Thursday 10 March 2016

Pengumuman : Penerusan Siaran

Kedamaian Untuk Semua,

Saya telah siap meletak teks asal scripture Al Quran kepada setiap terjemahan keterangan di kesemua artikel-artikel awal blog ini.

Namun, saya akui bahawa hasil usaha saya ini bukanlah sempurna. 

Jika sekiranya rakan pembaca menemui keterangan yang tidak bersamaan dengan teks asal scripture Al Quran, saya amat menghargai jika sekiranya kesilapan ini dapat ditunjuk untuk saya perbetulkan.

Saya juga ingin sekali lagi menegaskan bahawa segala intipati, fakta serta idea-idea yang diketengahkan di dalam blog ini adalah untuk kegunaan sesiapa sahaja yang berminat.

Tiada apa-apa hak penyiaran dibebankan kepada mana-mana artikel atau arkibnya atau mana-mana bahagian daripadanya.

Anda juga boleh merekod, mencetak, menyimpan atau mengulangsiar mana-mana artikel atau bahagian-bahagian daripadanya kepada mana-mana pihak tanpa apa-apa sekatan hak penyiaran.

Semoga usaha ini diredhai.

Sekian. Terima kasih.

Damai,

Ashwed

1 comment:

  1. Terima kasih tuan...saya risau betul bila tenguk article terdahulu dah tak ada..saya selalu ulang baca article tuan untuk lebih memahaminya..terima kasih

    ReplyDelete