaisuri firaun

dikenali sebagai Amon-Ra



Judaism


Judaism adalah agama pertama yang di asaskan dari tradisi Nabi Ibrahim.


Keterangan-keterangan Al Quran mengenai Nabi Ibrahim semasa beliau mencari kebenaran dengan jelas menunjukkan pengaruh kuat Navagraha di dalam sistem kehidupan di zaman itu.


Oleh sebab itu, baginda berfikir mengenai planet dan cakerawala semasa proses mencari kebenaran.


 A076



"Apabila malam menutupi di atasnya, dia lihat satu bintang dan berkata, "Ini Pemeliharaku." Tetapi apabila ia terbenam, dia berkata, "Aku tidak suka yang terbenam." AQ 6:76




A077  



"Apabila dia lihat bulan terbit, dia berkata, "Ini Pemeliharaku." Tetapi apabila ia terbenam, dia berkata, "Jika Pemeliharaku tidak beri petunjuk kepada aku, tentu aku jadi daripada kaum yang sesat." AQ 6:77



 A078




"Apabila dia lihat matahari terbit, dia berkata, "Inilah Pemeliharaku; ini lebih besar!" Tetapi apabila ia terbenam, dia berkata, "Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri daripada apa kamu sekutukan" AQ 6:78



Kalendar Israel dikenali sebagai lunisolar yang mana ia di asaskan daripada pengorbitan bulan dan matahari.


Terdapat banyak peristiwa yang dirayakan pada hari-hari tertentu menurut kalendar luni (bulan) solar (surya) ini.



Perkara ini adalah bukti jelas pengaruh Navagraha di dalam kehidupan dan budaya Judaism.



Kristianiti



Tiada sesiapa boleh menyangkal bahawa ajaran Kristianiti di asaskan daripada Judaism.


Pengaruh Sang Surya sebagai simbol pemoojaan di bawa ke dalam anutan ini.



Berikut adalah gambar paderi Roman Katolik dengan simbol Surya.




Image result for roman catholic church sun worship 





Menurut sejarah pengaruh pemoojaan matahari meresap masuk ke dalam Kristianiti kerana para penganut Kristian sering dibunuh oleh Tentera Roman.



Empayar Roman memooja Surya yang dikenali sebagai Sol Invictus.



Untuk mengelak dari di bunuh, para penganut Kristian meletak simbol matahari mengelilingi Jesus.


 

Jesus Sun Halo



Sehingga ke hari ini agama Kristian mazhab Roman Katolik merayakan Sol Invictus pada 25hb Disember dengan mengusung simbol surya seperti gambar di atas.



Islam


Para penganut Islam memooja surya setiap hari dengan menjadikan kedudukan matahari sebagai masa pemoojaan.


Ia adalah pengaruh kuat agama kembar Hindu iaitu Zoroastrianism yang ditanam oleh para penulis kitab hadis. 



Pemoojaan kedudukan matahari ini dikenali sebagai gah worship.



Oleh yang demikian, sehingga ke hari ini kita boleh mendapati kebanyakkan bendera negara-negara yang mahu menggelar diri mereka sebagai negara Islam pasti mempunyai 2 simbol Navagraha terpenting iaitu bulan dan matahari.



Malah anda boleh saksikan sendiri bagaimana di setiap binaan yang di panggil masjid pasti ada simbol ini. 



Bagaimana pengaruh ini boleh meresap masuk ke dalam agama Islam ?



Para penulis dan pengumpul hadis kebanyakkannya berasal dari Empayar Parsi, ini adalah fakta yang tidak boleh disangkal.

 

 map of the birth places of the founders of the 4 schools of thought and the compilers of the 6 major books of Hadith




Adalah terbukti bahawa ramai ahli bijak pandai dari bekas Empayar Parsi mempunyai dendam kesumat yang amat mendalam terhadap bangsa Arab.



Ini adalah kerana bangsa Arab telah memusnahkan Empayar mereka yang berusia ribuan tahun. 



Pada 9hb Mac 2016, galaksi bima sakti menyaksikan satu fenomena alam yang dipanggil gerhana matahari pada salah sebuah planetnya yang dikenali sebagai Bumi.


Peristiwa ini membuka mata ramai orang bagaimana penyusupan ritual pemoojaan Navagraha ke dalam agama yang dikenali sebagai Islam.



Sehari sebelum peristiwa ini, saluran media siber dipenuhi dengan seruan untuk membuat suatu ritual yang digelar sebagai Solat Kusuf.


Di dalam mesej yang saya percaya ramai orang Melayu terima, ada disenaraikan tatacara melakukan solat ini.


Malah ada yang disertakan dengan suatu video.


Yang peliknya, tiada satu pun sumber rujukan mengenai ritual ini datang dari Al Quran, sebuah kitab yang kesemua orang Melayu percaya adalah sumber utama agama mereka.


Sumber rujukan utama untuk ritual solat kusuf ini adalah Kitab Matla Al Badrain, Kitab Fathul Muin, Kitab Salbila atau dalam bahasa mudahnya sumber ini datang dari guru agama, bukan dari Tuhan.



Kesemua kitab-kitab ini adalah hasil tulisan manusia.



Menurut Al Quran, Tuhan melarang kita untuk menggunapakai sumber sebegini;


 A079




"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang menulis al-Kitab dengan tangan-tangan mereka, kemudian mereka berkata, "Ini daripada Allah," supaya mereka menjualnya untuk harga yang sedikit; kecelakaanlah bagi mereka kerana apa yang tangan-tangan mereka tulis, dan kecelakaanlah bagi mereka kerana usaha-usaha mereka" AQ 2:79



Sehari selepas gerhana, saya menerima gambar screenshot dari FB page dari seorang rakan.

Kenyataan yang tertera di situ ialah "Islam tidak ajar sembah matahari". 



Saya bersyukur kerana masih ada insan yang waras, yang masih sedar akan keadaan orang Melayu saat ini.


Tidakkah kita merasa takut kepada Zat Asal, Tuhan yang memelihara kita dan semua makhluk yang diciptaNya termasuk planet, bintang dan cakerawala.



Kita menjadi pak turut, langsung tidak mahu mengguna akal di dalam soal agama. 



Asal sahaja ada orang Melayu lain cuba menyedarkan kita, kita memanggil orang itu dengan pelbagai nama buruk dan kita murtadkan orang itu. 



Kita terang-terangan memooja sang surya dan bulan. Namun kita tidak mahu mengakuinya.


Tidakkah kita sedar bahawa perbuatan kita adalah sama sahaja dengan para penganut Hindu. 



Ini adalah suatu bentuk ritual.




 



 Image result for sun worship india




Sedarlah, bahawa Zat Asal, Tuhan Yang Maha Memelihara kita semua sudah memberitahu supaya jangan sesekali kita sujud (patuh) kepada semua planet, matahari, bintang dan bulan ini.



Ini adalah kerana kesemua ini adalah ciptaan-Nya semata-mata.



A037



"Dan daripada ayat-ayat-Nya adalah malam dan siang, dan matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan bulan, tetapi sujudlah kepada Allah yang mencipta mereka, jika Dia kamu sembah" AQ 41:37



Sedangkan matahari yang Tuhan sendiri cipta, yang terbukti menjadi sumber kehidupan di bumi dengan sinarannya pun Tuhan melarang kita sujud kepadanya.



Inikan pula kiub batu yang dibina oleh manusia dan tidak boleh membawa apa-apa manfaat atau mudarat sedikit pun kepada kita.



Mengapakah kita tidak mahu memikirkannya ?



Ashwed

15 comments:

  1. penerangan yg jelas dan fakta yg tepat sekali! untuk pengetahuan tuan ahwed, saya ada kemukan soal simbolik bulan sabit, bintang dan matahari di dalam satu group page di facebook iaitu Kiub Batu Itu Berhala. dalam hujah saya, saya bertanya kepada penganut agama islam kenapa islam menggunakan simbol bulan sabit di kebanyakan bumbung masjid dan yg paling besar dibina berada di atas menara jam mekah. mereka mengatakan bahawa simbolik itu hanya perhiasan. ironinya, jika perhiasan, kenapa ia digunakan di setiap masjid/surau? malah, kerajaan arab saudi berhabis jutaan ringgit membina simbol ini yg paling besar di menara jam mekah. jadi, simbol bulan sabit sebagai perhiasan tidak boleh diterima akal. saya pun dalam kajian mengapa agama islam menggunakanpakai simbol ini. terima kasih, tuan ashwed memberi saya sedikit pengetahuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Politicalamity913 March 2016 at 23:17

      apa jawapan2 yg saudara dapat dalam page Kiub Batu itu Berhala? boleh share sikit?

      Delete
  2. Salamun alaikum,
    Zaman saya menuntut di sekolah dulu, ustaz ajar kita disunatkan solat gerhana apabila berlaku gerhana bulan atau matahari. Apabila ditanya mengapa perlu solat sunat gerhana, ustaz kata kedatangan gerhana menandakan dekatnya berlaku kiamat. Zaman dulu, ketika ilmu sains dan astronomi masih asing pelbagai dogeng diceritakan mengenai kejadian gerhana. Matahari atau bulan dimakan raksasa, hari nak kiamat dan macam-macam lagi. Kini, dengan kemajuan sains, para kaji bintang dapat memberitahu tarikh2 berlakunya gerhana matahari dan bulan hingga bertahun akan datang. Adakah itu tanda hari nak kiamat? Yang saya hairan, orang-orang melayu yang belajar sains hingga ke universiti pun gagal menggunakan akal tentang fenomena gerhana ini lalu terikut-ikut dengan ritual sehingga menjadi agenda penting di sesebuah institusi khususnya institusi kerajaan. Di sekolah dan universiti misalnya, solat sunat gerhana diadakan berjemaah sehingga guru dan pelajar meninggalkan kelas dan tanggung jawab mengajar/belajar. Tidakkah golongan pendidik ini memikirkan gaji yang mereka perolehi hasil dari pembayar cukai orang islam dan bukan islam sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk mengajar, bukan untuk melakukan aktiviti ritual untuk kepentingan peribadi (membawa mrk ke syurga)?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadis yg biasa diutarakan ketika fenomena gerhana mcm ni adalah hadis di mana "nabi gelisah setiap kali berlaku gerhana. Bila ditanya nabi katakan kiamat makin hampir". Nampak sgt hadis ni hadis palsu sebab menampakkan kebodohan nabi yg diutuskan oleh Allah.

      Delete
    2. Solat ritual adalah bukti penolakan mereka terhadap Al-Quran.Mereka suka cap orang lain sebagai anti-hadis dan kafir.Kesesatan menjadi-jadi.Apabila kita beri bukti nyata apa yang Allah sebut dalam Al-Quran yang jelas bertentangan dengan hadis karangan tok guru ulamak yang dia percaya,....reaksinya adalah marah-marah dan membebel kononnya apa yang disampaikan itu adalah tidak benar.Jadi,hari ini saya akan memanggil dan cap mereka sebagai anti-Al-Quran....kerana mereka sebenarnya menganut agama isle yang menyembah bulan dan bintang.Apamacam?

      Delete
    3. Salam

      Ni(bawah) saya copy dari blog seorang ustaz tak popular kot tapi mungkin dikenali di kawasan Selangor/KL.

      >>>Wednesday, July 2, 2014
      Apabila Hujah Penulis Rapuh...

      Tidak bersetuju dengan pendapat penulis tidak menjadi penyebab editor membuang pendapat itu, selagimana pendapat itu masih lagi mampu diterima pakai dari sudut ilmiah, sekalipun ia lemah.

      Nota : Hari ini berhadapan dengan penulis yang mahu menegakkan pendapatnya bahawa negara Malaysia bukan negara Islam dengan mengkritik pendapat Imam Abu Hanifah. Hujah-hujahnya sangat rapuh apabila dia membawakan dalil-dalil al-Quran. <<<




      Saya tak taulah apa yg dimaksudkan oleh ustaz ini tetang ayatnya "Hujah-hujahnya sangat rapuh apabila dia membawakan dalil-dalil al-Quran".

      Delete
    4. Ini seperti yang diceritakan dalam Quran bila kita menggunakan ayat2 Quran, mereka akan ingkar & anggap sihir (tipu daya) yang nyata.

      [22:72] Dan apabila dibacakan di hadapan mereka ayat-ayat Kami yang terang, niscaya kamu melihat tanda-tanda keingkaran pada muka orang-orang yang kafir itu. Hampir-hampir mereka menyerang orang-orang yang membacakan ayat-ayat Kami di hadapan mereka. Katakanlah: "Apakah akan aku kabarkan kepadamu yang lebih buruk daripada itu, yaitu neraka?" Allah telah mengancamkannya kepada orang-orang yang kafir. Dan neraka itu adalah seburuk-buruknya tempat kembali.

      [6:7] Dan kalau Kami turunkan kepadamu tulisan di atas kertas, lalu mereka dapat menyentuhnya dengan tangan mereka sendiri, tentulah orang-orang kafir itu berkata: "Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata".

      [34:43] Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang terang, mereka berkata: "Orang ini tiada lain hanyalah seorang laki-laki yang ingin menghalangi kamu dari apa yang disembah oleh bapak-bapakmu", dan mereka berkata: "(Al Quran) ini tidak lain hanyalah kebohongan yang diada-adakan saja". Dan orang-orang kafir berkata terhadap kebenaran tatkala kebenaran itu datang kepada mereka: "Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata".

      [43:30] Dan tatkala kebenaran (Al Quran) itu datang kepada mereka, mereka berkata: "Ini adalah sihir dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang mengingkarinya".

      [46:7] Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang menjelaskan, berkatalah orang-orang yang mengingkari kebenaran ketika kebenaran itu datang kepada mereka: "Ini adalah sihir yang nyata".

      Delete
  3. Melayu belum lagi Islam.Malaysia menuju negara ritual seperti Nepal,Tibet dan Bhutan.Kepimpinan kerajaan yang disokong kuat oleh agamawan adalah lebih kepada mengikut syaitan.Ini bersamaan dengan pengikut Freemason.

    ReplyDelete
  4. Salam.
    Your study on gerhana is definitely more than me. Very interesting. Thanks.
    Regarding the fb post maybe better use Tuhan instead of Islam.

    Islam tak ajar sembah matahari.
    Tuhan tak ajar sembah matahari.
    Lain maknanya. ISLAM means Peace.
    But kudos to whoever that person is.

    On other issue, I think I finally understand - Quran is complete.
    It is complete as Quran counter the stories in all hadiths. Up to us to learn.

    Non

    ReplyDelete
  5. Renung lah....Mana lebih suci? Nyawa manusia yg.di cipta Dan di tiup Roh Oleh Tuhan Pencipta atau Masjid,gereja atau Kuil yg.di gelar rumah Tuhan..tapi..dibuat dengan tangan manusia? Ironis nya...kita sanggup mbunuh orang berlainan kepercayaan Dan mempertahankan rumah ibadat simbol anutan kita... darpada menyelamatkan nyawa orang..kononnya nempertahankan masjid,gereja atau kuil..yg.di bina hanya Dari batu.inilah yg.berlaku sesama manusia yg.kononnya ada Tuhan..Pernahkah atheists mrmbunuh sesama sendiri ? Fikir lah....

    ReplyDelete
  6. Sujud tu pula bukanlah bermaksud ritual seperti yg dilakukan, maksudnya adalah patuh.

    ReplyDelete
  7. Setuju dengan Ahmad.Setiap hari sujud sampai dahi kematu,...hakikatnya ramai yang ingkar dan tidak patuh kepada Tuhan.Amalan ritual dalam kesemua agama yang dibawa oleh agamawan,jika diperhatikan dari sudut pandangan Al-Quran,amat jelas kelihatan yang mereka menentang Tuhan Yang Maha Esa.

    ReplyDelete
  8. Damai semua,

    Berkenaan keratan dibawah ini (copy dari entry navagraha). adakah bukti2 tambahan untuk menguatkan hujah mengatakan imam2 hadis yang 6 tersebut berdendam dengan arab. saya setuju bahawa hadis tidak patut dijadikan sumber rujukan kerana KEBANYAKANNYA bertentangan dengan kandungan quran tak kurang juga ada yang menguatkan hujah quran, tapi kita pun belum utilize quran sepenuhnya so kenapa nak cari sumber rujukan lain.

    " Adalah terbukti bahawa ramai ahli bijak pandai dari bekas Empayar Parsi mempunyai dendam kesumat yang amat mendalam terhadap bangsa Arab.
    Ini adalah kerana bangsa Arab telah memusnahkan Empayar mereka yang berusia ribuan tahun."

    ReplyDelete
  9. Kedamaian Untuk Semua,

    Bagi saya bukti paling jelas permusuhan di antara empayar parsi dgn bangsa arab ialah perang mazhab di antara syiah dan Sunni. Ia sudah berlarutan sama lama dgn sejarah islam itu sendiri. Sungguh pun di kala ini ia hanya mengguna Iran sbg proksi parsi dan arab Saudi sbg proksi bangsa Arab namun tiada siapa boleh menyangkal hakikat bahawa permusuhan kedua negara ini bermula dari era sebelum Islam lagi. Ia disemarakkan semula oleh Abdul al Malik bin marwan melalui kempen penaklukan timur tengah pada kurun pertama tahun hijrah. Saya Ada menulis mengenai perkara ini di artikel "Muhammad bukan nabi" dlm 3 Siri.

    Damai

    ReplyDelete
  10. Good... semakin hampir golongan2 umat skrg akan tahu kebenaran.

    Mohd bkn nabi.. dan nabi2 sblmnya juga bukan nabi... semua ini mcm ayah pin shj lagaknya.

    Xpe take ur time... akhirnya akan tahu AQ juga adalah idealogi buatan dr sains kuno dan agama2 sblmnya yg di tokok tambah utk pembaikan dan membenarkan perbuatan mohd yg sonsang...

    ReplyDelete