Wednesday 9 March 2016

Jemputan

Kedamaian Untuk Semua,

Saya ingin mengambil kesempatan ini menjemput para pembaca blog untuk melibatkan diri dengan lebih aktif di dalam wacana BERONTAK UNTUK BEROTAK.

Rakan pembaca sangat dialu-alukan untuk bersama-sama berkongsi artikel mengenai apa-apa sahaja isu.

Sebaik-baiknya artikel tersebut hendaklah digarap dengan idea sendiri. 

Presentasi yang menarik seperti gambar, video atau pelbagai bentuk media lain untuk membukti dan mensahihkan sesuatu hujah juga amat digalakkan.

Artikel-artikel yang mahu dikongsikan hendaklah ditulis di dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. 

Jika ada di antara rakan pembaca yang mahu menulis di dalam Bahasa Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya, sila sertakan bersama terjemahan ke dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris untuk manfaat bersama.

Saya tidak menggalakkan artikel yang berkisar mengenai politik gossip dan menjaga tepi kain politikus. 

Namun, jika ada rakan pembaca yang merasakan bahawa perkembangan politik di tanahair kita boleh mengambil panduan dari Al Quran sebagai jalan penyelesaian maka ianya menjadi tanggungjawab kita untuk cuba menyedarkan orang ramai mengenainya.

Dengan izin Tuhan, artikel-artikel tersebut akan disiarkan di dalam blog ini dengan kredit diberikan kepada penulis itu sendiri.

Selain daripada itu, rakan pembaca boleh juga berbahas mengenai sesuatu isu yang diketengahkan melalui ruangan komentar artikel tersebut.

Saudara/saudari rakan pembaca boleh menulis mengguna nama sendiri atau nama pena. 

Artikel rakan pembaca boleh dihantar ke alamat berikut ashwed1973@gmail.com

Semoga usaha kita mendapat keredhaan.

Damai,

Ashwed

1 comment:

  1. Salam.
    Baru-baru ni berlaku gerhana so akan ada sembahyang gerhana.
    Ini melibatkan kebanyakan agama.
    Kenapa hanya kejadian gerhana ada sembahyang tapi kejadian tiada?
    Maksud I kejadian kat alam ni semuanya special. Dilahirkan ke dunia pun special.
    Hanya bila meninggal ada sembahyang untuk jenazah.
    Manusia semua taksub sejak sekian lama apa-apa kejadian berkaitan dengan bulan dan matahari. Even alignment of planets pun macam-macam cerita.

    A bit curious dari mana datang semua ini bila cerita pasal sembahyang berkisar dari 50 jadi 5. Takda plak pasal sembahyang yang lain.

    Non

    ReplyDelete