Saturday 5 March 2016

LRTQ : Tuhan Yang Bertakhta Di dalam Dirimu

Tulisan ini adalah sebahagian dari siri kempen Let's Read The Quran (LRTQ). Ia ditujukan kepada seluruh warga Malaysia.

Pernahkah anda berfikir mengapa ramai manusia menjadi ketagih untuk melakukan maksiat (perbuatan keji - ia bergantung kepada definisi sesuatu masyarakat)?

Sebagai seorang manusia biasa sudah tentu ramai di kalangan kita berpengalaman melakukan maksiat.

Apakah yang kebanyakkan anda rasai semasa pertama kali melakukan maksiat ?

Jantung berdegup kencang, hati libang-libu samada mahu meneruskan atau tidak, badan berpeluh-peluh, di kala itu anda tiba-tiba menjadi begitu sensitif terhadap apa sahaja yang berlaku di sekeliling ?

Dan yang paling ketara di kala itu tiada entiti lain berada di dalam kotak fikiran anda melainkan Tuhan

Anda tertanya-tanya samada Tuhan akan memaafkan anda ? Samada Tuhan membenarkan perbuatan anda itu terlepas dari pandangan orang lain ? Dan pelbagai soalan lain yang berpaksi di antara anda dan Tuhan.

Pernahkah anda merasainya ? 

Itulah sebabnya ramai yang menjadi ketagih untuk mengulangi perbuatan itu kerana tanpa disedari saat itulah mereka menjadi paling dekat dengan Tuhan.

Kenyataan ini bukan bermakna saya menyarankan para pembaca melakukan maksiat.

Ia hanyalah pemerhatian dan pengalaman yang saya sendiri rasai selama saya menjadi seorang manusia yang tidak lekang dari melakukan kesilapan.

Perbuatan melakukan maksiat jika tidak di kawal dan disedari akan mengundang keburukan yang berpanjangan. 


Di suatu sudut yang bertentangan pula, ramai yang merasakan diri mereka paling dekat dengan Tuhan dengan membuat perbuatan-perbuatan yang tertentu di tempat-tempat yang tertentu.

Perkara ini dipanggil ritual.

Perbuatan ini juga dikategorikan sebagai maksiat kerana tanpa mereka sedari, perbuatan ini dibuat untuk memenuhi tuntutan thaghut (tuhan palsu) yang dicipta oleh budaya dan komuniti masing-masing.

Oleh sebab ianya adalah untuk thaghut yang lahir dari budaya masyarakat setempat maka kita akan dapati terdapat perbezaan ritual yang ketara bergantung kepada negara, budaya juga bentuk geografi dan cuaca tempat yang mereka diami.

Tiada siapa pun di antara mereka yang terfikir bahawa jika Tuhan itu adalah satu, sudah tentulah Tuhan akan memerintahkan hambaNya untuk melakukan ritual yang serupa ?

Begitulah jauhnya manusia sanggup pergi untuk mendekatkan diri mereka dengan Tuhan.

Merasa dekat dengan Tuhan adalah suatu nikmat dan kedamaian yang tiada tolok bandingannya. 

Oleh kerana tidak ramai yang bertuah merasai pengalaman ini (berada dekat dengan Tuhan) maka majoriti manusia sanggup berpura-pura bahawa merekalah manusia yang dekat dengan Tuhan

Hari ini ramai yang percaya bahawa Tuhan adalah Maha Esa, sentiasa ada di sekeliling mereka dan sentiasa bersiapsiaga melihat setiap perbuatan hambaNya.

Namun, ramai yang tidak dapat melawan dogma agama ciptaan masyarakat sendiri lalu terjerumus untuk menyembah tuhan palsu dengan nama-nama yang mereka anggap suci dan menjadi hak eksklusif golongan mereka.

Sebagai contoh untuk menyembah tuhan yang dirujuk sebagai Allah seseorang perlu pergi ke masjid atau ke ibu pejabat tuhan ini di Mekah.

Untuk menyembah tuhan bernama Yahweh pula seseorang perlu pergi ke Synagogue, Yahweh mempunyai ibu pejabatnya di Jerusalem.

Begitu juga untuk menyembah tuhan yang bernama Elohym seseorang perlu pergi ke Gereja atau boleh terus ke ibu pejabat tuhan ini, juga di Jerusalem.

Mungkin negara-negara Timur Tengah adalah favourite spot tuhan agaknya ?

Yang mahu menyembah tuhan bernama Sheva, Brahman atau Vishnu pula mereka perlu menghadirkan diri ke Kuil atau boleh saja mengambil penerbangan Air Asia terus ke benua kecil India.

Bagi kelompok-kelompok ini sungguhpun mereka percaya bahawa Tuhan adalah Maha Esa, berada di mana-mana sahaja namun ketamakkan menjadikan mereka tidak mahu berkongsi tuhan mereka dengan orang lain.

Disebalik semua yang mereka percaya mengenai keuniversalan Tuhan, mereka tetap menganggap tuhan itu adalah hak eksklusif organisasi mereka sahaja.

Kegagalan intelektual ini ditambah pula oleh kekeliruan ajaran agamawan menjadikan manusia berpecah-belah dan bergolongan (syi-ya-an).

Akibat kekeliruan ini juga kita lihat ramai di antara kita yang berdoa dengan menadah tangan sambil mendongak ke langit bagi menyeru Tuhan memudahkan urusan mereka atau menyelesaikan masalah mereka.

Berikut adalah rupabentuk bumi yang kita diami ;

     

Katakanlah anda tinggal di kutub utara, jika anda mendongak ke langit semasa berdoa, tidakkah anda rasa doa akan pergi ke utara (atas).

Begitu juga, jika anda di Kutub Selatan dongakan anda sudah tentu akan pergi ke arah selatan (bawah).  

Secara simboliknya, kini kita mengatakan bahawa orang utara mempunyai tuhan yang tinggal di utara sementara untuk orang-orang selatan pula tuhan mereka tinggal di selatan ? Bukankah begitu ?

Oleh itu, di manakah Tuhan ? 

Oleh kerana kita adalah manusia maka kita berimaginasi bahawa Tuhan adalah seperti kita iaitu perlu tempat berlindung seumpama rumah yang dipanggil Baitullah, perlu tempat bersemayam seumpama Raja yang dikenali sebagai Arasy dan lain-lain imaginasi normal seorang manusia.

Kita lupa bahawa Tuhan adalah as-samad iaitu tempat semua makhluk bergantung, berlindung dan menjadikan mereka wujud.

A002  

"Allah, tempat perlindungan yang berkekalan" AQ 112:2

Oleh kerana Tuhan adalah as-samad maka kita semua sangat bergantung kepadaNya untuk menjadikan kita wujud.

Oleh sebab itu, Tuhan perlu berada di mana-mana sahaja makhlukNya berada, jika tidak makhluk ini tidak lagi wujud ; 

A004 

"Dia yang cipta langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia duduk di atas Arasy. Dia tahu apa yang menembusi ke dalam bumi, dan apa yang keluar darinya, dan apa yang turun dari langit, dan apa yang naik kepadanya. Dia berserta kamu di mana sahaja kamu berada; dan Allah lihat apa kamu buat" AQ 57:4

Jadi, di manakah Tuhan ?

Tuhan bertakhta di dalam diri kita. 

Lebih dekat dari urat leher kita sendiri.


A016

"Sesungguhnya Kami cipta manusia; dan Kami tahu apa yang jiwanya membisikkan kepadanya, dan Kami lebih dekat dengannya daripada pembuluh-pembuluh leher" AQ 50:16

Dia sentiasa ada di mana sahaja kita berada. 

Jika kita mengembara di dalam sebuah pesawat angkasa dan kita sedang berada di ruang angkasa Planet Mars, Tuhan ada bersama-sama kita di dalam pesawat itu.

Kita tidak perlu memandang melalui tingkap pesawat ini untuk melihat arah bandar Mekah atau Jerusalem atau India untuk berdoa kepadaNya.

Begitu juga kita tidak perlu mendongak ke langit Planet Mars untuk mencari-cari kelibatNya.

Cukuplah sekadar meyakini diri sendiri dan memohon petunjuk dari Nya


A186

"Dan apabila hamba-hamba-Ku tanya kamu mengenai Aku, Aku lebih dekat untuk sahut seruan orang yang menyeru apabila dia seru kepada-Ku; maka hendaklah mereka sahut Aku, dan hendaklah mereka percayai Aku supaya mereka menjadi benar" AQ 2:186

Oleh yang demikian, sedarlah wahai warga Malaysia, walau apa jua anutan kita, Tuhan, Zat Asal yang menjadikan kita semua tidaklah berlainan.

Kesemua nama-nama yang kita anggap suci dan kaitkan dengan budaya amalan masyarakat kita mengikut agama hanyalah sekadar terma rujukan.

Terma rujukan tidak berkekalan, kita boleh berdebat sesama kita tentang agama manakah yang paling layak mengguna terma-terma rujukan pilihan masing-masing.

Namun, hakikatnya terma-terma ini bukanlah Tuhan yang sebenar ia hanya digunakan sebagai kefahaman untuk menerangkan konsep Tuhan itu sendiri tidak lebih dari itu.

Terma-terma ini menjadi berlainan kerana kita dahulunya hidup di dalam aliran bahasa yang berlainan.

Apa yang ada pada sebuah nama ?


Realitinya, apa pun anutan dan kefahaman anda. Atau pun jika anda tidak mahu mengakui tentang kewujudan Tuhan pun. 

Dia tetap bertakhta di dalam diri anda kerana jika tidak anda sudah tidak wujud di alam ini.

Lalu nikmat Tuhan yang mana lagi yang mahu kita engkari.

Ashwed


 


20 comments:

  1. salam,

    terima kasih kerana mengeluarkan artikel seperti ini. Saya percaya diri saya juga sependapat dengan tuan ashwed.

    Makhluk adalah manifesti kewujudan pencipta. Jadi pencipta adalah satu saja, tidak ada dua atau lebih.

    Berbilion jenis makhluk adalah berpunca dari pencipta yang satu. Yang satu ini lah, tidak kira apa bangsa samada duduk di etopia, amazon, iceland, semua adalah dari pencipta yang esa ini.

    Di dalam diri kita manusia itu sendiri, adalah gabungan beribu element yang menjadikan kita seorang manusia. Sel, darah, tulang, kulit, hati, usus semua adalah element yang digabungkan untuk menjadikan kita seorang manusia. Dan yang menghidupkan kita, hanya pencipta kita saja. Dia yang menghidupkan dan Dia juga yang mematikan.

    Manusia dikatakan makhluk yang teristimewa kerana Dia menjadikan manusia sebagai khalifah / penghulu segala makhluk di bumi ini. Dan sebagai seorang khalifah, manusia berupaya mengenali kesempurnaan dan mentadbir bumi ini.

    Di situ juga, pencipta menjadikan manusia satu makhluk yang suka mengingkari yakni mereka lebih percaya kewujudan tuhan dongeng mereka dari pencipta. Pelbagai kisah di dalam alquran semuanya adalah kisah manusia yang lebih mengutamakan tuhan ciptaan mereka dari pencipta yang sebenar.

    Manusia suka mengingkari kerana manusia percaya segala yang berlaku adalah hasil kudrat mereka sendiri. Mereka sebenarnya takut untuk menerima hakikat yang mereka hanyalah sekadar ciptaan semata-mata. Kehidupan, penglihatan, pendengaran, kalam, pengetahuan, kekuatan semua makhluk adalah berpunca dari pencipta yang Esa.

    Pencipta memiliki jutaan nama. Setiap nama yang wujud adalah di atas kehendak dan pengetahuan dari pencipta. Jadi tidak kira apa nama kita nak panggil pencipta kita, Dia lebih mengetahui sebelum kita sendiri mengetahuinya.

    Jadi, semua manusia yang pelbagai kaum dan bangsa ini haruslah menerima realiti yang pencipta itu hanya satu. Jika semua kita menerima realiti ini, nescaya sifat perbezaan yang wujud disebabkan konteks pemikiran kita akan terhapus dan itulah kedamaian untuk semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pencipta tu Satu..Dan matlamat hid up kita adalah until menzahirkan ciri-ciri NYA yg.diri Kita telah menjiwai daripada NYA..Dan sekiranya setiap insan praktikkan INI..maka Islam(damai) lah seluruh slam INI..tetapi kita pula hanya menghakmilikan Dan meninstitusikan Yg.HAQ Dan bertundak sekolah kita sjalah berhak atas Yg.HAQ.....maka...sedarlah bahwa Islam ITU suatu State of Consciousness Dan kita Islam Vila his up mengikut hukum Pencipta yg.universal Dan kufur bila kita punya consciousness adalah negatif.(gelap).So Allah sentiasa beri kita pilihan setiap masa...mengikut kaedah n jalan masing2.

      Delete
  2. Salam.
    Maaf off topic.
    Pagi tadi semasa trim pokok seperti biasa setiap minggu masjid kawasan akan ada kuliah pagi. Boleh la dengar dari rumah sebab guna speaker.
    I was in shock sebab penceramah mengatakan jihad yang paling senang adalah nyawa kalau harta tak boleh.
    No wonder dah lama sesangat tak dengar ceramah. Tapi bagus juga sekali sekala dengar. Boleh la tau apa yang disampaikan oleh penceramah. Di samping itu penceramah kata kita perlu belajar sejarah nabi Muhammad. Hemm... I malas nak comment dah.

    Non

    ReplyDelete
    Replies
    1. Politicalamity95 March 2016 at 23:43

      Yang tu ok lagi. Saya 'terpaksa' dengar ceramah sebab pihak masjid jemput penceramah luar sebelum solat Jumaat... antara intipatinya... sedekah RM1 kat masjid masuk dalam tabugn sia-sia...sekurang-kurangnya RM5...penceramah samakan duit RM1 dengan tambang bas nak ke KL. Boleh ke nak beli tiket RM1 nak ke Syurga? Last-last bila abis ceramah, rupanya ustad ni 'usahawan' sekolah tahfiz... dia bawak ubat-ubatan tradisional untuk dijual (perkataan yg digunakan diwakafkan, bukan dijual), untuk menampung perbelanjaan sekolah tahfiz....

      No wonder muslims in our country are getting more and more like the Talibans.

      Delete
  3. Aku tiap2 hari terpaksa berpura-pura dengan masyarakat keliling bahawa aku adalah salah seorang dari mereka tapi sebenarnya aku bukan lah dari mereka....letih la hari2 tipu diri sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu aku pun berpura jugak. Tapi lepas tahu even sembah batu tu satu syirik. Terus aku x sujud lagi dkt batu tu.

      Sejak aku x sujud dkt batu, hati aku lagi tenang. Buat apa nk berpura lagi jadi penyembah batu.

      Delete
    2. Saya pun begitu juga, hidup terpaksa berpura apabila dikelilingi oleh rakan kerja yang taksub menyembah batu. Pernah saya berterus terang dgn rakan karib apabila ia bertanya setelah tak nampak saya bersujud lagi spt selalunya, namun dia selalu cuba 'brainwash' saya dengan mengatakan saya telah keliru (perkataan keliru itu agak lembut sedikit berbanding sesat). Saya pun tak pasti sampai bila harus berpura dgn rakan2 yg lain kerana saya tak sanggup berterus terang dan dilabel sbg sesat... Rakan-rakan di sini ada cadangan ke?

      Delete
    3. Salam... Sy sekadar nak berkongsi cerita.

      Kalau sy dlm kedudukan awak, saya berhijrah. Kalau dah tak boleh bertahan la....bumi Tuhan kan luas. Rezeki ada di mana-mana kalau dicari.
      Sy sebenarnya nyatakan tentang hijrah ini sebab dah banyak kali sy fikir tentangnya. Tapi sebab belum ada keperluan lagi dan keadaan tak mendesak, juga tiada tekanan sy masih kekal di tempat tinggal saya.

      Sy bujang, sy bersyukur dari dulu sy tiada keinginan berkahwin sebab bagi saya perkahwinan Melayu serba tak kena(berdasarkan pemerhatian sy pada rumahtangga kawan-kawan yg indah khabar je lebih. Dalaman teruk. Tambah teruk keterukan itu dikaitkan dgn agama) Jika sy sudah berkahwin tentu tekanan kuat. Tambahan kalau ada anak bagaimana nak didik anak jika suami isteri berlainan arah tentang Islam. Anak lelaki nak disunatkan ke tidak? Nak dibiar tak sampai hati. Tentu kecoh. Patutla Tuhan ada nasihatkan kita. Jika nak kawin pilih yg sama mcm kita. Contohnya, kalau beriman dgn beriman.

      Sy ada seorang kenalan, duda anak dua. Dia bercerai dgn isterinya sebab dia kata isteri dan keluarga mertua sesat. Dia siap tunjuk surat sebab cerai mahkamah(yg ada kaitan mahkamah tak silap) tentang perbuatan isteri dan keluarga mertua yg bertentangan dgn Islam(nya). Salah satunya, tidak perlu sembahyang fardu dan Jumaat.
      Akhirnya bercerai.

      Delete
    4. Penyelesaian ada dlm Quran tp sy tak ingat di surah mana dan ayat mana satu. Sy kena cari balik. Quran adalah penunjuk jalan tuk kita semua.

      Delete
  4. salam , sekrg umur saya 23.. baru habis degree. so skrg xbuat apa.Duduk rumah hari2 kena pura2 'solat' 5 waktu depan mak ayah. kalau xsolat kene marah. mcm mana ni? asik kene belakon sambil gerak2 mulut waktu berdoa.

    Saya mula sedar yg semua benda ni hanyalah ciptaan manusia pada umur 19 tahun, waktu tu saya terbaca satu article Submitters Perspectives masjid tuscon.. bila saya baca rasa mcm tenang. Tapi bila lama2 rasa mcm pelik knp nak mengucap kene letak nama dia sekali? lepas tu terus saya xbaca article dia.

    tiba2 jumpa pulak article yg ditulis aidid safar. sejak dari hari tu saya berubah 360 darjah.

    Kadang2 ada juga sembang2 dgn kawan2 pasal semua benda ni. tapi semua xboleh terima.

    hari2 kene belakon buat benda yg bukan perintah tuhan. xtau nak elak kan mcm mana.

    ReplyDelete
  5. Keluar dari negara yg mengamalkan agama ....pindah ke negara luar mungkin di situ kita akan jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga tapi kena ingat jangan lupa diri sudah.. :)

      Delete
  6. Salam ash wed

    Bermakna Arasy bermaksud (sy ambil dari wiki):-

    -Mu'tazilah berpendapat bahawa perkataan Arasy di dalam Al-Quran harus dimaksudkan dan difahami sebagai maksud metaforis (majazi). Jika dikatakan Tuhan bersemayam di Arasy, maka maksudnya Arasy di sini adalah kekuasaan Tuhan. Tuhan merupakan zat yang nonmateri, kerana itu mustahil Dia berada pada tempat yang bersifat materi.

    Atau

    -Rasyid Ridha dalam Tafsir al-Manar menjelaskan bahwa ‘Arasy merupakan ”pusat pengendalian segala persoalan makhluk-Nya di alam semesta”. Penjelasan Rasyid Rida itu antara lain didasarkan pada Al Qur'an:

    “ ...kemudian Dia bersemayam di atas Arasy untuk mengatur segala urusan. (Yunus 10:3)

    Bukanlah Arasy itu bermaksud takhta/singgahsana seperti gambaran manusia. Bukan begitu?

    ReplyDelete
  7. Saya ingat orang lain tak rasa macam ni rupanya ada juga...Saya terpaksa hidup berpura-pura atas sebab family,kawan2 dan masyarakat setempat.Adakah ini membuatkan kita hipokrit?
    Hanya yg Maha mengetahui tahu segalanya

    ReplyDelete
  8. Salamunalaikum! dari tajuk tuan-tanah, dapat saya rumuskan 23-ayat dari 18-Surah Al Quran mengisahKAN hal RUUHI!

    2:87 Dan Kami datangkan kitab kepada muusa dan Kami susuli sesudahnya ciri-ciri kerasulan dan Kami datangkan kepada ‘iisa –bna maryama penjelasan dan Kami mantapkan dia dengan ruuhilqudusi malahan apabila datang kepadamu rasulnya jiwa kamu menolaknya dan tidak mengingininya dan kamu takbur dengannya dan sebahagianya kamu mendustakan dan sebahagian lagi kamu hapuskan mereka.
    2:253 Diantara para rasul Kami ada yang dilebihkan pemberianya dan ada yang berkata-kata dengan Allah dan ada yang ditinggikan darjatnya dan Kami berikan‘iisa -bna maryama penjelasan dan dimantapkan dengan ruuhilqudusi jika dikehendaki Allah dan tidak dihapuskan mereka setelah datang penjelasan malahan mereka berselisihan dan diantara mereka amanah dan sebahagianya ingkar jika dikehendaki mereka tidak bunuh sesama sendiri dan Allah laksanakan apa yang dikehendaki.
    4:171 Wahai ahli kitab jangan kamu melampaui dalam diini kamu dan jangan kamu katakan tentang Allah kecuali yang benar dan sesungguhnya almasiihu ‘iisaa -bnu maryama seorang rasul Allah dan kalimah yang dilemparkan kepada maryama dan -rruhun dari Dia maka amanahlah kepada Allah dan rasul Dia dan jangan kamu katakan ‘bertiga’ hentikan lebih utama bagimu dan Allah tuhan yang satu dan Dia disanjung dan tiada baginya anak dan Dia memiliki segala apa yang dilangit dan dibumi dan cukuplah hanya Allah menjadi wakilmu.
    5:110 Ketika Allah berkata wahai ‘iisa putera maryama ingatlah nikmatKu atasmu dan ibumu ketika Aku mantapkan kamu dengan ruuhil qudusi dan kamu berucap kepada manusia sejak dari buaian dan ketika dewasa dan Aku ajarkan kitab dan hikmahnya dan -ttauraata dan injiila dan ketika kamu membentuk tanah seperti burung dengan izin Aku dan apabila kamu tiupkan maka jadilah dianya burung dan kamu berjaya sembuhkan sibuta dan sikusta dan dapat menyelamatkan orang yang dihampiri kematian dan Aku pertahankan kamu dari banii-israaiila ketika kamu datang kepada mereka dengan penjelasan maka berkata orang yang tidak percaya tidaklah ini melainkan sihir yang nyata.
    15:29 Maka setelah dianya sempurna Aku yang meniupkan ruuhii kedalamnya maka jatuhkanlah dirimu bersujud/patuh hanya kepada Aku.
    16:2 Dia menurunkan -lmalaa-ikata dengan ruuhi dari perintahnya kepada sesiapa yang dikehendaki dari hambanya dan diberikan amaran ‘tiada tuhan melainkan Aku’ maka prihatinlah hanya kepada Dia.
    16:102 Katakan diturunkan roh suci dari Pemeliharamu dengan benar bagi memantapkan orang yang amanah dan sebagai petunjuk dan khabar gembira bagi orang yang berserah.
    17:85 Dan mereka bertanya kamu tentang ruuhi katakan -rruuhu urusan Dia dan Pemeliharaku tidak memberi pengetahuan melainkan sedikit.
    19:17 Ketika mereka mengadakan ‘persenggaman’ disebalik tabir Kami utuskan ruuhanaa dan dianya semisalan manusia sempurna.
    21:91 Dan perempuan yang memelihara farjahaa dengan baik Kami tiupkan kedalamnya ruuhinaa dan Kami jadikan anak-anak mereka tanda-ayat bagi ummat diseluruh alamnya.

    bsmbg..

    ReplyDelete
  9. smbg..

    26:193 Dia yang menurunkan -rruuhul amiinu.
    32:7 Dia Pencipta yang terbaik yang mencipta manusia dari tanah.
    32:8 Kemudian dijadikan keturunanya dari saripati air yang hina.
    32:9 Setelah sempurna ditiupkan ruuhihii dan dijadikan pendengaran dan penglihatan dan deria malahan sedikit dari kamu yang berterima kasih.
    38:72 Apabila sempurna kejadianya maka ditiupkan rohKu maka tunduk patuhlah kamu kepada Aku.
    40:15 Dia yang teramat tinggi darjatnya dan terunggul ‘arsyinya dan Dia yang menurunkan -ruuha dengan perintahnya kepada sesiapa dikehendaki dari hambanya supaya memberi amaran hari pertemuan dengan Dia.
    42:52 Demikian Kami ilhamkan kepada ruuhan dengan perintah Kami dan tidak kamu mengetahui kitabnya tanpa keamanahan malahan Kami jadikan sebagai cahaya petunjuk kepada siapa dikehendaki dari hamba Kami malahan kamu diberi petunjuk kepada jalan yang lurus.
    58:22 Kamu tidak mendapati suatu kaum yang amanah kepada Allah dan akhiratnya mencintai penentang Allah dan rasulnya walaupun mereka bapa atau anak-anak atau saudara-mara terdekat mereka kerana telah dikitabkan didalam hati mereka keamanahan dan diteguhkan dengan ruuhin dan pasti dimasukkan mereka kedalam syurga dibawahnya mengalir sungai-sungai dan mereka berkekalan didalamnya dengan keredhaan Allah dan mereka meredhai Dia maka mereka itu hizbullaahi dan ketahuilah pasti hizballaahi mendapat kejayaan.
    66:12 Dan maryama -bnata ‘imraana yang memelihara farjahaa maka Kami tiupkan kedalamnya ruuhinaa maka benarlah kalimah Pemeliharanya yang telah dikitabkan dia adalah diantara orang yang taat.
    70:4 Para malaikat dan arruuhu menuju kepada Dia dengan anggaran sehari bersamaan lima puluh ribu tahun.
    78:38 Dan pada hari berdirinya -rruuhu dan malaikatnya berbaris mereka tidak berkata-kata melainkan diizinkan yang Pemurah malahan jika berkata sekali pun hanyalah perkara yang benar.
    97:4 Dan diturunkan para malaikatnya dan -ruuhu didalamnya dengan izin Pemelihara mereka bagi melaksanakan segala urusan.

    Sekian, diharap kenalilah siapa anda dari ayat2 diats.

    ReplyDelete
  10. Salam saudara! Pembetulan, bukan 23-ayat tetapi 23-kali dari 22-ayat. Kemaafan diharapkan dari yang membacanya, terdapat 2x kata 'ruuhi dan -ruuhu' pada ayat 17:85. Sekian.

    ReplyDelete
  11. Agama sebenarnya menjauhkan atau memisahkan penganutnya dari Tuhan. Ayat mengatakan agama mendekatkan seseorang dgn Tuhan adalah menyesatkan.

    Dalam Quran ada mengatakan bahawa Tuhan lebih dekat dari urat leher. Maknanya tidak pernah terpisah.

    Mengapa tidak memikirkannya?

    Alam

    ReplyDelete
  12. Salam semua. Usahlah berfikiran negatif terhadap manusia sekeliling kita. Secara tanpa sedar kita telah menjatuhkan hukum. Kita tak layak. Benar dan salah biarlah Yang Maha Kuasa, Yang Maha Pengasih dan Penyayang yang tentukan. Teruskan berkhidmat kepada yg empunya alam melalui kerja yg telah diamanahkan kepada kita, memberi manafaat utk semua . Bersyukur kita telah diberikan kedamaian. Damai dgn diri kita, manusia, haiwan, tumbuhan, alam dan dgn Yang Maha Kuasa. Marilah berdoa, berbisik kepada Yang Maha Kuasa agar diberikan kesedaran kepada lebih ramai manusia supaya kembali pada Zat Yang Satu,Penguasa Sekalian Alam. Hidup lah seperti biasa, jalankan tanggungjawab, berusaha,berbuat kebaikan, hindari riak, berserah jiwa dan raga kepada Yang Satu. *Sekadar pendapat saya yang hina di sisi Tuhan*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. terima kasih atas peringatan supaya tak terlajak.

      Maaf kalau saya terlepas pandang. Tapi rasanya komen dalam ni sekadar kongsi cerita apa yang berlaku, bukan menjatuhkan hukuman atau pandang negatif pada orang lain. (cth mengkafirkan orang, rasa macam diri ini dah ikut jalan Tuhan sepenuhnya) walaupun secara tak langsung. Sekadar luahkan ketidakbebasan untuk mengikuti jalan sendiri. Mereka yang tak sealiran tak pernah saya nak kata "kau sesat". Masing-masing punya jalan sendiri. Untuk saya masing-masing bebas tak perlu mendabik dada siapa benar siapa sesat. Saya pun tak dapat pastikan saya benar atau tak, jawapan hanya pada Tuhan. Tapi Tuhan ada pesan pegang taliNya kuat-kuat. Saya mencuba untuk pegang taliNya.

      Harapan saya berikan pada manusia kebebasan tentang arah jalannya. Yang penting kekalkan kedamaian, kemakmuran, adil. Bukanlah kebebasan untuk porak-perandakan dunia.

      Delete