Monday 7 March 2016

LRTQ : Mukhlasin 2

Tulisan ini adalah sebahagian dari siri kempen Let's Read The Quran (LRTQ). Ia ditujukan kepada seluruh warga Malaysia.

Beberapa bulan lepas saya ada menulis mengenai mukhlasin.

Secara ringkasnya artikel itu membuat kesimpulan bahawa jiwa yang benar-benar tidak dapat di sesatkan oleh syaitan (sifat buruk) ialah mereka yang ikhlas.

Umumnya, tiada siapa pun yang masih hidup kini tahu akan untung nasibnya selepas mereka mati. 

Ini adalah kerana suatu sebab yang mudah, tiada sesiapapun yang masih hidup mempunyai pengalaman merasai dunia selepas mati.

Ini adalah kerana mereka yang sudah meninggal dunia tidak diberi peluang oleh Tuhan untuk hidup kembali dan menceritakan pengalamannya mengenai dunia selepas mati kepada kita yang masih hidup.

Oleh yang demikian, apa sahaja pendapat kita mengenai apa yang akan terjadi selepas mati adalah berbentuk spekulasi.

Malah Nabi Terakhir apabila di tanya mengenai dunia selepas mati, baginda menjawab "Aku tidak tahu". 

Ini adalah suatu jawapan yang amat jujur dari seorang yang kita anggap sangat dekat dengan Tuhan.

A085 

"Mereka tanya kamu mengenai Roh. Katakanlah, "Roh adalah daripada perintah Pemeliharaku. Kamu tidak diberi pengetahuannya melainkan sedikit" AQ 17:85

A187

"Mereka tanya kamu mengenai Saat (umumnya kita kenali sebagai kiamat), bilakah ia melabuhkan. Katakanlah, "Pengetahuannya adalah hanya di sisi Pemeliharaku. Tiada yang akan dedahkannya pada waktunya yang benar, melainkan Dia. Amatlah berat ia di langit dan di bumi; ia tidak akan datang kepada kamu melainkan dengan tiba-tiba." Mereka tanya kamu seakan-akan kamu benar-benar ketahuinya. Katakanlah, "Pengetahuannya adalah hanya di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak tahu." AQ 7:187

Jika baginda sendiri berkata begitu, mengapa pula ada di antara kita terutamanya mereka yang menganggap diri mereka agamawan merasakan mereka layak untuk bercerita mengenai dunia selepas mati ?

Adakah mereka pernah membuat lawatan sambil belajar ke dunia ini lalu mengumpul cukup maklumat untuk diceritakan kepada kita ? 

Atau adakah mereka ini adalah sekutu Tuhan, lalu Tuhan membocorkan informasi yang hanya ada di dalam pengetahuan Tuhan ini kepada mereka ?

Sudah tentu tidak.

Oleh yang demikian, segala apa yang diceritakan oleh golongan ini tidak kiralah apa pun pangkatnya atau berapa juta pun jumlah pengikutnya, ia tetap hanya layak dianggap sebagai satu spekulasi .. yang melampau.

Saudara-saudari pembaca yang budiman.

Satu-satunya entiti yang layak dengan benar mengetahui mengenai darjat seseorang manusia iaitu samada dia diberi petunjuk, sesat, beriman, kafir, munafik dan pelbagai jenis darjat lagi hanyalah Tuhan sahaja.

A007

"Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia sangat-sangat tahu orang-orang yang sesat daripada jalan-Nya, dan Dia sangat-sangat tahu orang-orang yang dapat petunjuk" AQ 68:7

Maka dengan keterangan yang sangat jelas ini marilah kita sama-sama mencuba untuk tidak menjatuhkan hukuman moral ke atas sesiapapun, walaupun apa pun bentuk perbuatannya.

Jika iya pun kita benar, itu bukanlah suatu pelantar untuk kita menghukum perbuatan dan pendapat orang lain.

Demi sesungguhnya mereka yang benar-benar berpengetahuan sudah tentu tidak akan mempunyai niat yang sebegitu.

Solla(t)

Mereka yang membuat kajian mengenai dunia dan sejarahnya lalu berpegang kepada kebenaran yang boleh didapati di dalam Al Quran sudah pasti mempunyai pengetahuan yang lebih luas dan jujur mengenai dunia.

Namun, di sebalik semua pengetahuan ini mereka masih belum menguasai sistem negara yang mereka diami.

Mengapakah terjadi sedemikian ?

Sebabnya adalah mudah. Di sebalik segala pengetahuan yang mereka kumpul ini, pada dasarnya mereka masih belum mendirikan keazaman, kesungguhan, iltizam atau dalam bahasa Al Quran dikenali Solla(t).

Agamawan semasa mungkin mendasarkan ilmu (pengetahuan) mereka bersandarkan spekulasi.

Namun, realitinya mereka ini mendirikan solla(t) iaitu merekalah yang bersungguh-sungguh berazam menyebarluaskan ilmu yang mereka pelajari.

Mereka jugalah yang bertanggungjawab membina sistem pentadbiran yang meluas berdasarkan ilmu yang mereka yakini.

Mereka pergi dari bandar ke bandar, kampung ke kampung, masjid, surau malah ke institusi pendidikan untuk menyebarluaskan pengetahuan yang mereka yakini.

Mereka mengguna segala teknologi yang saintis iaitu ulama sebenar cipta untuk kegunaan menyebarluaskan pengetahuan yang mereka yakini.

Kadang-kadang golongan mereka mengguna taktik kotor iaitu memanggil nama yang buruk atau menangkap dan menyumbat ke penjara golongan lain yang menentang mereka.

Perbuatan sebegini sememangnya sangat keji, namun hakikatnya itulah yang dinamakan solla(t) atau iltizam, iaitu keazaman yang bersungguh-sungguh terhadap sesuatu.

Kesimpulan

Saudara-saudari, pengetahuan yang benar tidak akan menjadi kebaikan kepada kita jika kita tidak menyebarluaskannya.

Seandainya, orang-orang yang berpegang kepada Al Quran dan kebenaran mendirikan iltizam dengan bersungguh-sungguh, mencari cara mempromosi pemikiran dan pengetahuan mereka dengan lebih bijak maka di saat itu barulah semua pengetahuan mereka menjadi berguna.

Di saat itu akan lahirlah KEDAMAIAN (ISLAM) suatu kesedaran minda yang akan mewujudkan sebuah dunia yang adil sesuai dengan kehendak Zat Asal.

Di saat itu juga, perumpamaan mereka yang hidup di dunia sebegini mithalannya seperti berada di dalam taman atau wadi yang mengalir sungai-sungai di bawah mereka selama-lamanya.

 A015

"Inilah persamaan (matha-loo) Taman yang orang-orang bertakwa dijanjikan: di dalamnya sungai-sungai daripada air yang tidak dicemari, dan sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya, dan sungai-sungai daripada arak - suatu keseronokan bagi peminum-peminum - dan sungai-sungai daripada madu yang dibersihkan; dan di dalamnya bagi mereka segala macam buah-buahan, dan ampunan daripada Pemelihara mereka. Samakah mereka dengan orang yang tinggal selama-lamanya di dalam Api, yang diberi minum air yang mendidih, yang memotong usus-usus mereka?" AQ 47:15

Alangkah DAMAINYA dunia itu.

Adakah kita dapat melalui perumpamaan sebegini? 

Ya, sudah pasti ramai di antara kita di negara ini yang sudah merasainya di dalam kapasiti individu dan hidupnya yang tersendiri.

Namun, secara umum negara kita masih jauh dari mengalami perumpamaan sebegini disebabkan itulah kita masih belum mencapai status negara maju mengikut indeks antarabangsa.

Jika ada di antara kita yang merasa sempit dan tidak berkeyakinan untuk tinggal di dalam suasana negara yang sebegini, Al Quran ada memberi anda pilihan ;

A097 

"Dan orang-orang yang malaikat-malaikat matikan sedang mereka menzalimi diri-diri mereka, mereka (malaikat) berkata, "Bagaimanakah kamu?" Mereka berkata, "Kami adalah orang-orang yang dihina di bumi." Mereka berkata, "Bukankah bumi Allah itu luas untuk kamu hijrah di dalamnya?" Maka mereka itu, tempat menginap mereka ialah Jahanam - satu kepulangan yang buruk! " AQ 4:97

Saya memilih untuk tetap di sini kerana masih banyak pengetahuan yang perlu dikongsikan sesama kita.

Semoga usaha ini diredhai. 

Ashwed




11 comments:

  1. Salam

    Terima kasih ash wed atas pengajaran. Memang betul pada mula saya rasa nak lari duduk di pulau, nyaman jauh dari orang yang membebel pada saya tuk buat perkara yang saya tak nak buat. Tambahan tanah yang diwariskan pada saya sebahagiannya diwakafkan kepada pendudukan untuk surau(dari moyang lagi). Dan ada kedengaran, "rumah dekat tapi tak ke surau". Tapi saya bersabar, anggap itu hanyalah kata-kata. Mereka tidak mampu mengapa-apakan saya. Itu saja saya memotivasikan fikiran saya. Anggap ianya hanya sekadar diminda. Bahasa sekarang"buat pekak je" Apapun saya akui saya tiada keberanian berdepan dengan sesiapa mengatakan mengapa saya tak amalkan apa yang mereka amalkan sebab ....

    Saya sekadar cuba sebarkan ayat-ayat Quran melalui whatsapp group kawan-kawan dan keluarga dan juga saya petik ayat-ayat ash wed atau buat ayat saya sendiri untuk mudah difahami mereka. Mana tau lama-lama mereka dengan sendiri dan terbiasa, faham tentang apa isi kandung Al Quran dan faham pentingnya Tuhan tiada sekutu dan perantara dan terbuka minda untuk membaca sendiri Quran. Sama-sama belajar dan hayati pada Quran.

    ReplyDelete
  2. salam tuan,

    al quran surah 7 ayat 187 telah meyakinkan saya agar tidak mempercayai riwayat imam-imam. mereka mengatakan nabi muhammad memberi petunjuk tentang kedatangan kiamat, yang mana bertentangan dengan al quran yang menyebut nabi hanya berkata tuhan sahaja yang mengetahui bila datangnya kiamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Politicalamity98 March 2016 at 01:13

      juga ayat 6:116... perlu dibaca dalam konteks sekarang juga, bukan sejarah.

      Delete
    2. salamun alaikum.
      anon 00.06,Saya juga dapati banyak perkara yang jadi ikutan bercanggah dengan mesej yang bawa oleh nabi terpuji saperti yang di rekodkan dalam AQ.

      Delete
  3. Tuan minta maaf macam mana nak dapatkan tulisan yang terdahulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peace brother.
      Untok makluman saya sudah mulakan usaha print hardcopy article Saudara Ashwed.Baru buat bermula dari 1st March 2016.
      Ada Possibilty tak nanti ,keluar undang undang baru selepas ini - hanya yang ditauliahkan oleh pihak berkuasa sahaja yang boleh menulis tentang ayat ayat AQ.alasan-takut umat ni terkeluar landasan atau apa apa yang sewaktu dengan nya.
      Saya berlindung dengan Pemelihara manusia,Raja manusia,Tuhan manusia dari segala ancaman dan keburukan yang dilakukan oleh manusia.

      Delete
  4. Salam saudara yang dikasihi sekelian! saya ulang-salin Surah (15) Al Hijr/Batu 99-ayat sahaja;

    15:1 Alif laam raa inilah ayat-ayat -lkitaabi walqur-aanin yang jelas.
    15:2 Segelintir orang yang tidak percaya sangat berkeinginan menjadi orang yang muslimiina.
    15:3 Biarkanlah mereka makan dan bersenangan sehingga mereka lalai dengan amalan mereka maka kelak mereka akan mengetahuinya.
    15:4 Dan Kami tidak melaknati sesuatu khariah melainkan setelah Kami berikan kepada mereka kitaabun yang jelas.
    15:5 Dan tidak didahulukan dan tidak juga diundurkan ajal setiap ummat.
    15:6 Dan mereka berkata wahai orang yang memberi peringatan pastinya kamu inilah orang yang tidak waras/majnuunun.
    15:7 Mengapa tidak kamu datangkan kepada kami malaa-ikati jika kamu darinya orang yang benar.
    15:8 Malahan tidaklah bagi Kami menurunkan -lmalaa-ikata melainkan dengan yang benar maka mereka tidak diberi tangguh.
    15:9 Kami yang menurunkan peringatan maka Kami yang memeliharanya.
    15:10 Malahan Kami yang utuskan sebelum kamu syiya’i/golongan/puak.
    15:11 Dan tidak datang kepada mereka seorang rasul melainkan mereka mempersendakanya.
    15:12 Demikianlah Kami menyusup kedalam hati setiap orang yang berdosa.
    15:13 Mereka tidak amanah dengannya malahan telah berlalu sunnatu orang-orang terdahulu.
    15:14 Walaupun Kami buka pintu langit dan mereka menerobos kedalamnya.
    15:15 Pasti mereka berkata telah dikaburkan penglihatan kami malahan kami kaum yang terkena sihir.
    15:16 Sesungguhnya Kami yang menjadikan dilangitnya gugusan bintang-bintang dan Kami menghiasinya bagi sesiapa yang melihatnya.
    15:17 Dan Kami yang mengawasi setiap syaitan yang direjam.
    15:18 Melainkan yang mencuri dengar dan mengikuti yang terang dan jelas.
    15:19 Dan Kami yang bentangkan bumi dan meletakan didalamnya gunung sebagai pengimbang supaya setabil kedudukanya dan Kami yang menjadikan didalamnya dari setiap sesuatu mengikut ukurannya.
    15:20 Dan Kami jadikan kehidupan dan selainnya sebagai rezeki bagimu.

    bsmbg.

    ReplyDelete
  5. smbg..

    15:21 Dan tiada dari sesuatu melainkan disisi Kami perbendaharan dan tidak Kami turunkan melainkan dengan kadar yang telah ditetapkan.
    15:22 Dan Kami utuskan angin bagi pendebungan dan diturunkan dari langit air bagimu meminumnya dan bukanlah kamu pemilik khazanahnya.
    15:23 Dan Kami yang menghidupkan dan mematikan dan mewariskanya.
    15:24 Dan pasti Kami mengetahui siapa yang terdahulu dan yang kemudian.
    15:25 Pastinya Pemelihara kamu yang menghimpunkan mereka dan Dia yang Bijaksana yang Berilmu.
    15:26 Dan pastinya Kami yang mencipta manusia dari tanah liat hitam berlumpur yang ditentukan bentuknya.
    15:27 Dan sebelumnya Kami mencipta jin/aljaanna dari bahang api/flame.
    15:28 Dan ketika Pemeliharamu berkata kepada malaa-ikati Aku mencipta manusia dari tanah liat hitam berlumpur yang dibentuk.
    15:29 Maka setelah sempurna Aku tiupkan ruuhii/rohKu kedalamnya maka bersujudlah/patuhlah kepada Aku bersama orang yang patuh.
    15:30 Maka sekelian -lmalaa-ikatu berhimpun dan patuh kepada Dia.
    15:31 Kecuali ibliisa dia enggan patuhi bersama orang yang patuh.
    15:32 Berkata, mengapa ibliisu tidak patuh bersama orang yang patuh.
    15:33 Berkata bukanlah aku dijadikan bagi mematuhi kepada manusia yang dicipta dari tanah liat hitam berlumpur yang dibentuk.
    15:34 Berkata keluarlah kamu darinya malahan kamu orang yang diusir.
    15:35 Dan kamu dilaknati sehingga kepada hari pembalasan.
    15:36 Berkata Pemeliharaku tangguhkan aku hingga hari kebangkitan mereka.
    15:37 Berkata kamu darinya orang yang ditangguhkan.
    15:38 Kepada hari dan waktu yang dimaklumkan.
    15:39 Berkata, Pemeliharaku kerana Kamu mengatakan aku sesat maka aku mengilusikan indah segala perlakuan buruk mereka diduniawi dan aku pastikan mereka menjadi sesat kesemuanya.
    15:40 Melainkan hamba Kamu yang jujur/-lmukhlashiina.

    bsmbg.

    ReplyDelete
  6. smbg.

    15:41 Berkata malahan inilah jalan Aku yang lurus/mustaqiimun.
    15:42 Dan tidaklah kamu dapat menguasai hamba Aku melainkan mereka yang mentaati kamu darinya mereka yang menyeleweng.
    15:43 Malahan yang pasti hanya jahannama dijanjikan bagi mereka semua.
    15:44 Dan baginya tujuh pintu dan disetiap pintu ditetapkan bahagian mereka.
    15:45 Dan bagi yang prihatin tersedia syurga dan punca air didalamnya.
    15:46 Maka masuklah kedalamnya dengan kesejahteraan/bisalaamin.
    15:47 Dan Kami cabutkan dari dada mereka dendam dan kedengkian maka mereka bagaikan bersaudara diatas sofa duduk berhadapan muka.
    15:48 Dan mereka tidak disentuh keletihan dan tidak dikeluarkan darinya.
    15:49 Maka khabarkan kepada sekelian hambaKu dan katakan hanya Aku yang Pengampun yang Penyayang.
    15:50 Malahan pembalasan azab dari Aku sangat dahsyat.
    15:51 Dan khabarkan kepada mereka berita tetamu ibraahiima.
    15:52 Ketika mereka masuk menemuinya mereka mengucapkan salaaman maka dia berkata kami mencurigai kamu.
    15:53 Mereka berkata jangan curigai kami datang membawa berita bahawa kamu akan mendapat seorang anak lelaki yang berilmu.
    15:54 Berkata apakah kamu berikan khabar berita ketika aku telah lanjut usia malahan tiada makna bagiku berita kamu itu.
    15:55 Mereka berkata kami berikan berita yang benar maka jangan kamu darinya orang yang berputus-asa.
    15:56 Maka dia berkata tidaklah aku berputus-asa dari rahmat Pemeliharaku melainkan orang yang sesat.
    15:57 Berkata apakah berita kamu itu wahai utusan/-lmursaluuna.
    15:58 Mereka berkata kami diutuskan kepada kaum yang berdosa.
    15:59 Kecuali keluarga luuthin dan kami akan selamatkan mereka semua.
    15:60 Kecuali puannya telah ditakdirkan yang dia orang yang ditinggalkan.

    bsmbg..

    ReplyDelete
  7. smbg.

    15:61 Maka ketika datang rasul kepada keluarga luuthi.
    15:62 Mereka berkata kamu darinya kaum yang tidak dikenali.
    15:63 Mereka berkata kami datang membawa apa yang mereka meraguinya.
    15:64 Dan kami datang dengan yang benar pastinya kami orang yang benar.
    15:65 Maka bergeraklah bersama keluargamu disebahagian malamnya dan berturutan dibelakangnya dan jangan sesiapa menoleh diantara kamu dan teruskan perjalananmu sepertimana yang diperintahkan.
    15:66 Dan Kami menetapkan perintah keatas mereka dan dibelakang mereka adalah sebahagian dari paginya.
    15:67 Dan datang warga kota bergembira dengannya.
    15:68 Berkata mereka tetamuku maka jangan kamu memalukan aku.
    15:69 Dan prihatinlah Allah dan jangan kamu menghina aku.
    15:70 Mereka berkata bukankah kami melarang kamu dari pengetahuan ini.
    15:71 Berkata ini anak perempuanku jika kamu ingin melakukanya.
    15:72 Demi umurku mereka dalam khayalan dan kebingungan.
    15:73 Maka halilintar meragut mereka ketika terbit fajar.
    15:74 Kami terbalikan yang atas kebawah dan dihujani dengan batu-batan.
    15:75 Demikianlah tanda-ayat bagi orang yang bijak tafsiranya.
    15:76 Pasti dianya suatu jalan kepada keperihatinan.
    15:77 Demikianlah tanda-ayat bagi orang yang amanah.
    15:78 Sesungguhnya penghuni -l aikati terdiri dari orang yang zalim.
    15:79 Maka Kami membinasakan mereka malahan mereka tidak mengikuti kepimpinan yang jelas.
    15:80 Sesungguhnya penghuni -lhijrii telah mendustakan rasul mereka.

    bsmbg.

    ReplyDelete
  8. smbg.

    15:81 Dan apabila didatangkan tanda-ayat Kami mereka berpaling darinya.
    15:82 Dan mereka memahat gunung-batu bagi dijadikan rumah yang aman.
    15:83 Maka halilintar mengambil mereka ketika pagi.
    15:84 Maka tidak cukup dengan apa yang telah mereka usahakan.
    15:85 Dan Kami tidak mencipta langit dan bumi dan apa diantara keduanya melainkan dengan benar dan detik-saatnya pasti datang maka bermaaf -maafanlah dengan cara yang tebaik.
    15:86 Sesungguhnya Pemeliharmu yang Mencipta yang Mengetahui.
    15:87 Pastinya Kami yang memberikan tujuh daripadanya yang berulangan didalam -lqur-aana yang agung ini.
    15:88 Dan jangan kamu besarkan matamu kepada apa yang Kami berikan kesenangan keatas pasanganya dan jangan kamu berprasangka maka merendah dirilah kamu kepada orang yang amanah.
    15:89 Dan katakan sesungguhnya aku pemberi amaran yang jelas.
    15:90 Seperti yang diturunkan kepada orang yang berpecah/syi’ah.
    15:91 Dan yang menjadikan -lqur-aana berbahagi/’idiina/juzuk.
    15:92 Demi Pemeliharamu pastinya mereka akan ditanya kesemuanya.
    15:93 Berkaitan dengan apa yang telah mereka mengamalkanya.
    15:94 Pasti benar dengan apa yang diperintahkan maka berpalinglah kamu dari orang yang menyengutukan Dia.
    15:95 Dan Kami yang mencukupkan bagi orang yang kekurangan.
    15:96 Orang yang ambil tuhan selain Allah kelak mereka akan mengetahui.
    15:97 Dan Kami ketahui apa yang mereka katakan, menyesakan dadamu.
    15:98 Dan sanjungilah Pemeliharamu dengan segala pujian bagi Dia dan jadilah kamu darinya yang orang yang patuh.
    15:99 Dan berkhidmatlah kepada Pemeliharamu sehingga datang kepadamu keyakinan.

    Perhatikan apa yang dimaksudkan. Sekian!

    ReplyDelete