Thursday 24 March 2016

LRTQ : Al Quran Dan Kehidupan



Kempen Let's Read The Quran berakhir pada 31-03-2016.

Ini adalah tulisan terakhir di dalam siri LRTQ. 

Namun, ini bukanlah bermakna perjuangan untuk memupuk nilai Al Quran ke dalam masyarakat kita berakhir di sini.

Para pembaca yang budiman, saya berpendapat sesuatu perkara yang kita sudah faham tidak perlu diulang baca berkali-kali.

Bagi saya, jikalah kita perlu mengulang-ulang pembacaan kita, ia hanya menerangkan hakikat yang kita sebenarnya tidak begitu memahami apa yang kita baca.

Oleh yang demikian, cubalah tanya kepada diri anda sendiri, setelah anda membaca Al Quran apakah yang anda faham mengenainya ?

Brainy Quote di atas adalah manifestasi perkara sebenar yang seharusnya terjadi kepada mereka yang benar-benar sudah memahami Al Quran.

Di dalam erti kata lain, jika anda merasakan diri anda sudah memahami isikandungan Al Quran dan jika anda meyakini isikandungannya, maka sudah tibalah masanya untuk kita mempraktikkan keyakinan itu.

Berikut adalah ringkasan informasi Al Quran yang boleh dijadikan panduan di dalam kehidupan harian kita ;



Secara peribadi keterangan berikut ini adalah informasi Al Quran yang paling saya minati ;

Yang pertama ,

A001
"Bacalah dengan nama Pemelihara kamu yang mencipta," AQ 96:1

A002

"Dia cipta manusia daripada dadih darah" AQ 96:2

A003

"Bacalah, dan Pemelihara kamu Yang Mulia," AQ 96:3

A004  
"Yang mengajar dengan pena" AQ 96:4

 A005

"Dia ajar manusia apa yang dia tidak tahu" AQ 96:5



Yang kedua ;

 A001
"Demi masa! " AQ 103:1

A002

"Sesungguhnya manusia dalam kerugian," AQ 103:2

A003


"Kecuali orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk sabar" AQ 103:3

Dan yang terakhir, keterangan yang sentiasa meredakan jiwa yang gelisah apabila kalimah-kalimah Al Quran yang diketengahkan di tolak mentah-mentah oleh orang-orang yang memanggil diri mereka muslim ;

A186 
"Sungguh, kamu akan diuji dalam harta kamu dan diri-diri kamu, dan kamu akan dengar daripada orang-orang diberi Kitab sebelum kamu, dan daripada orang-orang yang sekutukan, gangguan yang banyak; tetapi, jika kamu sabar, dan bertakwa - sesungguhnya itulah urusan yang patut ditekadkan" AQ 3:186

Sesungguhnya, Al Quran tidak akan menjadi berguna kepada mereka yang menghafalnya dari muka ke muka.

Ia hanya akan menjadi berguna dan boleh merubah dunia jika kita mempraktikkan nilai-nilainya yang universal.

Sekurang-kurangnya, jika kita mempraktikan Al Quran di dalam kehidupan peribadi, nescaya ia akan merubah nasib diri kita menjadi lebih baik, berjaya, tenang dan akhirnya damai. 

A006 

"Tidakkah Dia dapati kamu seorang yatim, dan melindungi kamu?" AQ 93:6

A007

"Tidakkah Dia dapati kamu sesat, dan beri kamu petunjuk?" AQ 93:7

A008
"Tidakkah Dia dapati kamu kekurangan, dan mencukupkan kamu?" AQ 93:8


Setiap perkara perlu dilalui dengan menempuh cabaran. Jika tidak manusia tidak merasa kemanisannya. 

Untuk setiap perkara yang dilalui dengan cabaran, kesukaran, kepayahan dan keperitan, pasti akan menjelma kemudahan di hujungnya.


 A005
"Oleh itu, sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan," AQ 94:5

A006
"bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan" AQ 94:6

Oleh kerana itu, tetaplah fokus kepada iltizam kita masing-masing dan murnikanlah ia. Dengan cara itu kita akan merubah dunia, sekurang-kurangnya dunia peribadi kita.

Ashwed

2 comments:

  1. Hehehe... klu ikut list tu macam ada tak selalu ikut lagi. Hari ni ikut, esok terikut perasaan. To avoid conflict I try not to talk too much.
    Bila perlu aje baru cakap sebab bila I cakap. yang mendengar interpret lain. Tengok individu jugak la. Sebab tak berapa kenal. Still in learning process.

    Peace to you all. Selamat bercuti esok.

    Non

    ReplyDelete
  2. teruskan perjuangan...jgn biarkan agamawan trs berleluasa & biarkan masyarakat trs sekutukan agamawan dgn tuhan.

    slain x terlalu bergantung kpd kerajaan, org Melayu juga x perlu bergantung kpd golongan2 ini:

    1) org arab - krn mereka tdk layak untuk dijadikan contoh
    2) agamawan - krn mereka melahirkan generasi yg gagal gunakan akal
    3) parti/ahli politik - krn sudah ramai yg korup & tak boleh diharap

    Org Melayu hanya perlu bergantung pd diri sendiri, iaitu yakin pd sendiri utk terus maju dlm dunia yg berkembang pesat ini, kalau tidak kita akn trs ketinggalan.

    Inilah yg sy didik anak2 murid sy, utk trs yakin pd diri sendiri & jadikan Quran sbg panduan hidup.

    ReplyDelete